"Ya Allah, kurniakanlah ke atasku ketenangan, dan tetapkanlah pendirianku bersama-sama pendukung-pendukung kebenaran, dan tabahkanlah hatiku dengan mengingati Engkau, dan kurniakanlah akan daku keredhaan dengan perkara yang Engkau redhai"

Tuesday, June 23, 2009

23

Alhamdulillah, tamat menjawab soalan pekso tadi..

"Camna pekso?"

"Pekso? ooo... 'dia' sihat.."

teringat dialog dengan BiGbRo suatu ketika dahulu. Macam-macam. Ini gaya orang angau nak balik rumah. Angau? Jangan salah tafsiran pulak. 

Teringat malam kelmarin, ayah telefon.
Pagi sebelum tu, saya telefon ayah.  Seperti biasa, soalan ayah dapat ku agak dan agakan ku tepat sekali. [selalu-selalu lah teefon dan tanyakan khabar keluarga.. anda akan mampu menghafal skripnya. ('',)  ]

dan iniantara dialog tambahan,
"balik bila..?"
"23 ni, ayah.."
"betul la ayah cakap, 23.. mak kata 22.."

malam semalam, mak telefon. Ku sangka abang telefon, kerana paparan di skrin telefon menunjukkan BiGbRo telefon. Jawab telefon, aiikkk.. suara budak-budak. Si kembar. 

"Kak balik bila?"
"23 ni. awat?" terdengar suara si kembar beritahu mak. 'mak, kak kata 23..'

suara mak bagi salam. Seperti dapat di agak, soalan 'balik bila' pun sampai ke telinga ku.

"23, ni mak.."
"laa... mak ingat 22 ni."
"kalau balik 22, 'chek' tak amek periksa la nanti.."
mak ketawa.
"periksa bila? bukan 22 ka?"
"periksa pun 23 ni. petang."
"laa.. mak ingat  22.."
"22 tu kak ti periksa."

dialog yang seterusnya adalah dirahsiakan skripnya.

Begitulah, ibu bapa. 
Kasih mereka, adakala kita nampak. Tampak kita akan kasih mereka, itu baru berapa percent saja. Berapa banyak lagi %an yang kita sedar dan tak sedari. Sesungguhnya saya, anda, menyedari akan kasihnya mereka kepada kita. 

Jadi, hargai mereka di kala masih ada.
Jadilah anak yang benar-benar soleh dan solehah, di hadapan mereka dan di belakang mereka. Dalam pengetahuan mereka atau luar pengetahuan mereka. 

Moga kita menjadi anaksoleh/ah yang sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan mereka di dunia dan akhirat. Moga kita ini adalah saham yang baik buat mereka.

Mak, ayah, kepulangan saya ke rumah kali ini, saya akan jadi lebih baik. 

>>> Jadilah anak yang paling soleh dan muslih dalam keluarga

Sunday, June 21, 2009

Selamat Maju Jaya


Selamat maju jaya kepada semua sahabat-sahabat yang bakal menghadapi peperiksaan pada minggu ini. Kepada yang membaca, terbaca, dan yang tidak terbaca sekalipun, semoga ALLAH memberkati kita dan ilmu yang kita pelajari. 

Kita hamba, maka jadilah kita sebenar-benar hamba kepada-NYA... 

tulip putih


Alhamdulillah. Aku masih berkesempatan bernafas di kala terbit sinar mentari di pagi dhuha. Betap indah ciptaan Allah. Subhanallah.


Ramai orang berbicara bunga. Bunga itu juga antara ciptaan Allah, ciptaan begitu unik. Dalam banyak-banyak bunga, aku menyukai si tulip.

Dalam banyak-banyak tulip, aku menggemari tulip putih. Apatah lagi kuntuman bunga berwana putih, daun dan batangnya yang hijau. Subhanallah, comelnya... Mungkin kerana hijau dan putih itu warna kegemaran. Ya warna kegemaran. Ramai orang mengatakan aku punyai maksud tersirat disebalik warna kegemaran itu. Warna tetaplah warna.

Rasulullah s.a.w juga menggemari warna hijau dan putih.

Apatah lagi dalam Al-Qur'an juga ada menyebutkan hijau. 

"Mereka itulah (orang-orang yang) bagi mereka surga 'Adn, mengalir sungai-sungai di bawahnya; dalam surga itu mereka dihiasi dengan gelang mas dan mereka memakai pakaian hijau dari sutera halus dan sutera tebal, sedang mereka duduk sambil bersandar di atas dipan-dipan yang indah. Itulah pahala yang sebaik-baiknya, dan tempat istirahat yang indah;" (18:31)

 Apakah kamu tiada melihat, bahwasanya Allah menurunkan air dari langit, lalu jadilah bumi itu hijau? Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui. (22:63)

Kedua syurga itu (kelihatan) hijau tua warnanya. (55:64)

Mereka bertelekan pada bantal-bantal yang hijau dan permadani-permadani yang indah. (55:76)

Banyak hijau. Putih juga banyak. 

Sesekali terlihat dan melihat bunga berwarna putih, yang daunnya hijau.. mengingatkanku akan sesuatu. (sesuatu apa?)


Saturday, June 20, 2009

WABAK SEPANJANG JALAN


1) AL-FUTUR 
Pengertian(bahasa) : -terputus atau terhenti sesudah berjalan, atau diam sesudah bergerak -malas, menangguh, melengah-lengah sesudah bergerak aktif dan bersungguh-sungguh Pengertian (istilah) : tahap yang paling rendah ialah malas,menangguh-nangguh,melengah-lengahkan dan yang paling tinggi ialah berhenti terus atau diam sesudahbergerak cergas secara berterusan. 

2) AL-ISRAF(PEMBOROSAN) 
Pengertian(bahasa) : - apa yang dibelanjakan bukan untuk ketaatan kepada Allah -Pembaziran atau tindakan yang melampaaui batas pengertian (istilah) –perbuatan yang melampaui batas keserderhanaan, samada dalam perkara makanan,minuman, pakaian , tempat tinggal, dan seumpamanya,yang merupakan naluri yang tersembunyi dalam diri manusia. 

3) AL-ISTI’JAL(GOPOH /TERBURU-BURU) 
Pengertian(bahasa) :- mendesak, minta di segerakan terburu-buru atau laju. Dalam istilah pendakwah : -keinginan untuk mengubah reality penghidupan masa kini dalam sekelip mata atau kurang dari sekelip mata tanpa menilai tentang kesan buruk yang akan berlaku disamping tidak memahami suasana persekitaran yang melingkungi mereka. 

4) AL-UZLAH(MEMENCILKAN DIRI) 
Pengertian (bahasa) : - menjauhkan atau menyisihkan. Menurut kamus lisan al arab-meminggir sesuatu atau mengetepikan maka dipinggirkan ia. Istilah pendakwah : -mengutamakan penghidupan secara berseorangan dengan meninggalkan penghidupan secara berjamaah. Cara yang demikian menjadikan seorang amilin merasai sudah cukup untuknya mendirikan Islam dalam dirinya sendiri, tanpa memperdulikan orang lain, sekalipun orang lain menghadapi kebinasaan atau kehilangan, atau seseorang itu cuba menegakkan Islam dalam dirinya sendiri. Kemudian secara berseorangan, ia berusaha sedaya upaya menegakkannya dikalangan orang ramai tanpa meminta pertolongan dan sokongan para amilin lain yang sama-sama berada di medan perjuangan. 

5) AL-I’JAB BIL NAFSI(TERPESONA DENGAN DIRI SENDIRI) 
Pengertian (bahasa) :- Gembira dan berharapan baik -Rasa besar dan membesarkan Istilah :- Suatu kegembiraan degan diri sendiri, hasil dari apa yang dilakukannya sama ada perkataan atau perbuatan tanpa menyinggung orang lain, tanpa mengambil kira perbuatan dan perkataan tadi baik atau buruk, terpuji atau terkeji. 

6) AL-GHURUR (TERTIPU DENGAN DIRI SENDIRI) 
Pengertian(bahasa) :-penipuan sama ada kepada diri sendiri atau kepada orang lain - seseorang yang tertipu dengan kebendaan dunia Istilah: -kekaguman seorang amilin dengan diri sendiri sehingga mengdorongnya ke tahap menghina dan memperkecil-kecilkan setiap apa yang diusahakan oleh orang lain yang menyerupai apa yang ia sedang lakukan. Sungguhpun demikian, sikapnya itu tidaklah sampai ke tahap memperlekehkan peribadi saingannya atau merendah-rendahkan peribadi mereka.

7) AL-TAKABBUR 
Pengertian (bahasa) :-menonjolkan kebesaran dan kesombongan -kebesaran dan kesombongan istilah : -seseorang amil itu menonjolkan kebesaran ke atas dirinya dalam bentuk menghina orang lain dan memperlekehkan kewibawaan mereka. 
Sebab-sebab Berlakunya :
1) Suasana membesar 
2) Tidak memahami fitrah diri
3) Berdampingan dengan orang yang salah (sesat, tidak berjiwa besar, tidak berakhlak) 
4) Tidak berpijak di alam nyata(too optimistic) 
5) Semangat yang membara 
6) Runtunan nafsu 
7) Tidak muhasabah diri dengan baik 
8) Tidak memahami ilmu dengan tepat 
9) Terlampau merendah diri 
10) Terlampau yakin dengan diri sendiri. 


(DR. AL SYED MUHAMMAD NOH) 

menongkah arus

 

Kampung Selebar Benang aman. Aman dan sunyi sepi. Bagusnya, suasana aman begini. Tenteram. Namun, masyarakat begitu asyik dengan kerja sendiri. Masing-masing dengan hal sendiri. Tetapi keadaan tetap aman dan terkawal. Anak-anak kecil bermain petang, penuh tawa riang. Ada bermain upih, pondok-pondok, dan sebagainya. Manakala anak-anak muda remaja pula bermain sesama keluarga mereka sahaja. Anak lelaki bermain guli, menangkap ikan, bermain layang. Anak-anak perempuan bermain batu seremban, congkak, bersiar-siar dan berbual. Harmoni juga biarpun pergaulan hanya dalam lingkungan keluarga mereka sahaja. Tiada percampuran. Ya. Masing-masing dengan hal masing-masing. Tiada pergaulan bebas, tiada peperangan, apatah lagi kecurian, dan rompakan. Rekod bersih. Tahniah warga Selebar Benang.

Berita pagi itu memberi khabaran, bahawa kenaikan minyak kira-kira dua hari esoknya akan beroperasi. Penduduk Selebar Benang tetap tenang. Tidak mengapa. Asalkan ikut arus, segalanya tetap harmoni. Pak Ketua merasa senang dengan respon penduduk. Baik benar anak buahnya. Tiada rungutan, tiada sungutan.

Seminggu selepas kenaikan, penduduk masih seperti sediakala. Cuma si bapa semakin kerap pulang ke rumah larut malam. Mencari nafkah menampung hidup. Anak-anak sudah diulit mimpi. Maka bertemu mata antara mereka hanyalah di kala sarapan pagi. Itu pun jika bapa keluar agak lewat ke kantornya.

Begitu pun, penduduk masih akur dengan tindakan atasannya.

Hinggalah suatu masa, anak-anak kecil merengek kelaparan. Anak-anak kecil merengek merindukan si bapa. Kenapa bapa sering tiada. Anak-anak remaja mula bosan ditinggalkan bersendirian. Rumah yang ceria kini bertukar rupa. Anak remaja mula kekosongan, lalu berkeliaran di kota raya.

Penduduk Selebar Benang perasan akan keadaan itu. Yang kaya menjadi sederhana. Yang sederhana kian miskin. Yang miskin terus miskin.

Kecurian pula mula menapak. Kerana ingin menyambung hayat diri dan keluarga. Kes sosial mula menular. Hijrah kota raya masuk ke kawasan pendudukan sebegitu. Jiran-jiran sering bertingkah.
Hudzaifah termenung dan memikirkan..Jadi salah siapa sebenarnya? Bukan mereka yang menginginkan kekeruhan. Bukan jua mereka yang inginkan ketohoran. Bukan dia ingin menyalahkan siapa. Tetapi gara-gara siapa puncanya? Ini padahnya mengikut arus tanpa menilai ketelusannya. Getusnya. Bukanlah salah menongkah arus kerana mencari yang terbaik untuk kehidupan disini dan sana.

Thursday, June 18, 2009

borang

~

Perlahan-lahan laci meja ditarik. 
Dia melihat borang muhasabah. Kosong. Sudah lama tidak ditatap boring muhasabah. Tiada satupun dari senarai itu ditanda. 
Pengisian, solat berjemaah, pembacaan buku, solat dhuha, solat solat tahajjud, istikharah, hajat, taubat, baca al-qur’an, solat sunat rawatib dan segala jenis ibadah nawafil lain dia tidak menandakannya. Apa aku sudah buat selama ini? Aku terlupa tanda? Tidak, hakikatnya bukan masalah tanda atau tidak. Tapi menjadi masalah bila aku tidak melakukan hatta sebahagian dari senarai itu. Sibuknya aku. Hinggakan tidak sempat sediakan ruang masa eksklusif bersama Allah !

-

”Kenapa perlu borang-borang ni? Alah, birokrasi banyak betul la akak ni..”
Aku tersengih melemparkan kata-kata tersebut.
Kak Fathma tersenyum tenang.
”iye? Tapi kalau Dhiya’ nak improve ke arah sesuatu yang lebih mencabar lagi baik, untuk step permulaan, elok juga borang ni.”
”hmmphh..” satu keluhan keluar dari mulutku. Alah, borang je pun. Kalau orang nampak, mesti dia cakap riak. Saje nak menunjuk.
”Dhiya’ bimbang? Tak mengapa, akak takkan check. Dhiya’ sendiri. Itu pun kalu dhiya mahu. Apapun, akak tinggalkan pada dhiya’ ye..”
Kak Fathma beredar meninggalkan aku yang belum berpuas hati.

-

Tenang Aishah menyudahi bacaan kalamullah. Seusai meletakkan kitab suci itu ditempat bersih dan tersusun, dia bergegas ke meja belajar, menulis sesuatu. 

Aku yang sedari tadi menjadi pemerhati setia mendekatinya.
”Syah buat apa?”
”Tak de apa pun. Saje tulis-tulis.”
Aku melihat kertas di atas meja dengan anak mataku.
Tersentak. Hatiku disentap-sentap.

”Syah selalu catatkan ye?”
Aishah senyum. Tenang bersahaja raut wajahnya.

”Shah tahu, malaikat kiri kana sentiasa mencatat amalan kita untuk beri report kepada Allah. Bukan bermaksud Allah tak mampu melihat para hamba-Nya. Tapi itulah kekuasaan dan kemegahanNya selaku Pencipta. Dia berhak dan berkuasa atas segala sesuatu.”

Suka dia mendengar Aishah berbicara. 

”Shah belum jawab soalan saya..?”
“muqaddimah baru.” Dia ketawa kecil. Dhiya’ tersengih. Ade hati kenekan aku.

Hatinya berbunga juga. Sahabatnya boleh di bawa bergurau dan berbincang.

”Saya, sedikit saja saya catatkan.Untuk saya check diri saya. Sedikit benar masa saya peruntukkan bersama Allah.”

”Tapi, bukan ke apa saja kita lakukan, kita merasakan Allah bersama kita? Itu pun masa kita bersama Allah, kan?”

”Betul. Tapi juga, adakala kita alpa. Allah memerhati dan bersama kita, tapi adakala saya terlupa Allah itu sentiasa perhatikan dan bersama kita..” 
Aku termagu. 
”Allah memerhati kita sepanjang masa. Dia sayang hamba-Nya. Jadi, saya pun memupuk sayang dan cinta saya kepada Allah. Bukankah kekasih hati itu sering ingin masa yang ekslusif berdua bersama kekasih hatinya?”
Diam.

Ada benarnya. Tetapi manusia sekarang lebih fokuskan cinta hatinya kepada dunia. Bahkan, tiada usaha mendekati Allah. Aku juga. Berbicara tentang Islam dan perjuangan. Dakwah dan tarbiyah. Akhlaq dan moral. Pemerintahan dan penguasaan. Ekonomi dan sosial. Pendidikan dan kesihatan. Kehormatan dan kemuliaan. Isu semasa dan sebagainya. Tetapi langkahku berjinak dan menyediakan waktu bersama Allah secara terus melalui ibadah malam tidak berganjak. Aku berfikir, pernahkah aku berusaha? Pernahkah aku meminta Aishah sama-sama kejutkan aku untuk solat malam bersamanya? Aku tiada usaha. Kalaupun dikejutkan, aku memejam kembali mata. Penat dan mengantuk. Penat di siang harinya kerana banyak bekerja. Gerak kerja memerlukan ramai orang untuk memikul dan menggalasnya. Tapi sekarang masih sedikit. Jadi aku penat bekerja. Malamnya tidurku begitu lena, hingga dikejutkan, aku tiadalah upaya. Malunya aku. Aku belum cukup persiapan. Hatiku lirih.

”shah.. saya penah diberi borang muhasabah.” ujarku perlahan.
Aishah memerhatiku. Wajahnya menunjukkan minat mendengar. Aku mengambil borang muhasabah yang diusik dua hari lalu. Malu dia menunjukkan kepada Aishah.

”Bagusnya. Lagi sistematik susun aturnya, kan? Untungnya awak.”
”Tiada untungnya kalau tiada apa-apa yang dibuat jika kita tiada usaha lakukan, kan?”
Aishah diam. Dia dapat membaca apa yang bermain difikiran sahabatnya. Diamnya seketika seketika, seraya berkata. 

”Ramai orang bermula dari kosong. Selepas kosong, matematiknya, jika kosong ditambah satu, maka jadi ia satu, kan? Ditambah lagi, meningkat lagi. Sama juga dengan botol kosong, jika diisi air mutlak, penuh ada lah air tu dalam botol. 
pepatah arab cakap, awwalu-shshajaratiNnawah - pangkal dari pohon kayu adalah dari tunas yang kecil. Tidak mengapa, semalam adalah semalam. biarkan ia berlalu dan ambil iktibar darinya.Hari ini jadikan ia lebih baik dari semalam. Esok dan seterusnya jauh lebih baik. Dhiya’, saya tak mampu lakukan semua itu.” 

”Tapi...”
”Kalau tak boleh semua, jangan tinggalkan semua..”
Serentak aku dan Aishah mengungkapkannya. Kami tersenyum dan ketawa kecil.

Benarlah, sahabat yang baik membawa kita kepada mengingati Allah Cukup kita melihat dia, kita ingat kepada Allah, ingat untuk mendekatkan diri kita kepada Allah. 

”Aishah, tolong kejutkan saya ye. Jangan tinggalkan saya sorang-sorang. Saya tahu buat masa sekarang, saya tak konsisten. Tapi, apa salahnya paksa diri untuk perkara yang baik, kan?”
Aishah mengangguk.

Aku memerhati borang muhasabah sekali lagi. Kali ini biar ia di conteng dengan garisan-garisan kecil. Ini juga jadi pembakar semangat untuk lebih teruja mendekatkan diri kepada Rabbul Jaliil.

Buat bekalan dirinya juga semua itu. Terima kasih sahabat..

~


silibus

Hujan lebat. Kilat menyambar. Guruh berdentum kuat.
Lain-lain sudah ketiduran. Tetapi kantuk belum datang. Saya meneruskan study.

Rasa macam dah tepu buat masa sekarang, terlintas pula usrah. Teringat kata-kata Almarhum Ust Fadhil Noor dulu.  
"jangan biarkan sehari dalam hidupmu berlalu tanpa memikirkan tentang islam"

Mak ayah rajin benar bawa abang, kakak dan saya dengar ceramah beliau dan seangkatannya. 

Saya meneruskan menaip.  Teringat silibus usrah. 

Silibus usrah.

Silibus usrah ini boleh dikatakan sebagai maudhu'. Bahan dalam topik perbincangan. 

ia rukun dakwah ketiga.

1- da'ie

2- mad'u

3-maudhu'

jadi, ia juga penting, sebagai guide line.. sebagai bahan bacaan dan persediaan.. membawa kearah pemerkasaan nuqaba'.

Nuqaba' terlalu bergantung kepada teks silibus, menyebabkan mad'u kurang thiqah, kurang percaya kepada naqib/ah?
Lalu, teks usrah perlu dibakar agar nuqaba' tidak membawa teks usrah?

Saya berkata, tidak.Jangan lah bakar. Nak bawa, bawalah. Kita manusia. Tiada masalah. Nak bawa buku rujukan banyak pun tidak mengapa. Bawalah. Tapi, sebelum di bawa, sebelum hadiri usrah, pastikan siap study topik yang bakal diperbincangkan. 

Kurang persediaan dari naqib/ah sendiri yang menyebabkan ketidak percayaan.. Bukan kerana naqib/ah bawa teks usrah. Saya kata, nak bawa, bawalah. Tak nak bawa, tak payah lah bawa. Jangan susah-susah. Buatlah apa yang kita yakini benar, selagi tak langgar syariat. Tapi pastikan, buat homework dululah.



Nak promote barangan niaga yang kualiti tinggi, tapi tak prepare, secanggih dan sekualiti mana pun barang tu, kalau cara promote lintang pukang, maka orang tak terbeli barang tu. Sebab? sebab promoter tak buat preparation atau kurang persediaan untuk promotion.

Apatah lagi kita nak promote Islam, nak orang lain sama-sama menghayati dan mengamalkan Islam secara keseluruhannya. Kena ada..? Kena ada persediaan yang baik..    

Saya membebel di pagi hari dalam blog. Nak membebel pada orang, semua dah tidur. Mood study sudah datang kembali. Selamat belajar, selamat buat homework, selamat berqiamullail. Semoga ALLAH memelihara dan merahmati kita semua. 

Berusahalah, semoga kita tergolong dalam golongan yang berusaha ke arah kemenangan ISLAM.

Jangan kita jadi orang-orang yang hanya ingin melihat kemenangan Islam. Mengambil manfaat hanya bila menang, tetapi semasa orang berusaha kearah kemenangan, kita dok mano...? Umpama 'kacau bubur asyura'. Orang lain sibuk kacau, kita goyang kaki  menunggu siap masak. Bila dah masak, kita yoya-yoya mengerumuni bubur asyura.

Islam dah naik dah. cumanya kita dok mano masa orang kijo untuk Islam? -titm

Wednesday, June 17, 2009

Siapa pula?


Siapakah orang yang sombong? 
Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang kuat? 

Orang yang kuat ialah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia dalam kemarahan.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Quran, Hadis dan cerita-cerita kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat. 

Siapakah orang yang dungu otaknya?
Orang yang dungu otaknya ialah orang yang tidak mahu melakukan ibadat tetapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang lemah?
Orang yang lemah ialah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tetapi tidak sedikitpun menunjukkan kebencian di dalam hatinya akan kemunkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut ialah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s.a.w.

Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Quran dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang diberi nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata “Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.” Lalu sambil berkata, “Ya Rabbi, Aku redha dengan ketentuanMu ini”, sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang menangis air mata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir air matanya.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada sebaliknya sentiasa menumpuk-numpukkan hartanya.

Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai ialah orang yang bersiap-siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi.

Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh ialah orang yang beria-ia berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkah akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang sentiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu ialah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan seseorang meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi ialah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu ditipu ialah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik ialah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yg paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas ialah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan. Kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yg mempunyai rumah yang sempit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit ialah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya akan menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal ialah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

sibuk

Sebagai pelajar, kita tak dapat lari dari banyaknya assingment, projek, menguruskan program, aktiviti kelab, dan masa yang ada juga kita keluar bersosial dengan masyarakat.
Penyibuk pun, sibuk jugak. Maka semua itu dikira sebagai sibuk. Buzy. Tapi, sibuk itu boleh diringankan dengan bantuan sanak saudara, atau sahabat-sahabat, atau jiran terdekat, atau mana-mana masyarakat.

Terkadang, kerana kesibukan yang kita alami dan lalui menjadi suatu lumrah dalam hidup.Sebati dengan jiwa raga, ringan mulut mengungkapnya. Hinggakan, jika berada dalam situasi yang tidaklah sesibuk mana pun, ungkapan ”buzy” tu tetaplah menjadi kegemaran, apatah lagi apabila diajak untuk melakukan kebaikan atau lebih mudah difahami, apabila dijemput ke program ilmiah, majlis-majlis ilmu, apa sahaja program. Sibuk.

-
”Amin, jom kita pergi dengar ceramah malam esok?”
”aku tak dapat la, Pian. Banyak kerja. Lusa nak kena hantar.”

”ok, kau buat kerja dulu. Ha’ah, Amin. Hujung minggu ni ada program bla..bla..blaa...jom join. Bla..bla..bla...”
”aku tak macam kau. Kau boleh la gi sana-sini. Aku sibuk.”

”Kau sibuk apa, Amin?”
”Aku sibuk, kau penyibuk..”

-Tamat episod tambahan. Huh?-
-

Mendengarkan bait-bait kuliah TITM, saya tertarik dengan kata-kata beliau. Rupa-rupanya kita belum sibuk sebenarnya. ea?

Kita sekarang tidaklah sesibuk mana. Anda siapapun, belum mencapai tahap kesibukan sebenar.
Anda PM? Masih ada orang boleh bantu.TPM boleh bantu. Ramai lagi boleh bantu. 

'Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s. '

Anda MB? Ada exco-exco negeri yang tidak korupsi akan membantu anda. Masih ada lagi.
Anda Presiden bagi badan-badan pelajar? Mereka yang berada dalam organisasi kepimpinan juga dapat membantu anda.
Apa saja.
Anda pelajar? Banyak assingment nak kena siapkan, tak tahu buat, tak cukup masa.. Anda punyai rakan-rakan, sahabat-sahabat membantu anda. Anda boleh minta tolong.
Apatah lagi anda seorang anak. Sekiranya anda masih punyai ibu bapa, maka mereka lah orang pertama akan menyedari anda kesibukan menguruskan hidup anda, dan merekalah orang pertama menghulurkan bantuan dan berperasaan bila anda punyai masalah.

Maka, kita masih punyai orang-orang yang akan membantu meringankan kesibukan kita.

Sibuk :
1- sibuk yang tidak boleh dielakkan – menghadapi sakaratil maut
2- sibuk yang di atas dunia -mengumpul harta, mengejar pangkat.....
Jadi, kita bukanlah berada dalam kesibukan sebenar.

Kerana kesibukan sebenar,
Apabila datangnya kesibukan sebenar, kita tidak mampu lagi bersua dengan sahabat-sahabat, apatah lagi masyarakat.
Sibuknya kita dengan urusan kita,
Hinggakan yang terdekat juga tidak mampu membantu megurangi apatah lagi mengatasi kesibukan kita.
Bukan, bukan buat-buat sibuk..
Tapi ketika itu adalah kesibukan sebenar.
Saat Izrael bertemu dengan kita.

-
Ketika Rasulullah sedang sakit, nazak, para sahabat bertemu ’Aa’isyah bertanyakan keadaan Rasulullah s.a.w,
”Bagaimanakah keadaan Rasulullah sekarang?”
”Rasulullah sedang sibuk dengan diri dia. Orang lain tak boleh tolong.”
”Sibuk apa?”
”Sibuk menghadapi sakaratil maut.”
-

Sementara hayat masih ada, manfaatkan lah masa yang ada sebaiknya.
Sementara masih ada kelapangan, carilah bekalan untuk kehidupan di akhirat.

”berkerjalah untuk urusan duniamu seakan-akan kamu akan hidup selamanya, dan beramallah untuk akhiratmu seakan-akan kamu akan mati esok hari.”

Fastabiqul khairat!

Tuesday, June 16, 2009

91~99

91.  AD-DHOORRU - (The Distresser The Creator of the Harmful. He who creates things that cause pain and injury.)

Yaa Dhoorru la tushib dhorroka wadhorro man yadhurru 'alainaa 

Ya Tuhan Yang Maha Memberi Bahaya, jangan timpakan kepada kami bahaya-Mu dan bahaya orang yang akan membahayakan kami. 


92.  AN-NAAFI'U -(The Creator of Good. He who creates things that yields advantages and benefit.)

Yaa Naafi'u infa' lanaa maa 'allamtanaa wamaa rozaqtanaa 

Ya Tuhan Yang Maha Membri Manfaat, berikan kemanfaatan atas apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami dan kemanfaatan rizki yang Engkau berikan kepada kami. 


93. AN-NUUR -(The Light. He who gives light to all the worlds, who illuminates the faces, minds and hearts of His servants.)

Yaa Nuuru nawwir quluubanaa bihidaayatika 

Ya Tuhan Yang Maha Bercahaya, sinarilah kami dengan petunjukmu. 


94.  AL-HAADI - (The Guide. He who provides guidance)

Yaa Haadii ihdinash shirothol mustaqim. 

Ya Tuhan Yang Maha Memberi Petunjuk, tunjukkanlah kepada kami jalan yang lurus. 


95. AL-BADII'U - (The Incomparable. He who is without model or match, and who brings into being worlds of amazing wonder.)

Yaa Badii'u ibda' lanaa hayatan badii'ah 

Ya Tuhan Yang Maha Pencipta Keindahan, ciptakanlah kepada kami kehidupan yang indah. 


96. AL-BAAQII - (The Everlasting One. Eternal (in the future))

Yaa Baaqii abqi ni'matakal latii an'amta 'alainaa
Ya Tuhan Yang Maha Kekal, kekalkanlah nikmat yang telah Engkau berikan kepada kami. 


97. AL-WAARITSU -(The Inheritor of All. He who is the Real Owner of all riches.)

Yaa Waaritsu ij'alnaa min waratsati jannatin na'iim. 

Ya Tuhan Yang Maha Pewaris, jadikanlah kami orang yang akan mewarisi syurga kenikmatan. 


98. AR-RAASHID -(The Righteous Teacher. He who moves all things in accordance with His eternal plan, bringing them without error and with order and wisdom to their ultimate destiny (Unerring))

Yaa Rasyiidu alhimna rusydaka waahyinaa raasyidiin

Ya Tuhan Yang Maha Cendekiawan, limpahkanlah kecendekiawaan-Mu dan hidupkanlah kami sebagai orang-orang cendekia. 


99. AS-SOBUUR - (The Patient One. He who is characterized by infinite patience.)

Yaa Shabuuru ij'alnaa shaabiriina 

Ya Tuhan Yang Maha Penyabar, jadikanlah kami orang-orang yang selalu bersabar.

81~90

81.  AL-'AFUWW - (The Pardoner. He who pardons all who sincerely repents.)

Yaa afuwwu fa'fu annaa khothooyaanaa
 
Ya Tuhan Yang Maha Memaafkan , maafkanlah semua kesalahan kami 


82. Ar-Ra'uuf - (The Kind. He who is very compassionate (Indulgent).)

Ya rouufu anzil alainaa ro'fataka 

Ya Tuhan Yang Maha Pengasih, turunkanlah kepada kami kasih/kelembutan-Mu 


83.  AL-MAALIKIL MULK - (The Owner of All. The King of the Kingdom.)

Yaa Maalikal mulki aati mulkaka man tasyaa-u minnaa 

Ya Tuhan Yang Memiliki Kerajaan/Kekuasaan, berikan kerajaan/kekuasaan-Mu kepada siapa yang Engkau kehendaki dari kami. 


84. AL-MUNTAQIIM -(The Avenger. He who justly inflicts upon wrongdoers the punishment they deserve.)

Yaa Muntaqimu laa tantaqim 'alaina bidzunuubinaa 

Ya Tuhan Yang Maha Menyiksa, janganlah kami disiksa lantaran dosa-dosa kami. 


85. ZAL-JALALI-WAL-IKRAM . (The Lord of Majesty and Bounty. He who possesses both greatness and gracious magnanimity.)

Yaa dzal jalaali wal ikroom akrimnaa bil ijlaali wattaqwaa 

Ya Tuhan Yang Mempunyai Keagungan dan Kemuliaan, muliakanlah kami dengan keagungan dan ketaqwaan. 


86. AL-MUQSITHU -(The Equitable One. He who does everything with proper balance and harmony.)

Yaa Muqsithu tsabbit lanaa qisthon wazil 'anna zhulman 

Ya Tuhan Yang Maha Mengadili, tetapkanlah kepada kami keadilan dan hilangkan dari kami kezaliman. 


87. AL-JAAMI' - (The Gatherer. He who brings together what He wills, when He wills, where He wills.)

Yaa Jaami'u ijma'naa ma'ash shoolihiin. 

Ya Tuhan Yang Maha Mengumpulkan, kumpulkanlah kami bersama orang-orang yang sholeh. 


88. AL-GHANI - (The Rich one. He who is infinitely rich and completely Independent.)

Yaa Ghoniyyu aghninaa bihalaalika 'an haroomik 

Ya Tuhan Yang Maha Kaya, berikanlah kepada kami kekayaan yang halal dan jauh dari keharaman. 


89. AL-MUGHNII - (The Enricher. The Sufficer)

Yaa Munghnii bini'matika aghninaa 

Ya Tuhan Yang Maha Memberi Kekayaan, dengan nikmat-Mu berikanlah kami kekayaan. 


90. AL-MAANI' -(The Preventer of Harm. The Withholder)

Yaa Maani'u imna' daairotas suu-i taduuru 'alainaa. 

Ya Tuhan Yang Maha Menolak, tolaklah putaran kejahatan yang mengancam kami. 

Monday, June 15, 2009

Huurrun 'aiin

Diriwayatkan bahawa Ummu Salamah r.a pernah bertanya kepada baginda Nabi s.a.w. ”Ya Rasulullah, jelaskan kepadaku Hurrun ’iin?” 

Jawab Nabi s.a.w, 
Huur sangat jelas putih dan hitam serta bulat matanya. Bahkan bulu matanya bagaikan sayap burung. Sedangkan ’iin adalah mata yang besar dan berwarna putih kemerah-merahan.”

Lalu aku (Ummu Salamah) bertanya lagi: 
”Ceritakan kepadaku tentang ayat, ’Di dalam syurga itu ada bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik?-(ArRahman:70)’ ” 

Nabi s.a.w menjawab,
”yakni baik akhlaq dan cantik rupa.”

Aku bertanya lagi,
”Bagaimanakah tentang ayat, ’seakan-akan mereka adalah telur (burung unta) yang tersimpan dengan baik-(Ash-shaaffat,37:49)’ ”

Nabi s.a.w menjawab,
”kelembutan mereka seperti lembutnya selaput di dalam telur yang melekat di kulit luarnya.”

Aku berkata lagi,
”jelaskan kepadaku tentang ayat ’penuh cinta lagi sebaya umurnya – (al-waaqi’ah, 56: 37)’ ”

Nabi s.a.w. menjawab,
”mereka yang meninggal dalam usia tua akan kembali terang penglihatannya, ALLAH SWT menjadikan mereka sebagai dara-dara jelita yang penuh rasa cinta dengan umur yang sebaya.”

Aku bertanya lagi, 
"Ya Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli?"

Baginda menjawab, 
"Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari yang bermata jeli (huurrun ’ain), seperti kelebihan apa yang tampak daripada apa yang tidak nampak."

Aku bertanya, 
"Kenapa wanita dunia lebih utama daripada mereka?"

Baginda menjawab, 
Kerana solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuning-kuningan, sanggulnya mutiara, dan sisirnya diperbuat daripada emas. Mereka berkata, "Kami hidup dan tidak mati, kami lemah-lembut dan tidak jahat sama sekali, kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali, kami redha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya."

Aku berkata, 
"Ya Rasulullah, salah seorang di antara kami pernah menikah dengan dua, tiga atau empat laki-laki lalu dia meninggal dunia. Dia masuk syurga dan mereka masuk syurga pula. Siapakah di antara laki-laki itu yang akan menjadi suaminya di syurga?" 

Baginda menjawab, 
"Wahai Ummu Salamah, wanita itu disuruh memilih, lalu ia pun memilih siapa di antara mereka yang akhlaqnya paling bagus, lalu ia berkata, 'Wahai Tuhanku, sesungguhnya laki-laki inilah yang paling baik akhlaknya tatkala hidup bersamaku di dunia. Maka, nikahkanlah aku dengannya.' Wahai Ummu Salamah, akhlak yang baik itu akan pergi membawa dua kebaikan, dunia dan akhirat."

(HR ath-Tabrani)


Begitu antara ciri-ciri bidadari.

Duhai muslimah,

berusaha dan peliharalah pandanganmu, pergaulanmu, langkahmu, lakumu...

kerana saya juga muslimah, lantaran itu saya menyeru, 

agar kita sama-sama berusaha memelihara kehormatan diri, memelihara agama dalam diri.. 

MUSLIMAH,

anda mampu lakukan yang terbaik untk kehidupan yang terbaik, bukan sekadar di dunia, bahkan lebih besar, kehidupan di akhirat kelak. 

Bukankah kita merindui Rasulullah s.a.w? Bukan kah kita mencintai ALLAH dan Rasul?

Orang yang mencintai sesuatu akan melakukan apa sahaja perkara yang disukai oleh para kecintaannya. Lalu, buatlah apa yang membuatkan ALLAH redha dengan kita... 

Sekali tersalah langkah, ingatlah, DIA Maha Pengampun..

Melakukan kesilapan dengan sengaja meski tahu ALLAH tidak suka, atau berulang kali melakukan kesilapan yang serupa, ketahuilah, itu sengaja menempah murka ALLAH. 

Sesungguhnya ALLAH itu Maha Pengampun, Pengasih, Penyayang...

Sunday, June 14, 2009

Manhaj Haraki

Manhaj itu sistem, haraki pula, gerakan.

Manhaj haraki merupakan langkah-langkah yang jelas lagi terang sebagaimana yang telah dipelopori oleh baginda Rasulullah s.a.w sejak baginda di utuskan, sehinggalah baginda wafat. 

Kenapa perlu ikuti manhaj haraki mengikut sirah nabawi yang berlaku secara berperingkat?

Kita dikehendaki menyusuri dan mengikuti peringkat gerakan ini selangkah demi selangkah agar suatu gerak kerja tersusun dan jelas. Lalu, mengikuti perjalanan gerakan islam, maka perlunya kita mencontohi dan meneladani langkah-langkah yang telah digerakkan oleh Rasulullah s.a.w.

Firman Allah swt dalam surah al-Ahzab, ayat ke 21 (33:21) ;

Dalam usaha mencari mardhatillah (keredhaan Allah),  maka mengikuti langkah-langkah yang ditunjuki oleh Rasulullah adalah satu usaha yang tidak akan sia-sia, insha'Allah. Kerana kita mempercayai bahawasanya manhaj haraki ini manhaj ketuhanan (rabbaniyah). Allah teguhkan utusan-Nya dalam melaksanakan langkah-langkah ini, dan kita sedari bahawa ianya bukanlah lahir dari tindak balas dari keadaan semasa yang dihadapi. Semua ini adalah aturan dan rencana Allah. 

Langkah-langkah dan tahapan melalui sirah ini dibahagikan kepada 5 peringkat, iaitu:


1. Dakwah dan stratergi secara rahsia.
pada peringkat ini, dakwah dilakukan berdasarkan pemilihan, iaitu pada golongan kerabat terdekat, pemilihan  berdasarkan keupayaan pendakwah  atas kebiasaan mad'u. Penyahut seruan dakwah yang paling utama dan terawal adalah insan yang paling dekat dengan baginda, seorang isteri yang mulia lagi setia, iaitu Saidatina Khadijah r.a (dari kalangan wanita pertama di bumi yang beriman ketika itu), diikuti oleh Abu Bakar as-siddiq, 'Ali bin Abi Talib kwj dan Zaid bin Harithah.
Peringkat ini bermula dari turunnya wahyu kepada baginda Nabi Muhammad s.a.w, sehingga sampai ke firman Allah swt, 


2. Dakwah secara terbuka dan stratergi secara rahsia;
yang mana pada peringkat ini, ia tamat pada tahun ke-10 kerasulan.
Sebagaimana Rasulullah berdiri di Bukit Safa dan menyeru kepada kaum Quraisy, secara terang-terangan, menyeru kepada mentauhidkan Allah serta beriman dengan risalahnya dan beriman kepada hari akhirat. Ini salah satu kaedah dalam berdakwah. Sebagaimana sekarang menggunakan konsep ceramah, forum, debat, dan sebagainya. 

3. menegakkan negara; 
Usaha di peringkat ini termasuklah pemergian Rasulullah ke Thaif, untuk mendakwahkan Banu Thaif kepada Islam dan mencari perlindungan dan sokongan dari mereka sebagaimana disebutkan oleh Ibnu Ishak, ".. kepada mereka Rasulullah menjelaskan bahawa kedatangannya adalah untuk mencari sokongan dalam menyebarkan Islam dan menghadapi kaumnya yang telah menentangnya.  (sementelah, Rasulullah mencari sokongan dari mereka yang  belum beriman menghadapi kaumnya yang menentang seruan kepada Islam, maka apa salahnya kerjasama Muslim dengan non-Muslim di negara kita? maka tiadalah salahnya berlaku pakatan sedemikian rupa, kerana ia lebih kepada membawa maslahah untuk agama sendiri.)
peringkat ini tamat pada permulaan tahun pertama hijrah.

4. Negara dan Penetapan ketuanya. mengasaskan negara;
tamat dengan termeterainya perjanjian hudaibiyyah.

5. Menyebarkan dakwah di muka bumi.
terhenti dengan wafatnya Rasulullah s.a.w. 

Setelah tamatnya setiap peringkat, maka bermulalah pula peringkat yang berikutnya dari penyambung mata rantai-mata rantai perjuangan risalah Rasulullah. Dan kita bermula pada peringkat pertama. Sebagaimana jatuhnya khilafah Islamiyah pada tahun 1924 (3 Mac 1924M). Dan kesinambungan perjuangan penyebaran risalah rasul diteruskan oleh As-syahid Imam Hasan al-Banna, yang mana beliau memulakan sebagaimana peringkat pertama yang telah dilakukan dalam manhaj sirah; dakwah dan stratergi secara rahsia. 

dan sekarang kita pula dari pelbagai peringkat, langkah dan tahap kita di peringkat mana..?


maraji' :
al-manhaj al-haraki lil siraatunnabawi

Saturday, June 13, 2009

71~80

71. AL-MUQADDIM - (The Expediter. He who brings forward whatever He wills (Forewarner))

Ya mukoddimu qoddim hawaaijanaa fiddun-ya wal aakhiroh
Ya Tuhan Yang Maha Mendahulukan, dahulukan keperluan kami di dunia dan di akherat. 


72.  AL-MUAKHKHIR - (The Delayer. He who sets back or delays whatever He wills.)

Yaa muakhkhiru akhkhirhayaatana bishusnil khootimah. 

Ya Tuhan Yang Maha Mengakhirkan, akhirkanlah hidup kami dengan husnul khotimah. 


73.  AL-AWWAL - (The First.)

Yaa awwalu adkhilnal jannta ma'al awwalin 

Ya Tuhan Yang Maha Pertama, masukkanlah kami ke dalam syurga bersama orang-orang yang pertama masuk syurga 


74. AL-AAKHIR -(The Last.)

Yaa aakhiru ij'al aakhiro 'umrinaa khoirohu. 

Ya Tuhan Yang Maha Akhir, jadikanlah kebaikan pada akhir umur kami. 


75. AZ-ZHOOHIR -(The Manifest One. He who is Evident.)

Ya zhoohiru azhhiril haqqo 'alainaa warzuqnattibaa'ah 

Ya Tuhan Yang Maha Nyata, tampakkanlah kepada kebenaran , berikan kami kesanggupan untuk mengikutinya. 


76. AL-BAATHIN -(The Hidden One. He who is hidden, concealed.)

Yaa baathinu abthin 'uyuubanaa wastur 'aurootinaa. 

Ya Tuhan Yang Maha Menyembunyikan, sembunyikanlah cacat kami dan tutuplah rahasia kami. 

77. AL-WAALI -(The Governor. The Protecting Friend. He who administers this vast universe and all its passing phenomena.)

Yaa waali anta waali amrinaa faasri' nushrotaka lanaa 

Ya Tuhan Yang Maha Menguasai, Engkau adalah Penguasa urusan kami, maka segerakanlah pertolongan-Mu kepada kami. 


78. AL-MUTA'ALI -(The Supreme One. He is exalted in every respect, far beyond anything the mind could possibly attribute to His creatures.)

Yaa muta'aali a'li kalimataka wakhdzul man khodzalanaa 

Ya Tuhan Yang Maha Terpelihara dari semua kekurangan (Maha Luhur), luhurkan/peliharalah kalimat-Mu dan hinakan orang yang merendahkan kami. 


79. AL-BARR -(Source of all Goodness. He who treats His servants tolerantly, and whose goodness and kindness are very great indeed.)

Yaa barru ashib barroka alainaa waahyinaa ma'al barorotil kiroom. 

Ya Tuhan Yang Maha Dermawan, limpahkan kedermawanan-Mu kepada kami dan hidupkanlah kami bersama orang-orang yang dermawan lagi mulia. 


80. AT-TAWWAB -(The Acceptor to Repentance. He who is ever ready to accept repentance and to forgive sins (Relenting))

Yaa tawwaabu taqobbal taubatanaa wataqobbal ma'dzi-rotanaa 

Ya Tuhan Yang Maha Menerima taubat, terimalah taubat kami dan uzur kami 

61~70

61- AL-MUHYII - (The Giver of Life. He who confers life, gives vitality, revives.)

Yaa muhyii laka nuhyii fahayyina bissalaam
Ya Tuhan Yang Maha Menghidupkan, karena Engkau kami hidup, hidupkanlah kami dengan penuh keselamatan 


62- AL-MUMIIT - (The Taker of Life. He who creates the death of a living creature.)

Yaa mumiitu amitna alaa diinil Islaam 
Ya Tuhan Yang Maha Mematikan, matikanlah kami tetap dalam keadaan Islam 


63- AL-HAYYU - (The Ever Living One. The living who knows all things and whose strength is sufficient for everything.)

Yaa Hayyu ahyi wanammi sa'yanaa wasyarikatana waziro'atana.. 
Ya Tuhan Yang Maha Hidup , hidupkanlah dan kembangkanlah usaha kami, perusahaan kami dan tanaman kami 


64- AL-QAYYUUM -(The Self-Existing One. He who maintains the heavens, the earth, and everything that exists.)

Ya Qoyyuumu aqimnaa bil istiqoomah 
Ya Tuhan Yang Maha Tegak, tegakkanlah kami dengan konsisten 


65- AL-WAAJID -(The Finder. He who finds what He wishes when He wishes (Perceiving))

Yaa waajidu aujid maadhoo'a annaa 
Ya Tuhan Yang Maha Mewujudkan / Menemukan, ketemukanlah semua yang hilang dari kami. 


66- AL-MAAJID -(The Majestic One. He whose glory is most great and most high.)

Yaa maajidu aatinaa majdaka 
Ya Tuhan Yang Maha Mulia, berikanlah kepada kami kemuliaan-Mu 


67- AL-WAAHID -(The Unique. He who is Single, absolutely without partner or equal in His Essence, Attributes, Actions, Names and Decrees.)

Yaa waahidu wahhid tafarruqonaa wajma'syamlanaa 
Ya Tuhan Yang Maha Esa/Menyatukan, persatukanlah perpecahan kami dan kumpulkanlah keberantakan kami. 


68- AS-SOMAD -(The Eternal. He who is the only recourse for the ending of need and the removal of affliction.)

Yaa shomadu ilaika shomadnaa 
Ya Tuhan yang tergantung kepada-Nya segala sesuatu, hanya kepada-Mu kami bergantung. 


69- AL-QODIIR -(The All Powerful. He who is Able to do what He wills as He wills (Providence).)

Yaa qodiiru biqudrotika anjib min zhahrina zhurriyyatan thoyyibah 
Ya Tuhan Yang Maha Kuasa, dengan kekuasaan-Mu lahirkanlah dari tulang pungung kami anak keturunan yang baik. 


70- AL-MUQTADIR -(The Creator of All Power. He who disposes at His will even of the strongest and mightiest of His creatures.)

Yaa muqtadiru iqtadirlana zaujan wakhoiron kullahu 
Ya Tuhan Yang Maha Menentukan, tentukanlah untuk kami istri dan semua kebaikannya. 

dari mata turun ke hati..

Imam Ibnu Qayyim menyebutkan bahawa ada empat jenis pintu masuk bagi syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah hina;

1- lahazhat (pandangan mata),
2- khatharat (angan-angan),
3- lafzhat (ucapan lisan),
4- khuthuwat (langkah kaki).

Sumber kemaksiatan itu dimulai dari suatu pandangan, maka Allah swt mendahulukan perintah menundukkan pandangan daripada perintah menjaga kemaluan. Berbagai kejadian buruk rata-ratanya itu bermula dari padangan, sebagaimana api yang besar berasal dari percikan yang kecil. Maka dimulai dari pandangan, lalu wujudlah angan-angan, seterusnya langkah kaki yang akhirnya menjuruskan lahirnya dosa.


1- Lahazhat (Pandangan Mata)


Yang dimaksudkan lahazhat adalah mengikuti hawa nafsu dan memberi kebebasan kepadanya. Padahal menjaganya adalah pangkal terjaganya kemaluan. Maka siapa yang melemparkan pandangannya secara bebas dan mengikuti hawa nafsunya, bererti dia telah berusaha membawa dirinya ke arah kehancuran.

Oleh kerana itu, baginda Rasulullah s.a.w. telah mengingatkan kita, sebagaimana baginda telah bersabdanya yang bermaksud,
"Janganlah engkau ikuti padangan dengan padangan berikutnya, karena untukmu adalah padangan yang pertama, sedangkan selanjutnya bukan untukmu." (HR. Ahmad)

Beliau juga melarang daripada duduk-duduk (mencecer) di tepi-tepi jalan. Lalu para sahabat bertanya, "Bagaimana jika keadaan mengharuskan untuk itu (duduk di pinggir jalan)?” Maka beliau menjawab, "Jika engkau memang harus melakukan itu, maka berikanlah hak jalan." Para sahabat bertanya, "Apakah hak jalan itu?” Beliau menjawab, "Menahan pandangan, tidak mengganggu orang dan menjawab salam." (Muttafaq 'alaih)

Pandangan adalah sumber pelbagai bencana yang banyak menimpa manusia (teringat saya akan cerita Bownies), kerana pandangan akan melahirkan angan-angan, lalu angan-angan membuahkan pemikiran, pemikiran menghidupkan syahwat, dan syahwat memunculkan keinginan, lalu keinginan itu makin menguat hingga menjadi azam (tekad), akhirnya terjadilah perbuatan, jika tidak ada yang menghalangi.

Justeru, dikatakan bahawa bersabar untuk menahan pandangan lebih ringan dibanding bersabar menahan derita setelahnya.

Pandangan itu seperti anak panah yang meluncur terus dan tidak akan sampai pada sasaran sebelum orang yang memandang menyediakan tempat untuknya; yakni di dalam hati. Kemudian setelah itu pandangan tersebut menggoreskan luka dalam hati, lalu disusul lagi dengan luka yang lain sebagai tambahan atas luka yang sebelumnya. Akhirnya pedihnya luka pun tak dapat terhindarkan lagi kerana pandangan yang terulang terus menerus tiada henti.

“Katakanlah kepada laki-laki beriman, “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Dan katakanlah kepada wanita yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandangan-nya, dan memelihara kemaluannya....” (An-Nur: 30-31)





2- Khatharat (Angan-angan)


Adapun, angan-angan itu urusannya lebih sulit lagi, kerana ia merupakan awal terjadinya kebaikan atau keburukan. Dari angan-angan lahir keinginan dan kemahuan serta azam (tekad). Maka siapa yang memelihara angan-angannya bererti dia mendapat sebahagian kejayaan memandu dan mengendalikan dirinya, dan beroleh menundukkan hawa nafsunya. Dan siapa yang dikalahkan oleh angan-angannya maka hawa nafsu akan memandu dan mengendalikannya. Siapa yang meremehkan angan-angan, maka angan-angannya akan menggiringinya menuju kehancuran.

Tidaklah kesemua angan-angan itu buruk. Ia bergantung terhadap apa yang diangankannya, di mana, angan-angan seseorang berkisar pada empat perkara pokok, iaitu; angan-angan yang;
1- memberikan manfaat keduniaan;
2- mendatangkan madharat keduniaan;
3- memberikan maslahat akhirat;
4- mendatang kan madharat akhirat.

Lihatlah apa yang di angankan, difikirkan, dan di inginkan lalu buatlah pertimbangan dengan empat perkara di atas. Pilihlah yang terbaik, mendahulukan mana yang terpenting, mengakhirkan yang kurang penting. (aplikasikan hasil pembelajaran fiqh aulawiyat )

Khayalan dan angan-angan kosong adalah sesuatu yang berbahaya bagi manusia. Ini kerana ia akan melahirkan rasa lemah, malas, dan akhirnya sikap meremehkan dan tidak perhatian terhadap waktu yang berlalu, dan diakhirnya ia membawa kepada kerugian dan penyesalan.

Kalakian, seorang yang berakal, angan-angannya berkisar pada hal-hal yang baik, penting dan perlu, mengikut lunas syariat. Kerana kebaikan dunia dan akhirat tidak akan dicapai kecuali dengan mengikuti syariat itu. Fikiran dan angan-angan yang paling mulia adalah segala yang ditujukan untuk Allah swt; Kita lihat kepada contohnya:

Memikirkan ayat-ayat Allah swt, dan berusaha memahaminya, sebab Allah subhanahu wata’ala menurunkan al-Qur'an bukan hanya sekedar untuk dibaca, tetapi dihayati, diambil pengajaran dari ayat.

Memikirkan pemberian, kurniaan , ciptaan Allah swt, kebaikan dan nikmat-nikmat-Nya kepada segenap makhluk, keluasan rahmat Allah swt, pengasih-Nya dan ampunan-Nya.
’Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya, Dia memperlihatkan kepadamu kilat untuk (menimbulkan) ketakutan dan harapan, dan Dia menurunkan hujan dari langit, lalu menghidupkan bumi dengan air itu sesudah matinya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mempergunakan akalnya.’ (Ar-Ruum,30:24)

Memikirkan kewajiban-kewajiban kita terhadap waktu. Ya, pengturusan masa. Jika waktu disia-siakan maka hilanglah kebaikan, kerana kebaikan itu adalah dengan memanfaatkan waktu dan sekiranya tertinggal walau sesaat, ianya amat merugikan kerana masa dan waktu tak berundur kembali. Benar seperti kata Saidina Umar al-khatab,

’Masa itu ibarat pedang. Jika kamu tidak memotongnya, ia akan memotong kamu.’



3- Lafzhat (Ucapan Lisan)

Cara untuk memelihara ucapan adalah dengan menjaganya agar tidak berbicara dengan bicara yang sia-sia, tidak berbicara kecuali yang diharapkan memberi keuntungan dan manfaat dalam agamanya. Jika ingin berbicara maka hendaknya melihat, apakah ucapan itu memberikan keuntungan, faedah atau tidak? Jika tidak memberi keuntungan? Fikirlah.

Jika engkau ingin tahu apa yang ada dalam hati seseorang, maka perhatikanlah gerakan mulutnya, kerana mulutnya akan memperlihatkan kepadamu apa yang ada di dalam hatinya.
Yahya bin Muadz berkata,
"Hati itu ibarat periuk yang sedang mendidih, sedangkan lisan ibarat gayungnya. Maka perhatikanlah seseorang ketika berbicara, kerana lisannya sedang menceduk untukmu apa yang ada dalam hatinya, manis atau pahit, tawar atau masin, dan sebagainya. Dan cedukkan lisannya akan menjelaskan kepadamu rasa hati orang itu.”

Dalam sebuah hadits marfu' dari Anas disebutkan,

"Tidak lurus keimanan seorang hamba sebelum lurus hatinya, dan tidak lurus hati seseorang sebelum lurus lisannya." (HR. Ahmad)

Rasulullah s.a.w ketika ditanya tentang sesuatu yang banyak menjerumuskan manusia ke dalam neraka, maka beliau menjawab,
"Mulut dan kemaluan." (HR. at-Tirmidzi dan berkata hadits hasan shahih)



4- Khuthuwat (Langkah Kaki)

Langkah kaki, cara menjaganya adalah dengan tidak mengangkat telapak kaki, kecuali untuk sesuatu yang diharapkan pahala dan kebaikannya. Maka jika sekiranya langkah kaki tidak menambah pahala, maka duduk adalah lebih baik. Jangan merayau-rayau tak tentu hala, saja-saja. Dan mungkin juga melangkah kepada hal yang mubah (boleh), namun diniatkan untuk qurbah (pendekatan diri) semata-mata kerana Allah swt, maka langkah kaki akan dinilai sebagai qurbah.

Dalam hal ketergelinciran langkah kaki dan lisan, maka ada ayat yang menjelaskan bahawasanya antara keduanya ada saling perkaitan, sebagaimana firman Allah swt dalam surah al-furqaan, ayat 63, yang bermaksud,
"Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan." (al-furqaan,25:63)


Dalam ayat di atas, Allah swt menyifatkan ibadur Rahman di antaranya adalah istiqamah (lurus) dalam ucapan dan langkah kaki mereka. Sebagaimana juga Allah swt mengaitkan antara lahazhat (pandangan) dengan khatharat (angan-angan) dalam firman-Nya,

“Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati.” ( al-mu’min,40:19).

Yang dimaksud dengan pandangan mata yang khianat adalah pandangan yang dilarang, seperti memandang kepada wanita yang bukan muhrimnya.

Ayat di atas bukan bermaksud lelaki sahaja kena jaga pandangan. Tetapi perempuan juga. Lelaki dan perempuan. Jangan meliarkan pandangan anda.

Menjadi kewajipan bagi setiap wanita Musliamah untuk mengamalkannya adalah "Qaashiraatut-tharfi" yang mana berti menundukkan pandangan, tidak liar pandangannya, atau pun singkat pandangannya. Begitu juga laki-laki diwajibkan menundukkan pandangannya. Ini dijelaskan Allah s.w.t. menerusi firman-Nya bermaksud:

"Katakanlah kepada orang-orang beriman laki-laki (mukminin) agar mereka menundukkan sebahagian dari pandangan mata (terhadap wanita), dan memelihara kemaluan mereka (menutupnya). Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita yang beriman (Mukminat), hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya. (Surah An-nur: 30 - 31)

Justeru, peliharalah pandangan. Laki-laki mahupun perempuan.

dari mata turun ke hati..

sumber:-
http://www.alsofwah.or.id

sibuk sangat...

Entah kenapa orang sibuk berbicara tentang cinta...
”Ia fitrah manusia, kak..”
”jangan perlekehkan ia, nanti kau akan diuji lebih dasyat..”
”orang tak merasa lagi sedap la dia cakap, kalau dia dah bercinta, baru dia tahu langit tinggi rendah..”

Owh, begitu banyak omelan. 
Sebenarnya saya kurang gemar bicara ’cinta’.  Apatah lagi mengkenen-kenenkan (memadan-madankan)  hingga jadi pula buah mulut.
 
Teringat akhowat di matrik dulu berkata pada seorang sahabiah, ”enti ni ayat mengalahkan orang bercinta.” sahabiah itu menjawab, ”ya, ana sedang menagih cinta, ana bercinta dengan Dia.”
Lancar bersahaja dia menuturkan. saya suka mendengar jawapan dia.

Ada orang membahagikan cinta. Cinta sesama manusia dan cinta dengan Rabb-nya. 

Oleh sebab saya pun tidak lah pandai mengulas tentang cintan-cintun ni, maka saya petik dari satu artikel untuk tatapan dan renungan

Bandingkan Cinta Anda Dengan Cinta-NYA 

Cinta adalah memberi, dengan segala daya dan keterbatasannya, seorang pecinta akan memberikan apapun yang sekiranya bakal membuat yang dicintainya senang. Bukan balasan cinta yang diharapkan bagi seorang pecinta sejati, meski itu menjadi sesuatu yang melegakannya. Bagi pecinta sejati, senyum dan kebahagiaan yang dicintainya itulah yang menjadi tujuannya.

Cinta adalah menceriakan, seperti bunga-bunga indah di taman yang membawa kenyamanan bagi yang memandangnya, seperti rerumput hijau di padang luas yang kehadirannya bagai kesegaran yang menghampar, seperti taburan pasir di pantai yang menghantarkan kehangatan seiring tiupan angin yang menawarkan kesejukan dan seperti keelokan seluruh alam yang menghadirkan kekaguman terhadapnya.

Cinta adalah berkorban, bagai lilin yang setia menerangi dengan setitik nyalanya meski tubuhnya habis terbakar. Hingga titik terakhirnya, ia pun masih berusaha menerangi manusia dari kegelapan. Bagai sang matahari, meski terkadang dikeluhkan kerana sengatannya, namun sentiasa mengunjungi alam dan segenap makhluk dengan sinarannya. 

Cinta adalah kaki-kaki yang melangkah membangun lautan kebaikan. Cinta adalah tangan-tangan yang menganyam hamparan permadani kasih sayang. Cinta adalah hati yang selalu berharap dan mewujudkan dunia dan kehidupan yang lebih baik. Cinta selalu berkembang, ia seperti udara yang mengisi ruang kosong. Cinta juga seperti air yang mengalir ke dataran yang lebih rendah.

Tapi ada satu yang boleh kita sepakati bersama tentang cinta. Bahawa cinta, akan membawa sesuatu menjadi lebih baik, membawa kita untuk berbuat lebih sempurna. Mengajarkan pada kita betapa besar kekuatan yang dihasilkannya.

Cinta membuat dunia yang penat dan bising ini terasa indah, paling tidak boleh kita nikmati dengan cinta. Cinta mengajarkan pada kita, bagaimana caranya harus berlaku jujur dan berkorban, berjuang dan menerima, memberi dan mempertahankan. 
Tetapi awas! ’Cinta’ itu juga menjadi fokus tusukan musuh nyata sebagai jarum suntikan kearah kelalaian dan kemaksiatan.

Tentang cinta itu sendiri, Rasulullah menegaskan bahwa tidak beriman seseorang sebelum Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai daripada selain keduanya. Al Ghazali berkata,
"Cinta adalah inti keberagamaan. Ia adalah awal dan juga akhir dari perjalanan kita. Kalaupun ada maqam yang harus dilewati seorang sufi sebelum cinta, maqam itu hanyalah pengantar ke arah cinta dan bila ada maqam-maqam sesudah cinta, maqam itu hanyalah akibat dari cinta saja."

Di satu sisi, Allah Sang Pencinta Sejati menegaskan, jika manusia-manusia tak lagi menginginkan cinta-Nya, kelak akan didatangkan-Nya suatu kaum yang Dia mencintainya dan mereka mencinta-Nya (QS. Al Maidah: 54).

Maka berangkat dari rasa saling mencintai yang demikian itu, bandingkanlah cinta yang sudah kita berikan kepada Allah dengan cinta Dia kepada kita dan semua makhluk-Nya.

Wujud cinta-Nya hingga saat ini sentiasa tercurah kepada kita, Dia melayani seluruh keperluan kita seakan-akan Dia tidak mempunyai hamba selain kita, seakan-akan tidak ada lagi hamba yang diurus kecuali kita. Tuhan melayani kita seakan-akan kitalah satu-satunya hamba-Nya. Sementara kita menyembah-Nya seakan-akan ada Tuhan selain Dia.

Apakah balasan yang kita berikan sebagai imbalan dari cinta yang Dia berikan? Kita membantah Allah seakan-akan ada Tuhan lain yang kepada-Nya kita boleh melarikan diri. Sehingga kalau kita "dipecat" menjadi makhluk-Nya, kita boleh pindah kepada Tuhan yang lain.

Tahukah, jika saja Dia memperhitungkan cinta-Nya dengan cinta yang kita berikan untuk kemudian menjadi pertimbangan bagi-Nya akan siapa-siapa yang tetap bersama-Nya di syurga kelak, tentu semua kita akan masuk neraka. Jika Dia membalas kita dengan balasan yang setimpal, celakalah kita.

Bila Allah membalas amal kita dengan keadilan-Nya, kita semua akan celaka. Jadi, sekali lagi, bandingkan cinta kita dengan cinta-Nya.

Wallahu a'lam bishowaab.


Ramai orang, bila bercerita cinta, laju dan rancak sekali sembangnya. 

Dunia huru hara, umat Islam diperkuda, rakyat dizalimi sudah tidak dibicarakan, malah sehingga tidak tahu bila sibuk bercinta? alangkah...

Terngiang-ngiang di telinga akan teguran seorang ustaz, carilah topik lain. Kita banyakkan berbincang perihal ummah. 

Itu kata ustaz, maksudnya, sudah-sudah la cakap pasal cintun-cintun ni. Banyak lagi perkara utama yang boleh dijadikan topik perbincangan. Jadi....?? 

moga tak diuji asyik cinta duniawi...
moga tak diuji dengan ujian yang tak mampu dipikul,
moga diberi keteguhan iman mengharungi ujian..

Friday, June 12, 2009

51~60

51- AS-SHAHIID - (The Witness. He who is present everywhere and observes all things.)

Yaa Syaahiidu isyhad bi annaa muslimuun 
Ya Tuhan Yang Maha Menyaksikan, saksikanlah bahwa kami adalah orang-orang yang menyerahkan diri kepada-Mu (Muslimin) 


52- AL-HAQQ - (The Truth. He who’s being endures unchangingly.)

Yaa Haqqu dullanaa haqqon wa'thi kulla dzii haqqin haqqoo 
Ya Allah Tuhan Yang Maha Haq, tunjukilah kami kepada yang haq dan berikanlah hak pada setiap orang yang mempunyai haq 


53- AL-WAKIIL - (The Trustee / Guardian. He who manages the affairs of those who duly commit them to His charge, and who looks after them better than they could themselves.)

Yaa wakiilu alaika tawakkalnaa 
Ya Tuhan Yang Maha Memelihara penyerahan, kepada-Mu kami serahkan urusan kami 


54- AL-QIWIYY - (The Most Strong.The Possessor of All Strength.)

Yaa Qowiyyu biquwwatika fanshurnaa 
Ya Tuhan Yang Maha Kuat, dengan kekuatan-Mu tolonglah kami. 


55- AL-MATIIN - (The Firm. He who is very steadfast.) 

Yaa matiinu umtun imaananaa watsabbit aqdaamanaa 
Ya Tuhan Yang Maha Kokoh, kokohkanlah iman kami dan mantapkan pendirian kami. 


56- AL-WALIYY - (The Governor. The Protecting Friend. He who administers this vast universe and all its passing phenomena.)

Yaa Waliyyu ahyinaa hayaatal auliyaa 
Ya Tuhan Yang Maha Melindungi, hidupkanlah kami seperti hamba-hamba-Mu yang mendapat perlindungan (para wali) 


57- AL-HAMIID - (The Praisedworthy. All praise belongs to Him, and who alone do the tongues of all creation laud.)

Yaa hamiidu urzuqnaa isyatan hamiidah 
Ya Tuhan Yang Maha Terpuji, limpahkan kepada kami kehidupan yang terpuji. 


58- AL-MUHSII -(The Appraiser. He who knows the number of every single thing in existence, even to infinity.)

Yaa muhshii ahshinaamin zumrotil muwahhidiin 
Ya Tuhan Yang Maha Menghitung, hitunglah kami termasuk orang-orang yang meng-Esakan Engkau 


59- AL-MUBDI'U  - (The Originator. He who creates all creatures initially without matter or model.)

Yaa mubdi'u bismika ibtada'naa 

Ya Tuhan Yang Maha Memulai, dengan nama-Mu kami memulai. 


60- AL-MU'IID - (The Restorer. He who recreates His creatures after He has annihilated them.)

Yaa mu'iidu a'id maa ghooba annaa 
Ya Tuhan Yang Maha Mengembalikan, kembalikanlah semua yang hilang dari kami. 

41~50

41- AL-HASIIB - (The Accounter. He who knows every details.)

Yaa Hasiibu haasibnaa hisaaban yasiiroo 
Ya Tuhan Yang Maha Menghisab, hisablah kami nanti dengan hisaban yang ringan. 


42- AL-JALIIL -(The Glorious. He who is Lord of Majesty and Grandeur.)

Yaa jaliilu ahyinaa hayaatal ajillaal. 
Ya Tuhan Yang Maha Luhur, hidupkanlah kami seperti orang-orang yang mempunyai keluhuran 


43- AL-KAREEM -(The Generous. He whose generosity is most abundant.)

Ya kariimu akrimnaa bittaqwaa 
Ya Tuhan Yang Maha Mulia, muliakanlah kami dengan ketaqwaan 


44- AR-ROQIIB - (The Watchful One.)

Ya roqiibu ahyinna tahta riqoobatik 
Ya Tuhan Yang Maha Mengamati geark-gerik, hidupkanlah kami selalu dalam pengamatan-Mu 


45- AL-MUJIIB - (The Responder to Prayer. He who grants the wishes who appeals to him.)

Ya mujiibu ajib da'watanaa waqdhi hawaaijanaa 
Ya Tuhan Yang Maha Mengabulkan, kabulkanlah do'a dan ajakan kami, luluskanlah semua keperluan kami 


46- AL-WAASI' - (The All Comprehending. He who has limitless capacity and abundance.)

Yaa waasi'u urzuqnaa rizqon waasi'aa wawassi shuduuronaa 
Ya Tuhan Yang Maha Meluaskan, berikanlah kami rezeki yang luas dan luaskanlah dada kami. 


47- AL-HAKIIM - (The Perfectly Wise. He whose every command and action is pure wisdom.)

Yaa hakiimu ahyinaa hayaatal hukamaai 

Ya Tuhan Yang Maha Bijaksana, hidupkanlah kami sebagaimana kehidupan orang-orang yang bijaksana. 


48- AL-WADUUD - (The Loving One. He who loves His good servants, and bestows his compassion upon them.)

Yaa waduudu wuddaka ista'tsarnaa wa alhimma mawaddatan warohmah 
Ya Tuhan Yang Maha Mencintai, hanya cintamu kami mementingkan, dan ilhamkanlah kepada kami rasa cinta dan kasih sayang. 


49- AL-MAJIID -(The Glorious. He, whose dignity and glory are most great, and whose generosity and munificence are bountiful.)

Ya majiidu a'thinaa majdaka 
Ya Tuhan Yang Maha Mulia, berikanlah kepada kami kemuliaan-Mu 


50- AL-BAA'TH - (The Resurrector. He who brings the dead to life, and raises them from their tombs.)

Yaa baa'itsu ib'atsnaa ma'asysyuhadaai washshoolihiin 
Ya Tuhan Yang maha Membangkitkan, bangkitkanlah kami bersama orang-orang yang syahid dan orang yang shaleh. 

Wednesday, June 10, 2009

31~40

31- AL-KHOBIIR - (The All Aware. He who has the knowledge of inner & most secret aspects of all things.) Yaa khobiiru ihyinaa hayaatal khubaroo
Ya Tuhan Yang Maha Waspada, jadikanlah hidup kami seperti kehidupan orang-orang yang selalu waspada (ahli peneliti).


32- AL-HALIIM  -(The Forbearing. He who is Most Clement.)

Yaa haliimu bilhilmi zayyinnaa

Ya Tuhan Yang Maha Penyantun, hiasilah hidup kami dengan sikap penyantun.


33- AL-LATHIIF - (The Subtle One. He who knows the minutest subtleties of all things.)

Yaa lathiifu ulthuf binaa

Ya Tuhan Yang Maha Halus, bersikaplah halus kepada kami.


34- AL-'AZHIIM - (The Magnificent. The Most High. He who is Most Splendid.) Yaa azhiimu ahyinaa hayaatal uzhomaa
Ya Tuhan Yang Maha Agung, hidupkanlah kami sebagaimana kehidupan orang-orang yang agung.


35- AL-GHOFUUR -(The Forgiver and Hides Faults.) Yaa ghofuuru ighfir lanaa waisrofanaaYa Tuhan Yang Maha Pengampun, ampunilah dosa kami dan keteledoran kami.

36- ASY-SHAKUUR -(The Rewarder of Thankfulness. He who gratefully rewards good deeds (Appreciator)) Ya syakuruu a'innaa 'alaa syukrika
Ya Tuhan Yang Maha Menerima syukur, berikanlah kami kemampuan untuk selalu bersyukur kepada-Mu.


37- AL-'ALIYY -(The Highest. The Exalted.) Ya aliyyu uluwwaka nastaghiitsu
Ya Tuhan Yang Maha Tinggi, kami mengharap ketinggian dari-Mu


38- AL-KABIIR - (The Greatest. He who supremely great.) Yaa kabiiru ij'alnaa kubarooa
Ya Tuhan Yang Maha Besar, jadikanlah kami orang yang besar.


39- AL-HAFIIZH - (The Preserver. He who guards all creatures in every detail.) Yaa hafiizhuu ihfazhnaa min fitnatid dunya wasuuihaa
Ya Allah Yang Maha memelihara, peliharalah kami dari fitnah dunia dan kejahatannya


40- AL-MUQIIT -(The Nourisher. He who gives every creature it's sustenance.) Yaa muqiitu a'thinaa quwwataka laa haula walaa quwaata illabika
Ya Allah Tuhan Yang Maha Memberi kekuatan, berikanlah kami kekuatan, tidak ada daya dan kekuatan kecuali dari Engkau

Tuesday, June 9, 2009

21~30

21- AL-QOOBIDH – (The Constrictor. He who constricts and restricts.)

Yaa Qoobidhu idzaa jaa'a ajalunaa faqbidh ruuhanaa fii husnil khotimah 
Ya Tuhan Yang Maha Mencabut, jika telah sampai ajal kami, cabutlah ruh kami dalam keadaan khusnul khotimah. (kesudahan yang baik)


22- AL-BAASITH - (The Reliever (Uncloser). He who releases, letting things expand.)

Yaa baasithu ubsuth yadaaka alainaa bil athiyyah 

Ya Tuhan Yang Maha Meluaskan, luaskan kekuasaan-Mu kepada kami dengan penuh pemberian. 


23- AL-KHAAFIDH -(The Abaser. He who brings down, diminishes.)

Ya khoofidhu ihkfidh man zholamanaa 
Ya Tuhan Yang Maha Menjatuhkan, jatuhkanlah orang yang menzalimi kami. 


24-  AL-RAAFI' - (The Exalter. He who raises up.)

Ya roofi'u irfa darojaatinaa.
 
Ya Tuhan Yang Maha Mengangkat, angkatlah derajat kami. 


25- AL-MU'IZZ - (The Bestower of Honors. He who confers honor and dignity.) Ya Mu'izzu aatinaa izzataka. 
Ya Tuhan Yang Maha Memberi kemuliaan, limpahkanlah kemulaiaan-Mu kepada kami. 


26- AL-MUDZILL - ( The Humiliator. He who degrades and abases.)

Yaa mudzillu dzallilman adzallanaa 

Ya Tuhan Yang Maha Menghinakan, hinakanlah orang yang menghina kami. 


27- AS-SAMII' - (The Hearer of All. Allah takes care of all the needs of those who invoke this glorious Name one hundred times.)

Yaa samii'u isma syakwatanaa
 
Ya Tuhan Yang Maha Mendengar. dengarkanlah pengaduan kami. 


28- AL-BASIIR - (The All-Seeing. To those who invoke this Name one hundred times between the obligatory and customary prayers in Friday congregation, Allah grants esteem in the eyes of others.)

Yaa bashiiru abshir hasanaatinaa 

Ya Tuhan Yang Maha Melihat, lihatlah semua amal kebaikan kami. 


29- AL-HAKAM - (The Judge. He who judges and makes right prevails.)

Yaa hakamu uhkum manhasada alainaa wa ghosysyanaa 
Ya Tuhan Yang Maha Menetapkan hukum, hukumlah orang-orang yang dengki dan curang kepada kami. 


30- AL-'ADL - (The Just. He who is Equitable.)

Yaa adlu i'dil man rahimanaa
 
Ya Tuhan Yang Maha Menetapkan keadilan, berikan keadilan kepada orang yang sayang kepada kami. 

yalle.. renggo..

Suara ribuan hadirin gamat tatkala saudara Ito Lara (ITO Blues Gang) mendendangkan 2 buah lagu (Dialah Allah.. dan 1 lg.. xingt). Rock tetap rock.. heh. Tapi, itu penampilannya. Tidak mengapa, kata Abang Mat. Yang penting isinya. Lirik yang membawa kita kepada mengingati Pencipta. 

”kalau lirik jiwang cinta kepada manusia, ayat berbelit-belit. Puitis sangat. Tapi bila kita lafaz cinta kepada ALLAH, kita boleh lafazkan secara direct. Tak perlu berbelit-belit. Kita tak malu, malah rasa seronok. Kita tak rasa susah, malah lebih mudah mengungkapkannya. Kita rasa lebih damai, dan ia begitu menyentuh jiwa...” 




Bertambah gamat lagi, bila muncul pula bekas vokalis kumpulan Arrow,Renggo yang turut mendendangkan 2 buah lagu. ESA dan Pesan Tok Guru. Pecah derai tawa para hadirin apabila mendengar celotehnya. Maka diceritakannya saat awal pertemuannya dengan Tok Guru Nik Abdul Aziz (tok guru kesayangan ummah). Alangkah seronok lagi bertuahnya mendengar butir mutiara nasihat dan pesanan secara terus dari tok guru yang memiliki peribadi yang begitu tawadhu’. Lalu, pesanan-pesanan tok guru dijadikan lagu, ”pesan tok guru”.

Suasana gamat di awal kemunculan beliau (renggo) bertukar syahdu disebalik muzik yang tetap rancak kala lagu Esa di dendangkan. Berdetak hati. Seingatku, ini surah al-ikhlas.. ya, tak salah lagi, ia terjemahan surah al-ikhlas..  

Katakanlah: 
"Dia-lah Allah, Yang Maha Esa. 
Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. 
Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan, 
dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia."


satu persatu ayat dari surah al-ikhlas menyelinap masuk ke telinga, dihadam ia dan turunlah ia ke hati, meresap ke hati dan ia begitu mendamaikan. Dalam kedamaian, ada getaran pada jiwa seorang hamba. DIA, Tuhanku Yang Esa. Di ulang-ulang terjemahan dari surah al-ikhlas itu. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan, dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia... 

diteruskan dengan lagu kedua, Pesan Tok Guru

”Setiap manusia pasti ada dosanya, jangan sedih jangan kecewa,kembalilah kepada Yang Esa....”

Bait lirik menerjah ke telinga. Air mata berderai jatuh berguguran. Ya, aku penuh dosa. Aku kecewa dengan kealpaanku. Aku hampa tanpa bimbingan. Aku mohon keampunan. Aku takkan berputus asa, kerana ku tahu rahmatMU begitu luas. Bimbinglah aku wahai Tuhan... Inilah detik hati yang merintih. 

Lembutnya pesanan tok guru, penuh hikmah. Beliau bukan penghukum, dan beliau tidak pantas menghukum. Lunak sahaja ayat itu, melunakkan jiwa yang selama ini keras. Jadi, gunakanlah cara berhikmah dalam berkata-kata dan memberi teguran. Mudah-mudahan penerima teguran makin lunak hatinya menerima teguran dan makin berjinak dengan ajaran Islam, menghayati dan menjalani kehidupan mengikut acuan al-Qur'an dan sunnah. Jangan kerana tersalah langkah dan percaturan dalam kaedah teguran/nasihat kita menyebabkan orang semakin jauh....

Benar, setiap manusia tidak ada yang tiada dosanya. Jangan bersedih, jangan kecewa, kembalilah kepada Yang Esa, Dia Pengasih, Dia Pengampun, maka jangan berputus asa dengan rahmat ALLAH.....
Teringat pada surah az-zumar, ayat ke-53~55 yang bermaksud,

Katakanlah, "Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi). Dan ikutilah sebaik-baik apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu sebelum datang azab kepadamu dengan tiba-tiba, sedang kamu tidak menyedarinya, ....”



Begitupun, inilah nilaian dan perbezaan hiburan melalaikan dengan hiburan yang membawa kita mengingati ALLAH.

anda mahu berhibur, maka saya sarankan kepada diri saya dan semua agar memilih wadah yang terbaik. 

berhibur tiada salahnya, kerana hiburan itu indah, hanya pabila salah memilihnya, membuat kita jadi bersalah....

Template Design | monera87