GANGGUAN PARANOIA
Saya tertarik dengan perkataan paranoia. Seringkali saya ditanya apa maksud paranoia. Bagaimana berlakunya ia. Lalu saya membuat sedikit pembacaan.
Gangguan paranoia ini berasal dari dua kata iaitu ”Para – Noia”,
dimana ”Para” itu bererti di luar, manakala ”Noia” itu dari kata Nous bererti pemikiran.
Paranoia adalah sebuah pemikiran yang ada di luar kewajaran atau kenormalan. Gangguan ini sebenarnya berpusatkan pada kecurigaan yang sangat besar kepada lingkungan sehingga gangguan ini biasanya ditandai dengan keberhati-hatian ataupun kewaspadaan yang besar, sukar mempercayai orang dan akhirnya dia mengandaikan sebuah senario yang sebenarnya tiada, senario yang menjadikan seolah-olah dirinya sebagai bahan korban bahawasanya dia dianiaya atau ditangkap. Jadi hidupnya selalu dihantui oleh ketakutan; lalu dia perlu selalu berhati-hati mengelakkan atau berjaga-jaga jika sekiranya nanti dia akan ditangkap atau dilukai oleh orang lain.
Kebarangkalian mereka yang menghidapi gangguan paranoia ini adalah disebabkan igauan kisah-kisah silam; sama ada berhadapan atau mengalami kes pembunuhan, penderaan, tikam belakang, penipuan, dan seumpamanya. Kesan daripada kes-kes tersebut membuahkan ketidak percayaan, kecurigaan, kewaspadaan yang melampau dan sebagainya. Pendek kata, fenomena su’udzhan mula menyerap masuk ke dalam pemikiran dan hati.
Gangguan paranoia ini mempunyai dua tahap ataupun peringtkat; iaitu peringkat ringan/rendah dan juga berat.
Tahap Pertama
Dalam tahap yang lebih ringan, gangguan ini lebih pada sebuah kepribadian iaitu ada orang-orang yang mempunyai kepribadian paranoid; maksudnya dia susah mendekati orang, susah mempercayai orang, susah mempunyai ikatan atau persahabatan yang akrab dengan orang, selalu hati-hati dengan orang lain.Tapi pada tahap yang rendah ini, mereka yang mengalami gangguan paranoia ini masih boleh bekerja dan mungkin saja masih boleh berumah tangga meskipun perhubungan dengan pasangannya juga tidak terlalu baik dalam tapi dia masih boleh berbicara, menjawab, bercerita dan sebagainya.
Tahap Kedua
Pada tahap kedua, iaitu suatu tahap yang agak berat pula, gangguan paranoia ini sememangnya menjadi sebuah gangguan yang mengganggu fungsi sehari-harian, membuatkan dia akhirnya mempunyai dilusi iaitu pemikiran-pemikiran yang tidak rasional misalnya ada sekelompok orang yang sedang memburunya, yang sedang ingin mencelakakannya, ada orang yang sedang mendengarkan ucapan-ucapannya bahkan ucapan dalam hatinya sendiri.
Jadi dengan kata lain mangsa gangguan paranoia ini mengalami ketakutan di luar kewajaran; dan begitu besar menguasai hidupnya, dan dia akan menciptakan sebuah senario bahwa ada sekelompok orang yang mempunyai rencana jahat terhadapnya, maka dia harus berhati-hati.
Jika dalam tahap yang ringan, orang lain sukar untuk mengenalpasti bahwa dia mengalami gangguan paranoia, kerana gangguan di tahap ini lebih kepada kepribadiannya. Jadi, sememangnya dia masih diterima di dalam masyarakat, dan kadang-kadang, kita bertemu dengan orang seperti ini di ruang lingkup gerak kerja, yang kerap mengelakkan diri, tidak ingin berada di khalayak ramai; dan kita akan katakan "Dia ni pelik, tak nak berkawan/bersosial dan sebagainya," .
Perkasakan benteng iman
Tidak dapatlah tidak hamba itu, apabila terdapat permasalahan maka ia kembali ke Penciptanya. Feedback system ini penting. Kerana apa? Kerana ia adalah muhasabah buat diri kita, dan bila sudah bermuhasabah maka yang silap dijadikan iktibar, dan meneruskan kehidupan dengan lebih baik untuk mendapat hasil yang baik. Selagi rasa ada saja ketidak baikan, maka berulang-ulang kali lah melalui feedback system, kembali ke set point ( melakukan proses muhasabah, dan apa jua permasalahan, kita kembali kepada Allah).
Kita manusia mana mungkin kita tidak pernah silap.
Sebab itu kata Saidina Umar Al-Khatab,
"haasibu anfusakum qobla an tuhaasiba" (hisablah dirimu sendiri sebelum dihisab)
Berkawanlah. Jangan duduk sorang-sorang. Bahaya. Syaitan seronok kalau orang duduk sorang-sorang. Senang dia nak cucuk jarum. Macam-macam jarum penyebaran virus. Virus ukhuwah, virus pemikiran, virus segala jenis. Kebarangkalian serigala membaham seekor kambing lebih tinggi dari kambing yang duduk secara berkumpulan. Dalam cerita Ahmad Al-Bab pun ada pasal kambing. Kambing yang merayau sekor-sekor, keluar dari jemaah kambing, dia sesat jalan, jumpa lah jin ahmad Al-bab. Yang berkumpulan, jumpa dengan tuan dia dalam keadaan baik. Apa maksudnya? Duduklah berkumpulan.
Igauan lalu membuatkan seseorang menjadi takut, kurang keyakinan, pendiam dan seteru dengannya. Lalu menghadapi semua ini, ada yang berjumpa kauselor meminta nasihat, ada juga yang diam dan paranoian kian kuat mencengkam. Apa jua permasalahan, kembalilah kepada Allah. Dia lah punca bagi segala sumber. Jika ketakutan, atau di saat tiada kekuatan, maka ALLAH lah sumber kekuatan. Jika putus harapan, maka balik lah kepada ALLAH. Tiada harapan yang lebih besar, melainkan ALLAH jua harapan kita. Bagaimana mahu merasakan semua ini? Carilah ALLAH dalam keadaan takut dan harap.
0 komen:
Post a Comment