"Ya Allah, kurniakanlah ke atasku ketenangan, dan tetapkanlah pendirianku bersama-sama pendukung-pendukung kebenaran, dan tabahkanlah hatiku dengan mengingati Engkau, dan kurniakanlah akan daku keredhaan dengan perkara yang Engkau redhai"

Thursday, November 12, 2009

soalnya hati

  

Ohh.. Ukhuwwah... 

Semua orang memperkatakan perihal ukhuwwah.
Ke sana ukhuwwah, ke sini ukhuwwah.

Rata-ratanya mempunyai pandangan tersendiri, tafsiran tersendiri. Ia begitu subjektif untuk kita terjemahkan.Sesubjektif mana pun, sebanyak pandangan manapun, kita balik kepada soalan, siapa dan apa yang mempersatukan hati-hati kita..
syaitan dan hawa nafsu, atau ALLAH?



dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka.
Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana.
(al-Anfaal, 8: 63)





Nyata telah ALLAH jelaskan, bahawa kekayaan tak mampu menyatukan hati manusia. Ukhuwwah yang terbina kan goyah jika paksinya adalah harta benda. Kamu belanjalah kawan kamu setara mana pun, kamu hadiahkan lah sebijik kereta sekalipun kepada kawan kamu untuk mengeratkan persahabatan, makanlah bertalam-talam, riadhah berlama-lamanya, tetapi jika tidak berlandaskan iman, maka ia tak ke mana.Berusaha mengeratkan ukhuwwah sesama kita adalah bagus. Tetapi, jangan pula kita sibuk menguruskan ukhuwwah sesama kita, dan mengabaikan penjagaan hubungan kita dengan ALLAH. Akhirnya yang dikejar tak dapat, yang di kendong berciciran. Makan hati, berendam air mata.. hati sentiasa tak tenang. Orang tu salah, aku juga yang betul. Salah diri tak nampak, salah orang dicari biar tersorok.

Kerana hanya ALLAH yang mempersatukan hati-hati manusia. Bukan talam, bukan gurau senda. Walau bagaimanapun, saya tidak memperkecilkan usaha-usaha mengeratkan ukhuwwah. bahkan ia suatu perkara yang cukup-cukup baik. Tahniah kepada yang berusaha. Dan lebih baik lagi seiringkan ia dengan mendekatkan diri dan memohon pertolongan dari ALLAH.


Kita selalu mendengar berulang-ulang, jaga hubungan dengan ALLAH, dan jaga hubungan dengan manusia. Jadi, jangan abaikan salah satu, atau lebih teruk mengabaikan semuanya.




SOALNYA HATI.

 
 Ya, ia soal hati. Kenapa ukhuwwah itu dilihat dari hati? Kerana hati tu adalah 'port' iman. Ukhuwwah adalah persaudaraan yang berhasil dari iman.Iman is directly propotional to ukhuwwah.Tanpa iman, tiada ukhuwwah.Tanpa ukhuwwah, payah nak berkerjasama. Tiada kerjasama. Tanpa guide iman, ukhuwwah menjadi songsang. Berukhuwwah tanpa menemui paksi, membuahkan prasangka tak berkesudahan. Hati walaupun ada dalam diri kita, kita tak mampu jaga. Terkadang kita walaupun dengan telus hati mengajak sahabat kita melakukan kebaikan, tetapi ditolak dengan kasar ajakan, kita tak mampu nak jaga hati kita yang cepat terasa, mudah pula rajuknya. Sebab kita bukan pemilik hati kita. Tapi ALLAH lah pemilik hati kita.

Maka, mahu tidak mahu, persoalan ukhuwwah mesti diselesaikan dengan formula yang sama iaitu KEMBALI KEPADA ALLAH.



DARI  KACA MATA KESATUAN



Dalam membincangkan persoalan jama’ah Muslim juga, ia tidak akan lengkap tanpa kita turut membincangkan persoalan ukhuwwah. Kerana, jama’ah itu adalah himpunan individu yang memiliki hati yang berbeza, perasaan yang berbeza, tabiat yang pelbagai, citarasa yang berbagai, latar belakang kehidupan yang pelbagai, dan pelbagai serba kemungkinan ketaksamaannya. Tanya saja sahabat kamu, tentang makanan. Ada yang suka masakan pedas, ada yang tak suka. Ada yang suka makanan masin-masin, ada yang suka manis-manis, dan tidak kurang juga mungkin ada yang suka makanan yang kelat-kelat. Pelbagai kemungkinan ketidaksamaan wujud dalam aspek yang pelbagai. Mengingati nama sahaja bukan titik ukuran ukhuwwah itu manthop atau tidak. 



Lalu, bagaimanakah untuk kita menyatukan individu-individu yang serba berlainan ini, sehingga mereka boleh bertolak ansur dalam segala hal, demi untuk menyeragamkan langkah dan menyatukan halatuju jama’ah?

Bagaimana perlu kita gabungkan tenaga-tenaga yang mempunyai perbezaan ini, sehingga mereka dapat saling bahu-membahu melaksanakan tuntutan perjuangan ini.

Dan Allah SWT menjelaskan dalam surah Al-Baqarah,

Maksudnya:

“…."Turunlah kamu! sebagian kamu menjadi musuh bagi yang lain, dan bagi kamu ada tempat kediaman di bumi, dan kesenangan hidup sampai waktu yang ditentukan.” Kemudian Adam menerima beberapa kalimat  dari Tuhannya, maka Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” (2: 36~37)


Dan bilamana kita mengamati maksud ayat Allah di atas, maka kita dapati bahawa perbezaan dan perselisihan pasti akan wujud di kalangan anak Adam.
Namun, perbezaan itu dapat disatukan. 
 
Bagaimana? 

Perbezaan ini dapat di tautkan dan ditemui titik persamaannya apabila mereka saling bertaubat kepada Allah serta mengikut petunjuk yang Allah bekalkan kepada Rasul-Nya.
 
Dan formulanya tetaplah sama, KEMBALI KEPADA ALLAH   

0 komen:

Template Design | monera87