"Ya Allah, kurniakanlah ke atasku ketenangan, dan tetapkanlah pendirianku bersama-sama pendukung-pendukung kebenaran, dan tabahkanlah hatiku dengan mengingati Engkau, dan kurniakanlah akan daku keredhaan dengan perkara yang Engkau redhai"

Showing posts with label kampus. Show all posts
Showing posts with label kampus. Show all posts

Sunday, February 28, 2010

KEMBARA melabuh tirai

ALHAMDULILLAH... pujian selayaknya bagi ALLAH..
KEMBARA '10 kini telah selamat melabuhkan tirai... Apa perasaan anda? jawab sendiri2.

Tahniah & terima kasih kepada pihak penganjur KEMBARA '10, dan kepada mereka tlibat scara langsung n xlangsung, yang turut sama2 menyokong KEMBARA '10.

Sesungguhnya milik ALLAH lah segala kesempurnaan itu. Justeru, tidak lah dapat lari dari sebarang kekurangan pada hamba2-Nya.
Apapun, program KEMBARA '10 berjaya membawa dan menambahkan lagi pengalaman pada diri.. Syukur, ALHAMDULILLAH.

Dan saya kira, rata2 mereka yang terlibat merasakan 'sesuatu' dalam diri. Rasa apa, tepuk dada tanya iman. Kalau tak dak rasa apa2, mai kita tambah bilangan hari program KEMBARA ni, jadi seminggu genap. Tapi bukan masalah masa itu lama atau tidak.. Ia berkenaan keterbukaan hati kita.. Sejauh mana kita membuka hati untuk sama2 menyediakan sekeping hati yang mencintai ALLAH dan Rasulullah... dan sejauh mana kita meletakkan kecintaan kepada program2 yang mendekatkan diri kita dengan Pencipta. Insha'Allah.
Jangan pulak hanya pada masa KEMBARA saja, baru nak ingat Rasulullah, baru nak berselawat. Amalkan slalu.
(AWAS!! pesanan ini juga ditujukan untuk DIRI SENDIRI.)
Moga2 kita beroleh manfaat yang banyak sepanjang program ni. insha'Allah.


Ya ALLAH, himpunkan kami dlm mjlis yg baik ddunia ini.. dan himpunkan pula kami dalam majlis yg baik di mahsyar kelak,...

Saturday, February 20, 2010

tak semudah buat tomyam laa



"Macam mana nak buat tomyam, awak..?"
"Awak main campak-campak je.. asalkan rasa macam tomyam, ok dah tu.."
 "Owh, orang dah pandai buat selalu cakap main campak-campak je..huhu.."


Itu dialog bagaimana mahu bikin tomyam. 
Hmmm... Kalau tak pernah buat, main campak je segala perkakas (bahan-bahan) tomyam tu. Kalau reti dan pernah buat pun, main campak-campak juga. Asalkan di pandangan mata kita, itu adalah tomyam. Asalkan hiduan bau itu, aromanya adalah tomyam. Asalkan bira dicicip rasanya, itu adalah tomyam.. 
Maka ia adalah tomyam. Ia benar-benar sebuah tomyam!!


Tapi saudara-saudaraku, 
menegakkan kalimah ALLAH, tidak semudah melakukan tomyam. Membuktikan rasa cinta kepada Rasulullah bukan seperti mudahnya membikin seketul tomyam. Boleh main masukkan segala macam sesuka hati.. Intro saja nii... 



Coba tanyakan dirimu, apa kata dirimu, kiranya kamu diberi ijin bertemu dengan Rasulullah s.a.w seketika.. apa kan kamu bicara dengan Rasulullah kiranya kamu punyai seminit untuk bicara bersama baginda..?
Ingin sekali kami bertemu dengan mu, insan yang dalam masa yang sama baginda mengingati mati...dan dalam masa yang sama tersenyum dikala bertemu masyarakat...dan dalam masa yang sama begitu digeruni kawan dan lawan... Baginda lah yang akhlaqnya adalah Al-Qur'an...
Masha'Allah... bahkan air mata kah yang kan mengalir? Ya Rasulullah... kami merindui mu, meski kami tak pernah bertemu denganmu... Kami merindui mu, meski kami tidak pernah berbicara denganmu..


Namun, apakah pantas kita kata kita mencintai dan merindui baginda, tetapi.......
dalam masa yang sama kita kita meminggirkan sunnah Nabi?
...sejauhmana kita benar-benar mempraktikkan sunnah Nabi SAW dalam kehidupan harian kita? Kalau solat masih tinggal, aurat anak isteri masih terdedah, fikiran masih sekular,..



Jika kita adalah golongan yang tidak meminggirkan sunnah Rasulullah s.a.w, ayuh, sama-sama buktikan;
dan saya mengajak diri saya dan saudara-saudara juga sahabat-sahabat, rakan sekampus, dan teman yang membaca, agar sama-sama kita berpuasa sunat hari Khamis ni, boleh?
Jom pakat ramai-ramai puasa sunat, dan join IFTHAR JAMA'IE hari Khamis ni... jom pakat solat berjama'ah...sama-sama imarahkan masjid.

Ulama' melahirkan kebimbangan terhadap masyarakat yang ada pada hari ini,
"Aku bimbang, manusia tidak ingin dan tidak berusaha menjadi tetamu ALLAH di dunia, bagaimana dia nak jadi tetamu ALLAH di akhirat.."

Justeru, moh le kite pakat ramei2 ke sejid naa....

tak dapat buat semua, jangan tinggal semua...
kalau ada kekangan nak datang solat berjamaah waktu zohor ke, datang lah solat berjama'ah waktu subuh.. =)


Cinta tidak lahir dari bicara semata, bahkan ia melalui pembuktian anggota...
sebagai mana 'aqidah kita.. kita muslim bukan hanya pada nama, tetapi pembuktian keteguhan aqidah muslim dan imannya  itu melalui ibadah dan gerak aggotanya..
Sebuah pondok kecil takkan siap terbina andai percikan liur saja yang bias, tanpa susulan tindakan dimulakan.



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

Sekeping promotion...





Jom sertai KEMBARA '10.... Cuba perhati sedikit iklan bergambar kat sebelah tu... Macam-macam ada.. Jemputlah datang beramai-ramai ye..  

Thursday, April 30, 2009

sTaNd ToGeTheR

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt..

Pertama dan selamanya segala pujian dipanjatkan kepadaNYA. Nikmat yang cukup banyak DIA kurniakan kepada kita.

"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"

Alhamdulillah, semalam tamatlah sudah peperiksaan akhir semester. Atas desakan sahabat dan adik-adik yang disayangi, maka hari ni muncullah sedikit penulisan setelah sekian lama tidak menulis.

Dicongak kira nya, semester ini menemui penghujungnya.. dengan pelbagai peristiwa, karenah, ujian dan segala macam. Yang pasti syukur, DIA kurniakan kudrat kepada hamba-hambaNYA untuk melalui dan mengharungi segala yang mendatang.

Saya memohon maaf sepanjang perkenalan kita semua, kenal secara berdepan, secara langsung mahupun tak langsung.
Pada kata yang terkasar mahupun terlaser sikit mulut ni, saya mohon maaf...
Pada diri yang suka makan (betul ke...? entoh le..), dan ilmu yang di ajar secara langsung mahupun tak langsung, saya mohon dihalalkan..
Pada laku yang tidak menyenangkan, peribadi yang penuh kekurangan, cacat cela yang menjengkelkan dipandangan kalian, dipohon seinfiniti kemaafan...
dan pada segala yang membuatkan kalian kurang senang, kemaafan juga tetap saya pohonkan... segala-galanya, saya mohon maaf atas kekurangan dan kesilapan..

dan saya, selaku penganjur (penganjur apa pulak ni...penganjur kepada rasa tidak senang, salah silap saya dsb..) saya minta maaf, dan memaafi segalanya...
Terima kasih kepada semua.. semoga ALLAH merahmati dan memberkati kehidupan kita semua.

"Dan (bagi) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan- perbuatan keji, dan apabila mereka marah mereka memberi maaf." -Asy Syuura:37

"Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun." -Al Baqarah:263

sebagai penutup kata,
di akhir semester yang kita lalui..
moga pertemuan di semester hadapan, kita bertemu dan kita berada dalam keadaan lebih aman, dan bertemu kita dalam keadaan penuh taat kepadaNYA..

Selamat bercuti bagi sesi pengajian.. namun kita tiada cuti dari segi amanah sebagai hamba-NYA..
binalah dan bentuklah diri, didiklah diri dan peribadi, agar kita menjadi hamba yang Soleh dan Muslih..

“ Keluarlah dari kepompong, lihat dunia disekeliling kita dengan hati. Dunia menderita kerana mereka kehilangan hati mereka sendiri. Sedang kita tertipu untuk melengkapkan diri semata-mata tanpa menyeru orang lain kepada Islam. Kita bukan nak jadi ahli sufi semata-mata, tapi kita perlu menjadi da’ie dan murabbi. Sesungguhnya dakwah lah yang mendekatkan diri kita dengan Allah, dakwah lah yang memberi kita ruang untuk sentiasa memperbaiki diri. Jalan dakwah ini jalan yang penuh duri. Tertusuk tubuh kita melalui pelbagai posisi. Namun yang menguatkan kita terus melangkah adalah Ilahi.. Manusia yang hanya tahu untuk memperbaiki diri tanpa memulakan dakwah adalah manusia yang hidup untuk dirinya sendiri. Lihatlah masyarakat yang menderita di sekeliling kita.. Normal kah kita kalau tidak rasa kasihan dan mahu membantu mereka? Bukankah Islam itu kekuatan dan kemenangan?”

Maaf dan terima kasih atas segalanya...
moga dipertemukan kita dalam himpunan yang baik, di dunia dan di Mahsyar kelak..



STAND TOGETHER

Here we are living in this world
A journey to the end
We are servants
We bow to Allah
From Him a helping hand
We are different races
From countries far and wide
Together we can face it
Uphold what’s pure and right
We can stand and work hand in hand
We’re stronger when we unite
Share the words and spread the truth
With iman Allah’s light
In our hearts can’t fake it
When Allah’s love embraced
Together we can make it
The world a better place

Everything in life
We can take everything in stride
Cause we live in this worldly life
Can only try
Every dream we have
We want to have the very best
But we can only face the test
For we can try

And in team we stand
And in team we can
We can make it through the day
We can help each other one another
And in team we should stay
Let us take the guidance from Allah
And Rasulullah
We can face the world
We can make it through the night

Tuesday, February 10, 2009

Apakah selama ini kita beruzlah jasadiah, saudaraku?

Helaian risalah yang berselerakan di kafeteria dipungut. Hatinya panas dengan sikap mahasiswa, yang dikatakan sebagai golongan keintelektualan, tapi bahan-bahan begini dicampak merata-rata.
Kalau ia pun tak nak, bagilah pada orang lain. Ini tidak, main campak-campak je.
Getus hatinya.

“AL-AQSA FI KHATAR!!”

Begitu bunyinya muka utama risalah tersebut. Dila kurang faham. Perkataan Al-Aqsa menarik minatnya. Rakan sebiliknya gemar berbincang mengenai al-Aqsa. Tapi dia tidak pernah ambil kisah. Baginya, biarlah mereka nak bincang pun, biarlah mereka bergerak kesana ke mari pun, asalkan tidak mengganggu kehidupan sehariannya, itu memadai baginya. Namun, kali ini, apabila terpandang perkataan ’Al-Aqsa’, timbul rasa ingin tahu, apa sebenarnya yang dikecohkan rakan sebiliknya. Dia membelek-belek risalah tersebut. Dia bingung. Rupanya, dia juga seperti mereka yang mencampak-campak risalah. Tiada perasaan ingin tahu. Hatinya sekali lagi bergetar, marahkan diri.

************

”Kak, apa maksud ni?”
Dila menunjukkan salah satu risalah yang dipungutnya tadi.

Fathma mengambil risalah tersebut.
”AL-AQSA dalam bahaya.”
Dia meneliti isi dalam risalah, seraya menoleh ke arah sahabat sebiliknya yang sedang melipat pakaian.
“Aishya, ni kan risalah yang di provide semalam?” Fathma memandang Aishya. Aishya berhenti seketika dari melipat pakaiannya. Direnungnya risalah tersebut..

”Dila pungutkan tadi, di kafe. Banyak sangat atas lantai. Maaf, kak. Dila rasa, risalah ni juga yang akak bagi pada Dila semalam. Tapi Dila tak hiraukan.”
Wajah Dila kelihatan begitu suram.

Fathma tersenyum.
”Tak mengapa. Dila pun banyak kerja yang perlu diselesaikan semalam,kan?”

Ahh..positifnya kak Fathma.
Isi kandungan risalah begitu menarik minatnya. Hari-hari sebelum ni, juga semalam, Dila abaikan nikmat pendengaran yang ALLAH kurniakan. Dila tidak ambil pusing. Dia tidak segan silu lagi bertanya.

”Kak, Dila ada baca tadi risalah tu..”
Aishya menoleh memandang Dila. Masih ada ruang di hati Dila, ruang hati yang menyayangi saudara se’aqidahnya. Hatinya berbunga.

Dila tunduk. Malu rasanya dia menatap wajah teman sebiliknya. Seorang sebaya dengannya. Seorang lagi setahun tua darinya.
”Tapi Dila tak faham, apa sebenarnya yang berlaku.. Dila tak faham. Tapi hati Dila macam disentap-sentap bila Dila baca semua tu. Akak, Aishya.. jelaskan pada Dila, boleh?”

Fathma dan Aishya berpandangan sesama mereka. Ini lah antara masa yang dinanti-nanti.

”Dila, sebagaimana yang Dila baca, Al-Aqsa fi Khatar, Al-Aqsa dalam bahaya. Dari dulu lagi ia dalam bahaya. Sekarang bahayanya bertambah. Ingat tak, Saidina Umar Al-Khatab, Amirul Mu’minin?” Fathma takkan lepaskan peluang emas. Namun, Fathma perlu berstratergi menyampaikannya, supaya suntikan ini berjaya meresap ke hatinya, dan hati yang mendengarkannya.

”A’aa..Hebat dia.. Kenapa dengan Umar Al-Khatab tu?” Rasa ingin tahu mengasak hatinya.

”Semasa pemerintahan beliau, itulah zaman kegemilangan Islam, zaman keemasan Kerajaan Islam. Beliau berjaya memasuki Baitul Muqaddis tanpa berlaku sebarang pertumahan darah, dimana pembebasan Baitul Maqdis ni telah membuka era baru dalam lipatan sejarah. Setelah sekian lama, kiblat pertama umat Islam ini dikotori dengan pelbagai pengamalan syirik dan kecurangan kepada Allah, kini ia milik umat Islam semula dalam mengembalikan kegemilangannya sebagai kota ketiga paling suci dalam Islam.”

Dila mendengar dengan penuh teliti. Aishya yang baru siap mengemas pakaiannya segera mendapatkan sahabat sebiliknya.

”Yahudi mengaku dia golongan terpilih,kan? Yahudi dan Kristian cuba merampas tanah itu, dan mereka berjaya pada perang pertama. Lepas tu seorang pemuda Islam bersama sahabat-sahabatnya aturkan stratergi, untuk dapatkan kembali tanah yang selayaknya untuk orang Islam. Sebab, tanah tu sudah dibebaskan semasa pemerintahan Umar. Betul tak?” Dila berkongsi terhadap apa yang diketahuinya daripada artikel yang dia telah baca.

Pemuda Islam yang dimaksudkan Dila ialah Salahuddin Al-Ayyubi. Aishya memandang Fathma. Usaha mereka bersama beberapa sahabat lagi tidak tersia begitu. Masih ada yang punyai semangat inkuiri tentang perkara sekeliling. Aishya bersyukur dan berharap ramai mahasiswa akan turut mengikut jejak Dila.

Salahuddin Al-Ayyubi terbilang sebagai pahlawan dan Panglima Islam yang besar. Pada beliau terkumpul sifat-sifat berani, wara’, zuhud, khusyu’, pemurah, pemaaf, tegas dan lain-lain sifat terpuji. Para ulama dan penulis sejarah telah memberikan kepujian yang melangit. Sifat pemurah dan pemaafnya diakui oleh lawan mahupun kawan.
Seorang penulis sejarah mengatakan: “Hari kematiannya merupakan kehilangan besar bagi agama Islam dan kaum Muslimin, kerana mereka tidak pernah menderita semenjak kehilangan keempat-empat Khalifah yang pertama (Khulafaurrasyidin). Istana, kerajaan dan dunia diliputi oleh wajah-wajah yang tertunduk, seluruh kota terbenam dalam dukacita, dan rakyat mengikuti keranda jenazahnya dengan tangisan dan ratapan.”


Dila menelan liur. Jantungnya berdegup kencang secara tiba-tiba.
Owh, hebatnya mereka dahulu. Aku langsung tiada apa-apa. Aku langsung jauh dari memikirkan masalah ini. Aku langsung tidak pernah ambil peduli akan agamaku, apatahlagi tentang umatnya.

Bicara Aishya dan Fathma seperti di awang-awangan.

Fathma yang menyedari akan perubahan Dila memberi isyarat kepada Aishya, agar menangguhkan bicaranya.

**************

”Akak, jom kita keluar berjalan-jalan. Ambil angin petang. Dah lama tak keluar bersama-sama akak..” pinta Dila.

Fathma tersentak.
Ya Allah, selama ini aku hanya memandang sahabat-sahabat yang merapatkan diri dengan usrah. Tapi aku lupakan adik yang telah sekian lama berada sebilik denganku. Aku hanya bercerita hanya kerana untuk melepaskan tanggungjawab, bukan kerana pembinaan ukhuwwah sebenar. Aku lah sebenarnya yang kabur dengan matlamat dan marhalah da’wah.

”Aishya nak ikut, boleh? Kita ajak Farha sekali ye..?”

”Ok je. Lagi ramai, lagi best. Eii..seronoknya..” kedengaran suara riang Dila. Dia mengenakan tudung ungu sepadan dengan baju sukannya.

Aishya menutup buku karangan Munir Al-Ghadhban. Jari-jemarinya menekan-nekan butang huruf pada telefon bimbitnya.

******

Track jogging serta sekitar ruang legar kampus sudah terisi dengan pelbagai aktiviti mahasiswa. Rata-ratanya gemar melakukan aktiviti ringan. Ada yang berjogging, berbasikal dan tidak kurang juga yang berjalan-jalan sekadar mengambil angin. Dalam keramaian dan kepelbagaian aktiviti, tidak ketinggalan juga pasangan-pasangan merpati berjoli-joli turut ber-riadhah.

Masalah pergaulan kian berleluasa. Kalau dahulu, begitu sukar baginya melihat mahasiswa berpasang-pasangan secara terang-terangan walaupun ianya ketika riadhah. Namun kini, berdubelan sudah mejadi trend.

”Aishya, semalam Dila dah tengok video yang Aishya bagi. Kasihan mereka. Mereka berhempas-pulas menjaga maruah ISLAM dan ummahnya.. Tapi kita org ISLAM disini bergelak tawa dengan kesenangan yang ada.. Mereka berjaga malam, tidak tidur demi menjaga Al-Aqsa, tanda maruah ISLAM dan ummahnya..tapi kita disini, tidur lena tidak berjaga.. apa yg kita ada? AL-AQSA dalam bahaya, tapi suasana disini pula cuba mengundang bahaya. Eii..geramnye tengok diorang. Makin bertambah-tambah banyaknya.” Dila mengomel.

”Kalau orang-orang yang menjaga perbatasan pergaulan dan menutup aurat juga turun riadhah, Farha rasa mesti diorang segan, kan?” kata-kata Farha mematikan lamunan Fathma.

”Maksud Farha?” Dila yang sedang bermain daun-daun kering menoleh ke arah Farha, meminta penjelasan untuk mengetahui apa yang dilontarkan oleh rakannya yang sememangnya pendiam itu.

”Dulu, orang ingat lagi, semasa cuti semester. Orang pergi CC dengan abang dan adik perempuan, Fasihah. Memang ramai budak-budak di sana. Macam-macam jenis cara berpakaian. Bercampur lelaki dan perempuan. Kebanyakannya bermain game, download lagu, dan ada yang menemani kawan-kawan diorang je. Lepas beberapa minit kami duduk di CC tu, remaja-ramaja tu keluar seorang demi seorang. Sehinggakan hanya tinggal kami bertiga je.

Selepas keluar dari pusat komputer tu, abang orang tanya, ’perasan tak tadi?’ Orang tak perasan apa-apa pun. Then, dia cakap, kita keluar datang sini pun, kira da’wah juga. Da’wah bil hal. Tak perlu bercakap pun, asalkan kita jaga akhlaq dan perbuatan kita. Itu pun menjadi da’wah.. betul tak, kak?” Farha yang sememangnya pemalu tersipu-sipu malu. Rona merah semulajadi pada wajahnya tampak jelas.

Fathma dan Aishya megangguk tanda setuju.

”Betul tu. Macam Farha cakap tadi, da’wah bil hal lebih berkesan kerana orang nampak dan ianya lebih praktikal buat da’ie.
Sama juga macam kat sini. Kalau kita asyik terperuk dibilik, dengan alasan di luar sana banyak perlakuan maksiat, maka kita telahpun melakukan uzlah jasadiah.” Fathma membuat kesimpulan.

”Haa...kak, Dila tak faham. Uzlah jasadiah tu ape? Pagi tadi kan, Dila pun ada dengar ustaz menyebut tentang uzlah. Ada dua. Uzlah nafsiah dan uzlah jasadiah. Tapi, Dila kurang jelas tentang ni. Akak terang kan, boleh?”

Kata Aishya, ’Uzlah jasadiah ialah pengasingan diri secara fizikal. Manakala uzlah nafsiah adalah pengasingan diri secara dalaman. Uzlah jasadiah bercanggah dengan Islam, kerana beri peluang Jahiliyyah mendominasi tapak-tapak kuasa ataupun mendominasi setiap sudut.

Mereka berpisah dengan masing-masing memikirkan persoalan uzlah.

Ahh..Fathma, apakah selama ini kita beruzlah jasadiah, wahai Fathma? Apakah kita tergolong dalam golongan yang memencilkan diri kerana kita tidak turun ke lapangan umat, hanya kerana kita menganggarkan ada perkara yang lebih aula' buat diri kita, tetapi mengabaikan mereka yang lain?

Thursday, January 29, 2009

tiada manja-manja di jalan ini

“Maka berangkatlah kamu ke jalan Allah sama ada kamu senang atau berat dan berjihadlah dengan harta dan jiwa kamu.” (At-Taubah : 41)

Wahai saudara-saudaraku, anak-anak muda Islam yang beriman!

Perjalanan dakwah yang kita lalui ini tidak disediakan hamparan permaidani merah sebagai alas, bahkan bukanlah pula perjalanan ini ditaburi emas permata, banglo mewah dan kereta. Ia merupakan perjalanan panjang yang penuh tentangan dan rintangan hebat dan berat, secara terangan mahupun secara berlindung-lindungan, dari dalaman mahupun luaran. Mehnah dan ibtila’ itu pasti menerjah dilorong-lorong sepanjang perjalanan.

Jika dibuka kembali lipatan sejarah, jika direnung kembali buku-buku sirah, maka kita akan dapati sudah banyak sejarah orang-orang terdahulu sebelum kita mengenal tanggungjawab da’wah ini, yang merasakan pahit getirnya perjalanan dakwah ini. Ada yang diusir. Ada yang disiksa. Tidak ketinggalan juga, ada yang harus berpisah dengan sanak saudara dan kaum kerabat mereka. Namun, pahit getir perjuangan tidak membantutkan mereka. Buktinya, ada pada hebatnya pengorbanan mereka dalam jalan dakwah ini. Mereka telah merasakan dan sekaligus membuktikan cinta dan kesetiaan terhadap dakwah.

Lihatlah bagaimana Abu Huzaifah ketika peristiwa Ghazwah Badar. Apabila mayat ayahnya ’Utbah Ibn Rabi’ah diheret untuk dicampakkan ke dalam telaga buruk, berubah air mukanya. Lantas, Rasulullah saw yang melihatkan perubahan itu bertanya, ” Wahai Abu Huzaifah, aku dapati kamu terasa sesuatu terhadap ayahmu.” Lalu, apa yang dijawab Abu Huzaifah? ”Demi Allah, wahai Rasulullah, aku tidak terasa kerana dia dibunuh, tetapi aku mengharapkan dia masuk Islam dengan mendapat hidayah. Setelah dia mati dengan cara begini, aku terharu kerana matinya kafir, tidak seperti apa yang aku harapkan.” Ini rijal da’wah. Dia tak mengharapkan lainnya melainkan sinar Islam pada saudaranya. Bapanya. Berpisah mereka bukan sikit-sikit. Bukan kecil-kecil sebagaimana kita dizaman sekarang, yang baru nak keluar ke program da’wah dalam kampus. Dalam kampus. Jauh sikit pun, di luar kampus. Bukan luar negara lagi.

Ini bukti keikhlasan mereka. Keikhlasan membuatkan mereka gigih dalam pengorbanan dan menjadi permata bernilai buat sejarah umat da’wah ini. Pengorbanan yang telah mereka berikan dalam perjalanan dakwah ini menjadi contoh teladan kepada kita.

Berkata As-Syahid Sayyid Qutb,
"Kita akan merasai perjuangan ini sempit apabila memikirkan bahawa kita yang memulakan perjuangan dan akan mengakhiri perjuangan ini. Tetapi apabila kita memikirkan bahawa perjuangan ini bukan kita yang memulakan dan menamatkannya, maka ketika itu terasalah kita bagaimana luasnya perjuangan kita, bagaimana luasnya keluarga kita kerana keluarga kita bukan keluarga yang diikat oleh keturunan darah tetapi diikat oleh kesatuan 'Aqidah la ila illallah Muhamad al Rasullullah".



Wahai jiwa yang membara-bara demi menegakkan tertegaknya daulah Islamiah,

Renungkanlah pengalaman mereka sebagaimana yang difirmankan ALLAH SWT dalam surah At-Taubah: 42.
Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. Mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah: "Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu." Mereka membinasakan diri mereka sendiri (disebabkan sumpah mereka yang palsu) dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta.
(At-Taubah : 42)

Tapisan ALLAH berlaku setiap masa. DIA memilih hamba-hamba-Nya yang benar-benar ikhlas dan sabar dalam memikul beban da’wah ini. Meniti sirah perjuangan Rasulullah dan para sahabat, mereka juga telah melihat siapakah antaranya yang dapat bertahan dalam mengarungi perjalanan yang berat itu. Hanya kikhlasan yang dapat mengukuhkan perjalanan dakwah ini. Keikhlasan dan kesetiaan yang menjadikan pemiliknya sabar dalam menghadapi cubaan dan ujian. Ini menjadikan mereka optimis menghadapi apa jua bentuk ujian, dan siap sedia berkorban untuk meraih kejayaan. Keikhlasan dan kesetiaan yang membawa jiwa-jiwa belia untuk berada pada barisan terdepan dalam perjuangan ini. Ini lah perasaan yang membuatkannya berbahagia dan sangat bersungguh-sungguh menikmati beban hidupnya. Setia dalam kesempitan dan kesukaran. Demikian pula setia dalam kelapangan dan kemudahan.

Berkata si pujangga,
Keimanan yang benar menjadikan perjalanan hidup umpama sebuah kisah cinta; kesetiaan dan pengorbanan menukar ujian pahit menjadi satu kenangan manis, kesabaran menjadikan segala beban yang ditanggung ringan dan mudah,
keyakinan pada janji-janji Allah menjadikan jiwa tenang ketika perjalanan begitu sukar,
kerinduan padaNya menjadi pembakar semangat setiap kali berdepan dengan kegagalan dan ujian berat...



Wahai sekalian pencinta tertegaknya Negara Islam,
Demikian orang orang yang benar-benar jujur, ikhlas dan setia dalam perjuangan. Sebaliknya orang-orang yang rapuh jiwanya dalam perjuangan ini tidak akan dapat bertahan lama. Merungut pada banyaknya tanggungjawab dan gerak kerja. Mengeluh pada beratnya beban, dan jauhnya perjalanan yang ditempuh. Mereka menolak untuk menunaikannya dengan segala macam bentuk alasan agar mereka diberi kelonggaran dan pengecualian untuk tidak turut serta. Menjadi berat hati berada dalam perjuangan ini dan hingga akhirnya lemah dan berguguran satu per satu, sebelum sampai pada tujuan perjuangan.

Serangan dari penyakit wahan telah merapuhkan hati dan melemahkan mental sehingga mereka tidak dapat menerima kenyataan pahit sebagai risiko dan sunnah dakwah ini. Malah mereka menggugatnya lantaran anggapan mereka bahwa perjuangan dakwah tidaklah harus mengalami kesulitan, malah ianya mudah lantaran adanya pertolongan.

Sesungguhnya yang akan meminta izin kepadamu, hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian, dan hati mereka ragu-ragu, karena itu mereka selalu bimbang dalam keraguannya. Dan jika mereka mau berangkat, tentulah mereka menyiapkan persiapan untuk keberangkatan itu, tetapi Allah tidak menyukai keberangkatan mereka, maka Allah melemahkan keinginan mereka. dan dikatakan kepada mereka: "Tinggallah kamu bersama orang-orang yang tinggal itu."
(At-Taubah : 45-46)


Keikhlasan dan kesetiaan yang ada pada diri merupakan faktor kuatnya daya tahan dan teguhnya dalam dakwah ini. Sikap ini membuat mereka sentiasa bersedia dalam menggalas dan menjalankan tanggungjawabnya. Mereka punyai sistem on-call, bukannya sistem on the way. Bersiap sedia bila-bila masa. Mereka juga dapat menunaikan tugas dengan sebaik-baiknya. Mereka tidak mengira apakah kedudukan mahupun posisi dalam gerak da’wah. Sama ada mereka di atas, mahupun ditengah, ataupun di bawah. Bagi mereka, itu bukanlah faktor utama. Itu hanyalah alat. Yang penting, Islam tertegak. Da’wah berjalan lancar.


Wahai sekalian perindu negeri akhirat,
Marilah kita menyelusuri perjalanan dakwah Abdul Fattah Abu Ismail, salah seorang murid Imam Hasan Al Banna yang selalu menjalankan tugas dakwahnya tanpa keluhan sedikitpun. Dialah yang disebutkan oleh Hasan Al Banna orang yang sepulang dari tempatnya bekerja sudah berada di kota lain untuk memberikan ceramah kemudian berpindah tempat lagi untuk mengisi pengajian dari waktu ke waktu secara larian. Dia selalu berpindah-pindah dari suatu kota ke kota lainnya untuk menunaikan amanah dakwah. Sesudah menunaikan tugas dengan sebaik-baiknya, dia merupakan orang yang pertama kali datang ke tempatnya bekerja (jangan cari alasan untuk datang lewat). Malah, ia yang membukakan pintu gerbangnya. Pernah ia mengalami keletihan hingga tertidur di sofa rumah Zainab Al-Ghazali. Melihat keadaan tubuhnya yang lelah dan penat itu, tuan rumah membiarkan tetamunya tertidur sampaikan dia bangun. Setelah menyampaikan amanah untuk Zainab Al-Ghazali, Abdul Fattah Abu Ismail bergegas untuk ke tempat seterusnya. Kerana keletihan yang dialaminya, Zainab Al-Ghazali memberikan wang untuk beliau bergerak menaiki teksi. Abdul Fattah Abu Ismail mengembalikannya sambil mengatakan,
“Dakwah ini tidak akan dapat dipikul oleh orang-orang yang manja.”
Zainab pun menjawab, “Saya sering ke mana-mana dengan teksi dan kereta-kereta mewah, tapi saya tetap dapat memikul dakwah ini dan saya pun tidak menjadi orang yang manja terhadap dakwah. Kerana itu, ambillah wang ini, tubuhmu letih dan engkau memerlukan istirehat sejenak.”
Ia pun menjawab, “Berbahagialah ibu. Ibu telah berjaya menghadapi ujian Allah swt. Berbentuk kenikmatan-kenikmatan seperti itu. Namun, saya bimbang saya tidak dapat menghadapinya sebagaimana sikap ibu. Terima kasih atas kebaikan ibu. Biarlah saya menaiki kenderaan umum saja.”


Duhai saudaraku yang dimuliakan Allah swt.

Itulah contoh orang yang telah membuktikan kesetiaannya pada dakwah lantaran keyakinannya terhadap janji-janji Allah swt. Janji yang tidak akan pernah dimungkiri sedikit pun. Janji yang tidak pernah gagal. Allah swt. telah banyak memberikan janji-Nya pada orang-orang yang beriman, yang setia pada jalan da’wah berbentuk pelbagai anugerah-Nya. Sebagaimana yang terdapat dalam Al-Qur’an.

Hai orang-orang yang beriman, jika kamu bertakwa kepada Allah, niscaya Dia akan memberikan kepadamu furqan (petunjuk yang dapat membedakan antara yang haq dan yang batil, dapat juga diartikan disini sebagai pertolongan) dan menghapuskan segala kesalahan-kesalahanmu dan mengampuni (dosa-dosa)-mu. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar.” (Al-Anfal: 29)

Dengan janji Allah swt. tersebut, orang-orang beriman tetap bertahan mengharungi jalan da’wah ini. Dan mereka menyedari bahawa perjuangan yang berat itulah sebenarnya menjadi kunci untuk mendapatkannya. Semakin berat perjuangan ini semakin besar janji yang diberikan Allah swt. Kesetiaan yang bersemi kukuh dalam diri, itulah yang membuat mereka tidak akan pernah menyalahi janji-Nya. Dan, mereka pun tidak akan pernah ingin merubah janji apatah lagi mengingkari kepada-Nya.

Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak merubah (janjinya). (Al Ahzab: 23)


Wahai teman – teman sepejuanganku dunia akhirat,
Aktivis da’wah sangat menyakini bahawa adanya kesabaran membuatkan mereka kuat menghadapi berbagai rintangan dakwah. Bila dibandingkan apa yang kita lakukan serta yang kita dapatkan sebagai risiko perjuangan di hari ini dengan keadaan orang-orang terdahulu dalam perjalanan dakwah ini, tidaklah seberapa. Pengorbanan kita di hari ini masih dipermukaan pengorbanan waktu untuk da’wah. Pengorbanan tenaga dalam gerak kerja untuk kepentingan da’wah. Dan sebahagian kecil adalah pengorbanan dari harta kita yang banyak. Cuba lihat pengorbanan orang-orang terdahulu, ada yang disalai di bawah panasnya mentari, digergaji, ada yang diikat dengan empat ekor kuda yang berlawanan arah, lalu kuda itu dipukul untuk lari sekencang-kencangnya hingga terkoyak orang itu. Ada pula yang dibakar dengan tungku yang berisi minyak panas. Mereka dapat menerima risiko kerana kesabaran yang ada pada dirinya. Dan mereka tetap tidak berpaling dari medan da’wah ini. ALLAHUKABAR! Bekalan kesabaran mereka tidak pernah berkurang sedikit pun kerana keikhlasan dan ke-taat-setiaan mereka pada Allah swt.

Dan berapa banyak nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut (nya) yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah karena bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar. (Ali Imran: 146)

Bila kita memandang kehidupan generasi pilihan, kita akan temukan kisah-kisah brilian yang telah menyuburkan dakwah ini. Muncullah pertanyaan besar yang harus kita tujukan pada diri kita saat ini. Apakah kita dapat menyemai dakwah ini menjadi subur dengan perjuangan yang kita lakukan sekarang ini ataukah kita akan menjadi generasi yang hilang dalam sejarah dakwah ini.

Ingat, dakwah ini tidak akan pernah dapat dipikul oleh orang-orang yang manja. Kita perlu menilai pentarbiyyahan agar ianya menyeluruh dan mampu mencetuskan al-yaqazah al-ruhiyyah (kesedaran rohani) supaya lahirnya beliawan dan beliawanis yang punyai hidup yang bererti, bercahaya ruhaninya, mengakar pemikirannya, dan berkembang gerakannya.

Dr Yusuf Al-Qardhawi dlm kitabnya Al-Iman wal Hayah menyatakan:
“Tidak mungkin manusia dapat menghindarkan diri daripada pelbagai kesulitan, begitulah kenyataan hidup, ramai yang bersua dengan kegagalan,ditinggalkan kekasih, penyakit menyerang tubuh, kehilangan harta benda dan seterusnya. Kemudian beliau mengambil hadis Rasulullah bermaksud:
“Perumpamaan org beriman yg ditimpa ujian bagai besi yg dimasukkan kdlm api lalu hilang karat dan tinggal yg baiknya saja”.

Dengarlah rintihan Zinnirah kepada Al-Khaleeq,
"Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurga. aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan.”
Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah S.W.T ketika bermunajat kepada Allah di setiap malam sebagai penawar jiwa di atas segala kesusahan yang dia hadapi. Jiwanya semakin kukuh. Imannya semakin teguh.

Apabila tiba hari akhirat kelak, Allah Taala akan menghimpunkan seluruh mujahidin dalam satu saf semantara menanti masa untuk dimasukkan ke dalam syurga-Nya.
Mengenangkan munajat Uthman bin Affan,
“Sekiranya aku dihadapkan di hadapan Allah, untuk menanti keputusan sama ada aku diletakkan ke dalam syurga atau dicampakkan ke dalam neraka-Nya, maka aku lebih rela untuk menjadi debu kerana takutnya hati ini”.
Sedangkan Umar Al-Khattab yang imannya di akui penduduk langit dan bumi juga memukul dirinya kerana takut tergolong dalam golongan munafiq. Ini kan pula kita yang iman senipis sel bawang, yang mana kita mengenal perjuangan ini baru saja dipermukaan kulit buku, sebagai analogi nya.

Ya Allah, ampunilah dosa kami. Betapa tinggi ibadat mereka sehingga mereka sanggup menghabiskan masa berjam-jam lamanya untuk berdialog dengan-Mu sedangkan kami pula sebaliknya. Ya Allah, kasihilah kami. Betapa khusyu’ dan tawadhu’nya hati mereka sehingga mereka menangis mengenangkan dosa, sehingga berbekas aliran putih di bawah mata mereka lantaran tangisan mereka yang berpanjangan. Ya Allah, kami merindui belaian lembut maghfirah-Mu. Ampunilah segala kesilapan dan kealpaan kami.

Semoga Allah mengampuni kita dan meneguhkan kita dalam perjuangan.

Thursday, January 22, 2009

AWAS! Tiket hilangnya 'izzah umat Islam

Renungkanlah bagaimana peribadi Umar bin Khattab ra ketika hari pertamanya memeluk Islam. Bukanlah lembut dan perlahan tamparan jahiliah yang menghinggap di pipi seorang adik ,Fathimah; bukanlah seluruh Makkah tidak mengenali akan kebengisan manusia yang bernama Umar ini, akan tetapi apabila telah datangnya ketetapan ALLAH, dipancari hidayah dalam hati si Umar, dia berkata;

“Ya Rasulullah, bukankah kita dalam kebenaran?”
“Ya.” Jawab Baginda.
Bukankah mereka dalam kebatilan.”
“Ya.”
"Lalu mengapa kita harus sembunyi-sembunyi?"
"Lalu apa pendapatmu Umar?"
"Serulah Islam terang-terangan."

Maka Rasulullah saw menggelarnya Al-Farouq kerana Allah menganugerahkan kepadanya kemampuan membezakan yang haqq dan yang batil.

Ibnu Mas’ud berkata,
"Kami menjadi lebih terhormat sejak Umar memeluk Islam."

Pembukaan al-Quds adalah kemuncak kehebatan yang terukir dalam sejarah. Ianya dibuka oleh Umar selaku Amirul Mukminin. Beliau bergilir dengan pembantunya dalam menaiki unta.

Abu Ubaidah selaku panglima perang yang membuka al-Quds berkata,”Amirul Mukminin, saya harap engkau tidak melakukannya didepan banyak orang. Semua orang menunggumu untuk menyerahkan kunci sementara engkau berketrampilan begitu lusuh.”

“Wahai Abu Ubaidah, andainya ungkapan ini tidak dilontarkan olehmu. Abu Ubaidah, kita adalah manusia yang paling hina.” Jawab Umar.

Seakan Umar mahu berpesan, “Kemuliaan itu tidak terletak pada pakaian dan tunggangan, namun terletak pada jiwa seseorang.” Kini kita mengetahui bagaimana kehormatan ditanamkan pada diri.

Fahamilah kata-kata al-Farouq,
“Nahnu qaumun a’azzanallah bil Islam, famahna nabtaghi izzah, bi ghairi ma a’azzanallah, azallanallahu.
Kita adalah kaum yang hina, kemudian Allah muliakan kita dengan Islam, barangsiapa yang mencari kemuliaan selain dari apa yang Allah muliakan kita, maka Allah pasti akan menghina kita.”


Selepas 12-kurun Palestin di bawah pemerintahan Islam, ia jatuh semula ke tangan kuffar. Salahuddin Al-Ayyubi berjaya mengambil alih pemerintahan tersebut selama beberapa masa, dan ia jatuh semula.. Peristiwa ini berselang-seli berlaku. Kini, dunia menyaksikan lagi Palestin menjadi tumpuan. Dimana pemuda yang persis Umar dan Salahuddin?

Ya ma'asharal muslimeen wal muslimaat..

Sedarlah. Ingatlah kembali kata-kata Saidina Umar,
Kita adalah kaum yang hina, kemudian Allah muliakan kita dengan Islam, barangsiapa yang mencari kemuliaan selain dari apa yang Allah muliakan kita, maka Allah pasti akan menghina kita.

Maka apakah kita mencampakkan diri kita sendiri ke lembah kehinaan..?

HINA

Antara keadaan yang membuat seseorang menjadi hina ialah ketika dia dizalimi.

Hadith Qudsi Allah mengatakan;
“Sungguh tidak ada hijab antara Allah dan doa hamba yang dizalimi. Allah akan mengangkat doanya ke langit.” (Muslim:121)

Tikamana manusia lemah dihina oleh makhlukNya (manusia yang tak berhati perut), Allah tidak membiarkan makhluk-Nya dizalimi, lalu menawarkan kemuliaan yang tinggi iaitu doa yang pasti termakbul, sebagaimana dinyatakan dalam hadis qudsi di atas.

Walau bagaimanapun, itu hanyalah faktor luaran yang menyebabkan manusia dihina, tanpa kerelaan mereka. Dalam kes hina ni, tiada istilah paksa rela. Orang normal, orang yang siuman, dia takkan tawarkan diri dia untuk dihina dan diperhinakan orang lain. Tapi yang menjadi puncanya, manusia ni ada yang sengaja menempah tiket kehinaan yang percuma, secara tak sedar. Macam mana tu? Apa tiket-tiketnya yang membuatkan manusia akan menjadi hina ?

TIKET 1: Menghambakan diri kepada syaitan.

Ingat lagi tak cikgu-cikgu, ustaz ustazah cerita semasa zaman sekolah dolu-dolu?

Setelah dihalau dari syurga, Iblis kata, dia akan cari jalan nak sesatkan manusia, supaya manusia ni jadi teman dia nanti. Dia ni (Iblis) nak manusia menjadi hina dan hilang kehormatan.

Firman Allah dalam surah al-isra’, ayat 62 yang bermaksud,

“Dia (iblis) berkata; ‘Terangkanlah kepadaku inikah orangnya yang Engkau muliakan atas diriku? Sesungguhnya jika Engkau memberi tangguh kepadaku sampai hari kiamat, nescaya benar-benar akan aku sesatkan keturunannya, kecuali sebahagian kecil.”
(al-Isra:62)

Maksud ayat di atas adalah obsess Iblis untuk menjadikan manusia sebagai pengikutnya yang Penghinaan yang pertama adalah ketika manusia menjadi hamba syaitan. Macam mana? Ada ke orang sign kontrak dengan iblis ni? Ni nak habaq mai, iblis ni dia bisik supaya lalai dari solat, seronok masa muda, masa dok di kampus, di megamall, sepuasnya dengan alasan muda hanya sekali, nanti tua, tak boleh patah balik jadi muda; menikmati dunia yang ilusi ni sepuas-puasnya, padahal ianya adalah terlarang. Masa tu, syaitan tertawakan mereka yang termakan bisikannya..BERHATI-HATI..

TIKET 2 : Mengikuti hawa nafsu dalam semua aspek kehidupan.

Manusia sekarang ada macam-macam penyakit gila. Gila harta, gila kuasa, gila kecantikan, gila glamour. Macam-macam. Benda-benda ni yang di perlumbakan. Manusia berlumba-lumba untuk kecantikan. Dia cari botox. Berlumba-lumba cari harta. Dia tak kira tu halal haram.Riba’. Gila kuasa, nak kekal/dapat kedudukan tinggi, dia bagi rasuah.

Firman Allah,
“Maka pernahkan kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsu sebagai Tuhannya.” (al-Jatsiyah:23)

Rasulullah saw bersabda;
“Celakalah hamba dirham dan dinar” (Ibnu Majah)


Kata Ibnu Taymiyah,
”Orang yang terpenjara adalah siapa yang dipenjarakan oleh hatinya hingga meninggalkan Tuhannya. Sementara orang yang tertawan adalah siapa yang ditawan oleh hawa nafsunya. Mereka hina, tertawan dan terpenjara.”

Ada mulut-mulut bersoksek,
”Buat apa ambil pusing hal orang?Aii..ni dah jaga tepi kain orang? Dah masuk periuk nasik orang.”
Jangan gusar,

Bukankah Allah berfirman dalam surah Aali ’imran:110 ;
“Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada makruf dan mencegah dari yang mungkar.” (ali ’Imran:110)


TIKET 3 : Tidak lagi peka terhadap Allah, agama, pedoman hidup dan ummah.

Kita ada panduan ulung, tapi kita biarkan ia menjadi hiasan saja. Simpan dalam almari, disaluti debu. Maka jadilah dia suci dalam debu.
Kita megah, bangga apabila ada bingkai-bingkai tulisan ayat suci di dinding rumah, walhal sebenarnya kita menghina-nya kerana tak letakkan di hati kita. Agungkan penghibur/penyanyi,pelakon, pemain bola sepak(sanggup berjaga pukul 2,3 pagi) dan sukan lainnya, tapi pedoman al-Quran dan Islam kita campakkan ke lembah hina.

Al-Qur’an tak menjadi hina sedikit pun, kalaupun manusia ni campak dia jauh dari hati manusia. Tidak sesekali. Al-Quran dan Islam itu dijaga oleh Allah, dipelihara Allah.Kita hanya akan menjadi mulia jika memuliakannya dengan mengamalkannya.
Bahkan kita menjadi hina jika kita menghinakannya. Islam tak perlukan kita. Tapi kitalah yang memerlukan Islam. Al-Quran tidak perlukan kita, tapi kita lah yang memerlukan al-Quran sebagai hidayah,pedoman, penyuluh hidup kita.


TIKET 4 : Hilangnya kepercayaan kepada Allah swt.


Sesungguhnya segala sesuatu telah ditakdirkan Allah swt dan rata-rata dari kita mengetahuinya. Tetapi kepercayaan penuh itu berkurang, lantaran kurangnya pengharapan yang sempurna. Rezeki disangka pada tangan majikan, nasib ditentukan kaum keluarga, umur dan nyawa juga dirasakan pada tangan makhluk. Doktorlah penyelamat, ubatlah yang menyembuhkan..Dah, kalau makan ubat, tak sembuh-sembuh, nak salah kan siapa? Bukan. Bukan itu. Ubat hanyalah ikhtiar. Yang menyembuhkan, adalah ALLAH.
Macam tu juga berada di jalan dakwah. Orang yang terlibat dengan gerak kerja da’wah ni, kalau tak sibuk, tak tau lah apa dah dibuat. Kalau diuji sedikit, sebagai contoh, keputusan peperiksaan jatuh sikit, nak salahkan kerja-kerja da’wah banyak? Mana perginya keyakinan pada ALLAH? Allah dah janji dah dalam kitab suci, Al-Qur’an, dalam surah Muhammmad ayat 7.
”Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.”
(Hafal ayat, hafal maksud, tapi takmau paham-paham jugak.Ni yang jadi kes putus asa.)


Kita akan menjadi hina jika menghamba pada syaitan, mengutamakan nafsu, membelakangkan Allah dan hilang kepercayaan kepada Allah dan ummat Islam. Maka apa yang berlaku kepada kita? Kitalah menjadi ummat yang dikatakan oleh Nabi saw. Musuh mengerumuni kita umpama hidangan. Bilangan kita tak bererti kerana kita semuanya hina, hanya berkulitkan Islam dan bertopengkan nama Islam. Macam sabda Rasulullah, umat akhir zaman ni macam buih-buih di lautan. Banyak, tapi hilang kualiti. Maka Allah cabut kegerunan musuh terhadap kita dan jadilah kita manusia yang dihinakan kerana perbuatan kita sendiri.


Sedarlah, Bangkitlah
Jangan pandang ringan, jangan sambil lewa dalam mengamalkan ajaran Islam, kerana amaran sudah Rasulullah beri..

Dari Abdullah ibn Mas'ud, beliau berkata bahawa

Rasulullah menggariskan satu garisan dengan kayu yang dipegangnya. Kemudian baginda berkata, "Inilah jalan ALLAH, jalan yang betul" Baginda membuat garisan lagi disebelah kiri dan kanannya. Kemudian baginda berkata, "Jalan-jalan ini,tidak ada suatupun darinya, melainkan ada syaitan yang mengajak ke arahnya." Kemudian Rasulullah saw membaca ayat ALLAH,yang bermaksud, "Sesungguhnya, inilah jalankujalan yang betul, maka ikutlah.Jangan kamu ikut jalan-jalan yang lain, nanti kamu akan bercerai-berai dari jalannya."

Sekarang, ramai dah yang tak hiraukan amaran Rasulullah saw. Main-main. Tak bersungguh-sungguh berpegang dan selesaikan masalah ikut cara Islam. Akhirnya, mudah terpengaruh dengan fahaman yang direka-reka sebab kejahilan dari dalam, bercampur pula dengan campurtangan dan niat jahat musuh-musuh Islam.

Hiduplah mengikut acuan yang ALLAH wahyukan kepada Rasul-Nya, kerana itulah acuan terbaik, menepati firmanNYA,



Shibghah Allah. Dan siapakah yang lebih baik shibghahnya dari pada Allah? Dan hanya kepada-Nya-lah kami menyembah. (al-baqarah:138)

* Shibghah bererti celupan.
Shibghah Allah: celupan Allah yang bererti iman kepada Allah yang tidak disertai dengan kemusyrikan.

kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenar, kerana itu acuan terbaik. Jangan pandai-pandai buat acuan sendiri..

Semoga kita ditetap dan diteguhkan dalam agama dan perjuangan.

Dalam sujud akhirku...

Dalam sujud terakhirku,Ya ALLAH...
kuteriakkan Asma-Mu semahunya agar runtuh dinding kesombongan dalam hatiku.
Kesombongan yang memandu aku mengingkariMU secara sengaja mahupun tidak.. Keangkuhanku dengan melupakan betapa segala suatu ini KAU yang kurniakan nikmat pada hambaMU…

Dalam sujud terakhirku, Ya Rabbi...
ku menangis semahu-mahunya, biar kering mata ini namun basah ladang hati yang gersang.
Hati ini gersang dalam mengingatiMU. Hanya menyebut-nyebutMU pada sela masa tertentu. Sedangkan mereka tidak tega membiarkan diri mereka lalai dari mengingatimu walau sedetik; biar hangus hati kerana terbakar merindui merinduiMU. Hati ini kosong tanpa bicara dan didikan dariMU. Biarlah cucuran air mata ini mengalir, kerana aku takutkan murkaMU.

Dalam sujud yang terakhirku, Ya Rahman...
ku lihat semua dosa yang membayangiku kelam mencengkam jiwa yang lusuh.
Dosa yang menghitam dan berkarat dihatiku, telah membuatkan lusuh jiwa. Membawa kesuraman lorong-lorong tika memegang panji Islam di jalan da’wah. Aku kesali kealpaan diri, ku tangisi kesilapan lalu.. Walaupun sekali, takkan ku ulangi.Kembalikan aku dalam keadaan yang KAU redhai.. Izinkan aku kembali pada jalan redhaMU..

Dalam sujud terakhirku, Ya Rahim...
biarkan aku patah dalam cahayaMU biarkan kemusnahan titik kemunafikanku agar ku kembali dalam pelukan hidayahMU. Sedangkan Al-Farouq yang diakui hebat keimanannya menangis memukul diri kerana takut tergolong dalam golongan munafiq, aku yang hina terlalu hebatkah hingga tidak merasa takut akan terpalitnya coreng-coreng arang munafiq padaku? Ya Rahiim..musnahkan titik kemunafiqkanku..Pandulah aku menuju ke puncak nasuhaMU... Jangan biarkan aku dibelenggu dengan sifat munafiq.

Dalam sujud terakhirku ya Khaleeq..
biarkan aku hirup nafasku sekali lagi hanya unntuk menyebut namaMu dan kekasihMu tercinta. PadaMU ku curah segala amukan perasaan yang melara.. PadaMU jua ku serah segala..sepenuh jiwa raga.. kerana ENGKAU lah yang punyai cinta, membawaku ke puncak nasuha.

Thursday, October 16, 2008

PRK : ambang malam..

Setelah beberapa hari penyampaian manifesto 0leh calon-calon PRK , maka pada hari ini, tibalah masanya para mahasiswa membuat pilihan di atas kriteria yang diadakan oleh diri. Berkenan pada wajah yang cantik/hensem ?menyejukkan hati? pandainya berkata-kata? manisnya taburan janji-janji? kuat dan rajinnya bekerja? ya.. rata-rata punyai kriteria pemilihan tersendiri. Tapi setakat yang didengari desas-desus terhadap calon-calon tersebut, tidak pula aku dengari, "kiter nak pilih diorang sebab diorang beriman dan berakhlaq baik.." dsb.
mungkin aku jer yang tak terdengar..
jam 1647, aku pulang dari kelas.. terasa rugi juga tak dapat join sahabat-sahabat ke astaka. Tapi, takpe. Aku teringat ayahku berpesan, "nak buat apa-apapun, semayang (solat) dulu. Tak rugi.."
takpe,takpe..
selesai solat, rumet mengkhabarkan berita gumbira... ALLAHUAKBAR!! aku tengok jam. kol 5.42 petang. Kesyukuran diterjemahkan dengan sujud syukur..
terima kasih kepada yang memberi ulasan pada malam manifesto pertama, kedua, dan ketiga.
anda turut membantu kami secara tak langsung sebenarnya.. terima kasih...
Kenapa perkara pahit sukar ditelan?
kerana pahit bisa menyembuhkan.. sepertimana ubat2an. Nak telan, payah. Pahit pulak tu. Tapi, dengan izin ALLAH, ia bisa menyembuhkan penyakit...
macam tulah juga, pada adik2 yang mengalami keperitan mungkin sepanjang manifesto.. Kritikan itu perit untuk didengar. Bukan diri adik2 saja, bahkan kami juga. Tapi itu jua yang membantu meningkatkan rasa ingin tahu pengundi-pengundi pada diri adik2, dan berkat kesabaran n kesungguhan, ALLAH anugerahkan kemenangan.. TAHNIAH & TAKZIAH diucapkan...
Jom mengisi kemenangan.. Bagaimana..? Pasti ada perancangannya yang tersusun rapi lagi berstrategi..
Taknak ulas panjang lagi..
Jom kita gi Ifthar jama'ie..??
6.41 pm
ifthar di masjid jamek

Tuesday, September 16, 2008

Patah tumbuh hilang berganti?

Latar tempat : Laluan masjid-mahallah
Latar masa : selepas solat tarawih


"Nisa', kenapa akak nampak perubahan pada muka Nisa'?"

"perubahan?"

"A'aa.. lain pada sebelum-sebelum ni. Macam sedih jer.."

"Tak lah,kak..urmm... kak, sedar tak sedar, tadi kite dah baca Qunut semasa solat witir tadi. Cepatnya Ramadhan nak tinggalkan kita..kak, orang rasa sayu je."

"Kenapa Nisa' rasa sayu ?"

"sebab Nisa' rasa, Nisa' dah mensia-siakan 15 hari lalu. Nisa' ni hamba yang tidak menghargai peluang yang ALLAH bagi." suasana sepi seketika.

Rupa-rupanya air mukamu berubah kerana ini. Kesedihan yang terlukis diraut wajahmu kerana kekesalan ini..

Ahh, dik.. berapa kerat manusia yang merasai sayunya hati lantaran Ramadhan kini sudah di pertengahan bulan, dan tanpa berbuat apa-apa. Begitu cepat. Ada manusia, gembiranya bukan kepalang lagi. Pesta mercun ada saja disana-sini. Ada manusia, duduk berdua-duaan tiada rasa malu lagi, hatta di bulan RAMADHAN !! Aku renung kau, kau tenung aku. Aku betulkan kolar baju kau. Kau senyum macam kerang busuk. Alangkah tidak menghormati hadirnya Ramadhan. Alangkah !! Astaghfirullahal’azhiim.. Tiada lagi rasa hadirnya Ramadhan dalam hati. Roh Ramadhan berkeliaran bebas di anjung September.

Wahai diriku, wahai umat Muhammad,
Rugi. Amatlah rugi sekiranya ruang dan peluang yang ALLAH offer ni dipandang sepi. Acuh tak acuh. Sekali terlepas Ramadhan ini, maka kita tak akan bertemu lagi dengan Ramadhan ini. Ramadhan 1429H takkan mencari kita lagi sekiranya kita terlepas dan terlalai dalam menghayatinya. Lain lah kalau bas Rahmat Alam. Bas Rahmat Alam yang bernombor 43 boleh lah dia ulang 2 3 4 kali sehari datang mencari penumpang. Kalau terlepas pukul 8.00 pagi, pukul 10.00 pagi nanti pun dia datang lagi. Tak pun, pukul 12.00 tengah hari. (ye ke? ntah, tak check jadual bas). Ramadhan 1429H, bukan bas Rahmat Alam bernombor 43. Dia tak berpatah balik.


Orang kata, patah tumbuh hilang berganti.
Ramadhan 1429H pergi, akan datang, Ramadhan 1430H. Amboi, yakin benar dapat tebusi kelalaian kali ni di masa akan datang. Seolah-olah begitu yakin akan bertemu Ramadhan 1430H. Tak perlu pergi jauh. Cukup kita pandang esok, dalam Ramadhan 1429H, yakin kah kita masih bernafas pada hari esok untuk menebus kelalaian semalam? Kalau ditakdirkan panjang umur, sempat bertemu Ramadhan tahun depan pun, takkan sama dengan kali ni. Eii syeikh.. barang yang pergi ni, kalau diganti, tak sama dengan yang dah pergi. Contoh, pen yang kita suka guna hilang, pergi beli pen yang sama jenis juga, kesedapan guna pen baru tak sama dengan kesedapan dan keselesaan menggunakan pen lama.

Panjang pulak berleter...

Jom banyak-banyak lah bermuhasabah dan terjemahkan ia. Moga-moga kita tergolong dalam golongan yang beruntung, bukan dari kalangan orang yang rugi.

Monday, August 18, 2008

monolog seorang aku yg lemah

seorang aku
sebenarnya kabur dengan dirinya,
seorang aku
sebenarnya masih mencari kekuatan dalam dirinya,
seorang aku
sebenarnya telah lama melalaikan dirinya,
seorang aku
sebenarnya makin hilang keyakinannya,
yang suatu masa dahulu memuncak,
tidak segan berdiri tegak memacu lagak,
tidak gentar berbicara walau dengan siapa,
yakin akan potensi diri,
tegas dalam laku,
yakin pada azam yg memacu..
tapi kini seorang aku,
walaupun masih cuba bertopeng kekentalan,
walaupun masih cuba memegang kekuatan,
walaupun masih cuba berhiaskan senyuman dan ketenangan,
seorang aku dalam hati akui,
dia sangat lemah.......
malahan rasa lemah itu semakin pantas
bertukar menjadi lesu yang nyata,
seorang aku
gagal menyelindungi rasa diri
yg makin hilang arah,
seorang aku
mencari perubahan dalam hidupnya,
dia jumpa,
tapi dia gagal banyak benda,
dia gagal mempertahankannya,
seorang aku lemah menjana imannya..
seorang aku masih gagal menjaga solat tahajudnya..
seorang aku terus gagal menjaga ibadat asasnya,
seorang aku gagal mempertahankan azam azamnya,
seorang aku gagal mengotakan kata kata nya,
apa DIA kata dalam As-Shaff?!
seorang aku ingat,
malahan hafal,
tapi seorang aku kena ingat,
hafalan sahaja tidak cukup,
action kena ada,
segala kata kata itu betul,
seorang aku kena bangkit semula,
hilangkan andaian andaian yang memusnah,
cari semula jalan menuju jannah,
rantai nafsu itu,
jgn biarkan nafsu itu membelenggu,
itu sebenarnya punca kegagalan seorang aku,
tolong lah aku...


p/s: thanks to sis chiaki chikamatsu for this nice words. =)

Monday, August 11, 2008

kita adalah diri kita..

Alhamdulillah, selesai satu ujian.

sebenarnya, dalam kita menjawab ujian di atas kertas ujian, ia umpama kita menghadapi ujian dalam realiti kehidupan kita.

cuba kita lihat.. kita pastinya diberi silibus-silibus pembelajaran, dan diajarkan dalam kuliah-kuliah mengikut jam kredit nya. Dan input yang kita perolehi dalam dewan kuliah, tidaklah lengkap 100%. selebihnya kita perlu mencari inisiatif untuk memperkasakan diri dengan ilmu. dan persediaan haruslah di lakukan, untuk ke medan tempur. dan setelah itu kita akan duduki dan hadapi ujian bertulis di dalam dewan peperiksaan. sekiranya manthoop persediaan kita, insha'Allah, jawapan-jawapan pun akan manthoop belaka.. sekiranya sambil lewa, maka akan berlaku sebaliknya.

Nah, berbalik pada realiti kehidupan kita sebagai hamba ALLAH di atas muka bumi ini. kita diberi pelajaran dan peringatan, melalui Al-Qur'an dan sunnah baginda Rasulullah s.a.w. kita x di uji terus melainkan setelah diberi pelajaran dan peringatan. bukankah begitu? dan ujian di atas muka bumi ini berbeza. tidak lah serupa antara suatu individu dengan individu yang lain, mengikut kemampuannya. ALLAH dah tahu bench-mark hamba-hamba-NYA. bukankah ALLAH telah berfirman,


"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya..."
(al-Baqarah: 286)

persediaannya bukanlah pada membaca buku semata-mata. atau pun mengasah pensel saja. Persediaannya adalah kedekatan dan ketaatan diri kita kepada Pencipta. Agar punyai jiwa yang ampuh, bisa menghadapi pelbagai bentuk ujian.

Pabila menerima ujian, apakah ianya suatu kifarah buat diri ataukah ianya bala' dari ALLAH pda kita?

Sekiranya kita berjaya melalui ujian tersebut, maka ianya kifarah buat kita. Di angkat darjatnya oleh ALLAH. Dan sekiranya gagal, sebagai contoh, menyalahi takdir, maka bala' itu tertimpa atas kita.

Bersyukurlah pada hari ini, kerana diberi peluang oleh ALLAH dapat kita lalui ujian-ujian sebelum ini dengan pertolongan ALLAH. Kita hari ini adalah kita. "aku adalah aku yang sekarang". Jangan dikesali masa silam. Tanpa masa lalu, tanpa ujian lalu, kita takkan berada seperti sekarang. Mengenali dan membuat keputusan yang kian matang, hari demi hari..

mudah-mudahan, kita tak diuji dengan ujian yang tak mampu kita pikul.

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."
(al-Baqarah : 286)


DIA yang menciptakan sesuatu, DIA lah yang melenyapka sesuatu.. kepada-NYA kita bermohon. Maka mari sama-sama kita menyuburkan cinta kepada-NYA. Amat malang bagi hamba yang cintakan hamba lain melebihi cinta kepada ALLAH s.w.t dan Rasulullah s.a.w.

Sunday, August 10, 2008

ukhty habibi fillah...


Ukhty fillah,
Tak terasa sudah begitu lama kita mendapatkan nikmat yang orang lain tak mendapatkannya di halaqah. Sekian lama kita duduk dalam lingkaran di sebuah taman yang sangat indah. Di taman itu, kita memetik buah-buahan yang tersedia dekat dengan kita. Langsung dari pohonnya. Di taman itu kita duduk-duduk sambil melihat pemandangan yang indah, menghirup udara yang bersih. Taman tempat kita ’refresh’kan diri dari segala kepenatan urusan dunia, sehingga ketika kita selesai duduk-duduk di taman yang indah itu, kita merasa segar lagi untuk menghadapi hidup ini.Taman ilmu yang kita namakan usrah. Aku merindui taman itu tika ini.

Ukhty habibi fillah,
Tiba masa, taman itu hanya berperanan sebagai tempat lari kita dari kehidupan dunia. Kita bukanlah sekelompok rahib yang melakukan uzlah, iaitu lari menyendiri ke lereng-lereng gunung, menyendiri didanau sendirian, menjauhi diri dari kehidupan dunia. Tetapi seharusnya kita adalah sekelompok pemuda/i yang beriman yang Allah tambahkan keimanan itu (fityatun amanu birobbihim wa zidnahum huda, Al-Kahfi : 13).Kerana kita berani berkata lantang tentang kebenaran.(Tepuk dada Tanya iman).Berani berbuat lain untuk kebenaran.
Alhaqqu mirrobbika falaa takunana minal mumtarin. Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, maka janganlah kamu termasuk orang yang ragu (Al-Baqarah: 147).

Ukhty fillah,
Aku dan Kalian telah begitu banyak Allah paparkan – melalu berbagai perantara – tentang sebuah fikrah (pemikiran) yang bersih, sempurna dan jelas, iaitu fikrah Islam. Dan itulah yang kalian yakini sebagai KEBENARAN ! Maka dengan kebenaran itu, apakah aku dan kalian tidak menunaikan hak-haknya? Apakah itu hanya untuk pembuktian aku dan kalian sebagai pembeza bahawa aku dan kalian adalah segolongan yang benar sendiri?

Maka sudah saatnya taman yang indah itu kita gunakan sebagai tempat berbincang kita untuk menyebarluaskan fikrah yang lurus itu kepada umat ini. Sedangkan kalian dan aku tahu bagaimana sakitnya dan tenatnya umat saat ini. Mereka melihat bara api sebagai air dan air sebagai bara api. Aku dan Kalian tahu umat saat ini ibarat serangga yang terpikat oleh api dan kemudian bermain-main di dekatnya. Lantaran itu, terbakarlah ia. Apakah kita tidak ingin menghalau serangga itu agar tidak terbakar oleh api?

Kalian dan aku ibarat berada di sebuah kapal yang memiliki dua dek. Dek atas dan dek bawah. Setiap kali orang yang berada di dek bawah hendak mengambil air, selalu melewati orang yang berada di dek atas. Kerana segan, orang-orang yang berada di dek bawah hendak membuat lubang di dasar kapal agar mudah mereka mengambil air. Kalau kita tidak mencegah perbuatan itu, maka petaka akan menimpa kita semua! Lupakah kita akan bicara yang sering diceritakan tatkala beberapa program sudah kalian lalui?

Berbuatlah saudara-saudaraku.. Apabila Allah timpakan petaka kepada sebuah umat, petaka itu akan menimpa orang baik maupun buruk di antara mereka. (Dan peliharalah dirimu dari siksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim saja di antara kamu, Al-Anfal 25). Memang pada akhirnya kita dibangkitkan dan dihisab sesuai amal kita. Tetapi inginkah kita menemui azab Allah yang pedih di akhir kehidupan kita bersama-sama dengan orang-orang yang mengundang bencana yang kita tidak atau gagal kita cegah.
Teguhkanlah tekad. Kita adalah pemuda pemudi yang menyuntik serum kebaikan di tengah umat. Dengan sikap kita. Dengan kata-kata kita.

Andai itu pun kita sia-siakan, maka apa lagi yang kita ada untuk menggalas beban dakwah ini? Degan kata-kata beralaskan angin yang kencang? Dengan tindakan yang rendah nilainya diluar pandangan manusia? Maka hancurlah apa yang kita bina selama ini dalam genggaman kita sendiri!!

Saturday, August 9, 2008

.....DILEMA DA'IE.....


Ketempangan peribadi mencacatkan perjalanan da’wah.

Seorang aktivis da’wah kampus pernah mengeluh tentang keadaan kader dakwah yang membahagikan dan membanding bezakan antara aktiviti dakwah dan ibadah dalam perilakunya. Ada aktivis da’wah yang yang begitu aktif (aktivis da’wah yang ‘haraki’), namun lemah dalam hal ruhiyyahnya. Dan ada pula aktivis da’wah yang rajin ibadahnya, atau kuat ruhiyyahnya, namun aktiviti dakwahnya tidak menonjol.
Mungkin sudah menjadi gejala di kampusnya, kerana ketika ujian kelayakan dan kesesuaian untuk pemilihan Badan Pengurus Harian di lembaga dakwah kampus itu, salah seorang calon ditanyakan tentang tindakannya apabila menemui dua karakter jundi yang berbeza: salah seorangnya haraki namun kurang ma’nawi, dan seorang yang lain berkebalikannya.

Dalam membicarakan aktivis da’wah, lebih gemar ana merujuk kepada ahli gerakan, yang begitu padat aktiviti dan programnya, hinggakan lupakan diri sendiri, gersang akan cinta Rabb.
Apakah gejala di kampus itu juga menjadi gejala di peringkat nasional? Terdapat sebilangan aktivis da’wah yang seperti ini. Namun, ada banyak lagi kader dakwah yang mampu tawazun, yang mampu menyeimbangkan dedikasinya pada umat dalam kegiatan-kegiatannya yang bertimbun-timbun banyaknya, study-nya, dan ‘ubudiyahnya dalam bentuk ibadah mahdoh. Banyak kader yang mampu menjadi – seperti pepatah dalam dakwah, sebagaimana yang disebutkan oleh al-imam as-syaheed syeikh Hasan Al-Banna iaitu, ”ruhbanun fillail wa fursanun fi nahar” – rahib di malam hari dan singa di siang hari. Namun, persoalan ini berbalik pada diri kita, yang berada dalam kondisi ahli gerakan. Apakah kita mencakupi pepatah beliau? Tepuk dada, tanya iman, terjemahkan melalui tindakan..
Aktivis da’wah ada yang mengkambing-hitamkan kegiatan da'wahnya..

Ketika sibuk dalam kegiatan yang penuh dan padat, maka seorang aktivis menjadi cemburu dengan kegiatan itu. Dia merasakan kegiatan-kegiatan itu mengurangi waktunya untuk berubudiyah kepada Allah. Penyebab kelelahan, kepenatan, kesibukan harian hingga ia tak mampu memenuhi target amalan yaumi (harian) nya.
Meskipun pepatah menyatakan
”hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”, meski sebenarnya salah dalam beralasan dan tidak perlu mencari alasan melepaskan diri, namun penyesalan atas ketidak-sempatan ‘ubudiyah masih jauh lebih baik dibanding tidak merasakan penyesalan sama sekali. Menjadi virus yang merbahaya bagi para da’ie, apabila kepenatan dan kelelahan kerana aktiviti serta jadual belajar yang padat itu menjadi sokongan dan alasan atas kosongnya tilawah kita dalam sehari, atau penuhnya malam dengan buaian mimpi-mimpi. Ahli jemaah menganggap ianya sebagai suatu perihal yang biasa, apabila tertinggalnya beberapa amalan yang memperkuatkan ruhiyyahnya, kerana aktiviti serta program yang padat merupakan sebahagian dari amalan-amalan itu.

Beralasan demikian, kuranglah bijaknya kita. Kerana kalau kita mengetahui, aktiviti para sahabat jauh lebih sibuk, namun mereka tidak pernah tinggal untuk menikmati malam dengan munajat kepada-Nya. Mungkin ada yang mengatakan, ”itu para sahabat.. iman mereka jauh lebih hebat..” Baik, kita pergi ke perbandingan yang terdekat; dengan para mujahidin, mujahidah di negara-negara yang begitu berkemacuk dengan serangan musuh-musuh agama. Sempat lihat sebagaimana tentera briged Al-Qassam, para mujahidin menyempatkan diri membaca Al-Qur’an. Hatta dilorong-lorong sempit. Padahal, ketika itu keadaan tidak aman. Terpancar dari raut wajah mereka kegembiraan ketika berinteraksi dengan Al-Qur’an. Kita? Masa terluang lagi lapang, diri disibukkan dengan pelayaran bahtera maya (internet), cerita lara, mengumpat cela saudara lain, melayan lautan cinta yang kian membarah dan sebagainya.. inikan pula menyelami ketika keadaan gawat sebagaimana mereka..? Dekat lagi, TG Nik Abdul Aziz. Kesibukan beliau nak dibandingkan dengan kita. Apakah kita terlalu sibuk melebihi beliau, sehinggakan dalam sehari, kita tidak sentuh, tidak membaca, apatah lagi nak mentadabbur ayat suci Al-Qur’an Kareem? Solat pun adakalanya larut menghampiri waktu solat seterusnya. Tanyakan diri kita masing-masing.
Kita belum lagi menggalas senjata serta ratusan pelurunya yang berat. Kita tidaklah berjalan begitu jauh, mendaki gunung, meredah belukar, bertahan dalam cuaca yang tidak menentu. Suatu kegiatan yang melelahkan . Jauh perbandingan kelelahan antara kita dengan para mujahidin itu . Terlalu jauh .


Seorang aktivis da’wah yang ‘haraki’, yang merujuk kepada ahli gerakan, kebanyakan, dan boleh dikatakan secara keseluruhannya memiliki pemahaman dan kefahaman yang bagus . Kebiasaannya, ke-haraki-an itu sejajar dengan keilmuan yang luas . Di usrah kan dan ditamrinkan . Di biasakan dengan penyertaan dan pengendalian program-program. Di biasakan lagi dengan syura’ (yang terjadi banyak penghujahan), menyebabkan menjadi lebih matang dalam menimbang tara masalah dan menetapkan keputusan .
Tentu baik apabila seorang aktivis da’wah memiliki wawasan yang luas. Dengannya, roda da’wah dapat berputar pada arah yang benar. Sekaligus juga, keaktifannya itulah yang menjalankan roda da’wah tersebut. Kata Imam Hasan Al-Banna, " Sebuah buku yang diletakkan di dalam perpustakaan boleh dibaca oleh seorangindividu sahaja. Tetapi seseorang muslim yang sejati adalah buku yang bolehdibaca oleh semua orang. Ke mana sahaja dia berjalan maka dia sebenarnya adalah dakwah yang bergerak."

Bagi pribadinya, pemahaman yang baik dapat mencegahnya dari gugur di jalan da’wah. Bukankah dalam sebuah riwayat, syaitan la’natullah lebih takut dengan seseorang yang memiliki pemahaman yang tinggi yang sedang tidur di dalam masjid, daripada seorang yang kurang pengetahuannya yang sedang solat dalam masjid tersebut? Hal ini kerana seseorang yang memiliki pemahaman yang baik, sukar bagi syaitan untuk menipunya.
Dan seseorang ahli gerakan dan da’wah yang ibadah mahdhohnya terjaga dengan baik, akan memiliki ma’nawi yang terpancar kuat. Kedekatan kepada Ilahi akan membuat dirinya berwibawa di tengah-tengah khalayak ramai. Dan apabila ia berda’wah, maka da’wahnya akan lebih mudah menembusi hati mad’u. Apabila roda da’wah dijalankan oleh orang-orang yang seperti ini, tentu perjalanan da’wah itu akan sangat efektif .
Tarbawi dalam sebuah edisi pernah menulis : Ruhiyyah kelam dakwah tenggelam, ruhiyyah bersinar dakwah pun lancar .
Quwwatu shillah billah (kekuatan hubungan dengan Allah) adalah hal yang efektif, mencegah dirinya gugur dari jalan dakwah . Ketika datangnya permasalahan rumit, ataupun berdepan dengan mehnah dan tribulasi yang menekannya untuk keluar dari jalan dakwah, dia memiliki tempat bersandar yang begitu perkasa; Allah sw.t ILAH sebagai tempat perlindungan, tumpuan kecintaan .Dzat inilah yang memeliharanya untuk tetap di jalan dakwah, dan senantiasa memberinya taufiq serta furqon agar dapat melihat keadaan lebih jelas; tersemat dihati dan fikiran akan jangkauan hikmah yang ALLAH aturkan padanya .Maka, ALLAH beri kekuatan padanya, agar tidak tersasar dari jalan da’wah, dan tidak tergolong dalam golongan futhur .
Amatlah penting dalam memiliki kedua karakter ini pada diri kita. Lemahnya salah satu karakter akan membuat pribadi kita adalah pribadi da’i yang timpang .
Orang yang aktif namun tidak memiliki ruhiyyah yang baik, maka berpotensi untuk menjadi orang yang diprogramkan dengan kepadatan program-program da’wah dan jamaah. Tidak ada ketahanan mental ketika ditimpa masalah. Lemah dalam ikhlas . Pemahamannya tidak mampu menampungnya untuk tetap berada di jalan dakwah . Sekalipun memiliki kefahaman bahawa sesuatu itu salah, namun kerana kurangnya kedekatan dengan Tuhannya, ia akan tetap melaksanakan sesuatu itu . Sebagai contoh, para dai’e sendiri memahami akan perintah Allah supaya menjauhi perkara yang boleh mendekatkannya dengan perzinaan. Namun, masih ada segelintir da’ie yang mengabaikan perintahNya .
Orang yang kuat ruhiyyahnya namun malas untuk aktif dalam kegiatan dakwah dan program kerohanian, maka jadilah ia seorang yang soleh tetapi tidak muslih . Dia berpotensi menjadi seseorang yang mudah kecewa pada jama’ah, kerana kurangnya pemahaman yang dia miliki .
Ruhiyyah adalah inspirasi kita bergerak . Roda dakwah yang berjalan dengan terarah dan lincah, apabila yang menjalankannya kehabisan tenaga, maka roda itu tidak akan mampu berjalan dan berputar lagi . Sesungguhnya sumber tenaga itu adalah kualiti ruhiyyah yang baik.
Sememangnya, manusia itu lemah dan serba kekurangan. Sebetulnya, manusia itu tiada yang sempurna. Namun, apakah salah, sekiranya kita memperbaiki diri untuk menuju ke arah kesempurnaan sebagai seorang hamba-Nya? Jadilah orang yang lengkap . Dari segi kemanthopan ’aqidahnya, ibadahnya, mu’amalahnya, akhlaq nya, thaqofah dalam dirinya..dan pelbagai nya lagi. Akhirul kalam, peliharalah hubungan kita dengan ALLAH, dan hubungan kita sesama manusia. Memikul amanah bukanlah seperti memikul cangkul untuk ke ladang. Yang menyeru, yang berbicara, bukanlah yang terbaik, namun cuba menyeru dan menyampaikan apa yang terbaik yang boleh disampaikan, untuk improvement diri dan saudara saudari satu rumpun jamaah. Memetik dan mentadabbur ayat surah as-saff ayat 2~3, menginsafkan kita semua. Maka, ayuh wahai diri ku dan saudara-saudaraku, mari kita sama-sama berusaha menjadi hamba yang sebenar-benar hamba.
Wallahu’alam.





Template Design | monera87