"Ya Allah, kurniakanlah ke atasku ketenangan, dan tetapkanlah pendirianku bersama-sama pendukung-pendukung kebenaran, dan tabahkanlah hatiku dengan mengingati Engkau, dan kurniakanlah akan daku keredhaan dengan perkara yang Engkau redhai"

Thursday, May 7, 2009

Pasir Berdengung

Bila termengikuti perkembangan semasa, teringat pula akan cerita Laksamana Do-Re-Mi.

Iya.. Negeri Pasir Berdengung. Negeri yang berlakunya persidangan di bawah pokok. Bermula kisah persidangan itu apabila Menteri Fasola merampas kuasa, lalu sang raja duduk di bawah pokok. Sang raja duduk di atas kerusi, manakala yang lainnya berdiri belaka. Walau istana raja sudah tiada, walau sekeliling berdiri belaka, tapi menteri masih setia, sambil berdiri mengangkat tangan ’ampun tuanku beribu-ribu ampun’.

Mereka masih berkira-kira baginda raja itu masih raja, walau berada di bawah pohon kayu sekalipun!

Jika sekiranya sang raja, istana di rampas, kuasa dirampas oleh menteri Fasola, baginda masih di anggap raja, maka apa salah dan susahnya kiranya bersidang di bawah pohon kayu... adapun begitu, berkira-kira tiadalah masalahnya. 

Nak masuk istana tiadalah boleh karena sudah dirampas. Istana sahaja di rampas. Tetapi menteri yang baik lagi setia ini tetaplah di hati rakyat. Tidak kerana gilakan kuasa mereka pertahankan kedudukan menteri itu. Tetapi kerana ia berkait dengan rakyat negeri Pasir Berdengung khususnya. Biar segala-galanya di-duplicate-kan serba dua, tiadalah terpatah akan semangat sang pencinta keamanan.  


0 komen:

Template Design | monera87