Check & balance 2
Hati seorang pejuang itu...
- Apabila diuji, mereka sesekali tidak lemah dan tidak mudah berputus asa
- Jika dikritik, jiwanya sentiasa tenang dan tidak sesekali gusar dan takut
- Bila ditohmah, mereka sabar dan tabah dalam menghadapi ujian tersebut
- Jiwa mereka sentiasa kental dan kuat dalam menghadapi cabaran
- Mereka tidak membenci orang lain walaupun hatinya disakiti
- Mereka boleh dinasihati dan ditegur dan tidak mudah melenting
- Bersikap lapang dada apabila apabila pandangannya tidak diterima dan ditolak
- Mengakui kesilapan diri dan bersikap pemaaf
- Tidak mudah merajuk dan mengalah
- Bersikap lemah lembut dan memudahkan orang lain
- Mempunyai azam dan cita-cita yang tinggi, jiwanya sentiasa optimis dan istiqamah
- Merendah diri dan tawaduk, tidak sombong dan tidak pernah merasa bongkak
- Bersikap tegas dan tidak keras
- Berpandangan jauh dan terbuka
Jika sifat-sifat ini ada dalam diri kita, maka maintainkan dan tingkatkan ke arah yang lebih baik. Saya yakin, setiap dari kita ingin memiliki hati dan jiwa yang kental, penyabar dan segala macam lagi sebagai pelengkap diri. Tapi, kita mengetahui sukarnya dan banyaknya dugaan dan cabaran. Adakala kita lemah, adakala kita gusar, adakala emosi mudah terusik dan sebagainya. Walau bagaimanapun, kita masih ada peluang untuk baiki diri kita. Maka, gunakan ruang dan peluang yang ada, dengan sebaiknya.
Ingat,kita bukan penghukum...
Jangan kita menghukum kerana peribadi dan sikap sahabat tidak seperti peribadi kita. Tidak seperti apa yang kita impikan. Tapi, ingat lah, jika kita melihat kekurangan pada diri sahabat, maka tampunglah kekurangan itu. Jika sahabat melakukan kesilapan, tegurlah dengan berhikmah. Bijaksana dalam melihat dan meneliti situasi dan suasana serta keadaan mereka.
semoga diri kita menjadi ikon yang baik untuk dijadikan contoh kepada keluarga, sahabat dan masyarakat yang pelbagai.
1 komen:
tinggal brp lg dlm akaun?
hahah
Post a Comment