Lakukan Sesuatu!
”TIN KOSONG!
Cakap berdegar-degar, buatnye tidak. Program sana sini, tapi roh tetap sunyi.
Begini ke nak gelar diri kite pejuang agama?
Akan tertegak ke Biah solehah, kalau mulut saja hebat berbicara?
Lantang bicara tentang aqidah perjuangan, solatnya entah ke mana. Subuh lewat-lewat saja. Masa lapang diisi perkara tak berfaedah cuma.
Eh kawan, kalau takde kita pun, ISLAM akan tertegak juga, sebab itu JANJI ALLAH.
ISLAM takkan pernah rugi sikit habuk pun kalau takde kita. Buat lah sesuka hati.Berlakon lah sepuas hati. Go on. Tapi ingat, ALLAH akan menggantikan golongan yang lebih baik untuk menggalas risalah dan da'wah di jalanNYA.
Penapisan sentiasa berlaku.
Saya, mahupun anda! Fikirkanlah. Apakah itu diri kita? Tak perlu ulasan, tak perlu jawapan. Hati kita masing-masing reti menilai. Hati kita masing-masing ada sensor, dapat sense mana baik mana buruk. Sebab fitrah manusia itu inginkan kebenaran dan nakkan kebaikan.
COME ON, LAKUKAN SESUATU!!
Hidup suburkan hati dan jiwa kita.”
Astaghfirullah.. Dia beristighfar panjang. Dia menyalahkan dirinya lantaran kata-kata yang kurang sedap didengar. Tapi sampai bila dia mahu berlapik, sedangkan bila berlapik, orang tidak faham dan tidak mengambil berat pada fenomena dan gejala ’kurang mengambil berat pada penekanan ruhaniyyah’ semata. Program oriented semata.
Mudah-mudahan dia dilindungi hasutan syaitan. Tangannya menjadi sejuk serta merta. Bukan kerana takutkan cercaan mereka yang mendengarnya. Tapi dia lebih takutkan ujian ALLAH dihadapan sana. Ya. Dia yakin, ALLAH pasti mengujinya suatu masa. Yang pasti ujian itulah penapisan ALLAH juga. Sama ada telus dan ikhlasnnya dia menyampaikan dan mengingatkan saudaranya agar menyedari fenomena sejak akhir-akhir ini, ataukah sekadar melepaskan geram sahaja. Na’uzubillah. Ya ALLAH, pelihara dan bantulah hamba-MU. pelihara niat aku agar aku ikhlas dalam segala lakuku.
Dalam hati, dia menanam satu tekad. Biar. Kalaupun ajakannya diterima endah tak endah, dia tetap melaksanakan. Biar aku mulakan dulu. Agar apa yang baik dicontohi dan diteladani. Semuanya bermula dengan nama ALLAH. Semuanya dilakukan atas nama ALLAH. Dan, segalanya hanyalah untuk-NYA.
Dia masih ingat lagi ayat dalam cerpen yang sudah lama dibacanya.
” yang menyentuh hati sang manusia ialah Allah. Bukan fikrah yang tercatit di lembaran buku catatan, ataupun amal-amal soleh yang diperjuangkan.”
Dia insaf dengan semua itu, dan sesungguhnya dia memahami bahawa ALLAH jualah sebaik-baik tempat kembali.
Semalam, dia bermimpi. Dia amat mengenali suara itu memberikan nasihat dan kata semangat. Suara kakaknya.
”Jangan lemah. Nak lemah-lemah, bukan sekarang masanya. Bukan disini tempatnya.
Rasa terbeban dan penatkah kamu melayani pelbagai kerenah? Jangan dik.. Kerana setiap suatu itu adalah sahammu di akhirat. Buatlah sesuatu, kerana jika biarkan rasa penat itu bermaharajalela, Menangislah, jika penat. Alirkan kepenatan itu dengan mengalirnya air mata dihadapan-Nya. DIA pasti menguatkanmu. ALLAH sentiasa disisimu,dik selagimana DIA tumpuan seluruh hidupmu..........”
Itu seingatnya. Ya, jangan berasa LEMAH, kerana kita punyai sebaik-baik Penolong dan Pemelihara.
“ Ya Allah, kurniakanlah kepadaku kedua biji mata yang mudah mengalirkan air mata, dapat menyembuhkan hati dengan linangan air mataku itu kerana takutkanMu. Perkenankanlah permohonanku sebelum mengalir dari kedua mata ini air mata darah, Ya Allah, kepadaMu lah aku kembali…”
0 komen:
Post a Comment