APAKAH KAU SANGKA KAU SUDAH MEMBALASNYA?
Pada suatu masa, datang seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w,
lalu ia bertanya,
“Ya Rasulullah, aku mempunyai ibu, 
aku dokong dia di belakangku, 
tidak pernah aku bermasam muka kepadanya. 
Aku serahkan kepadanya hasil pendapatanku. 
Sudahkah aku dikira membalas jasanya?”
Maka jawab Rasulullah,
“Tidak,
walaupun satu nafas panjangnya.”
Lelaki itu bertanya,
“Mengapa?”
Jawab Rasulullah,
“ Kerana ibumu memeliharamu, 
dia suka engkau panjang umur.. 
sedangkan engkau memeliharanya, 
padahal engkau suka dia lekas mati.”
Petikan Buku: Andalah Wanita Syurga
Darul Nu'man
Na’uzubillah..
Moga kita tidak berada dalam golongan yang Rasulullah perkatakan ini.
 Anak yang soleh/ah, takkan pernah lupa mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka.
Anak yang soleh/ah, takkan pernah lupa mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka.
Bangunlah di tengah malam,
bila bermunajat, jangan lupa mendoakan kedua ibu bapa..
Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan  hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah  seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam  pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya  perkataan "AH" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka  perkataan yang mulia.
Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan  ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua  telah mendidik aku waktu kecil." (al-israa' : 23~24)
 
 
 


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 komen:
Post a Comment