"Ya Allah, kurniakanlah ke atasku ketenangan, dan tetapkanlah pendirianku bersama-sama pendukung-pendukung kebenaran, dan tabahkanlah hatiku dengan mengingati Engkau, dan kurniakanlah akan daku keredhaan dengan perkara yang Engkau redhai"

Sunday, February 28, 2010

KEMBARA melabuh tirai

ALHAMDULILLAH... pujian selayaknya bagi ALLAH..
KEMBARA '10 kini telah selamat melabuhkan tirai... Apa perasaan anda? jawab sendiri2.

Tahniah & terima kasih kepada pihak penganjur KEMBARA '10, dan kepada mereka tlibat scara langsung n xlangsung, yang turut sama2 menyokong KEMBARA '10.

Sesungguhnya milik ALLAH lah segala kesempurnaan itu. Justeru, tidak lah dapat lari dari sebarang kekurangan pada hamba2-Nya.
Apapun, program KEMBARA '10 berjaya membawa dan menambahkan lagi pengalaman pada diri.. Syukur, ALHAMDULILLAH.

Dan saya kira, rata2 mereka yang terlibat merasakan 'sesuatu' dalam diri. Rasa apa, tepuk dada tanya iman. Kalau tak dak rasa apa2, mai kita tambah bilangan hari program KEMBARA ni, jadi seminggu genap. Tapi bukan masalah masa itu lama atau tidak.. Ia berkenaan keterbukaan hati kita.. Sejauh mana kita membuka hati untuk sama2 menyediakan sekeping hati yang mencintai ALLAH dan Rasulullah... dan sejauh mana kita meletakkan kecintaan kepada program2 yang mendekatkan diri kita dengan Pencipta. Insha'Allah.
Jangan pulak hanya pada masa KEMBARA saja, baru nak ingat Rasulullah, baru nak berselawat. Amalkan slalu.
(AWAS!! pesanan ini juga ditujukan untuk DIRI SENDIRI.)
Moga2 kita beroleh manfaat yang banyak sepanjang program ni. insha'Allah.


Ya ALLAH, himpunkan kami dlm mjlis yg baik ddunia ini.. dan himpunkan pula kami dalam majlis yg baik di mahsyar kelak,...

Saturday, February 27, 2010

Jom mengembara

"Dik, nak join akak mengembara tak?"

Pelik.
"eiish... akak ni rajin pulak benda2 advanture ni.."
"best jugak. akak nak gi mengembara katne?"

"Pi sekolah."
Haaa? Baek pi masok dalam hutan ke.. akak main2 ea?

Sengih..
"sekolah yang Rasulullah penah buat.."

"katne tu, kak?"

"hmmm...pakej pengembaraan selama 4 hari 3 malam. Percuma je pakej ni. Tapi kalau nak sedekah, bulih sangat2.
 kita pakat2 mengembara ke madrasah Rasulullah.."

"Takkan la percuma, kak.. Jauh tu..kat Mekah ke kat Madinah?"

Tak jauh aiih...
Haa...Meh nak crita..
Madrasah Rasulullah ni, macam sekolah laa.. Tapi tak macam sekolah masa sekarang.

Tadi kata macam sekolah, lepas tu kata tak macam pulak. Akak ni mana 1?

(eh,eh.. budak ni.. banyak tanya pulak)
Ni, nak terang ni..
Madrasah Rasulullah, ada beberapa peringkat.
Akak sebut ianya adalah sekolah, sebab masa sekolah dulupun ada by pringkat, kn? Pasti/tadika, PTS, UPSR, PMR, PMRU, SPM, STAM, STPM...matriks, Universiti...
Masa kat pasti dulu, kita diperkenalkan huruf aliff, ba', ta'.... ABC, nombor 123...masa ni jugak dia ajar baca mengeja sikit2.

Haa...
Madrasah Rasulullah pun, ada pringkat nya.
Tapi, bukan la UPSR, PMR..

Pringkat pertama,

·       PEMBANGUNAN AQIDAH
      Pada tahap pertama dakwah Rasulullah menekankan mengenai Aqidah. Pada aqidah yang jelas dan teguh ini, para sahabat yang kebanyakan adalah terdiri dari kalangan hamba dapat menahan dari segala siksa yang diterima, tanpa sedikitpun menggugat aqidah mereka. Sebagai contoh, Bilal bin Rabah yang disiksa dengan teruk. 

Peringkat kedua, 
     PENEKANAN IBADAH
      Perlaksanaan iman dan waqie’ hidup muslim sebenar. (penekanan ibadah dalam aspek kehidupan)
 

Peringkat ketiga,
     Gerakan Islam bagi menegak, menerus dan mempertahankan masyarakat dan daulah Islam.
     Rasulullah dan para sahabat berhijrah, membentuk strategi dan menubuhkan negara Islam yang pertama di        Madinah.  Di sini berlaku peristiwa-peristiwa penentangan luar dan dalam, dari golongan kafir dan munafiq melalui beberapa siri ghazwah.  


Ini antara sistem yang ada dalam siratunnabawi..

haa... bulih cari buku2 yang berkaitan. Suka juga sekali lagi nak promote buku Manhaj Haraki liSsiiratunnabawiyah (cheewah, macam baca buku arab. cari la buku melayu) Manhaj Haraki dalam sirah Nabi s.a.w

Moga2 kita semua pakat2 Kembali ke Madrasah Rasulullah..
Selamat mengembara dalam program KEMBARA '10 (Kembali ke Madrasah Rasulullah)

MALAM NI >>> KONSERT NASYID. jom pi ramei2.. after solat 'isha' ... solat dulu naa.... moga2 majlis penuh barakah

Saturday, February 20, 2010

tak semudah buat tomyam laa



"Macam mana nak buat tomyam, awak..?"
"Awak main campak-campak je.. asalkan rasa macam tomyam, ok dah tu.."
 "Owh, orang dah pandai buat selalu cakap main campak-campak je..huhu.."


Itu dialog bagaimana mahu bikin tomyam. 
Hmmm... Kalau tak pernah buat, main campak je segala perkakas (bahan-bahan) tomyam tu. Kalau reti dan pernah buat pun, main campak-campak juga. Asalkan di pandangan mata kita, itu adalah tomyam. Asalkan hiduan bau itu, aromanya adalah tomyam. Asalkan bira dicicip rasanya, itu adalah tomyam.. 
Maka ia adalah tomyam. Ia benar-benar sebuah tomyam!!


Tapi saudara-saudaraku, 
menegakkan kalimah ALLAH, tidak semudah melakukan tomyam. Membuktikan rasa cinta kepada Rasulullah bukan seperti mudahnya membikin seketul tomyam. Boleh main masukkan segala macam sesuka hati.. Intro saja nii... 



Coba tanyakan dirimu, apa kata dirimu, kiranya kamu diberi ijin bertemu dengan Rasulullah s.a.w seketika.. apa kan kamu bicara dengan Rasulullah kiranya kamu punyai seminit untuk bicara bersama baginda..?
Ingin sekali kami bertemu dengan mu, insan yang dalam masa yang sama baginda mengingati mati...dan dalam masa yang sama tersenyum dikala bertemu masyarakat...dan dalam masa yang sama begitu digeruni kawan dan lawan... Baginda lah yang akhlaqnya adalah Al-Qur'an...
Masha'Allah... bahkan air mata kah yang kan mengalir? Ya Rasulullah... kami merindui mu, meski kami tak pernah bertemu denganmu... Kami merindui mu, meski kami tidak pernah berbicara denganmu..


Namun, apakah pantas kita kata kita mencintai dan merindui baginda, tetapi.......
dalam masa yang sama kita kita meminggirkan sunnah Nabi?
...sejauhmana kita benar-benar mempraktikkan sunnah Nabi SAW dalam kehidupan harian kita? Kalau solat masih tinggal, aurat anak isteri masih terdedah, fikiran masih sekular,..



Jika kita adalah golongan yang tidak meminggirkan sunnah Rasulullah s.a.w, ayuh, sama-sama buktikan;
dan saya mengajak diri saya dan saudara-saudara juga sahabat-sahabat, rakan sekampus, dan teman yang membaca, agar sama-sama kita berpuasa sunat hari Khamis ni, boleh?
Jom pakat ramai-ramai puasa sunat, dan join IFTHAR JAMA'IE hari Khamis ni... jom pakat solat berjama'ah...sama-sama imarahkan masjid.

Ulama' melahirkan kebimbangan terhadap masyarakat yang ada pada hari ini,
"Aku bimbang, manusia tidak ingin dan tidak berusaha menjadi tetamu ALLAH di dunia, bagaimana dia nak jadi tetamu ALLAH di akhirat.."

Justeru, moh le kite pakat ramei2 ke sejid naa....

tak dapat buat semua, jangan tinggal semua...
kalau ada kekangan nak datang solat berjamaah waktu zohor ke, datang lah solat berjama'ah waktu subuh.. =)


Cinta tidak lahir dari bicara semata, bahkan ia melalui pembuktian anggota...
sebagai mana 'aqidah kita.. kita muslim bukan hanya pada nama, tetapi pembuktian keteguhan aqidah muslim dan imannya  itu melalui ibadah dan gerak aggotanya..
Sebuah pondok kecil takkan siap terbina andai percikan liur saja yang bias, tanpa susulan tindakan dimulakan.



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

Sekeping promotion...





Jom sertai KEMBARA '10.... Cuba perhati sedikit iklan bergambar kat sebelah tu... Macam-macam ada.. Jemputlah datang beramai-ramai ye..  

Sunday, January 24, 2010

melengung tunggu bubur 'sora'-wa

Bismillahirrahmanir rahim..

“...Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu..” (al-Hujuraat, 49: 13)


Perhatikanlah ayat di atas. Dalam apa jua keadaan, nilaian yang mulia adalah ketaqwaan disisi ALLAH. Di mana jua kita berada, TAQWA itu lah yang dikehendaki. Meski di medan perang bersenjata, bom dan sebagainya, meskipun di medan politik, ekonomi dan sebagainya; maka kita sebagai orang yang beriman memahami bahawa istilah kemenangan yang sebenar ialah kejayaan berada kekal dalam ketaqwaan.

Bagi mereka yang taat, tunduk, takut dan harap kepada ALLAH, jika kita mati (di mana-mana dan bila-bila masa sahaja), insya Allah, matinya dalam taqwa.

Bahkan, jika kita hidup dan beroleh kemenangan fizikal, material mahupun moral, kemenangan itu atas prinsip dan aspirasi taqwa.

Jika kita kalah pula, kalah dari segi fizikal, material dan moral, ingatlah bahawa mereka yang bertaqwa itu tetap menang di sisi Allah.

Atas dasar perintah Allah, Allah memerintahkan umat Islam bukannya untuk memenangi peperangan dalam apa jua bidang, tetapi perintah Allah ialah untuk bertaqwa dalam semua keadaan sepanjang masa atau zaman. Di kala sibuk mahupun lapang. Di kala kalut mahupun tenang. Dan,suka di ingatkan kepada diri dan saudara-saudara perjuangan, bahawa terjunnya kita ke landskap dan kanvas politik kampus yang juga hanyalah alat.. dan dengan alat itulah juga, kita gunakan ke arah menyeru jiwa-jiwa agar tunduk patuh kepada-NYA.. menyeru jiwa-jiwa agar memegang kalimah thoiyyibah. Justeru ia memerlukan pengembelingan tenaga dan usaha yang maksimum dari mereka yang bercita dan cinta untuk melihat Islam didaulatkan di segenap ceruk, dan secara spesifiknya di kampus. Namun, tanpa taqwa, biarpun kemenangan kita peroleh, bukanlah kemenangan, tapi kehinaan. Beringatlah kita wahai makhluk-makhluk yang seringkali alpa dan lupa.

Lantaran, taqwa adalah pembuka bagi jalan menuju kepada Allah. Barangsiapa yang terbuka jalan menuju kepada Allah nescaya dia telah mendapat segala yang dikehendakinya kerana tidak terdapat apa-apa kekurangan dalam "Khazanah Allah Yang Maha Kaya" .

Orang-orang yang bertaqwa memandang sesuatu dengan pandangan yang diliputi Nur daripada Tuhannya. Allah sentiasa menyertai mereka di mana juga mereka berada dan menjadi sumber inspirasi, tunjang kekuatan, pengatur strategi, peniup semangat juang yang tinggi dan kekental serta ketahanan mental dan fizikal. Masha’Allah. Indahnya hidup dalam perhatian dan lembayung kasih-NYA.


Kisah hebat

Seimbas kisah peristiwa Saidina Amru al 'Ash r.a yang berjuang dalam peperangan untuk menakluki kota Iskandariah dalam era pemerintahan khalifah Saidina Umar al Khatab.

Amru al 'As (r.a.) memohon bantuan ketenteraan daripada khalifah, dan Umar al-Khatab r.a telah mengutus 8,000 tentera yang di dalamnya disertakan 4 orang Sahabat Nabi SAW yang pernah berperang dengan Nabi SAW sejak Perang Badar.

Umar al Khatab (r.a) dalam sepucuk suratnya yang ditujukan kepada Amru al 'Ash, menyebutkan lebih kurang bahawa,

"...Aku menghantar kepada kamu bukannya 8,000 tentera, tetapi 12,000 tentera. Kerana 4 orang Sahabat yang pernah berperang bersama-sama Nabi SAW sejak Perang Badar itu kekuatannya adalah menyamai 1,000 orang mukmin. Seorang mukmin Allah SWT menjanjikan kekuatannya boleh mengalahkan 10 orang kafirun. Bermakna setiap orang daripada mereka boleh menghadapi 10,000 orang kafirun. “



Masya Allah! Janji Allah adalah sesuatu yang pasti. Orang yang bertaqwa amat yakin akan Allah... dalam masa yang singkat tentera Rom kafirun yang seramai 120,000 yang berkubu di dalam kota Iskandariah telah tewas dengan izin Allah. Tentera Islam telah beroleh kemenangan atas kekuatan Taqwa kepada Allah...


Jika kita lihat secara fizik dan matematik, bantuan tentera Islam yang dihantar khalifah Umar r.a. itu 12,000 (angka sebenar 8,000 + 4 sahabat) boleh dan mampu mengalahkan bilangan musuh yang lebih besar (120,000).

Tentera Islam begitu hebat dan unggul atas bantuan Allah. Sesuai dengan janji Allah satu orang mukmin boleh mengalahkan 10 kafirun....Bilangan yang kecil boleh mengalahkan bilangan yang besar..


Ini kisah-kisah kemenangan di zaman Nabi dan para sahabat. Allah Ta'ala membuktikan kemenangan Islam berlaku dalam Peperangan Badar, apabila orang Islam menyediakan kekuatan yang ada pada mereka di samping tidak melakukan maksiat.

Oleh kerana itu apabila Saidina Umar r.a. mahu menghantar Sa'ad bin Abi Waqqas menyerang Negara Parsi, ketika bala tentera Parsi terlalu ramai dan bala tentera Islam yang menyerang tidak mampu menghadapi tentera berkenaan sehingga panglima tentera Islam telah syahid dan ada yang mendapat luka parah lalu mereka mengutus surat ke Madinah meminta supaya dihantar bantuan.

Diriwayatkan Sayidina Umar mahu pergi sendiri ke medan perang. Sayidina Ali melarang Umar berbuat demikan.

Saidina Ali kwjh berkata: "Engkau khalifah, memimpin orang ramai secara umum. Biar aku yang pergi."

Bagaimanapun Saidina Ali kwjh tidak dibenarkan kerana dia merupakan penasihat kanan kepada khalifah.

Akhirnya mereka bersetuju memilih seorang dari kalangan 10 sahabat yang dijanjikan syurga oleh Rasulullah s.a.w. untuk dihantar ke Parsi lalu dipilih Sa'ad bin Abi Waqqas r.a. bersama beberapa ribu bala tentera.


Sayidina Umar berpesan kepada Sa'ad:

"Wahai Sa'ad! Aku berpesan kepada kamu dan bala tentera bersamamu supaya bertaqwa kepada Allah kerana kita ditolong oleh-Nya dengan maksiat yang dilakukan oleh musuh. Sekiranya kita mengerjakan maksiat, Allah tidak akan menolong kita."

"Musuh lebih ramai dari kita, senjata mereka lebih banyak daripada kita, persediaan mereka lebih lengkap daripada kita. Sekiranya kita tidak ditolong oleh Allah, kita tidak boleh mengalahkan mereka."

"Wahai Sa'ad! Jangan engkau berkata kami adalah orang-orang yang baik. Kami mesti menang. Sesungguhnya Allah mengalah dan menghancurkan Bani Israel walaupun mereka adalah umat yang baik di zaman itu. Apabila mereka mengerjakan maksiat mereka dikalahkan oleh Bala Tentera Bakhtanusar dan mereka diburu di lorong-lorong rumah dalam keadaan lari bertempiaran kerana mereka kalah di medan perang."

"Oleh itu aku berpesan kepada kamu sebagaimana aku berpesan kepada diriku sendiri supaya bertaqwa kepada Allah, jangan mengerjakan maksiat."

Inilah kemenangan yang diberi oleh Allah kepada bala tentera Islam.

Salahuddin al-Ayyubi yang memimpin bala tentera Islam menentang tentera salibiyyah, pernah memeriksa khemah tenteranya satu persatu sebagai menyiasat sama ada bala tenteranya bertahajjud ataupun tidak, mengerjakan maksiat ataupun tidak sehingga dalam keadaan benar-benar baik, Salahuddin melancarkan serangan di dalam peperangan salib dan orang Islam mendapat kemenangan.

(Adaptasi dan kupasan dari kuliah tafsir TG Haji Abdul Hadi)


Kisah-kisah hebat begini sudah pasti saudara-saudara lebih hadam. Benar, kemenangan ISLAM sudah dijanjikan ALLAH. Dan pada masa sekarang, kita boleh lihat kebangkitan ISLAM di merata tempat, hatta di Barat sekalipun. Bahkan, kita mendengar tentang kemenangan saudara-saudara kita di lain-lain kampus.

Teringat kata-kata  Ust Tn Ibrahim Tn Man,
“Betul dah Islam tu dok naik. Islam naik doh. Cumanya kita dok mano? Kita naik bersama Islam ke, atau kita dok tengok; supo (serupa) kacau bubur asyura. Waktu kacau bubur asyura, pakat dok jauh. Dekat nok masak, pakat kerumun blake. Mudah-mudahan kita x jd org yg amek pekdoh dgn menang Islam,tapi x kijo waktu nok mene (menang)kan Islam.”


Semoga ALLAH swt mengampuni dosa dan kelalaian kita

Tuesday, January 12, 2010

Harapkan CINTA & REDHA


 

Apalagi perumpamaan biasa yang sering kedengaran untuk ia..
Kopi yang pahit menjadi begitu manis;
lautan api, hutan belantara sanggup diredahkan, 

apa saja sanggup digadaikan.Semua ini mungkin sudah acap kali menjadi skrip lakonan dalam cerita cinta. Tidaklah ingin saya bicarakan skrip lakonan yang boleh didapati dan dilambakan di mana-mana saja. 



Mari kita bercerita tentang
harapkan cinta dan redha...





Di kala mabuknya bercinta dan berkasih, harta, jiwa dan raga menjadi murah, semuanya dipersembahkan untuk satu kalimah cinta yang agung, berkasih dan bercinta antara kita dengan Yang Maha Mencinta.






Keimanan yang benar menjadikan perjalanan hidup umpama sebuah kisah cinta; 
kesetiaan dan pengorbanan menukar ujian pahit menjadi satu kenangan manis,
 kesabaran menjadikan segala beban yang ditanggung ringan dan mudah, 
keyakinan pada janji-janji Allah menjadikan jiwa tenang ketika perjalanan begitu sukar, 
kerinduan pada-Nya menjadi pembakar semangat setiap kali berdepan dengan kegagalan dan ujian berat...  



 
Sorotilah sebuah kisah cinta yang hebat...



Suatu hari di medan peperangan Uhud, Abdullah bin Jahsy berkata kepada sahabatnya, Saad bin Abi Waqash: 

“Wahai sahabatku, mari kita berdoa kepada Allah kerana apabila seorang hamba memohon suatu hajat dan sahabatnya mengaminkan permohonan itu, nescaya Allah SWT akan memperkenankan hajatnya itu.”

Kedua-duanya berdoa, Saad berdoa di sisi Abdullah: 

“Ya Allah, saat aku berada di medan pertempuran esok dengan rahmat-Mu ya Allah, biarkanlah musuh menyerang dengan ganas, biarlah kekuatannya mencabar diriku, namun aku akan melawannya dengan segenap tenaga, tolonglah aku memperoleh kemenangan dengan membunuhnya kerana-Mu ya Allah, biarkanlah aku memperoleh harta rampasannya dengan limpah kurnia dari-Mu.”

Selepas Abdullah mengaminkan doa sahabatnya itu, beliau pula berdoa:
“Ya Allah, biarkanlah aku menemui musuhku dari kalangan mereka yang gagah dan mereka menyerangku dengan kemarahan yang amat membara.
Biarlah kuperangi mereka dengan kekuatanku, jika mereka berhasil membunuhku, aku redha ya Allah, biarlah mereka menghiris telinga dan hidungku kerana pada hari kiamat nanti Engkau akan memanggilku dan bertanya kepadaku: Wahai Abdullah! Mengapa hidung dan telingamu boleh bercerai dari jasadmu? Aku akan menjawab di hadapan-Mu:
 “Semuanya sudah hilang kerana mengharap keredhaan dan kecintaan-Mu ya Allah.” Kemudian Engkau akan berkata:
“Benar, tentu semua yang hilang itu adalah di jalan-Ku!”


Lalu, pada keesokan harinya, peperangan meninggalkan jasad syahid yang dimuliakan Allah SWT. Saat itu apabila melihat Abdullah kembali ke sisi Allah SWT, Saad berkata:
“Doa Abdullah lebih mulia dari doaku, aku melihat hidung dan telinganya diikat dengan benang (kerana ia sudah dipisahkan daripada badannya).”



Kekuatan cinta kepada Allah SWT boleh mengubah pemikiran dan perasaan seseorang . Orang yang mencintai Allah memiliki perasaan yang tunduk kepada kehendak Allah. Dia marah ketika Allah murka, dia benci kerana Allah benci, dia pun suka dan sayang ketika Allah sayang.


Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Barang siapa yang cinta kerana Allah, benci kerana Allah, memberi kerana Allah, menahannya kerana Allah, maka dia menyempurnakan imannya.” (Hadis riwayat Abu Daud)

  Tanda cinta kepada Allah ialah taat, patuh, tunduk, rela mengabdikan diri, reda dengan ketentuan-Nya, mengorbankan hati dan perasaan, harta dan jiwa demi mendapatkan keredhaan-Nya.

Perjalanan hidup manusia yang mencintai Allah tidak mudah untuk dilalui. Mereka sentiasa menghadapi pelbagai dugaan untuk memenangi cinta itu. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Apabila Allah mencintai suatu kaum Dia akan mengujinya.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)


  Kesusahan dan kesedihan adalah suatu lumrah dalam bercinta, namun di akhir perjalanan mesti ada kegembiraan, iaitu ketika Allah membalas cinta hamba-Nya ketika nyawa akan berlepas dari jasad.

 Firman ALLAH yang bermaksud: 
“Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan keredaan lagi diredai.” (Surah al-Fajr)

Saat terakhir kehidupan Baginda SAW terakam begitu indah, jiwa seorang Rasul membuktikan cintanya kepada Allah SWT.

Baginda bersabda yang maksudnya: “Bersamaku mereka yang dilimpahi nikmat Allah daripada golongan Nabi, syuhada dan salihin, wahai Tuhanku, tolonglah hamba-Mu daripada kepedihan sakarat ini, aku memohon berada di sisi teman yang tertinggi, teman yang tertinggi.”

Al-Rafiq al-A'la itulah sebutan bagi kekasih yang Maha Penyayang, Dialah yang kekal dalam mengasihani makhluk-Nya, rahmat-Nya mengatasi kemurkaan-Nya.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Tiada suatu hari pun melainkan lautan meminta izin kepada Tuhan untuk menenggelamkan anak Adam. Dan malaikat meminta izin untuk segera menghukum dan membinasakan.

Tetapi Allah Taala berfirman:
“Siapakah yang lebih pengasih dan pemurah daripada-Ku, padahal Aku Maha Pengasih lagi Maha Pemurah. Pada malam hari hamba-Ku menentang-Ku dengan melakukan dosa besar. Namun, Aku menjaga mereka di tempat tidur mereka dan melindungi mereka di ranjang mereka. Siapa yang datang menghadap kepada-Ku, maka Aku akan menyambutnya dari jauh.


Sesiapa yang meninggalkan sesuatu kerana Aku, maka Aku akan memberinya kelebihan. Sesiapa yang berbuat dengan daya dan kekuatan-Ku maka Aku akan lunakkan besi untuknya. Sesiapa yang hendak sesuai dengan kehendak-Ku, maka Aku berkehendak sesuai dengan kehendaknya.

Ahli zikir-Ku adalah teman duduk-Ku. Ahli syukur-Ku adalah orang yang paling berhak mendapatkan tambahan kurnia-ku. Ahli taat-ku adalah orang yang berhak mendapat kemuliaan-Ku. Dan ahli maksiat kepada-Ku tiada Aku jadikan mereka berputus asa dari rahmat-Ku. Jika mereka bertaubat Akulah kekasih mereka. Jika mereka tidak bertaubat Akulah penyembuh bagi mereka, Aku menguji mereka dengan musibah untuk mensucikan mereka dari aib dan dosa.” (Hadis Riwayat Ahmad)






Tuesday, January 5, 2010

APAKAH KAU SANGKA KAU SUDAH MEMBALASNYA?

Pada suatu masa, datang seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w,
lalu ia bertanya,

“Ya Rasulullah, aku mempunyai ibu,
aku dokong dia di belakangku,
tidak pernah aku bermasam muka kepadanya.
Aku serahkan kepadanya hasil pendapatanku.
Sudahkah aku dikira membalas jasanya?”

Maka jawab Rasulullah,

“Tidak,
walaupun satu nafas panjangnya.”


Lelaki itu bertanya,

“Mengapa?”


Jawab Rasulullah,

“ Kerana ibumu memeliharamu,
dia suka engkau panjang umur..
sedangkan engkau memeliharanya,
padahal engkau suka dia lekas mati.”



Petikan Buku: Andalah Wanita Syurga
Darul Nu'man







Na’uzubillah..

Moga kita tidak berada dalam golongan yang Rasulullah perkatakan ini.
Anak yang soleh/ah, takkan pernah lupa mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka.
Bangunlah di tengah malam,
bila bermunajat, jangan lupa mendoakan kedua ibu bapa..


Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "AH" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.
Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil." (al-israa' : 23~24)



Monday, January 4, 2010

pesanan buat Nuqaba'



Buat para nuqaba', bacalah secebis pesanan..


Hayatilah sepenuhnya peranan usrah, supaya para nuqaba' dapat mengendalikan usrah dengan baik dan menepati tuntutan-tuntutannya, sehingga ahli-ahli usrah dapat merasakan bahawa mereka memperolehi manfaat yang besar daripada usrah dan dapat pula menghayati peranan usrah yang sebenarnya.


Sebagai Nuqaba’, anda merupakan promoter terhadap keindahan Islam, supaya masyarakat/anak usrah (pengguna) anda tertarik, sekaligus mengamalkan Islam yang sebenar dalam kehidupan harian mereka. Inilah amanah yang kita galas dan perlu dipasakkan teguh dihati kita.


Setiap Nuqaba’ perlu mewujudkan budaya persaingan dalam diri. Nuqaba’ perlu bersaing bagi mendapatkan pahala yang banyak, bukan bersaing melihat siapakah antara mereka yang berjaya melahirkan paling ramai amilin.


Ketahuilah, bahawa ganjaran orang yang menyampaikan ilmu itu terlalu banyak;

Rasulullah Saw. berkata kepada Saidina Ali kwjh,
 “Demi Allah, seseorang yang memperoleh petunjuk  dari Allah Swt. kerana ajakanmu, niscaya hal itu lebih baik dari unta yang berwarna merah,”
  (HR Al-Bukhari dan Muslim)

 Rasulullah Saw. bersabda, 
“Seseorang yang mengajarkan kebaikan akan dimintakan ampun oleh segala sesuatu hingga ikan-ikan yang ada di lautan,”
  (HR At-Thabarani dan perawi yang lain).

  
           

Demi kepentingan Islam dan masa depan perjuangan ini, maka marilah kita berganding bahu menyahut seruan perjuangan Islam dengan sungguh-sungguh.


Jadikan diri kita masing-masing sebagai Naqib dan Naqibah yang tunduk hatinya mematuhi perintah Allah, melaksanakan amanah yang ditaklifkan dengan sebaiknya, berusaha berlipat ganda bagi melahirkan para pejuang Islam yang sejati, dan berusaha menyebarkan Nur Islam dalam diri setiap umat.   



“Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu- nunggu dan mereka tidak merobah (janjinya),”
(Al-Ahzab : 23)

 
  
Dan akhir sekali, saya ingin tinggalkan persoalan.
Saya bertanya kepada Nuqaba' sekalian, sebelum anda keluar dari kampus, berapakah target bilangan orang yang akan anda bina/bentuk menjadi muslim yang benar-benar menghayati dan mengamalkan Islam sebagai cara hidup sebenar, apatah lagi menjadi penggerak?




-NUQABA' BERKARISMA ASAS TRANSISI PARADIGMA UMMAH- 
18 MUHARAM 1431 H 



Tuesday, December 29, 2009

Saat hati keras menjadi lunak

Terbacakan mengenai kisah Fudhail bin Iyadh.


Dahulunya, Fudhail bin Iyadh ni orang yang suka merompak sorang diri. Suatu malam, dia keluar untuk merompak dan menghalang rombongan pedagang. Lalu, di antara mereka berkata, "mari kita ke kampung ini, kerana dihadapan kita ada seorang manusia yang suka merompak. Dia bernama Fudhail."


Mendengar ucapan itu, gementarlah Fudhail ni.. Lalu Fudhail berkata,
"Wahai rombongan pedagang, akulah Fudhail. Berhati-hatilah apabila berbicara. Demi ALLAH, aku akan berusaha sekuat tenaga untuk tidak derhaka kepada ALLAH, untuk selama-lamanya." Kemudian dia pulang. Dan pada malam itu, Fudhail memberi mereka (rombongan pedagang) makan, dan dia berkata,
"Kamu semua aman dari kejahatan Fudhail."


Dan dia pun keluar untuk mencari makanan haiwan tunggangan rombongan pedagang tersebut. Dan ketika mana dia berjalan pulang, tiba-tiba dia terdengar bacaan al-Qur'an, oleh seseorang.


"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingati Allah...."
(Surah al-hadid,57: 16)


Sebak dan getaran hati melemahkan seluruh tubuh. Seraya berkata ia, "Demi Allah, inilah saat dan ketikanya hatiku tunduk patuh untuk mengingati-Mu." Bercucuran air matanya, kuat tangisannya, memohon ampunan dari ALLAH. Hati yang dahulunya keras kini menjadi lunak. Jiwa yang dahulunya memberontak keras kini patuh. Inilah kisah awal mulanya Fudhail kembali kepada ALLAH, menyerahkan sepenuhnya kepada ALLAH.


Friday, December 25, 2009

agar gelisah menjadi ibadah

  Pernahkah anda merasakan, apabila suatu ujian dan masalah yang anda hadapi telah anda selesaikan, maka masalah kedua datang bertandang. Ya, selesaikan satu masalah, dan masalah lain pula menyapa. Tenanglah dan jangan bersedih. Jangan berputus asa. 

  "Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar (155). (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun" (156)  Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk."(157) 
 (Al-BAqarah,2: 155~157) 


Nilailah musibah dan ujian dengan kesabaran. Selesaikan masalah satu persatu.Tergesa-gesa itu dari syaitan.



   Bila sesuatu musibah itu terjadi atas keinginan Allah, Dia akan sediakan pahala buat hamba-Nya yang bersabar menghadapinya.
Berlainan dengan musibah yang diri sendiri cuba undangkan ia. Contohnya, berdua-duaan hingga akhirnya berlaku zina, maka ia tetap dikira musibah. Tetapi musibah ini bukan memperoleh pahala. Ini bala'. 



   Bila datang musibah, hati yang tenang menjadi gundah, mula rasa gelisah. Bersabarlah, sesungguhnya orang-orang yang sabar beroleh kebaikan dan kemenangan. 




Orang kata, peria yang pahit tu kalau makan, boleh jadi ubat.
minum air asam merawat sakit tekak dan batuk. 




Tatkala bertandang musibah, 
hati tenang menjadi resah dan gelisah.
jangan biarkan akal waras hilang timbangannya,
jangan biarkan tercarik iman,
bersabarlah, 
sesungguhnya bersama kesusahan ada kesenangan, 
tangkaslah ingat dan kembali pada-Nya.
dengan mengingati Allah, 
hati kan menjadi tenang.. 
 ...supaya gelisah bernilai ibadah








Template Design | monera87