"Ya Allah, kurniakanlah ke atasku ketenangan, dan tetapkanlah pendirianku bersama-sama pendukung-pendukung kebenaran, dan tabahkanlah hatiku dengan mengingati Engkau, dan kurniakanlah akan daku keredhaan dengan perkara yang Engkau redhai"

Thursday, May 7, 2009

BT-Rehatkan Minda

Jam Dinding Mati

Ada sekali tu ketua kampung orang asli telah dihadiahkan jam dinding oleh pihak tentera. Suatu hari, anak ketua kampung tersebut memberitahunya yang jarum jam itu telah berhenti bergerak. Kebetulan masa tu ramai lah anak buah nya di halaman rumah, sedang melihat jam tersebut. Maka ketua kampung tu nak tunjuk terer (hebat), lalu dia pun menurunkan jam tersebut dari tempat penggantungan dan membelek-belek jam tersebut, di depan dan belakang jam. Beliau ternampak tempat bateri jam tersebut, dan dengan tidak sengaja beliau terkuis bateri, terkeluarlah bateri dari tempatnya. Entah bagaimana pula, ada bangkai seekor cicak dicelah-celah tempat bateri tu...beliau pun dengan bangganya memberitahu kepada anak-anak buahnya...

"OOOOooo... patutlah tak jalan. Drebarnya mati tershepiiiiittt..." 

moral :

jangan sesekali berniat untuk riya'; tambah-tambah lagi tak tahu apa pun.. (kalau tau pun, jangan sesekali berlaku riya'. moga dipelihara ALLAH sentiasa dari ujub dan riya')


Nak Kenakan Setan

Suatu hari, Abu Nawas nak mempermainkan syaitan kerana dia geram, setan asyik mempermainkan dan mengenat akan manusia. Lalu, dia menyuruh isterinya memasak makanan yang paling pedas dan menyediakan air yang paling sejuk dan lazat.

Dia pun mula memakan makanan yang pedas itu tanpa membaca bismillah. Melihatkan Abu Nawas yang tidak baca doa makan, setan pun makan lah sekali, bersama-sama Abu Nawas. Abu Nawas dan setan sama-sama kepedasan yang amat sangat. 

Setelah habis  dan selesai makan, Abu Nawas pun minumair dengan membaca bismillah. oleh itu, terpaksalah setan menahan kepedasan yang amat sangat kerana tidak dapat minum air.....

moral :

jangan tiru aksi berbahaya Abu Nawas ni. 
Baca basmallah, baca doa makan. ikut sunnah Nabi..


Tersilap Cakap

Sambil duduk, seorang kanak-kanak perempuan memerhatikan ibunya yang sedang melipat pakaian. Tiba-tiba si kanak-kanak itu terperasan akan ibunya yang mempunyai banyak rambut putih/uban yang bersinar disebalik rambutnya yang coklat.

Anak : Ibu, kenapa ada di antara rambut-rambut ibu yang berwarna putih?

Ibu    : Setiap kali kau buat sesuatu yang kurang elok dan membuatkan  ibu menangis atau kau menyakiti hati ibu, maka satu dari rambut-rambut ini akan bertukar jadi putih.. (heinshien..!!)

Anak : Kenapa pula semua rambut nenek, semuanya putih, ibu?

moral :

berfikir sebelum bercakap/bertindak. ("watch your word"; kata  omputeh. nok PPSMI, kan...) 
kerana pulut, santan binasa..
kerana mulut, buruk padahnya..

sekian saja...

0 komen:

Template Design | monera87