wasiat Luqman al-Hakim
Hai anakku....
* ketahuilah, sesungguhnya dunia inibagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karamke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernamaTAQWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.
* orang - orang yang sentiasa bersedia untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH.
* orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadah dan taat kepada ALLAH,adalah orang yang tawadduk kepada ALLAH, sentiasa taqarrubkan diri kepada ALLAH dan berusaha menghindari maksiat kepada ALLAH.
* seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, ingatlah bahawa marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.
* hindari dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
* selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar-benarnya( taqwa ), kerana engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.
* seorang pendusta akan segera hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang buruk akhlaknya akan sentiasa banyak berkhayal tentang hal-hal yang tidak benar. Ketahuilah,memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.
* engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi lebih daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.
*janganlah engkau mengambil orang yang jahil sebagai utusan. sekiranya tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.
* Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.
* bila engkau mempunyai dua pilihan,takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan,pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
* Janganlah engkau makan sehingga kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.
* janganlah engkau terus menelan kerana manisnya barang dan janganlah terus memuntahkan kerana pahitnya sesuatu barang itu, sesungguhnya manis belum tentu menimbulkan kebahagiaan dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
* Makanlah makananmu bersama sama dengan orang-orang yang bertaqwa dan bermusyawarahlah dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.
* bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
* bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah.jika dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.
*tuturlah dengan kata-kata yang baik dan semanis wajahmu,dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.
* bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.
* Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya' yang akan mendatangkan kehinaan pada dirimu.
* janganlah engkau cenderung kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebihhina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.
* peliharalah mulutmu agar tidak mengeluarkan kata-kata yang keji dan hina serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.
* janganlah engkau banyak ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.
*Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.
* bergaul rapatlah dengan orang yangalim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmahd ari mutiara katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.
* ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain.Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talamdua muka, kelak akan membinasakan dirimu.
0 komen:
Post a Comment