silibus
Hujan lebat. Kilat menyambar. Guruh berdentum kuat.
Lain-lain sudah ketiduran. Tetapi kantuk belum datang. Saya meneruskan study.
Rasa macam dah tepu buat masa sekarang, terlintas pula usrah. Teringat kata-kata Almarhum Ust Fadhil Noor dulu.
"jangan biarkan sehari dalam hidupmu berlalu tanpa memikirkan tentang islam"
Mak ayah rajin benar bawa abang, kakak dan saya dengar ceramah beliau dan seangkatannya.
Saya meneruskan menaip. Teringat silibus usrah.
Silibus usrah.
Silibus usrah ini boleh dikatakan sebagai maudhu'. Bahan dalam topik perbincangan.
ia rukun dakwah ketiga.
1- da'ie
2- mad'u
3-maudhu'
jadi, ia juga penting, sebagai guide line.. sebagai bahan bacaan dan persediaan.. membawa kearah pemerkasaan nuqaba'.
Nuqaba' terlalu bergantung kepada teks silibus, menyebabkan mad'u kurang thiqah, kurang percaya kepada naqib/ah?
Lalu, teks usrah perlu dibakar agar nuqaba' tidak membawa teks usrah?
Saya berkata, tidak.Jangan lah bakar. Nak bawa, bawalah. Kita manusia. Tiada masalah. Nak bawa buku rujukan banyak pun tidak mengapa. Bawalah. Tapi, sebelum di bawa, sebelum hadiri usrah, pastikan siap study topik yang bakal diperbincangkan.
Kurang persediaan dari naqib/ah sendiri yang menyebabkan ketidak percayaan.. Bukan kerana naqib/ah bawa teks usrah. Saya kata, nak bawa, bawalah. Tak nak bawa, tak payah lah bawa. Jangan susah-susah. Buatlah apa yang kita yakini benar, selagi tak langgar syariat. Tapi pastikan, buat homework dululah.
Nak promote barangan niaga yang kualiti tinggi, tapi tak prepare, secanggih dan sekualiti mana pun barang tu, kalau cara promote lintang pukang, maka orang tak terbeli barang tu. Sebab? sebab promoter tak buat preparation atau kurang persediaan untuk promotion.
Apatah lagi kita nak promote Islam, nak orang lain sama-sama menghayati dan mengamalkan Islam secara keseluruhannya. Kena ada..? Kena ada persediaan yang baik..
Saya membebel di pagi hari dalam blog. Nak membebel pada orang, semua dah tidur. Mood study sudah datang kembali. Selamat belajar, selamat buat homework, selamat berqiamullail. Semoga ALLAH memelihara dan merahmati kita semua.
Berusahalah, semoga kita tergolong dalam golongan yang berusaha ke arah kemenangan ISLAM.
Jangan kita jadi orang-orang yang hanya ingin melihat kemenangan Islam. Mengambil manfaat hanya bila menang, tetapi semasa orang berusaha kearah kemenangan, kita dok mano...? Umpama 'kacau bubur asyura'. Orang lain sibuk kacau, kita goyang kaki menunggu siap masak. Bila dah masak, kita yoya-yoya mengerumuni bubur asyura.
Islam dah naik dah. cumanya kita dok mano masa orang kijo untuk Islam? -titm
1 komen:
usrah bukan kuliah kelas akdmik. konsep usrah dan perlaksanaannya perlu diteliti dan dipelbagaikan. Baru menarik dan tertarik. da bomb lagi.
asyik dgn buku. sekali usrah 2 buku di depan. Baca teks lagi.
Post a Comment