"Ya Allah, kurniakanlah ke atasku ketenangan, dan tetapkanlah pendirianku bersama-sama pendukung-pendukung kebenaran, dan tabahkanlah hatiku dengan mengingati Engkau, dan kurniakanlah akan daku keredhaan dengan perkara yang Engkau redhai"

Sunday, June 21, 2009

tulip putih


Alhamdulillah. Aku masih berkesempatan bernafas di kala terbit sinar mentari di pagi dhuha. Betap indah ciptaan Allah. Subhanallah.


Ramai orang berbicara bunga. Bunga itu juga antara ciptaan Allah, ciptaan begitu unik. Dalam banyak-banyak bunga, aku menyukai si tulip.

Dalam banyak-banyak tulip, aku menggemari tulip putih. Apatah lagi kuntuman bunga berwana putih, daun dan batangnya yang hijau. Subhanallah, comelnya... Mungkin kerana hijau dan putih itu warna kegemaran. Ya warna kegemaran. Ramai orang mengatakan aku punyai maksud tersirat disebalik warna kegemaran itu. Warna tetaplah warna.

Rasulullah s.a.w juga menggemari warna hijau dan putih.

Apatah lagi dalam Al-Qur'an juga ada menyebutkan hijau. 

"Mereka itulah (orang-orang yang) bagi mereka surga 'Adn, mengalir sungai-sungai di bawahnya; dalam surga itu mereka dihiasi dengan gelang mas dan mereka memakai pakaian hijau dari sutera halus dan sutera tebal, sedang mereka duduk sambil bersandar di atas dipan-dipan yang indah. Itulah pahala yang sebaik-baiknya, dan tempat istirahat yang indah;" (18:31)

 Apakah kamu tiada melihat, bahwasanya Allah menurunkan air dari langit, lalu jadilah bumi itu hijau? Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui. (22:63)

Kedua syurga itu (kelihatan) hijau tua warnanya. (55:64)

Mereka bertelekan pada bantal-bantal yang hijau dan permadani-permadani yang indah. (55:76)

Banyak hijau. Putih juga banyak. 

Sesekali terlihat dan melihat bunga berwarna putih, yang daunnya hijau.. mengingatkanku akan sesuatu. (sesuatu apa?)


10 komen:

syahirah said...

Assalamu'alaikum..

mmg cantik n comel bunga tulip putih ni...

ingat sesuatu jugak bila tengok bunga 2 ..

*PEARL*MUTIARA* said...

wa'alaikummussalam.
haaa.... irah pulak ingat apa pulak? 'sesuatu' ea?

the guardian said...

subhanallah, indah...

*PEARL*MUTIARA* said...

subhanallah, comel, kan? nanti bg sy bunga tulip ea, the guardian. =)

Anonymous said...

eh kak, akak g umah sye ke? tu blakang rumah sye tu.bile akak g amek gmbr blkg umah sye tu? jgn tekezut lak. hihih

*PEARL*MUTIARA* said...

ye ek? maaf, tersalah masuk ladang tulip rumah org pulak. actually anynamous ni sape ye? sebab nanti kalu nk g tgok ladang tulip lg, boleh singgah minum air skali. =)

kakchik said...

cantik nyerrr ciptaan allah swt

kakchik said...

cantik nyerrr ciptaan allah swt

Maria.Eisya.Khadija. said...

saya pun suka tulip putih... :-) dr darjah 5 mula berkenalan dengan bunga tulip... ;-)

Maria.Eisya.Khadija. said...

saya pun suka tulip putih... :-) dr darjah 5 mula berkenalan dengan bunga tulip... ;-)

Template Design | monera87