HAMPIR MENJUAL HARGA SEBUAH IMAN DENGAN 20 SEN!!!.
Biarpun cerita ini terkenal dan kalian telah pun pernah membacanya, tetapi saya masih tetap ingin berkongsi. Berkongsi mudah-mudahan perkongsian ini dapat sama-sama kita membina taqwa. Insha’Allah.
Al kisah, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.
Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya, iaitu sebanyak 20 sen.
Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut..
"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya.
"Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup.. beli keropok bi-bi boleh la..", kata Imam tersebut.
Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.
"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.
"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata.
Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".
Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam..”
Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan.
Imam tersebut beristighfar..seraya memohon keampinan dan berdoa sambil menadah tangan,
"Astaghfirullah! !!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!.”
Apa yang kita dapati daripada peristiwa di atas? Mungkin pada pemikiran kita, macam-macam timbul; macam-macam pengajaran kalian dapati dan fikirkan, tetapi tak terlintas dek fikiran saya.
Semua berkisar tentang akhlaq. Ya, AKHLAQ ISLAMIYYAH. Apa itu akhlaq, pembahagian akhlaq, tak perlu saya berkuliah disini.. Cumanya, saya menyeru pada diri saya dan sahabat-sahabat pembaca sekalian, agar kita sama-sama pelihara ibadah kita, hubungan dengan ALLAH, agar akhlaq yang terpancar dari diri adalah akhlaq yang mulia.
Jagalah akhlaq kita.. mungkin pada pandangan kita, perkara-perkara kecil tak penting.
Alah, apa lah sangat bergurau.. apa lah sangat makan minum berdiri, apalah sangat itu ini.. terkadang sahabat-sahabat, perkara sesimple dan sekecil yang kita rasakan dan kita terlepas pandang, perkara itulah yang dipandang dan ditenung renung oleh kebanyakan orang.
Berhati-hati..kitakah penyeru kebenaran yang dalam masa yang sama memberi imej buruk dan membuatkan orang memandang buruk terhadap ISLAM, menjauhkan orang yang tertarik dan ingin mendekati ISLAM..dek kerana ketempangan akhlaq?
Peliharalah akhlaq dan laku kita. Jangan ISLAM itu dihina kerana ketempangan akhlaq kita..
Berkata Rasulullah pada ummu Salamah,
-------
Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam... Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.
0 komen:
Post a Comment