AKIRAMENAI
aku ingin memperkemaskan hati meneguhkan tekad, mencantumkan serpihan kekuatan yang ALLAH ulurkan. Maka tertulislah ia disini.

Dengan nama Allah, yang sesungguhnya berada dekat dengan hamba-Nya...
Nasihat Luqman al-Hakim,
“Wahai anakku, dampingilah selalu para ulama dan jangan engkau banyak berdebat dengan mereka agar jangan dibenci oleh mereka”.
Peluang untuk berdamping dengan orang-orang yang soleh adalah suatu rahmat yang cukup besar bagi golongan yang sentiasa rindu untuk menikmati manisnya iman. Apatah lagi berpeluang mendengar nasihat-nasihat dari pejuang-pejuang yang cukup matang dalam medan jihad yang sebenar.. Sahabat saya pernah bercerita, dalam suatu kuliyah umum Zainab al-Ghazali, apabila beliau menyebut kalimah ‘iman’, satu dewan secara tiba-tiba dapat merasakan apa itu iman.. seolah-olah ada satu paduan tenaga masuk ke dalam hati semua yang hadir.. Subhanallah. .
Ya Allah, jadikanlah kami hamba-Mu yang ikhlas dalam perjuangan.. Sucikan hati kami, ya Allah dari kekejian sifat-sifat Mazmumah.. Hiasi diri kami dengan keindahan sifat-sifat Mahmudah..
p/s: Terima kasih kepada sahabat yang mengemowerdkan msg ni
Ya Rabbi, di hadapan-MU aku bersimpuh, pada-MU cintaku berlabuh....
Andai kita rasa lemah tak berdaya, ambillah masa setiap malam untuk bersama dengan ALLAH.
Ceritakan semuanya pada ALLAH.
Rintihlah pada DIA.
Rayulah pada DIA.
DIA akan dengar.
Semua penduduk langit akan dengar.
Masa tu, mereka semua akan doakan kita.
Apa lagi yang lebih baik selain dari dapat penghormatan dari penduduk langit?
MASHA’ALLAH..
Beruntungnya kita bertuhankan ALLAH Yang Maha Penyayang...
p/s: TQ Anna.. dan TQ pd yg telah beri nasihat ni dolu2.
Seorang adik berkata,
“seronoknya jadi macam akak.. saya nak jadi macam akaklah..”
Dik, jangan jadi macam akak. Akak serba kekurangan, apatah lagi akak lagi teruk daripada kamu.
Jadilah diri sendiri, hargailah diri sendiri.
Macam mana nak hargai diri?
Awak tahu macam mana nak hargai sebuah hadiah yang orang bagi?
Kak, kalau hadiah tu kristal, saya simpan elok-elok; saya letak kat tempat selamat, supaya tak pecah. saya selalu gilap supaya tak berdebu. Baru nampak macam baru je sepanjang masa. Macam tu kot, tanda kita menghargai pemberian orang. Bagi saya, kalau tak menghargai, kita akan buat tak kisah je, sama ada barang tu rosak ke atau paling teruk, kita campakkan barang tu dalam tong sampah.
Panjang pulak jawapan kamu. Heeh~
Hmmm.. sama juga dengan diri kita. Pemberian dari ALLAH. Amanah Allah supaya kita jaga. Kalau kita hargai, pasti kita letakkan diri kita pada tempat yang selamat. Kita ikut jalan selamat agar tidak cedera, ataupun luka. Dan jalan yang selamat itu adalah, ISLAM. Pemberian Allah lagi kepada kita, kita sangat-sangat bersyukur, ucapkanlah hamdallah. Kerana ramai orang islam di luar sana, tetapi berapa ramai yang mempunyai kesedaran tentang Islam, dan berapa ramai orang yang sedar, dia perlu bersama-sama golongan yang menggerakkan gerak kerja Islam, menggerakkan penyebaran dakwah di muka bumi Allah.
Apa kaitan dengan menghargai diri, kak?
Hee~ panjang sangat sampei tak paham ye?
Begini, bila kita diberi kurniaan, tak perlu kita compare dengan orang lain, dik. Kerana kita yakin, ALLAH tahu dan Maha Tahu, terhadap apa yang di aturkannya. Dan pasti diaturkan yang terbaik buat setiap hamba-NYA
Kak, saya tahu, kita kena gerakkan penyebaran Islam di mana-mana pun. Tapi kerana sibuk sangat, banyak kerja nak kena settle kan…
Ummm… betul jugak. Akak pun banyak kerja. Lagi dekat dengan final exam, lagi bertimbun rasanya kerja-kerja kita.
esaimen DCS, thesis, esaimen I.I-ultrasonic flowmeter, 3 Quiz (take hostel) A.I, esaimen A.I, Lab A.I.. hmmm..cube pk, klu semua orang pk banyak keje,agaknye pakat xjalan la gerak kerje Islam di kampus.
Tp, kita kena sedar, bukan kita yang mengawal masa. Kita mengatur masa mengikut kemampuan akal fikiran kita. Tapi , secara totalnya, ALLAH lah yang atur masa kita. YA ALLAH, tadbirlah masa kami.
Cube fikir lagi, tidakkah kita sedar, kalau orang ajak kita untuk berprogram sebagai contoh, secara automatic pula kerja-kerja akademik akan menerpa dalam kotak fikiran kita. Tapi masa-masa lain, tak pula difikirkan tentang akademik? Asyik dengan perkara lagha lain..
Akak bukan yang terbaik untuk berkata-kata begini, tapi, nasihat akak, optimumkan masa untuk kedua-duanya. Akademik kita dan gerak kerja Islam.
Ada orang dia percaya sungguh-sungguh dan berpegan kepada ayat ke-7, surah Muhammad.. tapi kalau tak berusaha, dan tak ubah sikap dari malas belajar kepada rajin belajar, maka Allah kata, Allah tak ubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri mengubahnya. Kata ustaz, jangan meng-kuli-kan Allah!
Ada juga orang yang belajar sungguh-sungguh. Pecut sampai tembus siling. Tapi keyakinan bahawa ALLAH akan bantu dia kalau dia tolong agama Allah tu kurang. Jadi, berlaku kes tak turut serta dalam program-program, kerana dibimbangi akan menjejaskan keputusan akademik.
Tetapi, adalah lebih baik sekiranya kita berusaha bersungguh-sungguh dan bertawakkal kepada-NYA setelah berusaha. Pecut sampai siling, mohon pertolongan Allah, dan bertawakkal.
Got it?
Ok, jom study. Masa rehat dah abih.
Intelectual Discourse
(Wacana Ilmiah)
CANING FOR CONSUMING ALCOHOL: is it fair?
Sebat Kerana Arak : Adilkah ?
Khamis (22/10/09)
8.30~11.30 p.m
Main Auditorium, KOM
IIUM, Kuantan
Moderator:
Prof Dr Mohammed Fauzi bin Abd Rani
(dean kulliyyah of Medicine)
Panelist:
1- YB Dato' Hj Sahfri bin Abd Aziz
(pengerusi Jwtnkuasa Dakwah Islamiah, Ppaduan & Bdn Bkn Krajaan (NGO) Pahang)
2- Ust Hj Nasarudin bin Hj Hassan At-Tantawi
(Ketua DPPP)
3- Mr. Mohd Najid bin Husin
(Peguam Syar'ie Pahang)
4- Dr. Hamidah Marican
(Executive Director, Sister in Islam, SIS )

Kawan-kawan; semua muslimin muslimat dan juga kawan-kawan bukan Islam, dijemput hadir..
Selamat berwacana..
Khali seketika dikala berteleku.
Ya Alah, di hadapan-MU aku bersimpuh, pada-MU cintaku berlabuh..
Teringat kepada titipan rintihan TGNA dalam buku 'Bidadari Dari Timur'.
"Ya ALLAH, Ya Aziz,
Ya Rahman, Ya Rahim..
Pengetahuanku pada kemurahan-MU
Itulah yang memberhentikan aku di pintu-MU..
Bagaimana aku akan kecewa?
Sedangkan Engkaulah harapanku
Bagaimana aku akan hina?
Sedang Kaulah tempat sandaran
Bagaimana aku akan mulia berbangga?
Sedang Engkau menempatkanku
dalam lemah dan hina
Bagaimana aku akan miskin?
Padahal Engkaulah yang mencukupkan
Hidupkanlah hati-hati ini
Dengan ma'rifat-MU
Puaskanlah keluargaku dengan aturan-MU
Berbanding aturan kami sendiri
Bantulah aku dalam menunaikan
tanggungjawab selaku pemimpin
Ingatkanlah aku,
Bahawa aku hanya seorang hamba
Supaya aku tak lupa
Ya Allah, perkenankan permintaan ini.."
*********************************************
Ya,
Bagaimana aku akan kecewa?
Sedangkan Engkaulah harapanku..
Bagaimana aku akan hina?
Sedang Kaulah tempat sandaran
Bagaimana aku akan mulia berbangga?
Sedang Engkau menempatkanku dalam lemah dan hina
Bagaimana aku akan miskin?
Padahal Engkaulah yang mencukupkan.
Mar'atuSsolehah
Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.
Bicara Asy-Syafi'ie...
Sesungguhnya orang yang faqih itu adalah dinilai dengan perbuatannya.. Bukanlah orang yang faqih itu dinilai dengan ucapan dan perkataannya..
Begitu juga pemimpin itu adalah dinilai dengan kemuliaan akhlaknya..Bukanlah pemimpin itu dinilai dengan banyaknya pengikut dan pembela-pembelanya.
" Pernah aku mendaki gunung yang tinggi.
Melewati kudratku yang fakir.
Kuterus mendaki lebih tinggi
hanya untuk merasakan sakit bila jatuh.
Pernah aku menyelam untuk sebutir mutiara.
Melewati nafas aku yang usang..."
“Hamba yang cinta kepada Allah adalah hamba yang menyahkan hawa nafsunya, tidak putus-putus berzikir kepada Tuhannya, mendirikan hak-hak Allah, melihat Allah dengan mata hati. Sekiranya ia berbicara, ia berbicara dengan Tuhannya. Sekiranya ia bercakap, ia bercakap tentang Allah. Sekiranya ia bergerak, ia bergerak atas perintah daripada Allah dan sekiranya ia senyap, ia bersama-sama Allah. Ia di sisi Allah, untuk Allah, dan bersama Allah,”
-al-Baghdadi
~as-syahid Hassan Al-Banna~
"jangan biarkan sehari dalam hidupmu berlalu tanpa memikirkan tentang islam"
~almarhum ust Dato' hj fadzil Noor.
(mujahid ISLAM 1978-2002)
“Bila hati kamu tidak tenang, maka pergilah ke majlis para ulama. Jika hati tetap tidak tenang, maka bacalah al-Quran. Jika hati tetap tidak tenang, maka bangunlah di waktu malam untuk bermunajat. Namun jika hati tetap tidak tenang, maka berdoalah kepada Allah agar kamu diberikan hati yang lain,”
-Ibn Mas’ud RA