Syukur alhamdulillah, dapat bersama-sama sahabat-sahabat ke sedikit jamuan ringkas tadi; meraikan 2 orang sahabat yang akan LI.Athirah & Hafiza, Hafiza & Athirah.
  
Nak ceritanya, dua-dua orang ni.. sahabat yang baik, dan begitu tabah. Di kenali seawal semester 1, bersama-sama membahu susah senang.. 
Ada seorang tu asyik mengulang –ulang ayat, “jumpa budak kecik yang pelik..” .. but she cares a lot bout her friends.. thanksszzz.
 
sorang lagi pulak, kuat juga bebelannya..Tapi bebelan yg bnyk baiknya. ayat yg comei sikit, rajin menasihati...tandanya, dia pun sgt amek berat (xperlu alat penimbang) tentang sahabat2nya.. Trima kasey..
 
  
hmm.. cumanya, diingatkan pd diri dan sahabat2, kat mana pun kita, sebatikan diri dengan perjuangan Islam. Tak kira di mana, dalam dan luar kampus sekalipun. Moga kita istiqamah dan diberi kekuatan serta keizinan untuk terus berkecipung dan menggerakkan gerak kerja Islam.
  
Teringat pesanan sahabat2,
  
 “Letakkan perjuangan tu di sini (hati). Jangan letakkan ia di bahu, kerana apabila kamu penat, maka kamu akan turunkan ia dan letakkan ia di bawah. Tetapi bila kamu letakkan ia di hati, sehingga bertemu dengan-Nya, ia masih tersemat di sini (hati).”
  
Apapun, xnak membebel panjang…
  
  
Thanks again...  dan seperkara lagi, 
  
Kata kak naqibah tersayang (smsa 1st year dulu), kak Nur Myti,
  
“Kita bertemu kerana ALLAH, berpisah kerana-NYA. Biar berselerak di bumi ALLAH di manapun kita bergerak dan berjuang demi ISLAM, mudah2n kita bertemu di puncak kejayaan ISLAM.. tak bertemu di dunia, insha’ALLAH mudah-mudahan bertemu di syurga kelak..”
  
  
-----------------------------------------
 
Jalinan persahabatan
 Kita abadikan sepanjang zaman
 Berpanjangan dan berkekalan
 Manisnya iman
 Hidup di dalam perjuangan
  
Kasih sayang kuhadiahkan buatmu teman
 Untuk kau simpan ingat-ingatan
 Jadinya bekalan perjalanan
 Hidup di dalam perantauan
  
Gunung didaki lembah sama dituruni
 Kita diuji berulang kali
 Nyata setia sebati
  
Gelap ditempuhi cerah sama disusuri
 Cinta yang murni rahmat Ilahi
 Harumnya kita kecapi
 
 Syukur padamu Tuhan
 Syukur kita dihadiahkan
 Hadiah iman
 Hadiah kasih sayang
 Cinta seorang teman
  
Dan syukur buatmu teman
 Syukur kita dipertemukan
 Pengorbanan dan kesetiaan
 Tak mungkin kulupakan
------------------------------------ 
  
 
2 komen:
Tiap kali aku membaca artikel balam blog hang, ia memberi aku sedikit kesedaran. betapa lemahnya aku..betapa byk kesalahan ku... teruskan menulis. munirah...teruskan menulis. di kesempatan ni..aku nk mohon kemaafan kalau aku ada wat salah. Teruskan menulis... hang menulis... Allah memilih... mana tau ada hati yang dibuka di asbab kn atas artikel hang. Goood luck. salam..
Laa haula wa laa quwwata illa billah..
mohon maaf & good luck jg
Post a Comment