"Ya Allah, kurniakanlah ke atasku ketenangan, dan tetapkanlah pendirianku bersama-sama pendukung-pendukung kebenaran, dan tabahkanlah hatiku dengan mengingati Engkau, dan kurniakanlah akan daku keredhaan dengan perkara yang Engkau redhai"

Tuesday, January 5, 2010

APAKAH KAU SANGKA KAU SUDAH MEMBALASNYA?

Pada suatu masa, datang seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w,
lalu ia bertanya,

“Ya Rasulullah, aku mempunyai ibu,
aku dokong dia di belakangku,
tidak pernah aku bermasam muka kepadanya.
Aku serahkan kepadanya hasil pendapatanku.
Sudahkah aku dikira membalas jasanya?”

Maka jawab Rasulullah,

“Tidak,
walaupun satu nafas panjangnya.”


Lelaki itu bertanya,

“Mengapa?”


Jawab Rasulullah,

“ Kerana ibumu memeliharamu,
dia suka engkau panjang umur..
sedangkan engkau memeliharanya,
padahal engkau suka dia lekas mati.”



Petikan Buku: Andalah Wanita Syurga
Darul Nu'man







Na’uzubillah..

Moga kita tidak berada dalam golongan yang Rasulullah perkatakan ini.
Anak yang soleh/ah, takkan pernah lupa mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka.
Bangunlah di tengah malam,
bila bermunajat, jangan lupa mendoakan kedua ibu bapa..


Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "AH" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.
Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil." (al-israa' : 23~24)



0 komen:

Template Design | monera87