"Ya Allah, kurniakanlah ke atasku ketenangan, dan tetapkanlah pendirianku bersama-sama pendukung-pendukung kebenaran, dan tabahkanlah hatiku dengan mengingati Engkau, dan kurniakanlah akan daku keredhaan dengan perkara yang Engkau redhai"

Sunday, May 3, 2009

itulah yang terbaik

Alhamdulillah…

Saya sempat menghadiri perjumpaan bersama sahabat-sahabat setelah keluarga pulang bermusafir menziarahi saya. Terima kasih wahai ayah, mak, abang, kak, adik2; Farhaanu bimuqaabalatikum marratan ukhra.

Semangat. Ya, semangat yang berkobar-kobar setelah berjumpa dengan keluarga di semarakkan lagi apabila bertemu pula dengan sahabat seperjuangan. Biarpun hadirku 'hanya untuk makan'... tapi segalanya di bawah taklukNYA. Syukurlah DIA beri kesempatan kepadaku, biarpun dalam masa yang singkat... tapi dapat banyak benda la.. makanan pun banyak.. astaghfirullah.. mengarut pulok.


Ukhuwwah Islamiyah yang comey terbentuk bilamana titik persamaan dan pertemuan itu diikat atas aqidah perjuangan, aqidah Islam.. bukan atas kepentingan peribadi, mahupun keelokan fizikal semata. Teringat pada kata-kata seorang sahabat,
Pertemuan ini bukan kerana rindu semata, tapi kerana pertemuan ini atas nama Islam, kita mampu hadapi ujian mahupun dugaan untuk berhimpun bersama-sama.
Benar. Benar. Saya setuju. Kenapa saya bersetuju, kerana saya bersetuju lah.



Haa.. alang-alang menaip, nak kongsi sikit cerita pengajaran yang telahpun disampaikan oleh seorang kakak. ciri-ciri muslimah yang ada MP3. oppss.. MP3?? (akak, dan pendengar yang pernah dengar, maaf ye kalau gaya bahasa penceritaan x comey & tak dapat bercerita sebaik akak)

Al-kisah, suatu masa dahulu, ada seorang raja yang gemar berburu di hutan. (ish, xkan berburu di bendang, kan?)
Suatu hari, baginda raja mengajak seorang pembantunya keluar ke hutan untuk pergi memburu binatang. Si pembantu yang taat ni pun akur dan menurut perintah sang raja.
Tiba di hutan, mereka berpisah. Sang raja mencari binatang buruan, begitu juga si pembantu.
Sedang berburu, si pembantu ternampak akan seekor binatang buruan. Lantas, dia pun memanah akan binatang tersebut. Sang raja mengaduh kesakitan. Rupa-rupanya, tanpa disengaja-sengajakan, busar panah terkena akan jari sang raja. Dia pergi menghadap raja.
"ngko panah jari aku daa..." kata sang raja.
"itulah yang terbaik." jawab si pembantu.
Haaa? Terbaik pulak. Jari aku hilang dia kata terbaik..? berang sang raja.
Sebenarnya, si pembantu ni apa2pun dia akan kata 'itulah yang terbaik'. Namun, bila jari sang raja cedera sedemikian rupa, maka murkalah akan baginda mendengar jawapan si pembantu tersebut. Lalu, si pembantu itu di penjarakan...

Jari raja tersebut dipotong.
selang beberapa masa...
sang raja ketagih akan berburu binatang buruan di hutan. Lalu, baginda mengajak pembantu kedua baginda pergi ke hutan untuk berburu. Tiba di hutan,mereka bertemu dengan sekumpulan manusia yang memakan daging manusia. Apabila terlihat akan sang raja dan pembantunya itu, gerombolan manusia karnivor menangkap sang raja dan khadamnya.

walau bagaimanapun, sang raja dilepaskan. Ini kerana, gerombolan manusia tersebut hanya memakan manusia yang sempurna fizikalnya. Maklumlah.. sang raja ni dah tak ada satu jari.. fuuh.. demand tinggi jugak manusia karnivor ni...
maka selamatlah raja beserta nyawanya. teringat dia akan pembantunya yang telah dipenjarakan. Sang raja kini faham..bahawa keadaan dia tidak berjari itu menyebabkan dia tak dimakan oleh manusia juga..

Sang raja pulang dan bertemu si pembantu lalu menceritakan perihal yang berlaku. maka berkatalah si pembantu,
"itulah yang terbaik."

dan sang raja membebaskan beliau.
berkatalah si pembantu,
"itulah yang terbaik.."

Sekian sahaja ceritanya.

apa pengajaran cerita ni?

1- sentiasa lah bersyukur. Kalau si pembantu ni asyik cakap itu lah yang terbaik, maka apalah salah kiranya kita sering kali dan jangan lupa mengucap hamdallah..puji-pujian kepada ALLAH

2- tiap suatu yang ALLAH aturkan, pastinya itu yang terbaik. Kita semua tahu dan faham serta menenangkan hati kita dengan pujukan dari ALLAH, dalam surah Al-Baqarah, 216 yang bermaksud,
"...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

3- .....
4- .....
(fill in the blank)

----------------------------------
sekali lagi saya mohon maaf dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam perjumpaan tersebut. Halalkan makan minum eah..

Semoga perhimpunan ini menjadi suatu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan ini sebagai perpisahan yang diberkati. Ya ALLAH, Jangan ENGKAU jadikan pada diri kami dan mereka yang bersama kami, suatu kebinasaan serta menyingkirkan kami dari memperoleh rahmatMU...

0 komen:

Template Design | monera87