"Ya Allah, kurniakanlah ke atasku ketenangan, dan tetapkanlah pendirianku bersama-sama pendukung-pendukung kebenaran, dan tabahkanlah hatiku dengan mengingati Engkau, dan kurniakanlah akan daku keredhaan dengan perkara yang Engkau redhai"

Monday, January 4, 2010

pesanan buat Nuqaba'



Buat para nuqaba', bacalah secebis pesanan..


Hayatilah sepenuhnya peranan usrah, supaya para nuqaba' dapat mengendalikan usrah dengan baik dan menepati tuntutan-tuntutannya, sehingga ahli-ahli usrah dapat merasakan bahawa mereka memperolehi manfaat yang besar daripada usrah dan dapat pula menghayati peranan usrah yang sebenarnya.


Sebagai Nuqaba’, anda merupakan promoter terhadap keindahan Islam, supaya masyarakat/anak usrah (pengguna) anda tertarik, sekaligus mengamalkan Islam yang sebenar dalam kehidupan harian mereka. Inilah amanah yang kita galas dan perlu dipasakkan teguh dihati kita.


Setiap Nuqaba’ perlu mewujudkan budaya persaingan dalam diri. Nuqaba’ perlu bersaing bagi mendapatkan pahala yang banyak, bukan bersaing melihat siapakah antara mereka yang berjaya melahirkan paling ramai amilin.


Ketahuilah, bahawa ganjaran orang yang menyampaikan ilmu itu terlalu banyak;

Rasulullah Saw. berkata kepada Saidina Ali kwjh,
 “Demi Allah, seseorang yang memperoleh petunjuk  dari Allah Swt. kerana ajakanmu, niscaya hal itu lebih baik dari unta yang berwarna merah,”
  (HR Al-Bukhari dan Muslim)

 Rasulullah Saw. bersabda, 
“Seseorang yang mengajarkan kebaikan akan dimintakan ampun oleh segala sesuatu hingga ikan-ikan yang ada di lautan,”
  (HR At-Thabarani dan perawi yang lain).

  
           

Demi kepentingan Islam dan masa depan perjuangan ini, maka marilah kita berganding bahu menyahut seruan perjuangan Islam dengan sungguh-sungguh.


Jadikan diri kita masing-masing sebagai Naqib dan Naqibah yang tunduk hatinya mematuhi perintah Allah, melaksanakan amanah yang ditaklifkan dengan sebaiknya, berusaha berlipat ganda bagi melahirkan para pejuang Islam yang sejati, dan berusaha menyebarkan Nur Islam dalam diri setiap umat.   



Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu- nunggu dan mereka tidak merobah (janjinya),”
(Al-Ahzab : 23)

 
  
Dan akhir sekali, saya ingin tinggalkan persoalan.
Saya bertanya kepada Nuqaba' sekalian, sebelum anda keluar dari kampus, berapakah target bilangan orang yang akan anda bina/bentuk menjadi muslim yang benar-benar menghayati dan mengamalkan Islam sebagai cara hidup sebenar, apatah lagi menjadi penggerak?




-NUQABA' BERKARISMA ASAS TRANSISI PARADIGMA UMMAH- 
18 MUHARAM 1431 H 



1 komen:

Anonymous said...

aslmkm.. mohon nk share..

Template Design | monera87