Manhaj Haraki
Manhaj itu sistem, haraki pula, gerakan.
Manhaj haraki merupakan langkah-langkah yang jelas lagi terang sebagaimana yang telah dipelopori oleh baginda Rasulullah s.a.w sejak baginda di utuskan, sehinggalah baginda wafat.
Kenapa perlu ikuti manhaj haraki mengikut sirah nabawi yang berlaku secara berperingkat?
Kita dikehendaki menyusuri dan mengikuti peringkat gerakan ini selangkah demi selangkah agar suatu gerak kerja tersusun dan jelas. Lalu, mengikuti perjalanan gerakan islam, maka perlunya kita mencontohi dan meneladani langkah-langkah yang telah digerakkan oleh Rasulullah s.a.w.
Firman Allah swt dalam surah al-Ahzab, ayat ke 21 (33:21) ;
Dalam usaha mencari mardhatillah (keredhaan Allah), maka mengikuti langkah-langkah yang ditunjuki oleh Rasulullah adalah satu usaha yang tidak akan sia-sia, insha'Allah. Kerana kita mempercayai bahawasanya manhaj haraki ini manhaj ketuhanan (rabbaniyah). Allah teguhkan utusan-Nya dalam melaksanakan langkah-langkah ini, dan kita sedari bahawa ianya bukanlah lahir dari tindak balas dari keadaan semasa yang dihadapi. Semua ini adalah aturan dan rencana Allah.
Langkah-langkah dan tahapan melalui sirah ini dibahagikan kepada 5 peringkat, iaitu:
1. Dakwah dan stratergi secara rahsia.
pada peringkat ini, dakwah dilakukan berdasarkan pemilihan, iaitu pada golongan kerabat terdekat, pemilihan berdasarkan keupayaan pendakwah atas kebiasaan mad'u. Penyahut seruan dakwah yang paling utama dan terawal adalah insan yang paling dekat dengan baginda, seorang isteri yang mulia lagi setia, iaitu Saidatina Khadijah r.a (dari kalangan wanita pertama di bumi yang beriman ketika itu), diikuti oleh Abu Bakar as-siddiq, 'Ali bin Abi Talib kwj dan Zaid bin Harithah.
Peringkat ini bermula dari turunnya wahyu kepada baginda Nabi Muhammad s.a.w, sehingga sampai ke firman Allah swt,
2. Dakwah secara terbuka dan stratergi secara rahsia;
yang mana pada peringkat ini, ia tamat pada tahun ke-10 kerasulan.
Sebagaimana Rasulullah berdiri di Bukit Safa dan menyeru kepada kaum Quraisy, secara terang-terangan, menyeru kepada mentauhidkan Allah serta beriman dengan risalahnya dan beriman kepada hari akhirat. Ini salah satu kaedah dalam berdakwah. Sebagaimana sekarang menggunakan konsep ceramah, forum, debat, dan sebagainya.
3. menegakkan negara;
Usaha di peringkat ini termasuklah pemergian Rasulullah ke Thaif, untuk mendakwahkan Banu Thaif kepada Islam dan mencari perlindungan dan sokongan dari mereka sebagaimana disebutkan oleh Ibnu Ishak, ".. kepada mereka Rasulullah menjelaskan bahawa kedatangannya adalah untuk mencari sokongan dalam menyebarkan Islam dan menghadapi kaumnya yang telah menentangnya. (sementelah, Rasulullah mencari sokongan dari mereka yang belum beriman menghadapi kaumnya yang menentang seruan kepada Islam, maka apa salahnya kerjasama Muslim dengan non-Muslim di negara kita? maka tiadalah salahnya berlaku pakatan sedemikian rupa, kerana ia lebih kepada membawa maslahah untuk agama sendiri.)
peringkat ini tamat pada permulaan tahun pertama hijrah.
4. Negara dan Penetapan ketuanya. mengasaskan negara;
tamat dengan termeterainya perjanjian hudaibiyyah.
5. Menyebarkan dakwah di muka bumi.
terhenti dengan wafatnya Rasulullah s.a.w.
Setelah tamatnya setiap peringkat, maka bermulalah pula peringkat yang berikutnya dari penyambung mata rantai-mata rantai perjuangan risalah Rasulullah. Dan kita bermula pada peringkat pertama. Sebagaimana jatuhnya khilafah Islamiyah pada tahun 1924 (3 Mac 1924M). Dan kesinambungan perjuangan penyebaran risalah rasul diteruskan oleh As-syahid Imam Hasan al-Banna, yang mana beliau memulakan sebagaimana peringkat pertama yang telah dilakukan dalam manhaj sirah; dakwah dan stratergi secara rahsia.
dan sekarang kita pula dari pelbagai peringkat, langkah dan tahap kita di peringkat mana..?
maraji' :
al-manhaj al-haraki lil siraatunnabawi
0 komen:
Post a Comment