Berusaha atau pemerhati bebas?
Alhamdulillah, semalam berpeluang hadir ke Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis di Dewan Merdeka Putra World Trade Center, PWTC.
Beberapa kertas kerja telah selamat dibentangkan oleh pembentang yang hebat lagi bersemangat. Dr Azzam Tamimi dan Dr Muhsen Soleh.
Saya masih ingat lagi kata-katanya yang berbahasa Inggeris, namun cukup saya utarakan satu persoalan dari beliau dalam bahasa Melayu (bahasa ibunda saya);
APAKAH KAMU INGIN TERMASUK ORANG YANG HANYA MEMERHATI ATAS KEMENANGAN ISLAM, ATAU KAMU BERUSAHA BERSAMA MEREKA UNTUK MEMENANGKAN ISLAM?”
Bertakbir saya bersama-sama sahabat sebaris tempat duduk dengan saya, meski dalam dewan tersebut tiada kedengaran. Mungkin ’takbir’ begitu sensitif agaknya..
Semasa dilontarkan persoalan kembali oleh Dr Azzam, merona merah wajahnya melepaskan apa yang terbuku dihati. Ya. Benar. Beliau begitu marah apabila ada umat Islam yang menunggu sahaja kemenangan Islam.
Sememangnya janji ALLAH itu pasti. Tapi apa usaha diri kita? Merangkak memanjat gunung untuk memasakkan panji Islam di puncak gunung, atau hanya memerhati orang yang berhempas pulas membawa panji Islam ke puncak, lalu bersama-sama tersenyum gembira atas kemenangan. Mana lagi puas hati? Itupun jika kita sempat melihat kemenangan Islam. Kalau tak sempat melihat kemenangan Islam, dan kita bertemu ALLAH sebelum Islam berada di puncak kemenangan, apa kita nak jawab depan ALLAH? Apa usaha kita sebagai buktinya? Jadi, bersama-samalah kita lakukan apa sahaja untuk maslahah agama yang kita cintai. Bersamalah golongan yang berusaha menegakkan Islam...
0 komen:
Post a Comment