"Ya Allah, kurniakanlah ke atasku ketenangan, dan tetapkanlah pendirianku bersama-sama pendukung-pendukung kebenaran, dan tabahkanlah hatiku dengan mengingati Engkau, dan kurniakanlah akan daku keredhaan dengan perkara yang Engkau redhai"

Wednesday, April 1, 2009

NAFSU YANG MERANGSANGNYA

Ada 5 halangan dan cabaran yang dihadapi oleh para dai’e , yang mana salah satunya adalah : Nafsu yang merangsangnya. (nafsin tunaazi’ah).

Nafsu merupaka wadah dan tempat berlakunya interaksi baik dan buruk, jahat; halal dan haram, haqq dan bathil. Ia merupakan bekas yang sedia menerima apa sahaja. Baik yang bai, mahupun buruk. Hidayah, mahupun dhalalah.

Dalam kesibukan, tidak kira lah apa jua kesibukan; sama ada akademik, siasah, gerakan, bisness dan sebagainya, seorang da’ie mungkin terlupa akan dirinya sendiri. Saya juga. Kita beri perhatian kepada orang-orang sekeliling, bantu dan bentukkan program, jalan dan menjalankan program, melibatkan diri dalam mentarbiyyah orang lain; namun dalam masa yang sama kita lupakan diri dan hak diri kita, supaya ditingkatkan dalam segala segi. Keasyikan yang ini serta keterlupaan pada diri membuatkan jiwa menjadi keras, lembab, dan akhirnya membatu.
Mungkin anda tidak nampak sekaran, tetapi, renung dalam-dalam, apakah terdapat simptom-simptom seperti:

i- tidak boleh menerima teguran orang lain
ii- kurang berlapang dada
iii- tidak lagi sensitif dengan perihal agama dan jama’ah
iv- rasa malas untuk melaksanakan gerak kerja Islam secara berkumpulan
v- keberatan untuk bersama-sama sahabat dalam apa-apa aktiviti
vi- memberi apa jua alasan sebagai pelepasan diri; dan sekutu dengannya.

Jika terdapat simptom-simptom tersebut, maka berhati-hatilah dan carilah jalan keluar darinya.

Kurangnya peka kita terhadap didikan jiwa pada diri kita membawa kepada kekerasan hati. Didikan keras yang diterima bukanlah sebab utama memberi kelembutan jiwa seseorang, ataupun membawa keterikatan teguh seseorang kepada gerakan Islam. Tetapi sebenarnya didikan jiwa itu sendiri. Tak kira lah nak buat cara apapun. Keras? Lembut? Asalkan tidak mengabaikan didikan ruhiyyah, jiwa, agar hati dan jiwa-jiwa tidak keras.

Firman ALLAH dalam surah al-Baqarah : 74,


Maksud : Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal diantara batu-batu itu sungguh ada yang mengalir sungai-sungai dari padanya dan diantaranya sungguh ada yang terbelah lalu keluarlah mata air dari padanya dan diantaranya sungguh ada yang meluncur jatuh, karena takut kepada Allah. Dan Allah sekali-sekali tidak lengah dari apa yang kamu kerjakan.


Ingin saya kongsikan hasil pembacaan sebuah buku karanganUst Fathi Yakan yang berjudul BAHTERA PENYELAMAT dalam Kehidupan Pendakwah;

bahawa petanda awal kerugian diri adalah :

Mengabaikan peningkatan dan latihan diri supaya mengikut kehendak syara’.
Seorang da’ie dituntut supaya melakukan perhitungan diri terlebih dahulu sebelum memperhitungkan atau berkira-kira dengan kesalahan orang lain. Mendidik diri sebelum mendidik orang lain. Walau bagaimanapun, bukan lah mengabaikan terus antara salah satunya. Asleh nafsaka wad’u ghairaka.

Saidina ’Ali kwjh berpesan,
Sesiapa yang menjadikan pemimpin orang lain, maka hendaklah ia mulai dengan mengajar dirinya sendiri sebelum mengajar orang lain. Asuhannya terhadap orang lain biarlah dengan perilaku sebelum dengan tutur kata. Orang yang mengajar dan mengasuh dirinya sendiri lebih berhak dimuliakan/ dihargai dari orang yang mengajar dan mengasuh orang lain.


WAHAI DA’IE, PELIHARALAH HATIMU...

Penyakit hati ataupun masalah hati bukan lah sahaja kepada masalah ’jiwa kacau’ ataupaun masalah cinta sahaja. Malahan ia melibatkan penyakit hasad, riya’, ’ujub dan sebagainya.

Dan di antara tanda hati itu sihat, adalah ia bersih dari keinginan menipu, hasad dengki dan permusuhan.

Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah saw,
”Siapakah orang yang paling baik, ya Rasulullah?”

Maka baginda Rasulullah menjawab,
”Tiap mu’min yang makhmumul qalbi.”

Lantas, baginda ditanya lagi,
”Apakah yang dimaksudkan dengan makhmumul qalbi?”

Baginda menjawab,
”Iaitu orang yang amat bertaqwa; tidak menipu, zalim, khianat, mengambil yang bukan hak dan tidak menaruh hasad dan dengki.”


Dan antara yang membuktikan hati masih selamat ialah sifat tenang dalam menghadapi apa jua keadaan, berlapang dada, dan jauh pandangan...

Yahya Ibn Mu’az berpesan,
”Berjihadlah melawan nafsu dengan riadhah, (latihan ruhani).”

Latihan ruhani yang dimaksudkan punyai 4 perkara, iaitu :
i- Sedikit makan
ii- Sedikit tidur
iii- Bercakap sekadar perlu
iv- Sabar menanggung gangguan orang lain.


Marilah kita nilai dan hitung diri kita sebelum kita dihitung. Menimbang sebelum ditimbang. Supaya kita benar-benar bersedia menghadapi Hari Perhitungan.

12 komen:

the guardian said...

"Latihan ruhani yang dimaksudkan punyai 4 perkara, iaitu :
i- Sedikit makan
ii- Sedikit tidur
iii- Bercakap sekadar perlu
iv- Sabar menanggung gangguan orang lain."

as'kum.. boleh x bg pndapat, macam mane nk apply kn bercakap bile perlu je? mungkin ade yg akn salah faham dengan perkara ni, fikir xperlu bercakap kalau xde pape penting, nnt senyap je la dlm bilik, bile dh senyap, xberani pulak nk buat lawak, sb sume serius je ngn kerje sendiri.. mcm mne ek? ke.. org yg nk break the silence ni kne 'berlapang dada' ngn fikir, "mungkin dorg ade kerje penting yg nk disiapkn"..

ihtimam said...

afwan ana merespon terlebih dahulu.

'bercakap sekadar perlu'
bukanlah bermaksud diam membisu (hingga membingungkan dan menimbulkan rasa kurang senang) jika tiada apa-apa yang penting bagi dirinya sahaja. Namun pengaplikasian dan latihan ini lebih menjurus kepada :

kurangkan bergurau senda, dan bercakap perkara tiada faedah (gosip/umpatan/kutuk mengutuk lantaran tidak berpuas hati kepada mana-mana pihak).

bercakap juga merupakan antara salah satu cara/kaedah untuk mengeratkan hubungan antara satu dengan yang lain, dan juga salah satu kaedah untuk menasihati, menegur, dan juga menyampaikan seruan.

pandangan,
al-haqir al-faqir ilallah

the guardian said...

syukran atas respon tu, ye, sy pun fikir mcm tu, tp sy risaukn ada sesetengah antara kite yg misunderstood perkara tu..

Anonymous said...

Manusia berbicara setiap masa.
Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kpd manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati org lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT. Jadi, ambil pendekatan diam.

Bagi mereka yg beriman, lidah yg dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan utk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan utk mengeluarkan mutiara-mutiara yg berhikmah.
Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia drp mengucapkan perkataan yang sia-sia.

Hadis2 Rasullulah mengenai kelebihan diam yg bermaksud:

* "Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". ( RW ABU NAIM )

* "Barangsiapa yg beriman kpd Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yg baik atau diam". ( RW BUKHARI & MUSLIM )

* "Barangsiapa diam maka ia terlepas dr bahaya". ( RW AT-TARMIZI )

Madah Dari Hukama:

* BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KRN KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORG CERDIK YG PENDIAM LEBIH BAIK DR ORG BODOH YG BANYAK CAKAP.

* MENASIHATI ORANG YG BERSALAH , TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG..

* KALAU ORG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YG SEBENARNYA ORG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dgn diam. Jalan yg terbaik ialah DIAM KALAU KITA X DPT BCAKAP KE ARAH PKARE2 YG BAIK! Bicara yg baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kpd kekuatan iman pada diri manusia.
~ainul mardhiyah~ KTI

Selalunya kalau nak cakap, nak hidup suasana kononnya, org akan lbh membawa cerita2 atau mengungkit kesalahan org lain. Jadi, elaklah. Its better shut ur mouth up than u say sumething yg rase mcm nk bine hubungan rapat ngan kwn, tp sbnrnye sdr x sdr ngumpat blkng.

Lagi 1 nape nk rs org lain slh fhm, sdgkn kte dok phm org lain nk jg lidahnya? jg pk slh org bila org x ckp/ kurng ckp, krn mungkin diri kte penah bckp dan bw pckpn yg kte slalu mgguriskn org d sekliling kwn dia.

Anonymous said...

pedasnye kate2 terakhir ananymous,patut lbh berhikmah, ni mcm ada ape2 yg tersimpan dlm hati jer,

monera said...

akhirnya selepas membaca komen2 pembaca, terkomen juga sy di ruang ni. "hoyei?" (ayat sorang adik)
terima kasih pada yang memberi response dan yang berkongsi buah fikiran. bertenang ye...

we make our decision. (betul ke ayat BI ni? ('?')

bina karakter kita. pendiam ataupun orang yang banyak bercakap, membawa sentuhan jiwa pada orang lain. (lebih kurang gini ayat rumate ana, dayah. tq dayah)

sekiranya diam kamu lebih membawa kebaikan, dan menyekat kamu dari berkata tidak elok, maka berdiamlah. sekiranya dengan percakapan kamu itu memberi kebaikan pada agama dan mengingatkan kawan-kawan kepada mengingati Allah, maka bercakaplah (berbicaralah).

walau bagaimanapun, kita hidup dalam kelompok masyarakat. pelihara bicara kita. jagalah hati sahabat2 kita.

"THE MOST GREATFUL OF PEOPLE TO ALLAH ARE THOSE WHO ARE THE MOST GREATFUL TO OTHER PEOPLE."

Be greateful..(nasihat utk diri sy jg.. bnyk salah silap.. mohon maaf ye smua..)

the guardian said...

time kasih byk2! (^_^) jwapan yg ku tunggu2, hehe~

monera said...

hehee~ ade jg yg tggu jwpn yg x bernas dr org yg xcukup mkn beras yg dimasak. (^_^)

qalbun syakirun said...

Assalamu'alaikum..

Memang best bace comment org lain.
Btul lah..
Jawapan yg di2ggu akhirnye kuar juga.
Ringkas dan padat.
Nak tnye ckit..
Kadang2 bila memikirkan perasaan org lain, kite rasa susah nk bercakap.n then terus x ckp.
Bila kite x ckp ape2 plak, org ckp kite pendiam plak n mula ckp bukan2 psl kite.
mcm ne yer?
hrp dpt bg comment.
wslm.

Anonymous said...

erm.. nk kongsi sikit la ni..
cuba fahami btl2 yer..

kita selalu dengar org kata "bercakap bila perlu"..

situasi mcm mana yg dimaksdkn berckp bila perlu? Sape yg boleh terangkn? Suatu statement yg subjektif dan tiada siapa yg dpt jelaskn dgn spesifik.. kita kan lbh fahami bila mana kte berada dlm situasi trsbt dan kita perlu praktikkn..

apa yg blh diringkaskn disini "berckp bila perlu" dengan menilai situasi keadaan semasa ketika itu, keadaan individu jika melibtkn individu, kemampuan sosial kita..

selain itu, mengapa "bercakap bila perlu" ?, sbb mksd yg kita atau org lain ingin smpikn tidak hnya skdr melalui kata2/perckpan blh memahamkn org lain tp kadang2 tindakan,perbuatan atau isyarat kita jg dpt atau sudah memadai menyampaikn maksd kita..

Secara ringkasnya jg fahami ayat di bawah ni :
"Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"

kesimpulannya,
jauh dlm lubuk hati.. walaupun kita sampikn kata2, tp hakikatnya apa yg kita lahirkn bkn sepenuhnya dr hati kita wlpn kite slalu kabo "kata2 ini lahir dari sepenuh hati saya", tp sebenarnya bkn sume yg kita smpikn, masih jg ada secebis yg tersimpn..

Akhir skali, tanggapan org kita takkan blh elak, dh nama pun manusia, fitrah kejadian dicipta sedemikian rupa, bila buat baik, dikatakan kita tunjuk baik, bila buat jahat, disalahkan juga, bila kita dia, dikatanya bodoh atau jahil, bila bercakap pula dikatanya nk tunjuk hebat.. nak tak nak teruskan aja dan yakin dgn apa yg kita nak buat selagi ia betul, bw kebaikan dan baik pada pandangn ALLAH.. itu yg utama..
selainnya JGN PEDULI!!!!

Aneroid said...

salam,

komen-komen di atas kira dah ok dah. mai nak tambah sikit lagi. Setiap amalan, ibadat, pengislahan diri dan sebagainya, kita kena minta ALLAH bantu kita disamping kita berusaha.

Berdoalah supaya ALLAH ampun dosa lidah kita yang tidak bertulang, tetapi boleh meruntuhkan sesebuah kerajaan.

Mintalah ALLAH ampun dosa lidah kita agar kelak tidak menjadi liabiliti kepada kita di sana.

Mintalah agar ALLAH bersihkan lidah kita dari berbohong, merapu, menyakiti hari orang lain, adu domba dan memfitnah manusia.

Pohonlah agar ALLAH jadikan lidah kita lidah yang sentiasa berkata benar, lidah yang tidak menyakiti hati orang lain, lidah yang sentiasa dibasahi zikir kepada-Nya, lidah yang sentiasa bercakap tentang kebesaran ALLAH, lidah yang sentiasa memberi nasihat yang berguna, Lidah yang menyatupadukan manusia, lidah yang menyeru manusia kepada kebaikan.

Dan mohonlah agar dikurniakan Lidah yang sedikit bicaranya tetapi mudah difahami serta luas pengertiannya.

Mudah-mudahan, dengan memiliki lidah yang baik, kita akan tahu bagaimana untuk "bercakap bila perlu".

iklan: [beruslah lidah anda setiap kali bersugi]

mintak maaf kalau komen ni xda kena mengena... wassalam

aq x pekak said...

klu org 2 pdiam, jgn la mhukum dia. dia tu gtu, gni.
sbb tu mmg dia yg xbnyk ckp.

tp jd pelik & wat org trasa bila org ni asalnya bnyk ckp, tp bila org btny sumting, dia diam, xmo jwp. tp aq assume org gni ada mslh tlinga dia kot. hopefuly cpt smbuh la.

Template Design | monera87