"Ya Allah, kurniakanlah ke atasku ketenangan, dan tetapkanlah pendirianku bersama-sama pendukung-pendukung kebenaran, dan tabahkanlah hatiku dengan mengingati Engkau, dan kurniakanlah akan daku keredhaan dengan perkara yang Engkau redhai"

Showing posts with label CORETAN. Show all posts
Showing posts with label CORETAN. Show all posts

Friday, September 24, 2010

Cuti-cuti Raya...

Cuti-cuti Raya 1...

"Sekilo batu ngan skilo kapas, mana lagi berat?" si Abang bertanya kepada adik-adiknya.
dan Adikku pantas menjawab, "Batu laa.. apa la soalan abang ni.." penuh kekonfidenan.
Aku tersengih. Biasanya, kalau abang tanyakan soalan, pasti ada trick.
Tapi soalan kali ni terlalu direct.
"Awat pulak? Jawapan dia, sama berat laa... Sekilo ngan sekilo.."
sebagai pemerhati dan pendengar, aku tersenyum bersahaja.
haah..tu diaa... Dik, len kali dengar betul-betul..
dan aku mula berfikir,
Kalau pandangan, kita panggil ilusi optik..
kalau pendengaran, panggil apa pulak kalau kes cmni?


Cuti-cuti Raya 2...

"Jom pi RFC, lapaq.. kat rumah terbuka MB ramai sangat..."  pujukan demi pujukan, akhirnya makan saman.
Entah apa yang seronoknya kat rfc, aku pun tak tau.
Rasanya, kalau ayam goreng, kat rumah goreng sendiri lagi sedap.
Citarasa..selera..masing-masing lah.. sekali-sekala, kata adik-adik.
"Nak makan pa, habaq la.. Shah, nak makan pa?" Abangku yang baik hati bertanya.
"wedges.."
"Midah, nak apa?"
"haa.. chek nak lojes-lojes.." jawab adikku.
Haaah? aku menepuk dahi.



Sunday, February 28, 2010

KEMBARA melabuh tirai

ALHAMDULILLAH... pujian selayaknya bagi ALLAH..
KEMBARA '10 kini telah selamat melabuhkan tirai... Apa perasaan anda? jawab sendiri2.

Tahniah & terima kasih kepada pihak penganjur KEMBARA '10, dan kepada mereka tlibat scara langsung n xlangsung, yang turut sama2 menyokong KEMBARA '10.

Sesungguhnya milik ALLAH lah segala kesempurnaan itu. Justeru, tidak lah dapat lari dari sebarang kekurangan pada hamba2-Nya.
Apapun, program KEMBARA '10 berjaya membawa dan menambahkan lagi pengalaman pada diri.. Syukur, ALHAMDULILLAH.

Dan saya kira, rata2 mereka yang terlibat merasakan 'sesuatu' dalam diri. Rasa apa, tepuk dada tanya iman. Kalau tak dak rasa apa2, mai kita tambah bilangan hari program KEMBARA ni, jadi seminggu genap. Tapi bukan masalah masa itu lama atau tidak.. Ia berkenaan keterbukaan hati kita.. Sejauh mana kita membuka hati untuk sama2 menyediakan sekeping hati yang mencintai ALLAH dan Rasulullah... dan sejauh mana kita meletakkan kecintaan kepada program2 yang mendekatkan diri kita dengan Pencipta. Insha'Allah.
Jangan pulak hanya pada masa KEMBARA saja, baru nak ingat Rasulullah, baru nak berselawat. Amalkan slalu.
(AWAS!! pesanan ini juga ditujukan untuk DIRI SENDIRI.)
Moga2 kita beroleh manfaat yang banyak sepanjang program ni. insha'Allah.


Ya ALLAH, himpunkan kami dlm mjlis yg baik ddunia ini.. dan himpunkan pula kami dalam majlis yg baik di mahsyar kelak,...

Thursday, November 5, 2009

ceritakan

Ya Rabbi, di hadapan-MU aku bersimpuh, pada-MU cintaku berlabuh....

Andai kita rasa lemah tak berdaya, ambillah masa setiap malam untuk bersama dengan ALLAH.

Ceritakan semuanya pada ALLAH.

Rintihlah pada DIA.

Rayulah pada DIA.

DIA akan dengar.

Semua penduduk langit akan dengar.

Masa tu, mereka semua akan doakan kita.

Apa lagi yang lebih baik selain dari dapat penghormatan dari penduduk langit?

MASHA’ALLAH..

Beruntungnya kita bertuhankan ALLAH Yang Maha Penyayang...


p/s: TQ Anna.. dan TQ pd yg telah beri nasihat ni dolu2.

Monday, October 26, 2009

pecut sampai siling


 -mengisi masa rehat dengan bebelan-


Seorang adik berkata,

“seronoknya jadi macam akak.. saya nak jadi macam akaklah..”

Dik, jangan jadi macam akak. Akak serba kekurangan, apatah lagi akak lagi teruk daripada kamu.

Jadilah diri sendiri, hargailah diri sendiri.

Macam mana nak hargai diri?

Awak tahu macam mana nak hargai sebuah hadiah yang orang bagi?

Kak, kalau hadiah tu kristal, saya simpan elok-elok; saya letak kat tempat selamat, supaya tak pecah.  saya selalu gilap supaya tak berdebu. Baru nampak macam baru je sepanjang masa. Macam tu kot, tanda kita menghargai pemberian orang. Bagi saya, kalau tak menghargai, kita akan buat tak kisah je, sama ada barang tu rosak ke atau paling teruk, kita campakkan barang tu dalam tong sampah.

Panjang pulak jawapan kamu. Heeh~

Hmmm.. sama juga dengan diri kita. Pemberian dari ALLAH. Amanah Allah supaya kita jaga. Kalau kita hargai, pasti kita letakkan diri kita pada tempat yang selamat. Kita ikut jalan selamat agar tidak cedera, ataupun luka. Dan jalan yang selamat itu adalah, ISLAM. Pemberian Allah lagi kepada kita, kita sangat-sangat bersyukur, ucapkanlah hamdallah. Kerana ramai orang islam di luar sana, tetapi berapa ramai yang mempunyai kesedaran tentang Islam, dan berapa ramai orang yang sedar, dia perlu bersama-sama golongan yang menggerakkan gerak kerja Islam, menggerakkan penyebaran dakwah di muka bumi Allah. 

Apa kaitan dengan menghargai diri, kak?

Hee~ panjang sangat sampei tak paham ye?

Begini, bila kita diberi kurniaan, tak perlu kita compare dengan orang lain, dik. Kerana kita yakin, ALLAH tahu dan Maha Tahu, terhadap apa yang di aturkannya. Dan pasti diaturkan yang terbaik buat setiap hamba-NYA

Kak, saya tahu, kita kena gerakkan penyebaran Islam di mana-mana pun. Tapi kerana sibuk sangat, banyak kerja nak kena settle kan…

Ummm… betul jugak. Akak pun banyak kerja. Lagi dekat dengan final exam, lagi bertimbun rasanya kerja-kerja kita.
esaimen DCS, thesis, esaimen I.I-ultrasonic flowmeter, 3 Quiz (take hostel) A.I, esaimen A.I, Lab A.I.. hmmm..cube pk, klu semua orang pk banyak keje,agaknye pakat xjalan la gerak kerje Islam di kampus.

 Tp, kita kena sedar, bukan kita yang mengawal masa. Kita mengatur masa mengikut kemampuan akal fikiran kita. Tapi , secara totalnya, ALLAH lah yang atur masa kita. YA ALLAH, tadbirlah masa kami. 

Cube fikir lagi, tidakkah kita sedar, kalau orang ajak kita untuk berprogram sebagai contoh, secara automatic pula kerja-kerja akademik akan menerpa dalam kotak fikiran kita. Tapi masa-masa lain, tak pula difikirkan tentang akademik? Asyik dengan perkara lagha lain..

Akak bukan yang terbaik untuk berkata-kata begini, tapi, nasihat akak, optimumkan masa untuk kedua-duanya. Akademik kita dan gerak kerja Islam.

Ada orang dia percaya sungguh-sungguh dan berpegan kepada ayat ke-7, surah Muhammad.. tapi kalau tak berusaha, dan tak ubah sikap dari malas belajar kepada rajin belajar, maka Allah kata, Allah tak ubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri mengubahnya. Kata ustaz, jangan meng-kuli-kan Allah!

Ada juga orang yang belajar sungguh-sungguh. Pecut sampai tembus siling. Tapi keyakinan bahawa ALLAH akan bantu dia kalau dia tolong agama Allah tu kurang. Jadi, berlaku kes tak turut serta dalam program-program, kerana dibimbangi akan menjejaskan keputusan akademik.

Tetapi, adalah lebih baik sekiranya kita berusaha bersungguh-sungguh dan bertawakkal kepada-NYA setelah berusaha. Pecut sampai siling, mohon pertolongan Allah, dan bertawakkal.

Got it?

Ok, jom study. Masa rehat dah abih.

Thursday, October 22, 2009

titipan dari BDT

Khali seketika dikala berteleku. 

Ya Alah, di hadapan-MU aku bersimpuh, pada-MU cintaku berlabuh..

Teringat kepada titipan rintihan TGNA dalam buku 'Bidadari Dari Timur'.

"Ya ALLAH, Ya Aziz,

Ya Rahman, Ya Rahim..

Pengetahuanku pada kemurahan-MU

Itulah yang memberhentikan aku di pintu-MU..

Bagaimana aku akan kecewa?

Sedangkan Engkaulah harapanku

Bagaimana aku akan hina?

Sedang Kaulah tempat sandaran

Bagaimana aku akan mulia berbangga?

Sedang Engkau menempatkanku

dalam lemah dan hina

Bagaimana aku akan miskin?

Padahal Engkaulah yang mencukupkan

Hidupkanlah hati-hati ini

Dengan ma'rifat-MU

Puaskanlah keluargaku dengan aturan-MU

Berbanding aturan kami sendiri

Bantulah aku dalam menunaikan

tanggungjawab selaku pemimpin

Ingatkanlah aku,

Bahawa aku hanya seorang hamba

Supaya aku tak lupa

Ya Allah, perkenankan permintaan ini.."

*********************************************


Ya, 

Bagaimana aku akan kecewa?

Sedangkan Engkaulah harapanku..

Bagaimana aku akan hina?

Sedang Kaulah tempat sandaran

Bagaimana aku akan mulia berbangga?

Sedang Engkau menempatkanku dalam lemah dan hina

Bagaimana aku akan miskin?

Padahal Engkaulah yang mencukupkan.

Sunday, October 11, 2009

di mana kamu..?

Sedang buat esaimen, kacau. Blurr nak cari jalan kerja ANN. 

mata meliar mencari buku kecil berwarna hijau. Selalunya kalau serabut, sedap mata sejuk hati, tenteram jiwa bila meneliti ayat-ayat dalamnya. Pemujuk hati.. 

Tapi, sedih benar. Benar sedih.

mereka bertanya, kenapa sedih?

dan jawapanku, kerna kitab terjemahan Al-Qur'an yang cukup disayangi tak nampak dek mataku. 

ke mana ia menghilang?

ataukah siapa yang bertuah membaca Qur'an itu? Tak mengapa..
Bacalah. Bacalah, baikilah bacaan, terokailah dan hayatilah kandungannya.
Semoga empunya kitab suci itu juga mendapat ganjaran baik dari Allah.

sejenak dan berjenak-jenak.. terfikir... ini mujur fizikal kitab suci al-Qur'an itu yang hilang. masih boleh ambil Qur'an di masjid atau pinjam dari kawan-kawan, untuk dibaca dan bertadabbur. Tapi, kalau al-Qur'an tu hilang di dada..? kalau gelap gulita dari menerima cahaya Allah... hilang pedoman... Na'uzubillah..!

Peringatan dari Allah juga ni...


Saturday, September 26, 2009

Cerita dari kampong <2> ...Menthaloon...

Balik kampung, jangan lepaskan peluang mengikuti program-program yang bagus. Tambah-tambah lagi program makan-makan. =p 

24hb September 2009, kami berlima menghadiri majlis rumah terbuka sempena Hari Raya 'Aidilfitri di Dewan Sri Mentaloon.  Seawal 10.30 pagi lebih kurang, kami tiba. Uiih, dah ramai. Tapi belum dapat keizinan masuk. Laa... pukul 12 tengah hari baru majlis bermula. Awai sangat la pulak. 

Cukup masa, kami masuk. Nak apa, semua ada. Laksa, bihun, satay, tapai, ais krim, murtabak... macam-macam ada. Mak kata, kita pi bukan nak makan sangat pun. Tapi dapat makan, kita makan. =) 

Tak lama kemudian, beberapa orang sami dari persatuan wat-wat Siam Kedah. Tak pasti lah sebelum-sebelum ni mereka di jemput atau tak. Kita jangan menghina agama orang.. Kita raikan mereka, kerana mereka pun mad'u kita juga.  

Dengar kata, lebih 50 ribu rakyat menghadiri majlis rumah terbuka sempena Hari Raya 'Aidilfitri di Dewan Sri Mentaloon.. Bersama MB kesayangan rakyat. Ustaz Azizan.

Apapun, Kedah Sejahtera, Rakyat Aman Sentosa, diperintah Orang yang bertaqwa.. Semoga kami sebagai rakyat sentiasa dipimpin oleh pemimpin yang bertaqwa.. insha'Allah. 

Cerita dari kampong <1>

Tatkala pengumuman Hari Raya selesai diumumkan....

Pphhiiieewww....Boom..Kebaabooomm...

Sakit telinga juga dengar bunyi-bunyi mercun ni. Sebenarnya, sakit telinga, tidak lah sangat pun. 
"Jangan di aduh sakit dikaki,
kerna hakikat sakit di hati,
jangan di omel sakit di telinga,
kerna hakikat sakit di jiwa.."

Agak-agaknyalah, sakit kat mana? haa... sendiri jawab ya..

Pelik juga. Ni mengalahkan kawan-kawan tiong hua kita. Gedebung sana, gedebang sini.. atas bumbung, depan rumah. (Mulalah membebel ni..)

"Depa ni seronok sungguh hambat (halau) Ramadhan.."

kata abang, "bukan halau Ramadhan. Ramadhan dah pi, tak di nama menghalau Ramadhan. Ni nama dia celebrate pembebasan syaitan. seronok syaitan dah bebas."

Adik-adik tersengih. Ada benar juga. Amboi, seronok sakan depa naa.. 

Awat depa tak main bom teruih? bulih kita pakat-pakat hantaq pi Palestin. Tolong saudara-saudara kita kat sana. 

Kak pulak bersuara,
"Apa main bom.. Tak payah. Bawak merecun pun tak pa dah, sebab puak-puak Zionis ni pun sebenarnya pengecut ja.."  


"Hoooiiyyoo..?"


Saja bercerita meluangkan masa. Nak membebel, kawan-kawan belum balik sini lagi... jadi membebel dalam blog sajja.. 

Monday, August 31, 2009

dan kita masih seperti ini

Di penghujung semester 1 bulan barakah, Ramadhan. Ya Allah, cepatnya masa berlalu. 'Cepat, pantas, dan rajin' sekali masa berlalu. (kenapa 'rajin'? berhati-hati guna perkataan.)  

Rupa-rupanya, kita menanti, kita merindui Ramadhan dengan menyambutnya dalam keadaan memberi ucapan 'Salam Ramadhan' sahaja. Tidak pun, dalam mengekalkan ciri kemelayuannya, 'Selamat Berpuasa'.

huh? 

Kala Rejab, kita sibuk sangat, sangat sibuk. Macam2 kesibukan. Terkadang, hingga solat pun terlewat mahupun dilewatkan.  
Bahkan Sya'aban juga sedemikian rupa. Bacaan al-Qur'an, tidak kita jaga. Pejuang Islam, takkan siakan masa lapang, diisinya dengan suatu perkara yang berfaedah.
Banyak perkara berfaedah, yang salah satu antaranya adalah baca qur'an. Saya berkata, salah satunya baca qur'an. salah satunya. Saya tak kata hanya baca qur'an sahaja perkara berfaedah. Jika kamu study, kamu berniaga, hatta apa saja kebaikan kamu lakukan, maka ia tetap juga perkara berfaedah. Tetapi sekarang saya memberi contoh, salah satu perkara berfaedah adalah membaca Al-Qur'an. Tadabbur. Itupun, dibulan Sya'aban, kita jarang-jarang buat. Kita sibuk lagi. Meeting, Liqa', esaimen2, test, dan pelbagai yang berkepelbagaian. 
Letih. Maghrib, isha' berjamaah tinggal. Subuh berjamaah pun tinggal. Lewat subuh.

Kini menjelang Ramadhan, kita masih selesa ditakuk lama. Saya teringat kata-kata pengetua sekolah dulu.
'dok seronok duduk dalam longkang . Tak mau naik-naik dah walaupun tau longkang tu busuk.'
Buatlah anjakan. Kalau dulu  solat lewat-lewat, ubahlah.. solat di awal waktu. Kalau sebelum ni payah nak bangun sama-sama tunaikan solat subuh berjamaah, sekarang bulan Ramadhan, bangun sahur, jangan tidoq balik. Pi ambik wudhu', pi solat berjamaah.  Tak boleh semua jangan tinggal semua. Tak boleh tidok balik, jangan tak pi masjid. Eh, apa pulak dah ni? ada kaitan ke? haa.. macam tu lah..

Kita golongan yang rugi, lantaran tidak tahu menghargai.
Kita orang yang tersia malamnya, dek asyik dalam buaian mimpi.
Kitalah, kitalah orang yang rugi, kerana tak mengambil peluang.

> set alarm, nak bangun bertahajjud.
> alarm berbunyi, 
>kejap lagti, awal lagi. tido dulu jap.
>bunyi lagi.
>ngantuk lagi. best tido. Esok ada lagi. Buat esoklah.
> (keesokannya)
>tadi tido lambat, siapkan esaimen. rehat jap. nanti takde tenaga nak posa esok.
>(maka tidaklah dilakukan olehnya akan solat malam itu)
>hari2 seterusnya berulang perkara yang sama. Penuh alasan dan kedangkalan.
Ramadhan menemui penghujung.
Tahun ke tahun, kunjungan Ramadhan datang dan pergi. Dan kita masih seperti ini. 
Mujur, sempat bertemu Ramadhan. Jika tiba-tiba pancit ditengah jalan Ramadhan pun tak sempat, nak cari alasan pun tak dapat. 

Suka saya memetik kata-kata Imam Hasan al-Banna, dalam buku Nasihat Ramadhan Daripada Orang-orang Soleh; Pandangan Sisi: TGNA,

kata Hasan al-Banna,

"Pada setiap hari di hadapanmu ada saat-saat istimewa pada pagi hari, juga pada petang hari, serta pada waktu sahur. Pada waktu-waktu itu jiwamu yang bersih dapat meninggi ke langit dan engkau pun boleh mendapatkan kebaikan dunia dan akhirat. Di hadapanmu juga ada musim-musim ketaatan, hari-hari untuk ibadah, malam-malam untuk bertaqarrub yang telah diajarkan oleh kitab sucimu, juga Rasulmu yang mulia. Maka jadilah engkau pada waktu-waktu mulia itu sebagai orang yang banyak berzikir, bukan orang yang lalai. Jadilah orang yang banyak beramal dan bukan pemalas. Manfaatkan lah waktu, sesungguhnya waktu bagaikan pedang, janganlah bertangguh, kerana tidak ada yang lebih berbahaya selain daripada bertangguh."


Lagi, memetik kata-kata Ibn Qayyim,

"Tahun adalah sebatang pohon. Bulan adalah dahannya. Hari adalah rantingnya. Jam adalah daunnya, dan nafas adalah buah-buahannya. Barangsiapa bernafas untuk ketaatan, maka buahnya pasti baik. Dan barangsiapa bernafas untuk kemaksiatan, maka buahnya pasti pahit. Musim menuainya adalah hari pembalasan. Pada saat itu akan jelas buah yang manis dan mana buah yang pahit. Maka bagaimanakah buah dari umur kita?

Sebelum usia kita berakhir, sebelum segalanya menjadi terlambat, agar kita tidak menuai umur dengan buah yang pahit dihari pembalasan, maka tanamlah di ladang-ladang waktu kita dengan pohon-pohon yang baik. Belajarlah cara-cara menggunakan waktu yang telah di praktikkan oleh para salaf, generasi awal Islam. Kerana mereka telah membuktikan, bahawa tiada waktu yang mereka lalui dengan sia-sia. Waktu mereka selalu terisi dengan ketaatan, kebaikan, dan produktiviti."

Masa kita?
Manfaatkan masa yang ada, agar kita tak tergolong dalam golongan rugi.

Friday, August 14, 2009

Alamak… kena bagi pengisian...!!

Alamak… kena bagi pengisian. 
Tak naklah.
Saya tak reti..
Saya tak tahu..
Eeii, malu lah..tak naklah..
Saya tak boleh lah, ramai sangat orang. 
Bagilah kat orang lain dulu…


Sampai bila? 
Sampai bila nak berada dalam keadaan sebegitu?
Kalau tak mula, sampai bila-bila pun asyik bagi jawapan yang sama. 
Sampai bila nak berada dalam keadaan tak tahu?
Kalau kita tak ada sesuatu, macam mana nak bagi sesuatu kat orang lain?
Contoh mudah, 
Kalau saya tak ada pen, bagaimana saya nak bagi pen kepada orang? Jangankan nak beri secara percuma atau hadiahkan, nak bagi pinjam sekejap pun tak boleh.

Botol kosong, kalau tak diisi, ia tetaplah kosong. Melainkan kita pergi cari air, isikan air dalam botol tu. Maka ada la air dalam botol tu, boleh la tolong orang yang dahaga. Dapatlah ganjaran baik disisi-Nya.

Baik, kalau rasa macam takut-takut, cuba la sikit-sikit dulu. 

1. Cuba beri pandangan/pendapat dalam mesyuarat/ perjumpaan kelab dan sebagainya. Mula-mula, mesti rasa gementer.. Ish, nanti pandangan/pendapat ditertawakan.. Pendapat tak hebat macam orang lain.. Semua ni bakal membantutkan idea dan lontaran pendapat kita. Cakapkan saja. Lontarkan saja. Mereka ingin ketawa? Biarkan. Idea tak hebat? 
Saya teringatkan pesanan seorang senior saya,
Awak kalau ada perkara nak tegur, atau ada pandangan & cadangan, jangan segan2 nak cakap. Mana lah tau, perkara yang awak nak cakap tu orang lain tak penah terfikir. Kalau awak hold-kan, mungkin 2 minggu berikutnya baru orang lain suarakan cadangan/teguran yang awak pernah nak cakap 2 minggu sebelum tu.. Awak dah melambatkan dan awak merugikan masa selama 2 minggu.

2. Ambil peluang untuk bagi tazkirah. 5 minit pun cukup. Tak perlu bercakap 4 jam.
Seronok berkongsi ilmu. 

Cuba lah dulu..
Kalau tak cuba, mana boleh nampak hasil, kan?
Belum cuba, belum tahu..
Sekali cuba, pasti nak lagi.

Alahai... bebelan petang.

Selamat berkongsi maklumat. 

Monday, July 20, 2009

serba tak kena?

Terkadang...
kita merasakan diri begitu tak tentu arah. 
nak membaca, tak masuk kpala..
nak berbual atau berbincang, terasa diri macam di awangan..
mainkan lagu yang digemari,  terasa tidak memenuhi citarasa pula kali ini..
bergelen-gelen lagu dimainkan, bermacam-macam cerita dibuka, tetap tak ceria..
nak tidur, tapi tak mengantuk, tak terlena...
segalanya serba tak kena..

Kenapa ni? kenapa semua serba tak kena? kenapa hati rasa tak sedap?

Carilah jalan. Cari. Dan pastikan apa yang kita cari menemui penyelesaian.

Rasa serba tidak kena itu adakah puncanya dari keadaan sekeliling yang tidak memuaskan hati kita? Pada saya, bukan itu punca utamanya, tetapi content dalam hati kita.

Iman dalam diri kian menurun lantaran kuatnya perkara lagha yang diutamakan. Sedangkan kedekatan diri dengan Allah dan pencarian ilmu tidak diutamakan malah hanya sebagai sampingan sahaja. Lalu iman yang hampir lemas meronta. Lalu diri kita menjadi serba tidak kena. Dan penyelesaian harus dicari segera. Cari dan carilah. Buatlah apa sahaja, untuk pulih semula semangat dan rasa hadirnya kecintaan kepada ALLAH dan Rasul sepenuh hati. Maka tiada penyelesaian yang terbaik melainkan ALLAH. Tiada harapan yang lebih besar, melainkan ALLAH jua harapan kita.

“ Hai anak Adam, carilah Aku nescaya engkau akan bertemu denganKu. Jika engkau dapat menemuiKu ertinya engkau telah mendapat segala-galanya. Tapi jikalau Aku luput darimu ertinya engkau telah luput dan kehilangan segala-galanya. Sewajarnyalah engkau mengasihiKu dari segala-gala yang lain.”  
(Hadis Qudsi)

 

Mengapa malu mengalirkan air mata? Sedangkan nilaiannya begitu berharga jika sekiranya ia tangisan takut dan harap kepadaNYA?

  “ Ya Allah, kurniakanlah kepada kami kedua biji mata yang mudah mengalirkan air mata, dapat menyembuhkan hati dengan linangan air mata kerana takutkanMu. Perkenankanlah permohonan ini sebelum mengalir dari kedua mata ini air mata darah, Ya Allah, kepadaMu lah kami kembali…”

----

Orang yang lapar, tak perlu disuruh makan, kerana pasti dia akan makan sendiri. 
xperlu dipaksa makan, kerana pasti dia akan makan.
apabila makanan tiada, dia akan cari sendiri makanan.tak perlu suruh.
melainkan orang yang punyai penyakit yang yang menghalangnya daripada makan.

Orang yang tiada tempat tinggal, pasti akan mencari tempat tinggal untuk berteduh.
Biarpun merempat, pasti tetap akan dicari tempat rempatan sebagai perteduhan. Malahan boleh terjadi mogok kerana inginkan tempat berteduh. Itik pun pandai cari tempat berteduh dikala hujan, inikan pula manusia. Maknanya, takperlu paksa juga.

Begitu juga orang yang baik hati. Tak perlu disuruh buat kebaikan, kerana pasti dia akan buat kebaikan. Tak perlu dipaksa menerima kebaikan, kerana pasti dia akansukarela  menerima kebaikan. kecuali orang yang hatinya berpenyakit yang menghalangnya daripada menerima kebaikan.

Apakah jika sekiranya kamu diseru ke arah kebaikan, kamu akan menolaknya?
Dan apakah sekiranya kebaikan itu hadir padamu, kamu tidak mengendahkannya?
Dan apakah sekiranya kebaikan itu berada pada dirimu, kamu mengabaikannya?

Dan Islam adalah kebaikan yang dikurniakan oleh ALLAH kepada manusia.

Tuesday, July 7, 2009

Appreciate your experiences

“Appreciate your experience…”

Saya meminjam kata-kata seorang pensyarah. Bukan kerana dia comel, tapi kerana kata-kata itu membuatkan saya rasa tertarik dan mendalam maksudnya.

Kita punyai pelbagai pengalaman, bukan? Tipu lah kalau ada yang mengatakan, ”saya tak ada apa-apa pengalaman.”
Sama ada pengalaman itu berasa manis, pahit, masin, kelat, tawar dan sebagainya, ia tetaplah pengalaman.

Kebiasaannya, manusia sukakan pengalaman manis. Seronok dan bahagia untuk di kenang-kenangkan. Tetapi berlaku sebaliknya kepada si pahit dan kelat, yang rasa-rasanya jika dikenang-kenangkan akan buatkan manusia merasa sedih,stress, dan seumpamanya.

Apapun, pengalaman adalah sesuatu yang telahpun berlaku dan berlalu. 

Yang baik jadikan motivasi untuk terus menjadi lebih baik, dan istiqamahlah dalam meningkatkan prestasi diri sebagai hamba-NYA dan sebagai khalifah di muka bumi. 

Yang perit dan pahit, ambil ia sebagai iktibar dan koreksi diri.

Yang penting, sentiasalah bersyukur. Janganlah berputus asa. Kerana rahmat Allah begitu luas. Nikmat yang DIA kurniakan lebih besar dari ujian yang diberi kepada hamba-NYA.

Orang mukmin itu, sekiranya dia medapat kurnia dia akan bersyukur, dan apabila ditimpa musibah, dia bersyukur dan bersabar. 

Sabda baginda Rasulullah saw;

”Sungguh ajaib perihal orang mukmin, sesungguhnya semua urusan mereka adalah kebaikan. Dan keadaan ini tidak ada melainkan kepada orang yang beriman saja. Sekiranya dia medapat karunia dia akan bersyukur, maka jadilah karunia itu baik untuknya. Manakala apabila ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu kebaikan untuknya.”(HR Muslim)


Jadi, 

Appreciate your experiences!!

 

Sunday, June 21, 2009

Selamat Maju Jaya


Selamat maju jaya kepada semua sahabat-sahabat yang bakal menghadapi peperiksaan pada minggu ini. Kepada yang membaca, terbaca, dan yang tidak terbaca sekalipun, semoga ALLAH memberkati kita dan ilmu yang kita pelajari. 

Kita hamba, maka jadilah kita sebenar-benar hamba kepada-NYA... 

tulip putih


Alhamdulillah. Aku masih berkesempatan bernafas di kala terbit sinar mentari di pagi dhuha. Betap indah ciptaan Allah. Subhanallah.


Ramai orang berbicara bunga. Bunga itu juga antara ciptaan Allah, ciptaan begitu unik. Dalam banyak-banyak bunga, aku menyukai si tulip.

Dalam banyak-banyak tulip, aku menggemari tulip putih. Apatah lagi kuntuman bunga berwana putih, daun dan batangnya yang hijau. Subhanallah, comelnya... Mungkin kerana hijau dan putih itu warna kegemaran. Ya warna kegemaran. Ramai orang mengatakan aku punyai maksud tersirat disebalik warna kegemaran itu. Warna tetaplah warna.

Rasulullah s.a.w juga menggemari warna hijau dan putih.

Apatah lagi dalam Al-Qur'an juga ada menyebutkan hijau. 

"Mereka itulah (orang-orang yang) bagi mereka surga 'Adn, mengalir sungai-sungai di bawahnya; dalam surga itu mereka dihiasi dengan gelang mas dan mereka memakai pakaian hijau dari sutera halus dan sutera tebal, sedang mereka duduk sambil bersandar di atas dipan-dipan yang indah. Itulah pahala yang sebaik-baiknya, dan tempat istirahat yang indah;" (18:31)

 Apakah kamu tiada melihat, bahwasanya Allah menurunkan air dari langit, lalu jadilah bumi itu hijau? Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui. (22:63)

Kedua syurga itu (kelihatan) hijau tua warnanya. (55:64)

Mereka bertelekan pada bantal-bantal yang hijau dan permadani-permadani yang indah. (55:76)

Banyak hijau. Putih juga banyak. 

Sesekali terlihat dan melihat bunga berwarna putih, yang daunnya hijau.. mengingatkanku akan sesuatu. (sesuatu apa?)


Thursday, June 18, 2009

silibus

Hujan lebat. Kilat menyambar. Guruh berdentum kuat.
Lain-lain sudah ketiduran. Tetapi kantuk belum datang. Saya meneruskan study.

Rasa macam dah tepu buat masa sekarang, terlintas pula usrah. Teringat kata-kata Almarhum Ust Fadhil Noor dulu.  
"jangan biarkan sehari dalam hidupmu berlalu tanpa memikirkan tentang islam"

Mak ayah rajin benar bawa abang, kakak dan saya dengar ceramah beliau dan seangkatannya. 

Saya meneruskan menaip.  Teringat silibus usrah. 

Silibus usrah.

Silibus usrah ini boleh dikatakan sebagai maudhu'. Bahan dalam topik perbincangan. 

ia rukun dakwah ketiga.

1- da'ie

2- mad'u

3-maudhu'

jadi, ia juga penting, sebagai guide line.. sebagai bahan bacaan dan persediaan.. membawa kearah pemerkasaan nuqaba'.

Nuqaba' terlalu bergantung kepada teks silibus, menyebabkan mad'u kurang thiqah, kurang percaya kepada naqib/ah?
Lalu, teks usrah perlu dibakar agar nuqaba' tidak membawa teks usrah?

Saya berkata, tidak.Jangan lah bakar. Nak bawa, bawalah. Kita manusia. Tiada masalah. Nak bawa buku rujukan banyak pun tidak mengapa. Bawalah. Tapi, sebelum di bawa, sebelum hadiri usrah, pastikan siap study topik yang bakal diperbincangkan. 

Kurang persediaan dari naqib/ah sendiri yang menyebabkan ketidak percayaan.. Bukan kerana naqib/ah bawa teks usrah. Saya kata, nak bawa, bawalah. Tak nak bawa, tak payah lah bawa. Jangan susah-susah. Buatlah apa yang kita yakini benar, selagi tak langgar syariat. Tapi pastikan, buat homework dululah.



Nak promote barangan niaga yang kualiti tinggi, tapi tak prepare, secanggih dan sekualiti mana pun barang tu, kalau cara promote lintang pukang, maka orang tak terbeli barang tu. Sebab? sebab promoter tak buat preparation atau kurang persediaan untuk promotion.

Apatah lagi kita nak promote Islam, nak orang lain sama-sama menghayati dan mengamalkan Islam secara keseluruhannya. Kena ada..? Kena ada persediaan yang baik..    

Saya membebel di pagi hari dalam blog. Nak membebel pada orang, semua dah tidur. Mood study sudah datang kembali. Selamat belajar, selamat buat homework, selamat berqiamullail. Semoga ALLAH memelihara dan merahmati kita semua. 

Berusahalah, semoga kita tergolong dalam golongan yang berusaha ke arah kemenangan ISLAM.

Jangan kita jadi orang-orang yang hanya ingin melihat kemenangan Islam. Mengambil manfaat hanya bila menang, tetapi semasa orang berusaha kearah kemenangan, kita dok mano...? Umpama 'kacau bubur asyura'. Orang lain sibuk kacau, kita goyang kaki  menunggu siap masak. Bila dah masak, kita yoya-yoya mengerumuni bubur asyura.

Islam dah naik dah. cumanya kita dok mano masa orang kijo untuk Islam? -titm

Saturday, June 13, 2009

sibuk sangat...

Entah kenapa orang sibuk berbicara tentang cinta...
”Ia fitrah manusia, kak..”
”jangan perlekehkan ia, nanti kau akan diuji lebih dasyat..”
”orang tak merasa lagi sedap la dia cakap, kalau dia dah bercinta, baru dia tahu langit tinggi rendah..”

Owh, begitu banyak omelan. 
Sebenarnya saya kurang gemar bicara ’cinta’.  Apatah lagi mengkenen-kenenkan (memadan-madankan)  hingga jadi pula buah mulut.
 
Teringat akhowat di matrik dulu berkata pada seorang sahabiah, ”enti ni ayat mengalahkan orang bercinta.” sahabiah itu menjawab, ”ya, ana sedang menagih cinta, ana bercinta dengan Dia.”
Lancar bersahaja dia menuturkan. saya suka mendengar jawapan dia.

Ada orang membahagikan cinta. Cinta sesama manusia dan cinta dengan Rabb-nya. 

Oleh sebab saya pun tidak lah pandai mengulas tentang cintan-cintun ni, maka saya petik dari satu artikel untuk tatapan dan renungan

Bandingkan Cinta Anda Dengan Cinta-NYA 

Cinta adalah memberi, dengan segala daya dan keterbatasannya, seorang pecinta akan memberikan apapun yang sekiranya bakal membuat yang dicintainya senang. Bukan balasan cinta yang diharapkan bagi seorang pecinta sejati, meski itu menjadi sesuatu yang melegakannya. Bagi pecinta sejati, senyum dan kebahagiaan yang dicintainya itulah yang menjadi tujuannya.

Cinta adalah menceriakan, seperti bunga-bunga indah di taman yang membawa kenyamanan bagi yang memandangnya, seperti rerumput hijau di padang luas yang kehadirannya bagai kesegaran yang menghampar, seperti taburan pasir di pantai yang menghantarkan kehangatan seiring tiupan angin yang menawarkan kesejukan dan seperti keelokan seluruh alam yang menghadirkan kekaguman terhadapnya.

Cinta adalah berkorban, bagai lilin yang setia menerangi dengan setitik nyalanya meski tubuhnya habis terbakar. Hingga titik terakhirnya, ia pun masih berusaha menerangi manusia dari kegelapan. Bagai sang matahari, meski terkadang dikeluhkan kerana sengatannya, namun sentiasa mengunjungi alam dan segenap makhluk dengan sinarannya. 

Cinta adalah kaki-kaki yang melangkah membangun lautan kebaikan. Cinta adalah tangan-tangan yang menganyam hamparan permadani kasih sayang. Cinta adalah hati yang selalu berharap dan mewujudkan dunia dan kehidupan yang lebih baik. Cinta selalu berkembang, ia seperti udara yang mengisi ruang kosong. Cinta juga seperti air yang mengalir ke dataran yang lebih rendah.

Tapi ada satu yang boleh kita sepakati bersama tentang cinta. Bahawa cinta, akan membawa sesuatu menjadi lebih baik, membawa kita untuk berbuat lebih sempurna. Mengajarkan pada kita betapa besar kekuatan yang dihasilkannya.

Cinta membuat dunia yang penat dan bising ini terasa indah, paling tidak boleh kita nikmati dengan cinta. Cinta mengajarkan pada kita, bagaimana caranya harus berlaku jujur dan berkorban, berjuang dan menerima, memberi dan mempertahankan. 
Tetapi awas! ’Cinta’ itu juga menjadi fokus tusukan musuh nyata sebagai jarum suntikan kearah kelalaian dan kemaksiatan.

Tentang cinta itu sendiri, Rasulullah menegaskan bahwa tidak beriman seseorang sebelum Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai daripada selain keduanya. Al Ghazali berkata,
"Cinta adalah inti keberagamaan. Ia adalah awal dan juga akhir dari perjalanan kita. Kalaupun ada maqam yang harus dilewati seorang sufi sebelum cinta, maqam itu hanyalah pengantar ke arah cinta dan bila ada maqam-maqam sesudah cinta, maqam itu hanyalah akibat dari cinta saja."

Di satu sisi, Allah Sang Pencinta Sejati menegaskan, jika manusia-manusia tak lagi menginginkan cinta-Nya, kelak akan didatangkan-Nya suatu kaum yang Dia mencintainya dan mereka mencinta-Nya (QS. Al Maidah: 54).

Maka berangkat dari rasa saling mencintai yang demikian itu, bandingkanlah cinta yang sudah kita berikan kepada Allah dengan cinta Dia kepada kita dan semua makhluk-Nya.

Wujud cinta-Nya hingga saat ini sentiasa tercurah kepada kita, Dia melayani seluruh keperluan kita seakan-akan Dia tidak mempunyai hamba selain kita, seakan-akan tidak ada lagi hamba yang diurus kecuali kita. Tuhan melayani kita seakan-akan kitalah satu-satunya hamba-Nya. Sementara kita menyembah-Nya seakan-akan ada Tuhan selain Dia.

Apakah balasan yang kita berikan sebagai imbalan dari cinta yang Dia berikan? Kita membantah Allah seakan-akan ada Tuhan lain yang kepada-Nya kita boleh melarikan diri. Sehingga kalau kita "dipecat" menjadi makhluk-Nya, kita boleh pindah kepada Tuhan yang lain.

Tahukah, jika saja Dia memperhitungkan cinta-Nya dengan cinta yang kita berikan untuk kemudian menjadi pertimbangan bagi-Nya akan siapa-siapa yang tetap bersama-Nya di syurga kelak, tentu semua kita akan masuk neraka. Jika Dia membalas kita dengan balasan yang setimpal, celakalah kita.

Bila Allah membalas amal kita dengan keadilan-Nya, kita semua akan celaka. Jadi, sekali lagi, bandingkan cinta kita dengan cinta-Nya.

Wallahu a'lam bishowaab.


Ramai orang, bila bercerita cinta, laju dan rancak sekali sembangnya. 

Dunia huru hara, umat Islam diperkuda, rakyat dizalimi sudah tidak dibicarakan, malah sehingga tidak tahu bila sibuk bercinta? alangkah...

Terngiang-ngiang di telinga akan teguran seorang ustaz, carilah topik lain. Kita banyakkan berbincang perihal ummah. 

Itu kata ustaz, maksudnya, sudah-sudah la cakap pasal cintun-cintun ni. Banyak lagi perkara utama yang boleh dijadikan topik perbincangan. Jadi....?? 

moga tak diuji asyik cinta duniawi...
moga tak diuji dengan ujian yang tak mampu dipikul,
moga diberi keteguhan iman mengharungi ujian..

Monday, May 25, 2009

Tok guru...

cont'...

Tugas kita di atas muka bumi ini tidak lain, adalah menyambung risalah Nabi Muhammad, Rasul kita..

Al-ulama' warasatul anbiya'...
ulama' itu pewaris nabi.

menyebut tentang ulama' ni, teringatlah pula saya kepada ulama' tersohor tanah air. ulama' yang disegani dan digeruni kawan dan lawan. 

Tak nak ulas panjang, sapa nak kenal peribadi tuan guru, sebagai seorang pemimpin ulung yang zuhud meski dunia serba penuh fitnah dunia ni, boleh beli buku Kemilau Peribadi Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pelbagai golongan mengagumi keperibadian beliau. Golongan muda. Golongan tua. Remaja. Politikus. Politibai. Politipu. Artis. Mahasiswa. segala peringkat. Semua menyayangi Tok Guru. Ini mutiara berharga umat. 

Kagum, kagum juga. Tapi, Tok Guru juga manusia. Persoalan Ustazah Wan Ubaidah, suatu hari, Tok Guru akan pergi meninggalkan kita. Tapi siapa pula akan menggantikan Tok Guru? Tok Guru tak pernah memalingkan muka , memasamkan muka depan siapapun hatta berurusan dengan muslimat. Siapa akan menggantikan ulama' sufi haraki ini..?

Begitulah sedikit sebanyak persoalan yang dilontarkan, menjadi cabaran buat golongan muda, terutama mahasiswa yang bergerak demi agama-Nya...gerakan  Mahasiswa Ulama'.

sebelum saya lupa, saya berkongsi lagi. pada pemerintahan beliau (TGNA) di Kelantan, beliau memperkenalkan cuti 2 hari (yang kini telah dilaksanakan di negara kita, mengikut contoh dari Kelantan...takpa, yang baik, kita ikoot..). Sehari untuk bersama keluarga, dan sehari lagi kata tok guru, untuk cari ilmu. Umpamanya, di Kelantan, ada kuliah dhuha setiap pagi Jumaat di dataran ilmu, KB. Semua ini usaha untuk menyebarkan ilmu.

Jadi, sempena cuti ni, carilah ilmu. Kalau di kampus, kita asyik membaca mengira, apa salahnya cuti-cuti ni gi cari majlis-majlis ilmu. Tak dapat pergi ceramah/kuliah-kuliah, cari CD ceramah ke MP3 (ni bukan sigma ye) ke, share ceramah-ceramah (lebih elok dari share cerita2). Tak boleh pun, cari buku-buku ilmiah. Membaca itu teman bagi orang yang berilmu. Banyakkan membaca..

bersambung...
nak gi kelas pulak..

Sunday, May 24, 2009

ORANG YANG AJAIB

Salam sejahtera, 
Ingin saya kongsikan bicara agar perkongsian ini dapat membina taqwa.
agar obor semangat yang pernah suram kembali cerah menyala;
kilauan yang malap kembali terang kemilaunya.. 

Kita seiring sejalan, selangkah sehayun mengharungi dunia yang penuh caca merba sekarang. Bak kata ustaz Azizan, segalanya dah loqlaq. Politik pun loqlaq. Pemerintahan yang ada pun loqlaq. Jadi kita jangan jadi loqlaq. Carilah pengisian untuk mengelakkan keloqlaq-an berlaku dalam diri kita. Jadi, saya ingin kongsikan sedikit sebanyak dari apa yang diperolehi bersama Ustazah Wan Ubaidah Omar.

ORANG-ORANG YANG AJAIB

Sabda baginda Rasulullah saw;

”Sungguh ajaib perihal orang mukmin, sesungguhnya semua urusan mereka adalah kebaikan. Dan keadaan ini tidak ada melainkan kepada orang yang beriman saja. Sekiranya dia medapat karunia dia akan bersyukur, maka jadilah karunia itu baik untuknya. Manakala apabila ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu kebaikan untuknya.”(HR Muslim)


Imam Hasan al-Banna turut menekankan perihal ini dalam kerangka membina benih-benih Muslim yang baik; orang-orang Muslim Mu’min itu ajaib. 
Apakah yang menyebabkan beliau berkata demikian?
Kerana...
Muslim Mu’min itu...
Dimanapun dia berada,
Dia menjunjung sunnatullah.
Pabila musibah melanda, dia tidak melihat musibah itu adalah musibah, sebaliknya dia memandang musibah itu sebagai ujian.

Sebagai contoh, 
Apabila di penjarakan atau lebih mudah difahami, apabila di ISA kan, ia memandang pemenjaraan itu sebagai peluang untuknya beruzlah lantaran untuk lebih bertaqarrub ilallah.

Apabila di buang ke luar negara/ ke tempat lain, ia memandang bahawasanya itulah peluang baginya untuk terus mengembangkan da’wah Islam ke semerata ceruk dan pelusuk dunia tanpa mengira dimanapun ia berada.

Benarlah, benarlah bahawasanya,

Seorang muslim mukmin itu umpama benih yang baik.
Dicampak ia ke lautan, menjadilah ia sebuah pulau.
Dicampak ke belukar, menjadilah ia sebuah perkampungan.
Dicampak ke angkasa, menjadilah ia awan, berkepul menitiskan hujan membasahi bumi. (....)

Hidup dan matinya atas landasan manhaj yang Islami.

Ustazah Wan Ubaidah turut menceritakan bahawa selepas suaminya kembali ke rahmatullah, beliau memasakkan tekad. Beliau begitu optimis. 

Saya memandang semua yang ALLAH beri ini (pemergian suami), sebagai suatu pembebasan untuk saya melangkah jauh, menginfaqkan diri kepada Islam, berkerja dengan jema’ah Islamiyah secara terus.

Jadi, muslimat juga tiada alasan untuk tidak atau mengelakkan diri dari berkecimpung dalam medan da'wan, kerana setiap pelosok adalah medan bagi kita berpencah demi Islam.

Tugas kita di atas muka bumi ini tidak lain, adalah menyambung risalah Nabi Muhammad, Rasul kita..

Dah nak maghrib... 
Lain kali sambung lagi..
Insha’Allah.


Bersambung......

 

Sunday, May 17, 2009

Heinshin

Petang tadi ke majlis walimah pensyarah.

Dari Cik bertukar ke Puan.. Heinshin...Bertukar.. Hee...

gurau je...

Just wanna wish, Selamat Pengantin Baru, buat Puan Rohana supervisor saya. Tak sempat bergambar pulak dengan pengantin baru.

 


Moga tercipta bahagia ke syurga,

melamar redhaNYA..

Sunday, May 10, 2009

Berusaha atau pemerhati bebas?

Alhamdulillah, semalam berpeluang hadir ke Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis di Dewan Merdeka Putra World Trade Center, PWTC. 

Beberapa kertas kerja telah selamat dibentangkan oleh pembentang yang hebat lagi bersemangat. Dr Azzam Tamimi dan Dr Muhsen Soleh.

Saya masih ingat lagi kata-katanya yang berbahasa Inggeris, namun cukup saya utarakan satu persoalan dari beliau dalam bahasa Melayu (bahasa ibunda saya);



”KENAPA KAMU MENUNGGU IMAM MAHDI ATAU AL-MASEH TURUN DULU BARU KAMU NAK BERUSAHA SESUATU UNTUK ISLAM. SAYA TIDAK KIRA BILA IMAM MAHDI MUNCUL. PADA SAYA, SAYA TAKKAN MENUNGGU AL-MASEH MUNCUL, TAPI SAYA AKAN BERUSAHA BERMULA DARI DIRI SAYA SEKARANG!! 
APAKAH KAMU INGIN TERMASUK ORANG YANG HANYA MEMERHATI ATAS KEMENANGAN ISLAM, ATAU KAMU BERUSAHA BERSAMA MEREKA UNTUK MEMENANGKAN ISLAM?”


Bertakbir saya bersama-sama sahabat sebaris tempat duduk dengan saya, meski dalam dewan tersebut tiada kedengaran. Mungkin ’takbir’ begitu sensitif agaknya..

Semasa dilontarkan persoalan kembali oleh Dr Azzam, merona merah wajahnya melepaskan apa yang terbuku dihati. Ya. Benar. Beliau begitu marah apabila ada umat Islam yang menunggu sahaja kemenangan Islam.

Sememangnya janji ALLAH itu pasti. Tapi apa usaha diri kita? Merangkak memanjat gunung untuk memasakkan panji Islam di puncak gunung, atau hanya memerhati orang yang berhempas pulas membawa panji Islam ke puncak, lalu bersama-sama tersenyum gembira atas kemenangan. Mana lagi puas hati? Itupun jika kita sempat melihat kemenangan Islam. Kalau tak sempat melihat kemenangan Islam, dan kita bertemu ALLAH sebelum Islam berada di puncak kemenangan, apa kita nak jawab depan ALLAH? Apa usaha kita sebagai buktinya? Jadi, bersama-samalah kita lakukan apa sahaja untuk maslahah agama yang kita cintai. Bersamalah golongan yang berusaha menegakkan Islam...


 

Template Design | monera87