"Ya Allah, kurniakanlah ke atasku ketenangan, dan tetapkanlah pendirianku bersama-sama pendukung-pendukung kebenaran, dan tabahkanlah hatiku dengan mengingati Engkau, dan kurniakanlah akan daku keredhaan dengan perkara yang Engkau redhai"

Showing posts with label saudara. Show all posts
Showing posts with label saudara. Show all posts

Thursday, June 18, 2009

borang

~

Perlahan-lahan laci meja ditarik. 
Dia melihat borang muhasabah. Kosong. Sudah lama tidak ditatap boring muhasabah. Tiada satupun dari senarai itu ditanda. 
Pengisian, solat berjemaah, pembacaan buku, solat dhuha, solat solat tahajjud, istikharah, hajat, taubat, baca al-qur’an, solat sunat rawatib dan segala jenis ibadah nawafil lain dia tidak menandakannya. Apa aku sudah buat selama ini? Aku terlupa tanda? Tidak, hakikatnya bukan masalah tanda atau tidak. Tapi menjadi masalah bila aku tidak melakukan hatta sebahagian dari senarai itu. Sibuknya aku. Hinggakan tidak sempat sediakan ruang masa eksklusif bersama Allah !

-

”Kenapa perlu borang-borang ni? Alah, birokrasi banyak betul la akak ni..”
Aku tersengih melemparkan kata-kata tersebut.
Kak Fathma tersenyum tenang.
”iye? Tapi kalau Dhiya’ nak improve ke arah sesuatu yang lebih mencabar lagi baik, untuk step permulaan, elok juga borang ni.”
”hmmphh..” satu keluhan keluar dari mulutku. Alah, borang je pun. Kalau orang nampak, mesti dia cakap riak. Saje nak menunjuk.
”Dhiya’ bimbang? Tak mengapa, akak takkan check. Dhiya’ sendiri. Itu pun kalu dhiya mahu. Apapun, akak tinggalkan pada dhiya’ ye..”
Kak Fathma beredar meninggalkan aku yang belum berpuas hati.

-

Tenang Aishah menyudahi bacaan kalamullah. Seusai meletakkan kitab suci itu ditempat bersih dan tersusun, dia bergegas ke meja belajar, menulis sesuatu. 

Aku yang sedari tadi menjadi pemerhati setia mendekatinya.
”Syah buat apa?”
”Tak de apa pun. Saje tulis-tulis.”
Aku melihat kertas di atas meja dengan anak mataku.
Tersentak. Hatiku disentap-sentap.

”Syah selalu catatkan ye?”
Aishah senyum. Tenang bersahaja raut wajahnya.

”Shah tahu, malaikat kiri kana sentiasa mencatat amalan kita untuk beri report kepada Allah. Bukan bermaksud Allah tak mampu melihat para hamba-Nya. Tapi itulah kekuasaan dan kemegahanNya selaku Pencipta. Dia berhak dan berkuasa atas segala sesuatu.”

Suka dia mendengar Aishah berbicara. 

”Shah belum jawab soalan saya..?”
“muqaddimah baru.” Dia ketawa kecil. Dhiya’ tersengih. Ade hati kenekan aku.

Hatinya berbunga juga. Sahabatnya boleh di bawa bergurau dan berbincang.

”Saya, sedikit saja saya catatkan.Untuk saya check diri saya. Sedikit benar masa saya peruntukkan bersama Allah.”

”Tapi, bukan ke apa saja kita lakukan, kita merasakan Allah bersama kita? Itu pun masa kita bersama Allah, kan?”

”Betul. Tapi juga, adakala kita alpa. Allah memerhati dan bersama kita, tapi adakala saya terlupa Allah itu sentiasa perhatikan dan bersama kita..” 
Aku termagu. 
”Allah memerhati kita sepanjang masa. Dia sayang hamba-Nya. Jadi, saya pun memupuk sayang dan cinta saya kepada Allah. Bukankah kekasih hati itu sering ingin masa yang ekslusif berdua bersama kekasih hatinya?”
Diam.

Ada benarnya. Tetapi manusia sekarang lebih fokuskan cinta hatinya kepada dunia. Bahkan, tiada usaha mendekati Allah. Aku juga. Berbicara tentang Islam dan perjuangan. Dakwah dan tarbiyah. Akhlaq dan moral. Pemerintahan dan penguasaan. Ekonomi dan sosial. Pendidikan dan kesihatan. Kehormatan dan kemuliaan. Isu semasa dan sebagainya. Tetapi langkahku berjinak dan menyediakan waktu bersama Allah secara terus melalui ibadah malam tidak berganjak. Aku berfikir, pernahkah aku berusaha? Pernahkah aku meminta Aishah sama-sama kejutkan aku untuk solat malam bersamanya? Aku tiada usaha. Kalaupun dikejutkan, aku memejam kembali mata. Penat dan mengantuk. Penat di siang harinya kerana banyak bekerja. Gerak kerja memerlukan ramai orang untuk memikul dan menggalasnya. Tapi sekarang masih sedikit. Jadi aku penat bekerja. Malamnya tidurku begitu lena, hingga dikejutkan, aku tiadalah upaya. Malunya aku. Aku belum cukup persiapan. Hatiku lirih.

”shah.. saya penah diberi borang muhasabah.” ujarku perlahan.
Aishah memerhatiku. Wajahnya menunjukkan minat mendengar. Aku mengambil borang muhasabah yang diusik dua hari lalu. Malu dia menunjukkan kepada Aishah.

”Bagusnya. Lagi sistematik susun aturnya, kan? Untungnya awak.”
”Tiada untungnya kalau tiada apa-apa yang dibuat jika kita tiada usaha lakukan, kan?”
Aishah diam. Dia dapat membaca apa yang bermain difikiran sahabatnya. Diamnya seketika seketika, seraya berkata. 

”Ramai orang bermula dari kosong. Selepas kosong, matematiknya, jika kosong ditambah satu, maka jadi ia satu, kan? Ditambah lagi, meningkat lagi. Sama juga dengan botol kosong, jika diisi air mutlak, penuh ada lah air tu dalam botol. 
pepatah arab cakap, awwalu-shshajaratiNnawah - pangkal dari pohon kayu adalah dari tunas yang kecil. Tidak mengapa, semalam adalah semalam. biarkan ia berlalu dan ambil iktibar darinya.Hari ini jadikan ia lebih baik dari semalam. Esok dan seterusnya jauh lebih baik. Dhiya’, saya tak mampu lakukan semua itu.” 

”Tapi...”
”Kalau tak boleh semua, jangan tinggalkan semua..”
Serentak aku dan Aishah mengungkapkannya. Kami tersenyum dan ketawa kecil.

Benarlah, sahabat yang baik membawa kita kepada mengingati Allah Cukup kita melihat dia, kita ingat kepada Allah, ingat untuk mendekatkan diri kita kepada Allah. 

”Aishah, tolong kejutkan saya ye. Jangan tinggalkan saya sorang-sorang. Saya tahu buat masa sekarang, saya tak konsisten. Tapi, apa salahnya paksa diri untuk perkara yang baik, kan?”
Aishah mengangguk.

Aku memerhati borang muhasabah sekali lagi. Kali ini biar ia di conteng dengan garisan-garisan kecil. Ini juga jadi pembakar semangat untuk lebih teruja mendekatkan diri kepada Rabbul Jaliil.

Buat bekalan dirinya juga semua itu. Terima kasih sahabat..

~


Friday, May 15, 2009

keterikatan dengan ikatan 'aqidah

"Salam ukhuwwah.."

".... ukhuwwah fillah abadan abada.."


Ini merupakan antara ayat
famous... famous kat mana, tak tau lah.

Baik, jom kita tengok, apa sebenarnya yang dikatakan ukhuwwah, ukhuwwah Islamiyah ni...

Ukhuwwah berasal dari perkataan akha, yang bermaksud saudara.

Menurut As-syahid Imam Hasan Al Banna:
Ukhuwah Islamiyah adalah keterikatan hati dan jiwa satu sama lain dengan ikatan aqidah.


“Tidaklah dua orang muslim berjumpa, lalu keduanya berjabat tangan, kecuali keduanya diampuni sebelum keduanya bepisah.” (H.R. Abu Daud) 

Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam Al Muwatha’ dari Abi Idris Al Khaulany rahimahullah bahawa dia berkata:

“Aku pernah masuk Masjid Damaskus. Tiba-tiba aku jumpai seorang pemuda yang murah senyuman yang dikerumuni ramai orang. Jika mereka berselisih tentang sesuatu maka mereka mengembalikan kepada pemuda tersebut dan meminta pendapatnya. Aku bertanya tentang dia, lalu dikatakan oleh mereka, ’Ini lah Muadz bin Jabal.’ 
Keesokan harinya , pagi-pagi sekali aku datang ke masjid itu lagi dan kudapati dia telah berada di sana tengah melakukan solat. Kutunggu hingga dia selesai melakukan sollat kemudian aku temui dan kuucapkan salam kepadanya. 
Aku berkata, ”Demi Allah aku mencintaimu.”
Lalu dia bertanya. ”Apakah Allah tidak lebih kau cintai?” 
Aku jawab, ”Ya Allah aku cintai”. 
Lalu ia memegang hujung selendangku dan menariknya seraya berkata, 
”Bergembiralah kerana sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah saw, bersabda, ”Allah berfirman, cinta-Ku pasti akan mereka perolehi; bagi orang yang saling memadu cinta kerana Aku, saling mengunjungi kerana Aku, dan saling memberi kerana Aku.” 


Hakikat Ukhuwah Islamiyah bersandarkan firman ALLAH:

1.Nikmat Allah

 ”Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.”
(Aali ’imran: 103)



2. Merupakan arahan Rabbani 

”dan yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana.” (al-anfaal: 63)


3. Merupakan cermin kekuatan iman 

”Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.” (al-hujuraat: 10)


Antara perihal yang menguatkan ukhuwah islamiyah:



1. Memberitahukan kecintaan kepada yang kita cintai

Dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah saw bersabda: 

Ada seseorang berada di samping Rasulullah lalu salah seorang sahabat berlalu di depannya. Orang yang disamping Rasulullah tadi berkata: ”Aku mencintai dia, ya Rasullah.” Lalu Nabi menjawab: ”Apakah kamu telah memberitahukan kepadanya?’ Orang tersebut menjawab: ”Belum.” Kemudian Rasulullah bersabda: ”Beritahukan kepadanya.” Lalu orang tersebut memberitahukan kepadanya seraya berkata: ”Sesungguhnya aku mencintaimu karena Allah.” Kemudian orang yang dicintai itu menjawab: ”Semoga Allah mencintaimu karena engkau mencintaiku karena-Nya.”

(namun, AWAS.. jangan membathilkan maksud bagi kata yang benar)

2. Memohon didoakan apabila berpisah 

“Tidak seorang hamba mukmin berdo’a untuk saudaranya dari kejauhan melainkan malaikat berkata: ‘Dan bagimu juga seperti itu” (H.R. Muslim)

3. Menunjukkan kegembiraan dan senyuman bila berjumpa 

“Janganlah engkau meremehkan kebaikan (apa saja yang datang dari saudaramu), dan jika kamu berjumpa dengan saudaramu maka berikan dia senyum kegembiraan.” (H.R. Muslim)

4. Berjabat tangan bila berjumpa (kecuali ajnabi / bukan mahram)

“Tidak ada dua orang mukmin yang berjumpa lalu berjabat tangan melainkan keduanya diampuni dosanya sebelum berpisah.” (H.R Abu Daud dari Barra’)

5. Ziarah-menziarahi (mengunjungi saudara)

6. Memperhatikan saudaranya dan membantu keperluannya



HIKMAH UKHUWAH ISLAMIYAH


1. Merasakan kemanisan iman (halawatul iman)

2. Mendapatkan perlindungan Allah di hari kiamat (termasuk dalam 7 golongan yang dilindungi)

3. Mendapatkan tempat khusus di syurga 

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa itu berada dalam surga (taman-taman) dan (di dekat) mata air-mata air (yang mengalir). (Dikatakan kepada mereka): "Masuklah ke dalamnya dengan sejahtera lagi aman. Dan Kami lenyapkan segala rasa dendam yang berada dalam hati mereka, sedang mereka merasa bersaudara duduk berhadap-hadapan di atas dipan-dipan. Mereka tidak merasa lelah di dalamnya dan mereka sekali-kali tidak akan dikeluarkan daripadanya. (al-hijr: 45-48)

Di antara unsur-unsur pokok dalam ukhuwah adalah kasih/sayang; dimana tingkatan kasih yang paling rendah adalah husnudzhan yang menggambarkan bersihnya hati dari perasaan hasad, benci, dengki, dan bersih dari sebab-sebab permusuhan.

                                   

Al-Qur’an menganggap permusuhan dan saling membenci itu sebagai seksaan yang dijatuhkan Allah atas orang-orang yang kufur terhadap risalah-Nya dan menyimpang dari ayat-ayat-Nya. Sebagaimana firman Allah swt dalam surah Al-Ma’idah, ayat ke-14 yang bermaksud,
Dan di antara orang-orang yang mengatakan: "Sesungguhnya kami ini orang-orang Nasrani", ada yang telah kami ambil perjanjian mereka, tetapi mereka (sengaja) melupakan sebagian dari apa yang mereka telah diberi peringatan dengannya; maka Kami timbulkan di antara mereka permusuhan dan kebencian sampai hari kiamat. Dan kelak Allah akan memberitakan kepada mereka apa yang mereka kerjakan.”

Ada lagi darajat / tingkatan yang lebih tinggi dari berlapang dada dan rasa kasih, iaitu itsar. Itsar adalah mendahulukan kepentingan saudaranya atas kepentingan diri sendiri dalam segala sesuatu yang dicintai.

Dia rela berlapar demi kenyangnya orang lain. Dia rela haus demi basahnya tekak orang lain. Dia rela berjaga demi tidurnya orang lain. Dia rela bersusah payah demi istirehatnya orang lain.Dia pun rela ditembus peluru dadanya demi selamatnya orang lain. Inilah itsar.Inilah tahap persaudaraan utuh yang ada pada para sahabat Rasulullah, dimana mereka sanggup berdahaga demi sahabat yang lain hingga akhirnya sahabat-sahabat ini bertemu menghadap ALLAH.


Islam menginginkan agar kasih dan persaudaraan antara sesama manusia meluas dan merata di semua bangsa, antara sebahagian dengan sebahagian yang lain. Islam tidak dapat dipecah-belah dengan perbezaan unsur, warna kulit, bahasa, iklim, dan atau batas negara, sehingga tidak ada kesempatan untuk pertelingkahan atau saling dengki, meskipun berbeza-beza dalam harta dan kedudukan.  
Inilah antara bezanya aqidah islam yang menganjurkan ukhuwwah Islamiyah (persaudaraan berteraskan ’aqidah) dengan ideologi nasionalisme yang menganjurkan sifat kebangsaan dan perkauman.

                         

Maraji’ :
[1]
Masyarakat Berasaskan Syari’at Islam, Yusuf Qardhawi  
[2] 
Super Mentoring; Panduan Keislaman untuk Remaja, Novi Hardian & Tim ILNA Learning Center

Sunday, May 10, 2009

Berusaha atau pemerhati bebas?

Alhamdulillah, semalam berpeluang hadir ke Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis di Dewan Merdeka Putra World Trade Center, PWTC. 

Beberapa kertas kerja telah selamat dibentangkan oleh pembentang yang hebat lagi bersemangat. Dr Azzam Tamimi dan Dr Muhsen Soleh.

Saya masih ingat lagi kata-katanya yang berbahasa Inggeris, namun cukup saya utarakan satu persoalan dari beliau dalam bahasa Melayu (bahasa ibunda saya);



”KENAPA KAMU MENUNGGU IMAM MAHDI ATAU AL-MASEH TURUN DULU BARU KAMU NAK BERUSAHA SESUATU UNTUK ISLAM. SAYA TIDAK KIRA BILA IMAM MAHDI MUNCUL. PADA SAYA, SAYA TAKKAN MENUNGGU AL-MASEH MUNCUL, TAPI SAYA AKAN BERUSAHA BERMULA DARI DIRI SAYA SEKARANG!! 
APAKAH KAMU INGIN TERMASUK ORANG YANG HANYA MEMERHATI ATAS KEMENANGAN ISLAM, ATAU KAMU BERUSAHA BERSAMA MEREKA UNTUK MEMENANGKAN ISLAM?”


Bertakbir saya bersama-sama sahabat sebaris tempat duduk dengan saya, meski dalam dewan tersebut tiada kedengaran. Mungkin ’takbir’ begitu sensitif agaknya..

Semasa dilontarkan persoalan kembali oleh Dr Azzam, merona merah wajahnya melepaskan apa yang terbuku dihati. Ya. Benar. Beliau begitu marah apabila ada umat Islam yang menunggu sahaja kemenangan Islam.

Sememangnya janji ALLAH itu pasti. Tapi apa usaha diri kita? Merangkak memanjat gunung untuk memasakkan panji Islam di puncak gunung, atau hanya memerhati orang yang berhempas pulas membawa panji Islam ke puncak, lalu bersama-sama tersenyum gembira atas kemenangan. Mana lagi puas hati? Itupun jika kita sempat melihat kemenangan Islam. Kalau tak sempat melihat kemenangan Islam, dan kita bertemu ALLAH sebelum Islam berada di puncak kemenangan, apa kita nak jawab depan ALLAH? Apa usaha kita sebagai buktinya? Jadi, bersama-samalah kita lakukan apa sahaja untuk maslahah agama yang kita cintai. Bersamalah golongan yang berusaha menegakkan Islam...


 

Tuesday, March 3, 2009

Wahai orang-orang yang terpejam matanya

"Aku bukanlah yang terbaik, tetapi Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang... Bacalah... Bacalah... Bacalah... Semoga Allah memberi hidayah kepadamu..

Wahai orang-orang yang terpejam matanya,
Kau pasti pernah mendengar namaku disebut.
Aku Abu Hurairah, Periwayat Hadist. Kerinduanku akan sepertiga malam adalah hal yang tak terperi. Penghujung malam adalah kenikmatanku terbesar. Tapi tahukah kau ? Kenikmatan itu tidak serta merta kukecap sendiri. Kubagi malam-malamku yang penuh syahdu itu menjadi tiga. Satu untukku, satu untuk isteriku tercinta dan satu lagi untuk pelayan yang aku kasihi. Jika salah satu dari kami selesai mendirikan sholat, maka kami bersegera membangunkan yang lain untuk menikmati bagiannya. Subhanallah, tak tergerakkah dirimu ? Pedulikah kau pada keluargamu ? Adakah kebaikan yang kau inginkan dari mereka ? Sekedar untuk membangunkan orang-orang yang paling dekat denganmu, keluargamu ?
Lain lagi dengan aku, Nuruddin Mahmud Zanki. Sejarah mencatatku sebagai Sang Penakluk kesombongan pasukan salib. Suatu kali seorang ulama tersohor Ibnu Katsir mengomentari diriku, katanya, " Nuruddin itu kecanduan solat malam, banyak berpuasa dan berjihad dengan akidah yang benar." Kemenangan demi kemenangan aku raih bersama pasukanku. Bahkan pasukan musuh itu terlibat dalam sebuah perbincangan seru. Kata mereka, " Nuruddin Mahmud Zanki menang bukan karena pasukannya yang banyak. Tetapi lebih karena dia mempunyai rahsia bersama Tuhan". Aku tersenyum, mereka memang benar. Kemenangan yang kuraih adalah karena do'a dan sholat-sholat malamku yang penuh kekhusyu'an. Tahukah kau dengan orang yang selalu setia mendampingiku ? Dialah Istriku tercinta, Khotun binti Atabik. Dia adalah isteri shalehah di mataku, terlebih di mata Allah. Malam-malam kami adalah malam penuh kemesraan dalam bingkai Tuhan.

Gemerisik dedaunan dan desahan angin seakan menjadi pernak-pernik kami saat mendung di mata kami jatuh berderai dalam sujud kami yang panjang. Kuceritakan padamu suatu hari ada kejadian yang membuat belahan jiwaku itu tampak murung. Kutanyakan padanya apa gerangan yang membuatnya resah. Ya Allah, ternyata dia tertidur, tidak bangun pada malam itu, sehingga kehilangan kesempatan untuk beribadah. Astaghfirullah, aku menyesal telah membuat dia kecewa. Segera setelah peristiwa itu kubayar saja penyesalanku dengan mengangkat seorang pegawai khusus untuknya. Pegawai itu kuperintahkan untuk menabuh genderang agar kami terbangun di sepertiga malamnya.

Wahai orang-orang yang terbuai,
Kau pasti mengenalku dalam kisah pembebasan Al Aqso, rumah Allah yang diberkati. Akulah pengukir tinta emas itu, seorang Panglima Perang, Sholahuddin Al-Ayyubi. Orang-orang yang hidup di zamanku mengenalku tak lebih dari seorang Panglima yang selalu menjaga sholat berjama'ah. Kesenanganku adalah mendengarkan bacaan Alqur'an yang indah dan syahdu. Malam-malamku adalah saat yang paling kutunggu. Saat-saat dimana aku bercengkerama dengan Tuhanku. Sedangkan siang hariku adalah perjuangan-perjuang an nyata, cintaku pada-Nya.

Wahai orang-orang yang masih saja terlena,
Pernahkah kau mendengar kisah penaklukan Constantinopel ? Akulah orang dibalik penaklukan itu, Sultan Muhammad Al Fatih. Aku sangat lihai dalam memimpin bala tentaraku. Namun tahukah kau bahwa sehari sebelum penaklukan itu, aku telah memerintahkan kepada pasukanku untuk berpuasa pada siang harinya. Dan saat malam tiba, kami laksanakan sholat malam dan munajat penuh harap akan pertolongan- Nya. Jika Alloh memberikan kematian kepada kami pada siang hari disaat kami berjuang, maka kesyahidan itulah harapan kami terbesar. Biarlah siang hari kami berada di ujung kematian, namun sebelum itu, di ujung malamnya Alloh temukan kami berada dalam kehidupan. Kehidupan dengan menghidupi malam kami.

Wahai orang-orang yang gelap mata dan hatinya,
Pernahkah kau dengar kisah Penduduk Basrah yang kekeringan ? Mereka sangat merindukan air yang keluar dari celah-celah awan. Sebab terik matahari terasa sangat menyengat, padang pasir pun semakin kering dan tandus. Suatu hari mereka sepakat untuk mengadakan Sholat Istisqo yang langsung dipimpin oleh seorang ulama di masa itu. Ada wajah-wajah besar yang turut serta di sana , Malik bin Dinar, Atho' As-Sulami, Tsabit Al-Bunani. Sholat dimulai, dua rakaat pun usai. Harapan terbesar mereka adalah hujan-hujan yang penuh berkah. Namun waktu terus beranjak siang, matahari kian meninggi, tak ada tanda-tanda hujan akan turun. Mendung tak datang, langit membisu, tetap cerah dan biru. Dalam hati mereka bertanya-tanya, adakah dosa-dosa yang kami lakukan sehingga air hujan itu tertahan di langit ? Padahal kami semua adalah orang-orang terbaik di negeri ini ? Sholat demi sholat Istisqo didirikan, namun hujan tak kunjung datang.
Hingga suatu malam, Malik bin Dinar dan Tsabit Al Bunani terjaga di sebuah masjid. Saat malam itulah, aku, Maimun, seorang pelayan, berwajah kuyu, berkulit hitam dan berpakaian usang, datang ke masjid itu. Langkahku menuju mihrab, kuniatkan untuk sholat Istisqo sendirian, dua orang terpandang itu mengamati gerak gerikku. Setelah sholat, dengan penuh kekhusyu'an kutengadahkan tanganku ke langit, seraya berdo'a : "Tuhanku, betapa banyak hamba-hamba- Mu yang berkali-kali datang kepada-Mu memohon sesuatu yang sebenarnya tidak mengurangi sedikitpun kekuasaan-Mu. Apakah ini karena apa yang ada pada-Mu sudah habis ? Ataukah perbendaharaan kekuasaan-Mu telah hilang ? Tuhanku, aku bersumpah atas nama-Mu dengan kecintaan-Mu kepadaku agar Engkau berkenan memberi kami hujan secepatnya." Lalu apa gerangan yang terjadi ? Angin langsung datang bergemuruh dengan cepat, mendung tebal di atas langit. Langit seakan runtuh mendengar do'a seorang pelayan ini. Do'aku dikabulkan oleh Tuhan, hujan turun dengan derasnya, membasahi bumi yang tandus yang sudah lama merindukannya.

Malik Bin Dinar dan Tsabit Al Bunani pun terheran-heran dan kau pasti juga heran bukan ? Aku, seorang budak miskin harta, yang hitam pekat, mungkin lebih pekat dari malam-malam yang kulalui. Hanya manusia biasa, tapi aku menjadi sangat luar biasa karena doaku yang makbul dan malam-malam yang kupenuhi dengan tangisan dan taqarrub pada-Nya.

Wahai orang-orang yang masih saja terpejam,
Penghujung malam adalah detik-detik termahal bagiku, Imam Nawawi. Suatu hari muridku menanyakan kepadaku, bagaimana aku bisa menciptakan berbagai karya yang banyak ? Kapan aku beristirahat, bagaimana aku mengatur tidurku ? Lalu kujelaskan padanya, "Jika aku mengantuk, maka aku hentikan sholatku dan aku bersandar pada buku-bukuku sejenak. Selang beberapa waktu jika telah segar kembali, aku lanjutkan ibadahku." Aku tahu kau pasti berpikir bahwa hal ini sangat sulit dijangkau oleh akal sehatmu. Tapi lihatlah, aku telah melakukannya, dan sekarang kau bisa menikmati karya-karyaku."


~petikan dari posting email seorang saudara (terima kasih), untuk perkongsian bersama.

Friday, February 13, 2009

Wahai Penyeru Kebaikan!

Tiada suatu kepuasan pun yang di nikmati oleh seorang da’ie selain daripada apabila orang yang diseru menerima seruan yang disampaikan.

Inilah satu anugerah Allah s.w.t. yang tidak terhingga kepada hamba-hambaNya yang sentiasa bekerja siang dan malam untuk mengembangkan dan mendaulatkan agamaNya. Kepuasan ini tidak akan dapat dinilai dengan wang ringgit dan tidak mungkin dapat dirasa melainkan hanya kepada mereka-mereka yang bekerja mengajak orang lain memahami islam.

Sebagaimana yang diungkapkan oleh Rasulullah saw kepada Saidina ’Ali kwjh ketika Perang Khaibar.
”Jalankan tugasmu, teruskan perjalanan! Sehingga berada di halaman mereka, kemudia ajak mereka kepada Islam, khabarkan kepada mereka apa yang diwajibkan oleh Allah ke atas mereka daripada hak yang mesti ditunaikan. Manakala demi Allah, sesungguhnya engkau berjaya dengan sebabmu Allah memberi hidayah kepada seseorang terlebih baik kepadamu daripada mendapat seekor unta berwarna merah (barang yang paling mahal).”

Mengubah manusia bukanlah suatu perkara yang mudah. Ianya sukar. Malahan, kita akui bahawa untuk membina sesebuah bangunan sekalipun, bukanlah satu perkara yang mudah terutama yang besar seperti mahligai di Putrajaya; ia memakan masa bertahun-tahun lamanya dan menelan belanja jutaan malah bilionan ringgit serta melibatkan ribuan pekerja.
Sesusah-susah membina bangunan, rijal da’wah mengetahui, bahawa untuk membina manusia adalah seribu kali ganda susahnya kerana manusia itu ada pemikiran, perasaan dan budaya yang mencorakkan kehidupan mereka.
Kita ambil contoh,
Nak menderma duit. Bukan senang nak keluarkan duit RM 1 umat Islam hari ini untuk tujuan infaq di jalan da’wah jika mereka tidak yakin dengan apa yang diseru. Amat wajarlah Allah s.w.t. memberikan ganjaran pahala yang sangat besar kepada mereka-mereka yang bergelar da’ie.

Mereka bukan sahaja dijanji dengan kurniaan di akhirat nanti tetapi juga anugerah yang tidak ternilai dengan menanamkan perasaan kepuasan dan gembira di hati da’ie-da’ie ini. Inilah kurniaan dan limpahan (jazbah) kepada mereka dari Allah s.w.t. Maka berembiralah wahai saudara-saudaraku, da’ie yang menghabiskan hidupnya berda’wah untuk menghidupkan hati-hati manusia.

Namun begitu, perkara yang indah untuk dikecapi, pastinya ada cabarannya, sepertimana yang digariskan oleh Fathi Yakan, dalam buku karangannya, Bahtera Penyelamat;

Sabda Rasulullah,
Al-Mu’minu baina khamsa shadaa id ( Orang Mu’min sentiasa diambang 5 dugaan yang susah) ;
1-Mu’minin yuhsiduh (Mu’min yang dengki kepadanya);
2-Munafiqin yubghidhuh (Munafiq yang benci kepadanya) ;
3-Kafirin yuqatiluh (Kafir yang memeranginya) ;
4-Syaithonin yudhilluh (syaitan yang menyesatkannya) ;
5-Nafsin tunaazi’uh (nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya).
(Hadith ini di takhrijkan oleh Abu Bakar Ibnu Lal, dari hadith Anas, dalam tajuk; ”Akhlaq yang luhur”)

Ingin saya bawa saudara-saudara melihat cabaran keempat, yang digariskan Rasulullah; bahawa syaitan tidak akan senang duduk dengan tindakan saudara, mereka sudah berjanji dengan Allah s.w.t. untuk menipu dan menyesatkan manusia hinggalah manusia itu menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dalam hal ini kita semua tahu bahawa syaitan bukanlah makhluk biasa. Kepintaran dan kelicikannya amat-amat meperdayakan manusia hingga kadang-kadang kita tidak sedar bahawa kita telah terjebak dalam perangkapnya; Malah kerajinannya mendapat 1st class apabila dibandingkan dengan manusia. Kerana apa? Kerana mereka tidak mengenal erti putus asa.

Walaupun saya katakan tadi bahawa perasaan ”puas” yang dirasai oleh da’ie adalah merupakan satu anugerah dari Allah s.w.t. tetapi jika tidak diawasi ianya boleh melahirkan sifat keselesaan (comfort zone) kerana yakin akan terselamat dari seksaan api neraka dengan amalan-amalan yang dilakukan. Yang lebih membimbangkan ialah akan lahir sifat berbangga dengan ramainya bilangan pengikut dan memandang rendah kepada orang lain yang tidak berda'wah.
Pada ketika itu akan timbul sifat ria' dan 'ujub dengan kehebatan diri. Nauzubillah.

Inilah panahan-panahan dan tusukan-tusukan jarum syaitan yang begitu pantas dan cukup halus hinggakan tidak disedari oleh kita.
Siapa yang berani kata dan tahu bahawa amalannya atau kerja-kerja dakwahnya diterima Allah?
Tidakkah kita pernah membaca hadith riwayat Muaz Ibn Jabal tentang tiga golongan yang akan dicampak ke dalam neraka kerana tidak ikhlas kepada Allah s.w.t. walupun mereka berdakwah, menginfaq dan syahid dalam peperangan? Ini semua persoalan-persoalan yang mesti sentiasa bermain di dalam fikiran kita.

Jadi,kita nak buat apa? Berhenti beramal dan bekerja untuk islam?
No!
Tidak sama sekali!! Islam melarang keras umatnya dari berputus asa dengan rahmat Allah.

Untuk itu Allah telah membekalkan kita dengan satu senjata yang begitu ampuh bagi menangani syaitan. Senjata yang akan membakar segala sifat-sifat mazmumah dan menggantikannya dengan sifat-sifat mahmudah, yang akan membuat syaitan bertempiaran lari, yang akan menyebabkan kita menerima keampunan dari Allah s.w.t. seluas langit dan bumi iaitu dengan .....

BERISTIGHFAR !!!

Inilah senjata yang amat besar, yang akan menembusi pintu-pintu langit untuk terus pergi kepada Allah.
Persoalan buat diri saya dan saudara-saudara,
Berapa kalikah kita beristighfar sehari?

Saudara,
Jangan sekali-kali kita lupa bahawa walau banyak mana ilmu yang ada di dada, ianya hanyalah setitis air di lautan yang amat luas, sehebat mana kita bercakap dan berusaha, ia tidak akan mampu untuk merubah hati manusia tanpa kehendak dan pertolongan Allah s.w.t. Peristiwa Nabi Nuh dan isteri serta anaknya, Nabi Ibrahim dengan bapanya, Rasulullah dengan bapa saudara Baginda sudah cukup untuk mengajar kita siapakah sebenarnya yang memberikan hidayah.

Mari kita sama-sama bermuhasabah..

Kita tidak akan mampu bergerak walau selangkah tanpa izin Allah.
Hatta, kita tidak akan boleh mengeluarkan kata-kata jika tidak ada hidayah Allah.


Kita perlu menyedari, bahawa kita juga tergolong dalam golongan yang tertipu dengan bisikan syaitan, apabila kita menyampaikan da’wah, tapi dalam masa yang sama, kita abaikan penjagaan hubungan kita dengan Allah. Menyeru orang lain melakukan kebajikan, mengajak orang lain turun solat berjamaah, sedangkan diri kita, memberi seribu satu alasan untuk sama-sama berjamaah; penat? Mandi? Makan? Membasuh baju? Sedangkan masa terluang yang ada diisi dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Mari kita sama-sama bermuhasabah..

"Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami ini kasih kepada iman dan hiaskanlah iman itu dalam hati-hati kami; dan jadikanlah kami benci kepada kufur, fasiq, dan maksiat; dan jadikanlah kami termasuk di kalangan orang-orang yang mendapat petunjuk."

Tuesday, February 10, 2009

Check & balance

Dikala terjaga, bersyukurlah kerana ALLAH memberi izin untuk berbicara dengan-Nya tatkala sekelilingmu sunyi diselang seli dengan dengkuran. Kerana ada dikalangan hamba yang tidak diberi keizinan, meskipun berpuluh-puluh jenis deringan jam loceng di kiri kanan.
Bertahajjudlah kerana disitu punya kunci kekuatan dalaman.
Alangkah indah, kiranya ia tercetus dari nuraninya sekeping hati, bukan kerana itu suruhan rakan taulan mahupun ianya salah satu dari tentatif program.
Namun, kiranya belum merasakan dan dirasakan, maka usahakanlah ia dengan mendisiplinkan diri dalam taqarrub ilallah.
Jangan diabaikan perkara utama (kedekatan diri dengan al-Khaliq), kerana ianya akan membawa kesan yang cukup mpengaruhi seluruh sistem kehidupan, tidak terkecuali samaada di dalam perjuangan mahupun persaudaraan, di dalam hati dan jiwa, mahupun kotak fikiran.
Alangkah peliknya dan teramat lah malang apabila kita berbicara persoalan tarbiyah, dalam masa yang sama kita tidak menjaga dan memperbaiki hubungan kita dengan Allah. Bercakap tentang perjuangan, tetapi solat dipenghujung waktu. Cacat lagi tempang!

Satu contoh yang boleh dikongsi bersama.
Sekepal tanah dibentukkan menjadi bulat, dengan menggunakan air. Tanpa siraman air, tanah akan kering dan mudahlah ia retak dan hancur berderai.
Begitu juga apabila berbicara mengenai ukhuwwah (persaudaraan). Apabila persaudaraan itu tidak dipaksikan, dibina dan dijalin dengan hati yang cinta dan rindu akan ar-Rahman, maka janganlah dihairankan, apabila hanya dengan sedikit teguran membuatkan hubungan menjadi renggang. Persaudaraan dibina hanya di luaran. Makan bersama, bergurau senda, bergelak ketawa bersama, tetapi tidak pada ingat mengingati antara satu sama lain.


to be continue.....

Monday, February 2, 2009

Sekadar retorikkah?

Tikamana seluruh dunia sayu dan marahkan puak Zionis dan sekutunya, masih ada lagi golongan yang menyanjung-nyanjung mereka.

Masakan tidak, di persidang ekonomi dunia di Switzerland, Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan bangun meninggalkan sidang dewan tersebut dalam keadaan berang sebagai bantahan kerana tidak diberikan masa yang mencukupi bagi menjawab kenyataan yang dibuat oleh Simon Peres, Presiden Israel, yang berucap panjang dan memberikan pelbagai alasan yang tidak munasabah sam sekali, terhadap penyembelihan dilakukan tentera Israel di Gaza. Salah satu daripada kenyataannya, dia mengatakan bahawa HAMAS lah sebenarnya yang mendorong Israel ke kancah peperangan, kerana ia melancarkan roketnya ke kawasan penempatan Israel..

Rabu lalu, Erdogan mengutuk pencerobohan Israel terhadap Gaza dan beliau tidak bersetuju langkah mengkategorikan HAMAS sebagai salah sebuah pertubuhan pengganas. Dalam masa yang sama, beliau menyeru Presiden Amerika yang baru, Barrack Obama supaya mengkaji semula definisi pertubuhan-pertubuhan pengganas yang terdapat di Timur Tengah. -sumber: Palestinkini.info

Di Yaman, kita saksikan pula bagaimana kebangkitan dan kesedaran mereka terhadap isu Palestin ini.
Hari ini, seramai 58 ahli parlimen Yaman yang telah bersetuju dan mendesak kerajaan Yaman agar tidak lagi menerima kunjungan Mahmoud Abbas yang kini telah tamat tempoh sebagai Presiden Palestin. Abbas dikecam kerana telah mengkhianati aspirasi rakyat Palestin dan terbabit dan bersekongkol dengan Zionis-Israel dalam menentang para pejuang kemerdekaan Palestin. -sumber: Palestinkini.info

Saya kira, tidak perlu dihuraikan satu persatu mengenai kebangkitan dan kesedaran masyarakat dunia yang ada pada hari ini terhadap kekejaman dan betapa terkutuknya Israel.

Namun, begitu dan amatlah menyedihkan, sebuah negara yang mengaku sebagai negara Islam, masih lagi menyanjung-nyanjung apa saja yang datang dari barat, walaupun ia hanya sekadar hiburan!! Dan konsert sebegini begitu mudah diluluskan! sedangkan untuk mengadakan program Islamik begitu sukar. Nak buat program mengenai Palestin pun sukar, permit dan sebagainya yang penuh birokrasi. Nah, sekarang, mudahnya orang luar menerobos masuk hanya kerana ianya HIBURAN! Cukup malang & menyedihkan!

'PENYANYI terkenal antarabangsa yang popular dengan lagu Umbrella, Rihanna atau nama sebenarnya Robyn Rihanna Fenty bakal menemui peminatnya dalam konsert Xpax Ignites Rihanna Live In Kuala Lumpur pada 13 Februari ini.

Konsert yang julung kali diadakan itu merupakan sebahagian daripada siri konsert jelajahnya, Good Girl Gone Bad World Tour yang dijadualkan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada pukul 8.30 malam.

Bakal beraksi di hadapan hampir 12,000 penonton, menurut Pengarah Urusan Pineapple Concerts Sdn. Bhd., Razman Razali, sehingga kini satu perempat (3,000 keping) daripada jumlah keseluruhan tiket telah terjual.'


Mereka sedar, di luar sana, ramai yang bencikan kezaliman. Mereka tahu, di luar sana ramai yang tidak ingin lagi bekerjasama dengan Israel & Amerika.

Bahkan, mereka juga tahu, Syeikh al-Azhar, Mufti Mesir, Mufti Pakistan, Mufti Arab Saudi, Persatuan Ulama Pakistan, Dr Yusof al-Qaradhawi, dan majoriti ulama’ dari seluruh dunia telah memfatwakan WAJIB bagi seluruh umat Islam memboikot barangan Israel, menjalinkan hubungan dagang dengan mereka, dan juga memberikan apa-apa bekalan kepada mereka. (Fatwa ini dikeluarkan setelah mengambil kira kekejaman yang telah mereka lakukan terhadap umat Islam. Para ulama’ ini juga telah menyeru agar kita semua memboikot barangan Amerika yang merupakan sekutu utama yang sering menyalurkan bantuan kepada Israel terutamanya dalam aspek persenjataan.)

Dr Yusuf al-Qaradhawi telah mengatakan, “Satu riyal (ringgit) yang digunakan untuk membeli barangan Amerika adalah bersamaan dengan sebutir peluru yang akan digunakan oleh tentera-tentera Zionis untuk membunuh anak-anak kecil di Palestin.”

Tapi malang, konsert ini hanya dipandang dari satu sudut, HIBURAN!!

Bercerita tentang isu boikot produk keluaran Amerika kerana menyokong tindakan ganas rejim Zionis Israel menyerang penduduk Palestin di Genting Gaza, kata Shazalli, konsert tersebut perlu dilihat dari sudut positif berkaitan hiburan.
"Konsert ini merupakan sepenuhnya melibatkan muzik dan hiburan. Jadi, saya harap kita boleh cuba tangani isu ini secara berasingan dan tidak dicampuradukkan dengan isu politik," katanya.

Yang tak tahannya, pulon dok berebut beli payung nuu. Bukan tak pernah kedai-kedai jual payung. Dapat payung sekaki, seronok tak terkata. Lupa dah saudara-saudara di sana. Lupa dah Israel & konconya menghina Islam.

Lupa bahawa, orang-orang Palestin ni berjaga siang malam, demi mempertahankan kemuliaan, maruah umat Islam seluruh dunia. Kalau nak tau, mereka turut jaga Masjid Al-Aqsa kerana itu simbol MARUAH UMAT ISLAM seluruhnya!



Apakah langsung tiada sentimen? Apakah dalam hidup kita semata-mata untuk hiburan?

Saya melayari Forum TV3, anda boleh lihat sendiri komen-komen anak-anak muda di Malaysia.
Ini lah mentaliti masyarakat apabila disogokkan dengan hiburan melampau. Hedonisme!


Saya terpandang juga beberapa komen yang saya kira, sejuk hati sikit dengar komen begini, sebab apa, sebab ada yang ambil cakna terhadap isu saudara-saudara kita di sana. Petikan seperti di bawah:

----------

Tak patut adakan konsert seperti ini dalam keadaan kita bersedih atas apa yang terjadi ke atas umat Palestine.

Lagi pula tak ada yang bagusnya konsert macam ni selain menggalakkan maksiat terutama di kalangan muda-mudi.

Kita dalam kempen boikot barang dari AS, maknanya hiburan ini juga adalah produk mereka.. Kalau kerajaan benarkan juga, maknanya kerajaan tidak peka dengan kehendak rakyat.

Adalah lebih baik buat konsert nasyid seru orang ke jalan Allah sambil kutip derma untuk tabung Palestin.

p/s: saya sokong boikot konsert artis amerika, kita duk sibuk2 pasal palestin, mereka sibuk nak buat konsert pulak, apa kejadahnya, tak perihatin ker dengan nasib2 rakyat palestin, kat negara kita ni pun dah cukup hiburan kalau nk diikutkan, cukup la dengan apa yang dah ada. hentikan la seketika dengan benda2 yang tak berguna dan tak perlu tu…..BOIKOT…BOIKOT…AMERIKA...
-mat rock-
-----------------

ape ni??? Macamane konsert ni boleh diluluskan pulak???
Memang kita ni talam dua muka, bising nak bela palestin, tapi, pada masa yg sama, masih lagi berkonsert, merokok....
Sebenarnya, kita lebih jahat, lebih kejam daripada Israel sendiri.
Kita tikam kawan kita dari belakang. Israel tak hebat, tapi kita yang lemah sebenarnya.
Kita yang patut kutuk diri kita dulu sebelum kita kutuk Israel dan Amerika.
-ASMN-
-----------------

Fikir-fikirkan, renung-renungkan, ambillah tindakan, buatlah apa-apa yang patut.

Semoga ALLAH mengurniakan kita sekeping hati yang dapat membezakan antara yang haqq dan yang bathil.

Thursday, January 29, 2009

tiada manja-manja di jalan ini

“Maka berangkatlah kamu ke jalan Allah sama ada kamu senang atau berat dan berjihadlah dengan harta dan jiwa kamu.” (At-Taubah : 41)

Wahai saudara-saudaraku, anak-anak muda Islam yang beriman!

Perjalanan dakwah yang kita lalui ini tidak disediakan hamparan permaidani merah sebagai alas, bahkan bukanlah pula perjalanan ini ditaburi emas permata, banglo mewah dan kereta. Ia merupakan perjalanan panjang yang penuh tentangan dan rintangan hebat dan berat, secara terangan mahupun secara berlindung-lindungan, dari dalaman mahupun luaran. Mehnah dan ibtila’ itu pasti menerjah dilorong-lorong sepanjang perjalanan.

Jika dibuka kembali lipatan sejarah, jika direnung kembali buku-buku sirah, maka kita akan dapati sudah banyak sejarah orang-orang terdahulu sebelum kita mengenal tanggungjawab da’wah ini, yang merasakan pahit getirnya perjalanan dakwah ini. Ada yang diusir. Ada yang disiksa. Tidak ketinggalan juga, ada yang harus berpisah dengan sanak saudara dan kaum kerabat mereka. Namun, pahit getir perjuangan tidak membantutkan mereka. Buktinya, ada pada hebatnya pengorbanan mereka dalam jalan dakwah ini. Mereka telah merasakan dan sekaligus membuktikan cinta dan kesetiaan terhadap dakwah.

Lihatlah bagaimana Abu Huzaifah ketika peristiwa Ghazwah Badar. Apabila mayat ayahnya ’Utbah Ibn Rabi’ah diheret untuk dicampakkan ke dalam telaga buruk, berubah air mukanya. Lantas, Rasulullah saw yang melihatkan perubahan itu bertanya, ” Wahai Abu Huzaifah, aku dapati kamu terasa sesuatu terhadap ayahmu.” Lalu, apa yang dijawab Abu Huzaifah? ”Demi Allah, wahai Rasulullah, aku tidak terasa kerana dia dibunuh, tetapi aku mengharapkan dia masuk Islam dengan mendapat hidayah. Setelah dia mati dengan cara begini, aku terharu kerana matinya kafir, tidak seperti apa yang aku harapkan.” Ini rijal da’wah. Dia tak mengharapkan lainnya melainkan sinar Islam pada saudaranya. Bapanya. Berpisah mereka bukan sikit-sikit. Bukan kecil-kecil sebagaimana kita dizaman sekarang, yang baru nak keluar ke program da’wah dalam kampus. Dalam kampus. Jauh sikit pun, di luar kampus. Bukan luar negara lagi.

Ini bukti keikhlasan mereka. Keikhlasan membuatkan mereka gigih dalam pengorbanan dan menjadi permata bernilai buat sejarah umat da’wah ini. Pengorbanan yang telah mereka berikan dalam perjalanan dakwah ini menjadi contoh teladan kepada kita.

Berkata As-Syahid Sayyid Qutb,
"Kita akan merasai perjuangan ini sempit apabila memikirkan bahawa kita yang memulakan perjuangan dan akan mengakhiri perjuangan ini. Tetapi apabila kita memikirkan bahawa perjuangan ini bukan kita yang memulakan dan menamatkannya, maka ketika itu terasalah kita bagaimana luasnya perjuangan kita, bagaimana luasnya keluarga kita kerana keluarga kita bukan keluarga yang diikat oleh keturunan darah tetapi diikat oleh kesatuan 'Aqidah la ila illallah Muhamad al Rasullullah".



Wahai jiwa yang membara-bara demi menegakkan tertegaknya daulah Islamiah,

Renungkanlah pengalaman mereka sebagaimana yang difirmankan ALLAH SWT dalam surah At-Taubah: 42.
Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. Mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah: "Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu." Mereka membinasakan diri mereka sendiri (disebabkan sumpah mereka yang palsu) dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta.
(At-Taubah : 42)

Tapisan ALLAH berlaku setiap masa. DIA memilih hamba-hamba-Nya yang benar-benar ikhlas dan sabar dalam memikul beban da’wah ini. Meniti sirah perjuangan Rasulullah dan para sahabat, mereka juga telah melihat siapakah antaranya yang dapat bertahan dalam mengarungi perjalanan yang berat itu. Hanya kikhlasan yang dapat mengukuhkan perjalanan dakwah ini. Keikhlasan dan kesetiaan yang menjadikan pemiliknya sabar dalam menghadapi cubaan dan ujian. Ini menjadikan mereka optimis menghadapi apa jua bentuk ujian, dan siap sedia berkorban untuk meraih kejayaan. Keikhlasan dan kesetiaan yang membawa jiwa-jiwa belia untuk berada pada barisan terdepan dalam perjuangan ini. Ini lah perasaan yang membuatkannya berbahagia dan sangat bersungguh-sungguh menikmati beban hidupnya. Setia dalam kesempitan dan kesukaran. Demikian pula setia dalam kelapangan dan kemudahan.

Berkata si pujangga,
Keimanan yang benar menjadikan perjalanan hidup umpama sebuah kisah cinta; kesetiaan dan pengorbanan menukar ujian pahit menjadi satu kenangan manis, kesabaran menjadikan segala beban yang ditanggung ringan dan mudah,
keyakinan pada janji-janji Allah menjadikan jiwa tenang ketika perjalanan begitu sukar,
kerinduan padaNya menjadi pembakar semangat setiap kali berdepan dengan kegagalan dan ujian berat...



Wahai sekalian pencinta tertegaknya Negara Islam,
Demikian orang orang yang benar-benar jujur, ikhlas dan setia dalam perjuangan. Sebaliknya orang-orang yang rapuh jiwanya dalam perjuangan ini tidak akan dapat bertahan lama. Merungut pada banyaknya tanggungjawab dan gerak kerja. Mengeluh pada beratnya beban, dan jauhnya perjalanan yang ditempuh. Mereka menolak untuk menunaikannya dengan segala macam bentuk alasan agar mereka diberi kelonggaran dan pengecualian untuk tidak turut serta. Menjadi berat hati berada dalam perjuangan ini dan hingga akhirnya lemah dan berguguran satu per satu, sebelum sampai pada tujuan perjuangan.

Serangan dari penyakit wahan telah merapuhkan hati dan melemahkan mental sehingga mereka tidak dapat menerima kenyataan pahit sebagai risiko dan sunnah dakwah ini. Malah mereka menggugatnya lantaran anggapan mereka bahwa perjuangan dakwah tidaklah harus mengalami kesulitan, malah ianya mudah lantaran adanya pertolongan.

Sesungguhnya yang akan meminta izin kepadamu, hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian, dan hati mereka ragu-ragu, karena itu mereka selalu bimbang dalam keraguannya. Dan jika mereka mau berangkat, tentulah mereka menyiapkan persiapan untuk keberangkatan itu, tetapi Allah tidak menyukai keberangkatan mereka, maka Allah melemahkan keinginan mereka. dan dikatakan kepada mereka: "Tinggallah kamu bersama orang-orang yang tinggal itu."
(At-Taubah : 45-46)


Keikhlasan dan kesetiaan yang ada pada diri merupakan faktor kuatnya daya tahan dan teguhnya dalam dakwah ini. Sikap ini membuat mereka sentiasa bersedia dalam menggalas dan menjalankan tanggungjawabnya. Mereka punyai sistem on-call, bukannya sistem on the way. Bersiap sedia bila-bila masa. Mereka juga dapat menunaikan tugas dengan sebaik-baiknya. Mereka tidak mengira apakah kedudukan mahupun posisi dalam gerak da’wah. Sama ada mereka di atas, mahupun ditengah, ataupun di bawah. Bagi mereka, itu bukanlah faktor utama. Itu hanyalah alat. Yang penting, Islam tertegak. Da’wah berjalan lancar.


Wahai sekalian perindu negeri akhirat,
Marilah kita menyelusuri perjalanan dakwah Abdul Fattah Abu Ismail, salah seorang murid Imam Hasan Al Banna yang selalu menjalankan tugas dakwahnya tanpa keluhan sedikitpun. Dialah yang disebutkan oleh Hasan Al Banna orang yang sepulang dari tempatnya bekerja sudah berada di kota lain untuk memberikan ceramah kemudian berpindah tempat lagi untuk mengisi pengajian dari waktu ke waktu secara larian. Dia selalu berpindah-pindah dari suatu kota ke kota lainnya untuk menunaikan amanah dakwah. Sesudah menunaikan tugas dengan sebaik-baiknya, dia merupakan orang yang pertama kali datang ke tempatnya bekerja (jangan cari alasan untuk datang lewat). Malah, ia yang membukakan pintu gerbangnya. Pernah ia mengalami keletihan hingga tertidur di sofa rumah Zainab Al-Ghazali. Melihat keadaan tubuhnya yang lelah dan penat itu, tuan rumah membiarkan tetamunya tertidur sampaikan dia bangun. Setelah menyampaikan amanah untuk Zainab Al-Ghazali, Abdul Fattah Abu Ismail bergegas untuk ke tempat seterusnya. Kerana keletihan yang dialaminya, Zainab Al-Ghazali memberikan wang untuk beliau bergerak menaiki teksi. Abdul Fattah Abu Ismail mengembalikannya sambil mengatakan,
“Dakwah ini tidak akan dapat dipikul oleh orang-orang yang manja.”
Zainab pun menjawab, “Saya sering ke mana-mana dengan teksi dan kereta-kereta mewah, tapi saya tetap dapat memikul dakwah ini dan saya pun tidak menjadi orang yang manja terhadap dakwah. Kerana itu, ambillah wang ini, tubuhmu letih dan engkau memerlukan istirehat sejenak.”
Ia pun menjawab, “Berbahagialah ibu. Ibu telah berjaya menghadapi ujian Allah swt. Berbentuk kenikmatan-kenikmatan seperti itu. Namun, saya bimbang saya tidak dapat menghadapinya sebagaimana sikap ibu. Terima kasih atas kebaikan ibu. Biarlah saya menaiki kenderaan umum saja.”


Duhai saudaraku yang dimuliakan Allah swt.

Itulah contoh orang yang telah membuktikan kesetiaannya pada dakwah lantaran keyakinannya terhadap janji-janji Allah swt. Janji yang tidak akan pernah dimungkiri sedikit pun. Janji yang tidak pernah gagal. Allah swt. telah banyak memberikan janji-Nya pada orang-orang yang beriman, yang setia pada jalan da’wah berbentuk pelbagai anugerah-Nya. Sebagaimana yang terdapat dalam Al-Qur’an.

Hai orang-orang yang beriman, jika kamu bertakwa kepada Allah, niscaya Dia akan memberikan kepadamu furqan (petunjuk yang dapat membedakan antara yang haq dan yang batil, dapat juga diartikan disini sebagai pertolongan) dan menghapuskan segala kesalahan-kesalahanmu dan mengampuni (dosa-dosa)-mu. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar.” (Al-Anfal: 29)

Dengan janji Allah swt. tersebut, orang-orang beriman tetap bertahan mengharungi jalan da’wah ini. Dan mereka menyedari bahawa perjuangan yang berat itulah sebenarnya menjadi kunci untuk mendapatkannya. Semakin berat perjuangan ini semakin besar janji yang diberikan Allah swt. Kesetiaan yang bersemi kukuh dalam diri, itulah yang membuat mereka tidak akan pernah menyalahi janji-Nya. Dan, mereka pun tidak akan pernah ingin merubah janji apatah lagi mengingkari kepada-Nya.

Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak merubah (janjinya). (Al Ahzab: 23)


Wahai teman – teman sepejuanganku dunia akhirat,
Aktivis da’wah sangat menyakini bahawa adanya kesabaran membuatkan mereka kuat menghadapi berbagai rintangan dakwah. Bila dibandingkan apa yang kita lakukan serta yang kita dapatkan sebagai risiko perjuangan di hari ini dengan keadaan orang-orang terdahulu dalam perjalanan dakwah ini, tidaklah seberapa. Pengorbanan kita di hari ini masih dipermukaan pengorbanan waktu untuk da’wah. Pengorbanan tenaga dalam gerak kerja untuk kepentingan da’wah. Dan sebahagian kecil adalah pengorbanan dari harta kita yang banyak. Cuba lihat pengorbanan orang-orang terdahulu, ada yang disalai di bawah panasnya mentari, digergaji, ada yang diikat dengan empat ekor kuda yang berlawanan arah, lalu kuda itu dipukul untuk lari sekencang-kencangnya hingga terkoyak orang itu. Ada pula yang dibakar dengan tungku yang berisi minyak panas. Mereka dapat menerima risiko kerana kesabaran yang ada pada dirinya. Dan mereka tetap tidak berpaling dari medan da’wah ini. ALLAHUKABAR! Bekalan kesabaran mereka tidak pernah berkurang sedikit pun kerana keikhlasan dan ke-taat-setiaan mereka pada Allah swt.

Dan berapa banyak nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut (nya) yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah karena bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar. (Ali Imran: 146)

Bila kita memandang kehidupan generasi pilihan, kita akan temukan kisah-kisah brilian yang telah menyuburkan dakwah ini. Muncullah pertanyaan besar yang harus kita tujukan pada diri kita saat ini. Apakah kita dapat menyemai dakwah ini menjadi subur dengan perjuangan yang kita lakukan sekarang ini ataukah kita akan menjadi generasi yang hilang dalam sejarah dakwah ini.

Ingat, dakwah ini tidak akan pernah dapat dipikul oleh orang-orang yang manja. Kita perlu menilai pentarbiyyahan agar ianya menyeluruh dan mampu mencetuskan al-yaqazah al-ruhiyyah (kesedaran rohani) supaya lahirnya beliawan dan beliawanis yang punyai hidup yang bererti, bercahaya ruhaninya, mengakar pemikirannya, dan berkembang gerakannya.

Dr Yusuf Al-Qardhawi dlm kitabnya Al-Iman wal Hayah menyatakan:
“Tidak mungkin manusia dapat menghindarkan diri daripada pelbagai kesulitan, begitulah kenyataan hidup, ramai yang bersua dengan kegagalan,ditinggalkan kekasih, penyakit menyerang tubuh, kehilangan harta benda dan seterusnya. Kemudian beliau mengambil hadis Rasulullah bermaksud:
“Perumpamaan org beriman yg ditimpa ujian bagai besi yg dimasukkan kdlm api lalu hilang karat dan tinggal yg baiknya saja”.

Dengarlah rintihan Zinnirah kepada Al-Khaleeq,
"Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurga. aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan.”
Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah S.W.T ketika bermunajat kepada Allah di setiap malam sebagai penawar jiwa di atas segala kesusahan yang dia hadapi. Jiwanya semakin kukuh. Imannya semakin teguh.

Apabila tiba hari akhirat kelak, Allah Taala akan menghimpunkan seluruh mujahidin dalam satu saf semantara menanti masa untuk dimasukkan ke dalam syurga-Nya.
Mengenangkan munajat Uthman bin Affan,
“Sekiranya aku dihadapkan di hadapan Allah, untuk menanti keputusan sama ada aku diletakkan ke dalam syurga atau dicampakkan ke dalam neraka-Nya, maka aku lebih rela untuk menjadi debu kerana takutnya hati ini”.
Sedangkan Umar Al-Khattab yang imannya di akui penduduk langit dan bumi juga memukul dirinya kerana takut tergolong dalam golongan munafiq. Ini kan pula kita yang iman senipis sel bawang, yang mana kita mengenal perjuangan ini baru saja dipermukaan kulit buku, sebagai analogi nya.

Ya Allah, ampunilah dosa kami. Betapa tinggi ibadat mereka sehingga mereka sanggup menghabiskan masa berjam-jam lamanya untuk berdialog dengan-Mu sedangkan kami pula sebaliknya. Ya Allah, kasihilah kami. Betapa khusyu’ dan tawadhu’nya hati mereka sehingga mereka menangis mengenangkan dosa, sehingga berbekas aliran putih di bawah mata mereka lantaran tangisan mereka yang berpanjangan. Ya Allah, kami merindui belaian lembut maghfirah-Mu. Ampunilah segala kesilapan dan kealpaan kami.

Semoga Allah mengampuni kita dan meneguhkan kita dalam perjuangan.

Iktibar dari Siri Panglima Islam

Sebagai mahasiswa Islam, seharusnya kita mengambil iktibar dari kisah Panglima Islam, Salahuddin Al-Ayyub

Kekuatan aqidah teras kemenangan Islam

a.Lihatlah bagaimana zaman Salahuddin Al-Ayyubi, kekuatan aqidah beliau dan tentera Islam ketika itu telah menggerunkan musuh Islam.

b.‘Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha dengan kamu sehinggalah kamu mengikuti agama (cara hidup) mereka. Katakanlah, sesungguhnya petunjuk Allahlah merupakan sebenar-benar petunjuk. Dan sekiranya engkau mengikuti kemahuan mereka setelah engkau mengetahui, maka tidak ada bagimu wali dan penolong dari (siksa) Allah’ (al-Baqarah : 120)

c.Bangkitkan kembali jiwa yang mencintai Islam; agar tidak mudah terpedaya dengan anasir yang dibawa oleh musuh ISLAM. (eg: song, sports ext.)



Peribadi


a.Pada suatu hari ketika Salahuddin Al Ayubi sedang berjalan di luar Baitul Maqdis seorang perempuan yang memakai salib menegurnya:
“Hai pahlawan yang agung, tuan telah berhasil mengalahkan musuh-musuh tuan. Tetapi kenapa tuan tidak membalas seperti tindakan yang kejam yang telah mereka lakukan terhadap tentera tuan?
Salahuddin menjawab; “agama yang saya anut melarang melakukan perbuatan kejam seperti yang dilakukan pihak musuh Islam memerintahkan kepada kami supaya menepati janji, memaafkan kesalahan orang lain dan melupakan kekejaman yang pernah dilakukan pihak musuh saat mereka berkuasa”. Perempuan tua tersebut akhirnya memeluk agama Islam kerana tertarik dengan ajaran Islam yang melarang mengambil kesempatan untuk kepentingan peribadi. Lantas, Pemuda Islam manakah yang mewarisi ketinggian akhlak Salahuddin Al Ayubi?

Jadilah mahasiswa yang sensitive / mengambil cakna terhadap keadaan semasa/persekitaran.



Mementingkan keberkatan


a.Semasa dalam peperangan bukan tidak pernah pasukan Salahuddin Al-Ayubi dikalahkan. Sebagai panglima beliau membuat siasatan. Ironinya, siasatan utama beliau adalah berasaskan apa yang menghalang keberkatan dari Allah SWT dalam perjuangan kita kali ini. Memang pada akhir siasatan beliau akan dapat menemui ada dosa yang dilakukan oleh salah seorang tentera Islam, misalnya sambil dalam perjalanan ke medan tentera Islam mengambil barang yang bukan hak. Maka dosa itu menghalang keberkatan Allah SWT untuk umat Islam memenangi perjuangan itu, Perlu diingat, bukan perjuangan ini sahaja, tetapi apa jua perjuangan umat Islam. Sayangnya ramai umat Islam pada hari ini melihat dosa kecil sebagai kecil tetapi itulah punca perjuangan Islam masa kini belum menemui kejayaan/keberkatan.

b.Semasa dalam Perang Salib, pada malamnya beliau meninjau dan melawat ke khemah-khemah pejuang Islam. Pada esoknya yang dibawa pergi berjuang hanyalah kelompok yang sebelah malamnya bangkit untuk berqiamullail dan meninggalkan kelompok yang tidak berqiamullail. Logik akal mengatakan sepatutnya kita akan membawa tentera yang telah mendapat rehat yang cukup yakni tidur yang cukup untuk berjuang. Tetapi tidak bagi Salahuddin Al Ayubi, beliau hanya membawa yang boleh mendatangkan keberkatan Allah SWT.



PERSOALAN BUAT KITA…

1. Jika diamati sebaik-baiknya, beliau juga adalah seperti kita. Lahirnya Salahuddin Al-Ayyubi, sebagai seorang muslim, sama seperti kita juga.
Namun, apa bezanya antara kita dengan beliau yang telah banyak berkorban, berjuang, berjihad fi sabilillah? Apakah penyebabnya beliau banyak menyumbang untuk Islam? Bukankah kita sama seperti beliau?

2. Dalam umurnya seperti dan seusia kita sekarang ini, berapa banyakkah sumbangan yang telah beliau sumbangkan pada Islam? Dan berapa banyak pulakah sumbangan yang telah KITA sumbangkan untuk Islam?


Lantas,
“Dimanakah silapnya kita?”
“Mengapa kita tidak boleh menjadi seperti beliau?”
“Apa yang menyebabkan bezanya kita dengan beliau?”

Perkara inilah yang perlu kita kaji dan cari. Bukan setakat cari sahaja, bahkan hinggalah ke puncanya. Bila diketahui puncanya, maka lakukanlah usaha kita sehabis mungkin. Hapuskan yang jahiliyah hingga ke akar umbi! Kemudiannya barulah kita bertawakkal sepenuh tawakkal pada Allah Yang Maha Mencipta, Yang Maha Agung, Yang Maha Mengasihani.

Hasutan Sang Paderi

Jerussalem merupakan kota Suci bagi ketiga-tiga agama samawi yakni Islam, Yahudi dan Kristian. Di dalam kota inilah letaknya Masjid Al-Aqsa yang dibangun oleh Nabi Sulaiman dan menjadi Kiblat pertama umat Islam sebelum beralih ke Baitullah di Makkah. Ketika Nabi Muhammad Isra’, singgah dan solat di masjid ini sebelum Mi’raj ke langit. Nabi Isa as. juga dilahirkan di Baitullaham berdekatan kota Jerussalam ini.
Di masa pemerintahan Khalifah Umar bin Khattab (13-23 H/634-644 M) Jerussalam dapat direbut oleh kaum Muslimin dalam suatu penyerahan kuasa secara damai. Khalifah Umar sendiri datang ke Jerussalem untuk menerima penyerahan kota Suci itu atas desakan dan persetujuan Uskup Agung Sophronius.
Berabad abad lamanya kota itu berada di bawah pentadbiran Islam, tapi penduduknya bebas memeluk agama dan melaksanakan ajaran agamanya masing-masing tanpa ada gangguan. Orang-orang Kristian dari seluruh dunia juga bebas datang untuk mengerjakan haji di kota Suci itu dan mengerjakan upacara keagamaannya. Orang-orang Kristian dari Eropah datang mengerjakan haji dalam jumlah rombongan yang besar dengan membawa obor dan pedang seperti tentera. Sebahagian dari mereka mempermainkan pedang dengan dikelilingi pasukan gendang dan seruling dan diiringkan pula oleh pasukan bersenjata lengkap.
Sebelum Jerussalem ditadbir Kerajaan Seljuk pada tahun 1070, upacara seperti itu dibiarkan saja oleh umat Islam, kerana dasar toleransi agama. Akan tetapi apabila Kerajaan Seljuk memerintah, upacara seperti itu tidak dibernarkan, dengan alasan keselamatan. Mungkin kerana upacara tersebut semakin berbahaya. Lebih-lebih lagi kumpulan-kumpulan yang mengambil bahagian dalam upacara itu sering menyebabkan pergaduhan dan huruhara. Disebutkan bahawa pada tahun 1064 ketua Uskup memimpin pasukan seramai 7000 orang jemaah haji yang terdiri dari kumpulan Baron-baron dan para pahlawan telah menyerang orang-orang Arab dan orang-orang Turki.
Itulah yang membimbangkan Kerajaan Seljuk. Jadi larangan itu demi keselamatan Jemaah haji Kristian itu sendiri. Malangnya, tindakan Seljuk itu menjadi salah anggapan oleh orang-orang Eropah. Ketua-ketua agama mereka telah berkempin bahawa kebebasan agamanya telah dicabuli oleh orang-orang Islam dan menyeru agar Tanah Suci itu dibebaskan dari genggaman umat Islam.
Patriach Ermite adalah paderi yang paling lantang dan bertungkus lumus mengapi-apikan kemarahan umat Kristian. Dia asalnya seorang tentera, tapi kemudian menjadi paderi, berwatak kepala angin dan cepat marah. Dalam usahanya untuk menarik simpati umat Kristian, Ermite telah berkeliling Eropah dengan mengenderai seekor kaldai sambil memikul kayu Salib besar, berkaki ayam dan berpakaian compang camping. Dia telah berpidato di hadapan orang ramai sama ada di dalam gereja, di jalan-jalan raya atau di pasar-pasar. Dia menceritakan sama ada benar atau bohong kisah kunjungannya ke Baitul Maqdis.
Katanya, dia melihat pencerobohan kesucian ke atas kubur Nabi Isa oleh Kerajaan Turki Seljuk. Diceritakan bahawa jemaah haji Kristian telah dihina, dizalimi dan dinista oleh orang-orang Islam di Jerussalem. Serentak dengan itu, dia menggalakkan orang ramai agar bangkit menyertai perang untuk membebaskan Jerussalem dari tangan orang Islam. Hasutan Ermite berhasil dengan menggalakkan. Paus Urbanus II mengumumkan ampunan seluruh dosa bagi yang bersedia dengan suka rela mengikuti Perang Suci itu, sekalipun sebelumnya dia merupakan seorang perompak, pembunuh, pencuri dan sebagainya. Maka keluarlah ribuan umat Kristian untuk mengikuti perang dengan memikul senjata untuk menyertai perang Suci. Mereka yang ingin mengikuti perang ini diperintahkan agar meletakkan tanda Salib di badannya, oleh kerana itulah perang ini disebut Perang Salib.
Paus Urbanus menetapkan tarikh 15 Ogos 1095 bagi pemberangkatan tentera Salib menuju Timur Tengah, tapi kalangan awam sudah tidak sabar menunggu lebih lama lagi setelah dijanjikan dengan berbagai kebebasan, kemewahan dan habuan. Mereka mendesak Paderi Patriach Ermite agar berangkat memimpin mereka. Maka Ermite pun berangkat dengan 60,000 orang pasukan, kemudian disusul oleh kaum tani dari Jerman seramai 20.000, datang lagi 200,000 orang menjadikan jumlah keseluruhannya 300,000 orang lelaki dan perempuan. Sepanjang perjalanan, mereka di izinkan merompak, memperkosa, berzina dan mabuk-mabuk. Setiap penduduk negeri yang dilaluinya, selalu mengalu-alukan dan memberikan bantuan seperlunya.
Akan tetapi sesampainya di Hongaria dan Bulgaria, sambutan sangat dingin, menyebabkan pasukan Salib yang sudah kekurangan makanan ini marah dan merampas harta benda penduduk. Penduduk di dua negeri ini tidak tinggal diam. Walau pun mereka sama-sama beragama Kristian, mereka tidak senang dan bertindak balas. Terjadilah pertempuran sengit dan pembunuhan yang mengerikan. Dari 300,000 orang pasukan Salib itu hanya 7000 sahaja yang selamat sampai di Semenanjung Thracia di bawah pimpinan sang Rahib.
Apabila pasukan Salib itu telah mendarat di pantai Asia kecil, pasukan kaum Muslimin yang di pimpin oleh Sultan Kalij Arselan telah menyambutnya dengan hayunan pedang. Maka terjadilah pertempuran sengit antara kaum Salib dengan pasukan Islam yang berakhir dengan hancur binasanya seluruh pasukan Salib itu.

[SALAHUDDIN AL-AYYUBI] Peribadi Seorang Panglima

Salahuddin Yusuf bin Najmuddin Ayyub dilahirkan di Takrit Irak pada tahun 532 Hijrah /1138 Masihi dan wafat pada tahun 589 H/1193 M di Damsyik. Beliau adalah pengasas Daulat Al-Ayyubiyah dan bergelar Sultan Shalahuddin. Seorang pahlawan Islam yang paling gagah berani dalam perang Salib dan berhasil merebut kembali Baitul Maqdis dari tangan kaum Salib Kristian.

Sultan Shalahuddin Al-Ayyubi terbilang sebagai pahlawan dan Panglima Islam yang besar. Pada beliau terkumpul sifat-sifat berani, wara’, zuhud, khusyu’, pemurah, pemaaf, tegas dan lain-lain sifat terpuji. Para ulama dan penulis sejarah telah memberikan kepujian yang melangit. Sifat pemurah dan pemaafnya diakui oleh lawan mahupun kawan.
Seorang penulis sejarah mengatakan:
“Hari kematiannya merupakan kehilangan besar bagi agama Islam dan kaum Muslimin, kerana mereka tidak pernah menderita semenjak kehilangan keempat-empat Khalifah yang pertama (Khulafaurrasyidin). Istana, kerajaan dan dunia diliputi oleh wajah-wajah yang tertunduk, seluruh kota terbenam dalam dukacita, dan rakyat mengikuti keranda jenazahnya dengan tangisan.”
Sultan Salahuddin adalah seorang pahlawan yang menghabiskan waktunya dengan bekerja keras siang dan malam untuk Islam. Hidup nya sangat sederhana. Minumnya hanya air kosong, makanannya sederhana, pakaiannya dari jenis yang kasar. Beliau sentiasa menjaga waktu-waktu solat dan mengerjakannya secara berjamaah. Dikatakan bahawa beliau sepanjang hayatnya tidak pernah terlepas dari mengerjakan solat jamaah, bahkan ketika sakit yang membawa pada ajalnya, beliau masih tetap mengerjakan solat berjamaah. Sebaik saja imam masuk berdiri di tempatnya, beliau sudah siap di dalam saf. Beliau suka mendengarkan bacaan Al-Quran, Hadis dan ilmu pengetahuan. Dalam bidang Hadis, beliau memang mendengarkannya secara teratur, sehingga beliau boleh mengenal jenis-jenis hadis. Hatinya sangat lembut dan pemurah, sering menangis apabila mendengarkan hadis.
Di dalam buku The Historians’ History of the World disebutkan sifat-sifat Shalahuddin sebagai berikut:
“Keberanian dan keberhasilan Sultan Shalahuddin itu terjelma seluruhnya pada perkembangan keperibadian yang luar biasa. Sama seperti halnya dengan Emir Imamuddin Zanki dan Emir Nuruddin Zanki, beliau juga merupakan seorang Muslim yang taat. Sudah menjadi kebiasaan bagi Sultan Shalahuddin membacakan Kitab Suci Al-Quran kepada pasukannya menjelang pertempuran berlangsung. Beliau juga sangat disiplin mengqada setiap puasanya yang tertinggal dan tidak pernah lalai mengerjakan solat lima waktu sampai pada akhir hayatnya. Minumannya tidak lain dari air kosong saja, memakai pakaian yang terbuat dari bulu yang kasar, dan mengizinkan dirinya untuk dipanggil ke depan pengadilan. Beliau mengajar sendiri anak-anaknya mengenai agama Islam.......”
Seluruh kaum Muslimin yang menyaksikan kewafatannya menitiskan air mata apabila Sultan yang mengepalai negara yang terbentang luas dari Asia hingga ke Afrika itu hanya meninggalkan warisan 1 dinar dan 36 dirham. Tidak meninggalkan emas, tidak punya tanah atau kebun. Padahal berkhidmat pada kerajaan berpuluh tahun dan memegang jawatan sebagai panglima perang dan Menteri Besar sebelum menubuhkan Emirat Ayyubiyah.
Kain yang dibuat kafannya adalah betul-betul dari warisan beliau yang jelas-jelas halal dan sangat sederhana. Anak beliau yang bernama Fadhal telah masuk ke liang lahad meletakkan jenazah ayahnya. Dikatakan bahawa beliau dikebumikan bersama-sama pedangnya yang dipergunakan dalam setiap peperangan agar dapat menjadi saksi dan dijadikannya tongkat kelak pada hari kiamat. Rahimahullahu'anh.

Tuesday, January 27, 2009

.: CECAH DAHI KE SEJADAH :..

Dah lama x dgr puisi dari ikim (ni sjenis puisi ek?) ni. sronok dgr ayat dia..tp kat cni xbleh dgr le.. kne baca.. =)

************

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan

Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai

Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian

Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad

Menjadi makanan cacing dan makanan ulat
Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia

Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan Izrail yang menakutkan

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan

Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan

Serta menikmati rezeki Tuhan
Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti

Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah

Ayam tak patok itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu

Yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan Hayya alas Solaah'

Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan Hayya alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia
Ingatlah yang kekal ialah amal

Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna Harta, tahta dan putera

Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia...

Thursday, January 22, 2009

AWAS! Tiket hilangnya 'izzah umat Islam

Renungkanlah bagaimana peribadi Umar bin Khattab ra ketika hari pertamanya memeluk Islam. Bukanlah lembut dan perlahan tamparan jahiliah yang menghinggap di pipi seorang adik ,Fathimah; bukanlah seluruh Makkah tidak mengenali akan kebengisan manusia yang bernama Umar ini, akan tetapi apabila telah datangnya ketetapan ALLAH, dipancari hidayah dalam hati si Umar, dia berkata;

“Ya Rasulullah, bukankah kita dalam kebenaran?”
“Ya.” Jawab Baginda.
Bukankah mereka dalam kebatilan.”
“Ya.”
"Lalu mengapa kita harus sembunyi-sembunyi?"
"Lalu apa pendapatmu Umar?"
"Serulah Islam terang-terangan."

Maka Rasulullah saw menggelarnya Al-Farouq kerana Allah menganugerahkan kepadanya kemampuan membezakan yang haqq dan yang batil.

Ibnu Mas’ud berkata,
"Kami menjadi lebih terhormat sejak Umar memeluk Islam."

Pembukaan al-Quds adalah kemuncak kehebatan yang terukir dalam sejarah. Ianya dibuka oleh Umar selaku Amirul Mukminin. Beliau bergilir dengan pembantunya dalam menaiki unta.

Abu Ubaidah selaku panglima perang yang membuka al-Quds berkata,”Amirul Mukminin, saya harap engkau tidak melakukannya didepan banyak orang. Semua orang menunggumu untuk menyerahkan kunci sementara engkau berketrampilan begitu lusuh.”

“Wahai Abu Ubaidah, andainya ungkapan ini tidak dilontarkan olehmu. Abu Ubaidah, kita adalah manusia yang paling hina.” Jawab Umar.

Seakan Umar mahu berpesan, “Kemuliaan itu tidak terletak pada pakaian dan tunggangan, namun terletak pada jiwa seseorang.” Kini kita mengetahui bagaimana kehormatan ditanamkan pada diri.

Fahamilah kata-kata al-Farouq,
“Nahnu qaumun a’azzanallah bil Islam, famahna nabtaghi izzah, bi ghairi ma a’azzanallah, azallanallahu.
Kita adalah kaum yang hina, kemudian Allah muliakan kita dengan Islam, barangsiapa yang mencari kemuliaan selain dari apa yang Allah muliakan kita, maka Allah pasti akan menghina kita.”


Selepas 12-kurun Palestin di bawah pemerintahan Islam, ia jatuh semula ke tangan kuffar. Salahuddin Al-Ayyubi berjaya mengambil alih pemerintahan tersebut selama beberapa masa, dan ia jatuh semula.. Peristiwa ini berselang-seli berlaku. Kini, dunia menyaksikan lagi Palestin menjadi tumpuan. Dimana pemuda yang persis Umar dan Salahuddin?

Ya ma'asharal muslimeen wal muslimaat..

Sedarlah. Ingatlah kembali kata-kata Saidina Umar,
Kita adalah kaum yang hina, kemudian Allah muliakan kita dengan Islam, barangsiapa yang mencari kemuliaan selain dari apa yang Allah muliakan kita, maka Allah pasti akan menghina kita.

Maka apakah kita mencampakkan diri kita sendiri ke lembah kehinaan..?

HINA

Antara keadaan yang membuat seseorang menjadi hina ialah ketika dia dizalimi.

Hadith Qudsi Allah mengatakan;
“Sungguh tidak ada hijab antara Allah dan doa hamba yang dizalimi. Allah akan mengangkat doanya ke langit.” (Muslim:121)

Tikamana manusia lemah dihina oleh makhlukNya (manusia yang tak berhati perut), Allah tidak membiarkan makhluk-Nya dizalimi, lalu menawarkan kemuliaan yang tinggi iaitu doa yang pasti termakbul, sebagaimana dinyatakan dalam hadis qudsi di atas.

Walau bagaimanapun, itu hanyalah faktor luaran yang menyebabkan manusia dihina, tanpa kerelaan mereka. Dalam kes hina ni, tiada istilah paksa rela. Orang normal, orang yang siuman, dia takkan tawarkan diri dia untuk dihina dan diperhinakan orang lain. Tapi yang menjadi puncanya, manusia ni ada yang sengaja menempah tiket kehinaan yang percuma, secara tak sedar. Macam mana tu? Apa tiket-tiketnya yang membuatkan manusia akan menjadi hina ?

TIKET 1: Menghambakan diri kepada syaitan.

Ingat lagi tak cikgu-cikgu, ustaz ustazah cerita semasa zaman sekolah dolu-dolu?

Setelah dihalau dari syurga, Iblis kata, dia akan cari jalan nak sesatkan manusia, supaya manusia ni jadi teman dia nanti. Dia ni (Iblis) nak manusia menjadi hina dan hilang kehormatan.

Firman Allah dalam surah al-isra’, ayat 62 yang bermaksud,

“Dia (iblis) berkata; ‘Terangkanlah kepadaku inikah orangnya yang Engkau muliakan atas diriku? Sesungguhnya jika Engkau memberi tangguh kepadaku sampai hari kiamat, nescaya benar-benar akan aku sesatkan keturunannya, kecuali sebahagian kecil.”
(al-Isra:62)

Maksud ayat di atas adalah obsess Iblis untuk menjadikan manusia sebagai pengikutnya yang Penghinaan yang pertama adalah ketika manusia menjadi hamba syaitan. Macam mana? Ada ke orang sign kontrak dengan iblis ni? Ni nak habaq mai, iblis ni dia bisik supaya lalai dari solat, seronok masa muda, masa dok di kampus, di megamall, sepuasnya dengan alasan muda hanya sekali, nanti tua, tak boleh patah balik jadi muda; menikmati dunia yang ilusi ni sepuas-puasnya, padahal ianya adalah terlarang. Masa tu, syaitan tertawakan mereka yang termakan bisikannya..BERHATI-HATI..

TIKET 2 : Mengikuti hawa nafsu dalam semua aspek kehidupan.

Manusia sekarang ada macam-macam penyakit gila. Gila harta, gila kuasa, gila kecantikan, gila glamour. Macam-macam. Benda-benda ni yang di perlumbakan. Manusia berlumba-lumba untuk kecantikan. Dia cari botox. Berlumba-lumba cari harta. Dia tak kira tu halal haram.Riba’. Gila kuasa, nak kekal/dapat kedudukan tinggi, dia bagi rasuah.

Firman Allah,
“Maka pernahkan kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsu sebagai Tuhannya.” (al-Jatsiyah:23)

Rasulullah saw bersabda;
“Celakalah hamba dirham dan dinar” (Ibnu Majah)


Kata Ibnu Taymiyah,
”Orang yang terpenjara adalah siapa yang dipenjarakan oleh hatinya hingga meninggalkan Tuhannya. Sementara orang yang tertawan adalah siapa yang ditawan oleh hawa nafsunya. Mereka hina, tertawan dan terpenjara.”

Ada mulut-mulut bersoksek,
”Buat apa ambil pusing hal orang?Aii..ni dah jaga tepi kain orang? Dah masuk periuk nasik orang.”
Jangan gusar,

Bukankah Allah berfirman dalam surah Aali ’imran:110 ;
“Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada makruf dan mencegah dari yang mungkar.” (ali ’Imran:110)


TIKET 3 : Tidak lagi peka terhadap Allah, agama, pedoman hidup dan ummah.

Kita ada panduan ulung, tapi kita biarkan ia menjadi hiasan saja. Simpan dalam almari, disaluti debu. Maka jadilah dia suci dalam debu.
Kita megah, bangga apabila ada bingkai-bingkai tulisan ayat suci di dinding rumah, walhal sebenarnya kita menghina-nya kerana tak letakkan di hati kita. Agungkan penghibur/penyanyi,pelakon, pemain bola sepak(sanggup berjaga pukul 2,3 pagi) dan sukan lainnya, tapi pedoman al-Quran dan Islam kita campakkan ke lembah hina.

Al-Qur’an tak menjadi hina sedikit pun, kalaupun manusia ni campak dia jauh dari hati manusia. Tidak sesekali. Al-Quran dan Islam itu dijaga oleh Allah, dipelihara Allah.Kita hanya akan menjadi mulia jika memuliakannya dengan mengamalkannya.
Bahkan kita menjadi hina jika kita menghinakannya. Islam tak perlukan kita. Tapi kitalah yang memerlukan Islam. Al-Quran tidak perlukan kita, tapi kita lah yang memerlukan al-Quran sebagai hidayah,pedoman, penyuluh hidup kita.


TIKET 4 : Hilangnya kepercayaan kepada Allah swt.


Sesungguhnya segala sesuatu telah ditakdirkan Allah swt dan rata-rata dari kita mengetahuinya. Tetapi kepercayaan penuh itu berkurang, lantaran kurangnya pengharapan yang sempurna. Rezeki disangka pada tangan majikan, nasib ditentukan kaum keluarga, umur dan nyawa juga dirasakan pada tangan makhluk. Doktorlah penyelamat, ubatlah yang menyembuhkan..Dah, kalau makan ubat, tak sembuh-sembuh, nak salah kan siapa? Bukan. Bukan itu. Ubat hanyalah ikhtiar. Yang menyembuhkan, adalah ALLAH.
Macam tu juga berada di jalan dakwah. Orang yang terlibat dengan gerak kerja da’wah ni, kalau tak sibuk, tak tau lah apa dah dibuat. Kalau diuji sedikit, sebagai contoh, keputusan peperiksaan jatuh sikit, nak salahkan kerja-kerja da’wah banyak? Mana perginya keyakinan pada ALLAH? Allah dah janji dah dalam kitab suci, Al-Qur’an, dalam surah Muhammmad ayat 7.
”Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.”
(Hafal ayat, hafal maksud, tapi takmau paham-paham jugak.Ni yang jadi kes putus asa.)


Kita akan menjadi hina jika menghamba pada syaitan, mengutamakan nafsu, membelakangkan Allah dan hilang kepercayaan kepada Allah dan ummat Islam. Maka apa yang berlaku kepada kita? Kitalah menjadi ummat yang dikatakan oleh Nabi saw. Musuh mengerumuni kita umpama hidangan. Bilangan kita tak bererti kerana kita semuanya hina, hanya berkulitkan Islam dan bertopengkan nama Islam. Macam sabda Rasulullah, umat akhir zaman ni macam buih-buih di lautan. Banyak, tapi hilang kualiti. Maka Allah cabut kegerunan musuh terhadap kita dan jadilah kita manusia yang dihinakan kerana perbuatan kita sendiri.


Sedarlah, Bangkitlah
Jangan pandang ringan, jangan sambil lewa dalam mengamalkan ajaran Islam, kerana amaran sudah Rasulullah beri..

Dari Abdullah ibn Mas'ud, beliau berkata bahawa

Rasulullah menggariskan satu garisan dengan kayu yang dipegangnya. Kemudian baginda berkata, "Inilah jalan ALLAH, jalan yang betul" Baginda membuat garisan lagi disebelah kiri dan kanannya. Kemudian baginda berkata, "Jalan-jalan ini,tidak ada suatupun darinya, melainkan ada syaitan yang mengajak ke arahnya." Kemudian Rasulullah saw membaca ayat ALLAH,yang bermaksud, "Sesungguhnya, inilah jalankujalan yang betul, maka ikutlah.Jangan kamu ikut jalan-jalan yang lain, nanti kamu akan bercerai-berai dari jalannya."

Sekarang, ramai dah yang tak hiraukan amaran Rasulullah saw. Main-main. Tak bersungguh-sungguh berpegang dan selesaikan masalah ikut cara Islam. Akhirnya, mudah terpengaruh dengan fahaman yang direka-reka sebab kejahilan dari dalam, bercampur pula dengan campurtangan dan niat jahat musuh-musuh Islam.

Hiduplah mengikut acuan yang ALLAH wahyukan kepada Rasul-Nya, kerana itulah acuan terbaik, menepati firmanNYA,



Shibghah Allah. Dan siapakah yang lebih baik shibghahnya dari pada Allah? Dan hanya kepada-Nya-lah kami menyembah. (al-baqarah:138)

* Shibghah bererti celupan.
Shibghah Allah: celupan Allah yang bererti iman kepada Allah yang tidak disertai dengan kemusyrikan.

kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenar, kerana itu acuan terbaik. Jangan pandai-pandai buat acuan sendiri..

Semoga kita ditetap dan diteguhkan dalam agama dan perjuangan.

Template Design | monera87