"Ya Allah, kurniakanlah ke atasku ketenangan, dan tetapkanlah pendirianku bersama-sama pendukung-pendukung kebenaran, dan tabahkanlah hatiku dengan mengingati Engkau, dan kurniakanlah akan daku keredhaan dengan perkara yang Engkau redhai"

Thursday, October 14, 2010





Friday, September 24, 2010

Cuti-cuti Raya...

Cuti-cuti Raya 1...

"Sekilo batu ngan skilo kapas, mana lagi berat?" si Abang bertanya kepada adik-adiknya.
dan Adikku pantas menjawab, "Batu laa.. apa la soalan abang ni.." penuh kekonfidenan.
Aku tersengih. Biasanya, kalau abang tanyakan soalan, pasti ada trick.
Tapi soalan kali ni terlalu direct.
"Awat pulak? Jawapan dia, sama berat laa... Sekilo ngan sekilo.."
sebagai pemerhati dan pendengar, aku tersenyum bersahaja.
haah..tu diaa... Dik, len kali dengar betul-betul..
dan aku mula berfikir,
Kalau pandangan, kita panggil ilusi optik..
kalau pendengaran, panggil apa pulak kalau kes cmni?


Cuti-cuti Raya 2...

"Jom pi RFC, lapaq.. kat rumah terbuka MB ramai sangat..."  pujukan demi pujukan, akhirnya makan saman.
Entah apa yang seronoknya kat rfc, aku pun tak tau.
Rasanya, kalau ayam goreng, kat rumah goreng sendiri lagi sedap.
Citarasa..selera..masing-masing lah.. sekali-sekala, kata adik-adik.
"Nak makan pa, habaq la.. Shah, nak makan pa?" Abangku yang baik hati bertanya.
"wedges.."
"Midah, nak apa?"
"haa.. chek nak lojes-lojes.." jawab adikku.
Haaah? aku menepuk dahi.



Sunday, September 19, 2010

ia pergi meninggalkan kita

"ni solat berjemaah terakhir kita.." kata ayah.

Ayat tergantung. Berpandangan sesama kami adik-beradik...

Kemudian, ayah sambung, " solat berjemaah terakhir dlm bln Ramadhan tahun ni.. Ramadhan nanti, kita blum tentu ada. Kalau ALLAH panjangkn umur kita, insha'allah ada..."


Merindui detik2 dbulan Ramadhan..

Terkenang sembang santai bersama beberapa sahabat.. k.Nad, Ada, Kin, Ana.. Antara isi nya,

Posa-Raya a.k.a Ramadhan-'Aidilfitri....

dalamnya lagi, menyentuh

cinta-rindu..

Benar..

dalam Ramadhan memutik dan menyemarak cinta kepada-NYA.. yang bertunas kecil, dibajai agar pasak teguh..

berpisah dengan Ramadhan, membuah kerinduan. Rindu pada suasana yang penuh pesta ibadah.Entah bagaimana mengungkapkannya, mungkin tak terungkap. Tetapi disudut hati masing-masing, pasti merindui kunjungan Ramadhan.. Semoga dipanjangkan umur dan diberi keizinan untuk bersua kembali dengan Ramadhan akan datang.

Juga, moga kita terus istiqamah..


Siapa yang beribadat kerana ia nya Ramadhan, maka ketahuilah, Ramadhan itu kan pergi meninggalkan kita.. Tapi siapa yang beribadat kerana ALLAH, ketahuilah, bahawa ALLAH itu ada, dan DIA kekal selama-lamanya

Tuesday, August 31, 2010

Doa Solat Sunat Tasbih..




"Ya Allah, Ya Tuhanku, 
aku bermohon taufiq daripada Mu 
seperti mana orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk,
dan jadikanlah amalan ini 
sepertimana amalan ahli yakin, 
dan jadikan aku dari golongan yang menerima nasihat,
orang-orang yang bertaubat,
dan keazaman ku 
seperti mana orang-orang yang takut.

Dan aku bermohon 
seperti mana pemohon orang yang suka kepada kebaikan 
dan beribadah
seperti ibadat orang-orang yang warak. 

Dan jadikan pengetahuanku ini 
sebagai ahli-ahli yang berilmu
sehingga aku termasuk ke dalam golongan 
orang yang takut kepada Engkau. 

Ya Allah, aku memohon kepadaMu,
jadikan dalam diriku ini perasaan takut 
yang dapat menghalang aku daripada melakukan maksiat
sehinggalah aku beramal dengan penuh ketaatan kepadaMu 
sebagaimana amalan
yang aku merasa perlu mendapatkan keredhaanMu 
dan juga sehingga aku betul-betul ikhlas
dan bertawakal kepadMu dalam setiap perkara, 
dan aku memohon supaya menjadi orang yang baik sangka
terhadap Engkau Maha Suci Engkau Pencipta Cahaya kebenaran.

Ya Tuhan kami, 
sempurnakanlah kepada kami cahaya kebenaran, 
dan ampunilah kami.
Sesungguhnya di atas sesuatu itu Engkau Maha Berkuasa."






pautan: Solat Sunat Tasbih

Monday, July 19, 2010

berkata ibnu Qayyim al-jauzi...



Bismillahirrahmanirrahim..



Berkata ibnu al-Jauzi,

"ALLAH lebih dekat kepada hamba-NYA daripada urat nadi. Akan tetapi, ALLAH berhubungan dengan hamba-NYA secara ghaib dan seakan-akan jauh darinya. ALLAH memerintah untuk mengarahkan niat kepada-NYA, supaya menadah tangan kepada-NYA, dan meminta kepada-NYA. Hati mereka yang jahil merasakan bahawa ALLAH itu jauh. Oleh kerana itu, antara mereka ada yang terjerumus ke dalam kemaksiatan yang jika mereka diawasi oleh orang yang hadir dan melihat, nescaya mereka akan menahan diri dari kesalahan tersebut. Manakala mereka yang sedar itu, mengetahui bahawa betapa dekatnya ALLAH dengan hamba-NYA. Oleh kerana itu, mereka merasa selalu diawasi ALLAH sehingga perasaan ini menahan diri mereka dari sibuk memerhatikan keadaan di luar dirinya."



berkata lagi Ibnu Qayyim al-Jauzi,

"tatkala perasaan selalu diawasi ALLAH (muraqabah) ini wujud, maka hati pelakunya pun menjadi gembira. Kegembiraan hati ini hanya boleh dikecapi dengan ketaatan. Kerana, pelanggaran terhadap aturan ALLAH mendatangkan kesedihan, sedangkan penerimaan terhadapnya mendatangkan kegembiraan.Alangkah nikmatnya kehidupan mereka yang bergembira dan alangkah ruginya mereka yang bersedih.
Ketaatan bukan seperti sangkaan orang jahil, iaitu hanya dengan mengerjakan solat dan puasa. Akan tetapi ketaatan yang diterima itu adalah dengan menjalankan perintah dan menjauhi larangan. Inilah prinsip dan kaedah secara umum.
Berapa ramai orang yang beribadah kepada ALLAH, namun dia menjadi lebih jauh dari ALLAH, kerana dia meninggalkan prinsip dan menghancurkan kaedah dengan melanggar perintah dan mengerjakan pula larangan?
Sesungguhnya orang yang teliti adalah orang yang memegang ikatan timbangan nilai dalaman diri, lalu dia menunaikan apa yang diperintahkan kepadanya, dan menjauhi apa yang dilarang. Apabila rezekinya bertambah, dia semakin menjalankan sunnah. Namun, apabila rezekinya tidak bertambah, dia tidak merasa rugi."


Semoga dalam diri dan jiwa kita sentiasa merasa selalu diawasi ALLAH.

** “Apakah itu Ihsan? Baginda menjawab : Sesungguhnya kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihatnya, walaupun kamu tidak melihatnya, akan tetapi Allah melihat kamu” (HR Bukhari&Muslim).

Ibnu Rajab menyatakan bahawa hadith ini menunjukkan bahawa seseorang itu hendaklah beribadat seperti cara ini, menggambarkan dia hampir dengan Tuhannya, Ia memerlukan sifat TAKUT, GERUN dan TUNDUK kepada Allah swt. Sifat ini juga akan menimbulkan rasa ikhlas didalam beribadat, dan seseorang itu akan cuba memperbaiki lagi ibadatnya agar ia menjadi lengkap dan sempurna.


Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam..Esok lebih cemerlang dari hari ini..

Monday, May 3, 2010

Ucapan Takziah


Takziah dari segi istilah bererti menyuruh seseorang dengan bersabar dan mendorongnya dengan pahala yang dijanjikan, memperingati daripada dosa, mendoakan bagi si mati dengan keampunan dan mendoakan bagi orang yang terkena musibah dengan mendapat penggantinya. (Mughni al-Muhtaj: 1/481)

Sudah menjadi kebiasaan di kalangan masyarakat untuk menziarahi keluarga si mati atau orang yang terkena musibah. Amalan ini amatlah digalakkan oleh Islam.


Hukum Takziah



Takziah itu sunat diucapkan kepada mereka yang ditimpa musibah, sebagaimana Nabi s.a.w. bersabda yang maksudnya :
"Tiadalah seorang mukmin yang mengucapkan takziah pada saudaranya yang ditimpa musibah, melainkan Allah s.w.t. memberikannya pakaian daripada pakaian kehormatan di hari qiamat." (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Adapun takziah itu sunat diucapkan kepada ahli keluarga musibah pada keseluruhannya, sama ada terdiri daripada orang dewasa lelaki dan perempuan atau pun kanak-kanak yang berakal. Akan tetapi tidak boleh mengucapkan takziah itu kepada perempuan yang muda melainkan sesamanya perempuan, suami atau pun mahramnya. Ini kerana ditakuti akan mendatangkan fitnah.


Waktu Dan Jangka Masa Takziah


Sunat mengucapkan takziah kepada ahli keluarga musibah sebelum dan selepas menguburkan si mati. Adapun lebih afdhal mengucapkan takziah itu selepas menguburkan si mati kerana kesibukan ahli keluarga pada menguruskan mayat si mati. Berlainan halnya jika ahli keluarga itu terlalu sedih dan resah sebelum dikuburkan mayat tersebut, maka afdhal didahulukan takziah itu bagi menghilangkan kesedihan dan keresahannya.

Ucapan takziah kepada ahli keluarga musibah itu, hendaklah tidak melebihi kira-kira tiga hari lebih kurang. Kerana dalam jangka masa tiga hari itu, ahli keluarga musibah pada kebiasaannya hati mereka sudah mula tenang dan tidak merasa sedih dan resah lagi. Makruh mengucapkan takziah kepada ahli keluarga si mati selepas berlalunya tiga hari agar tidak menimbulkan lagi kesedihan mereka. Jika salah seorang di antara orang yang mengucapkan takziah dan orang yang diucapkan takziah itu tidak ada pada masa tersebut, maka harus diucapkan takziah itu selepas tiga hari.


Menyediakan Makanan Bagi Ahli Keluarga Si mati



Sunat bagi jiran dan kaum kerabat yang jauh menyediakan makanan untuk ahli keluarga si mati, sebagaimana Rasulullah s.a.w. bersabda kepada ahlinya ketika mendapat khabar kematian Saiyidina Ja'far bin Abi Thalib: yang maksudnya : "Kamu buatkanlah makanan bagi keluarga Saiyidina Ja'far, sesungguhnya telah didapati mereka itu kesibukan (atas kematian Saiyidina Ja'far)." (Hadis riwayat Tirmidzi)

Haram menyediakan makanan kepada orang yang meratapi si mati, seperti perempuan yang meraung menangis sambil menampar-nampar pipinya dan merobek-robek pakaiannya. Ini kerana orang yang menyediakan makanan untuk orang yang meratapi itu bekerjasama dalam maksiat. (I'anah At-Thalibin: 2/165)

Adapun bagi ahli keluarga si mati itu sendiri adalah makruh menyediakan makanan dan mengumpulkan orang ramai bagi menjamu jamuan itu, kerana ia boleh menambahkan lagi kesedihan, kesibukan di samping menguruskan jenazah dan ia juga boleh menyerupai perbuatan orang jahiliah dan perbuatan ini juga adalah bid'ah makruhah. Sebagaimana dalam sebuah hadis daripada Jarir bin Abdillah Al- Bajaliy berkata yang maksudnya : "Kami (sahabat) mengiktibarkan berhimpun di tempat ahli keluarga si mati dan mereka (ahli keluarga si mati) membuat jamuan makanan selepas penguburan si mati: itu adalah sebagai satu niyahah (ratapan)." (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Adapun jika jamuan makan yang biasa dilakukan itu bertujuan untuk mendapatkan rahmat Allah s.w.t. bagi si mati, maka tujuan itu adalah baik. Jika ahli keluarga si mati itu memberatkan diri dengan berbagai-bagai makanan dengan tujuan riak, bermegah-megah dan perkara-perkara yang boleh membawa kepada riak dan bertujuan untuk meratapi si mati, maka itu adalah perbuatan orang jahiliah.


Lafaz Takziah


 
Sunat ke atas orang Islam mengucapkan takziah kepada orang yang ditimpa musibah.

Adapun ucapan takziah itu jika ditujukan kepada ahli keluarga yang Islam dan bagi si mati yang Islam, lafaznya adalah seperti berikut : 


"Semoga Allah membesarkan pahalamu dan membaikkan kesabaranmu dan mengampunkan bagi si matimu.” 



petikan: himpunan tazkirah

Monday, April 19, 2010

USAHA!! SELAMAT PEKSO!!



Datang saja musim periksa, saya pasti keluh kesah, gelabah gelisah. Tapi, ayat-ayat dan pujukan dari ALLAH umpama air dingin yang menyejukkan.. Mendamaikan jiwa yang keluh kesah. ALHAMDULILLAH.. Semoga Ayat-Ayat ALLAH, menjadi penawar bagi kita..

Teruskanlah usaha tanpa membelakangi kebergantungan kepada-NYA.

Nabi juga pernah ajak para sahabat berehat, kala penat.. Lalu baginda berwudhu' dan menunaikan solat 2 rakaat. setelah itu meneruskan kembali kerja. Rehat Nabi dan para sahabat adalah solat. Solat itu nikmat, bagi mereka yang khusyu'.

Walau bagaimanapun, kekuatan kita bukanlah hanya bergantung pada doa semata, tetapi perlu disertakan bersama ibadah (usaha)..

ketika tiada semangat untuk belajar (sebab rasa banyak lagi tak tau bila wat revision smula), ingatlah pesanan ALLAH, kita ni kena berusaha..
Yep, USAHA..!!

 Untuk kemenangan serupa ini, hendaklah berusaha orang-orang yang bekerja" (as-shaaffat,37:61)


Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok[1187]. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.  (surah Luqman,31:34)

[1187]. Maksudnya: manusia itu tidak dapat mengetahui dengan pasti apa yang akan diusahakannya besok atau yang akan diperolehnya, namun demikian mereka diwajibkan berusaha..

  
Saya tidak mempunyai apa-apa untuk menenangkan jiwa saya, melainkan pujukan dari ALLAH.. janji-janji ALLAH.. itu cukup mendamaikan jiwa saya yang keluh kesah kerana saya begitu bimbang dengan periksa kali ni (Masha'Allah.. ni baru periksa kat dunia.. dah gelabah ayam...bagaimana aku kelak??)


"... Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (ath-tholaaq, 65 : 2~3)


Teringat pesanan BiGbRo,
>Jangan takut. Jadilah hamba yang hanya takut kepada ALLAH
>jgn bg soalan gelak.biar kita gelak kat soalan... (heh.. amat menusuk ke kalbu, pesanan ni. penuh dengan unsur-unsur kesusasteraan)

TQ, BiGbRo!!

kepada sahabat-sahabat, adik-adik, dan semua mahasiswa yang sedang dan bakal menduduki peperiksaan akhir, saya ucapkan

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2 SESI 09/10



bittaufiq wanNajah!

Friday, April 16, 2010

suatu yang PASTI

"Tau dak lagi? Toknek dah xdak.."
Innalillahi wa inna ilaihiRaaji'un..

"bila?"
"Lepas Asar tadi.. nak pukoi 5.."


iringan surah Al-Fatihah kami sedekahkan..
Ku terbayang pondok Asam Jawa sana.. terimbau saat bersama toknek..
Toknek (moyang) yang sentiasa tersenyum..
Toknek yang sentiasa katakan, "sedap blako..makanan smua sedap.."
Toknek yang melahirkan nenek (Tok som, nenek yang melahirkan ayah..)
 Semoga ruh mu di cucuri rahmat..,toknek..

Dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH kita kembali..
Al-Fatihah buat yang telah selamat bersemadi..

 
Tiada seorang pun dapat meningkah takdir. Rezeki, jodoh, ajal.. Semua telah dicatat di Luh Mahfudz.
Bila, di mana, pada hari apa, masa, saatnya..


Saya tak pasti apakan berlaku pada saya sebentar lagi.
Saya tidak pasti bagaimanakah saya 2, 3, 4, 5 tahun nanti..
Saya tidak pasti .. dan saya tidak pasti..
Tetapi saya tahu, dan saya pasti, bahawa sampai masanya, saya pasti mati.
MATI ITU SUATU YANG PASTI..

 
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Sebenarnya maut yang kamu larikan diri daripadanya itu, tetap menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).” (Al-Jumu’ah: 8)


"Yang paling banyak mengingati kematian antara mereka dan paling bagus persiapannya selepas kematian. Mereka itu orang cerdik,” (HR Imam Ibnu Majah)

Monday, April 12, 2010

Synchronous Counter Design


 
1.Determine desired number of bits and desired counting sequence
2.Draw the state transition diagram showing all possible states
3.Use the diagram to create a table listing all PRESENT states and their NEXT states
4.Add a column for each JK input.  Indicate the level required at each J and K in order to produce transition to the NEXT state.
5.Design the logic circuits to generate levels required at each JK input.
6.Implement the final expressions.

Soklan: 
- Design a 3-bit counter that counts in the following sequence: 000, 001, 010, 011, 100 and repeat.
 ** Consider that other sequence will start at 000
 
 
 
 
 

Sunday, April 11, 2010

hanyalah pinjaman



ALHAMDULILLAH, terima kasih ALLAH...


“selamat hari lahir!!!...”

“salam..selamat menyambut hari lahir...semoga panjang umur dan hidupmu sentiasa diberkati dan diredhai olehnya....,”

“selamat hari lahir..smoga akak lg tabah n kuat harungi cabaran hidup n istiqomah lam pjuangan..=)) tq kak coz ade utk sy..”

“salam..kak muniey..selamat hri lahir..moga sntiasa dlam redha dan kasih sygNYA..
moga istiqamah dlm pjuangan..(^_^) syukran kak muniey.. ♥ ♥”

“salam..selamat hari lahir kak monera..semoga dimurhkan rezeki dan istimamah dalam memperjuangkan islam...”

“selamat hari lahir akak..semoga dirimu terus mekar mewangi di taman2 Islam..amin..”

“salam.slmt ari lahir.moga pnjg umur n dimurahkn rzki.diberkati Allah dunia n akhirat..”

“to my lovely sis... selamat ulang thun kelahiran yg ke...?? semoga pnjng umur n murah rzeki...serta d berkati ALLAH...insyaALLAH...amin...” (ayuk..? tang mana yg lovely-nye? Bkn ke garang?)

“selamat hari lahir onee-chann.. smga dlm peliharaan Nya..ana syg k.munirah..” (uhibbuki fillah aidhan, Anna)

 Ada seorang adik tu cakap, “Kak, spesel besdei akak hari ni.. ada 2 perkara besar.. “
(Urm.. Alhamdulillah.. Tapi yang lagi special bagi akak, sebab pagi ni kita sama-sama buat solat sunat tasbih.. MASHA’ALLAH, SUBHANALLAH.. sempatkan aku, ya ALLAH..
Jangan lupa neh, temu janji di rumah ALLAH..)


Maaf kepada ucapan2 yang tak dapat saya sertakan disini.. Sebab yang lain tu, kena taip.. Malas pulak nak menaip.
Pelbagai spesies ucapan yang diterima tatkala menjelang 11 April.

Shukran ala kullishai’... Terima kasih atas segalanya. Saya menghargai kalian dan ucapan kalian. Doa-doa kalian, sama2 kita doakan untuk kita semua bersama (^_^)..
Okei, ucapan sahabat-sahabat pun sudah.. Ni saya pula nak bertutur.. Bebelan lagi kut?


Pertama, ALHAMDULILLAH...

Terima kasih atas ucapan.. sememangnya saya sendiri pun tak ingat, barangkali kerana malam tadi kita pula membincangkan sesuatu yang bermakna untuk jalan da’wah kita.. dan barangkali kerana pada saya dan keluarga di rumah juga, tiada suatu pun ucapan atau raikan majlis sambutan hari lahir... apatah lagi kalau nak mengingat nombor-nombor, terasa amat sukar.. kelemahan yang sengaja di beritahu..  
Maaf kan saya, saya tidak seperti kalian. Kalian yang setia mengucap dan memberi ucapan, tetapi saya pula sebaliknya... Lambat, terkadang terlupa, terkadang.... macam-macam kadang..

 
Kedua, menerima pemberian dengan penuh erti

Tersenyum saya membaca mesej-mesej ucapan yang diterima. Aiwah. Ni kan sememangnya sifat manusia yang suka menerima. Oh, erti hidup pada memberi. Tapi, menerima pemberian kalian juga sangat bererti dan bermakna. Saya punyai sahabat-sahabat dan saudara-saudara yang mendoakan saya, bukan ketika hari ulang tahun kelahiran saja, tetapi setiap waktu mereka mendoakan saya. ALHAMDULILLAH..

Melangkah tahun ke-23, kira-kira matematik saya sangat lemah, sudah 22 tahun saya menerima pinjaman Allah di dunia ini. Segala pinjaman. Ruhiyah, jasadiyah.. Pinjaman keluarga, sahabat.. segala macam nikmat.. terutama ISLAM dan IMAN.. dan nikmat bergerak dalam landasan ISLAMI. Saya menerima pinjaman ini dengan penuh ketundukan.

Cakap pasal pinjaman, teringat PTPTN...huhuu..
Bayangkan anda membuat pinjaman dengan pihak bank. Makin lama nak bayar, makinlah banyak bunga-bungaan...

Tapi kan, kalau pinjaman ALLAH bagi ni, bila kita guna dengan baik, kita dapat untung lebih, kan? ALLAH tak ambik 1 sen pun untuk bayar pinjaman yang DIA bagi. Tapi, selaku hamba-Nya yang bersyukur (‘abdan shakuura).. Sama-sama kita tingkatkan ‘amal moga-moga kita jadi hamba sebenar2 hamba.

“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan meperlipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan.” (al-baqarah: 245)

Haa... ALLAH bagi pinjaman kat kita. Lepas tu ALLAH buka tawaran kepada sapa2 yang nak melabur.. Pahtu, DIA jugak yang beri UNTUNG pada pelaburan dan pinjaman kita.. ALLAH Maha Kaya.. Masha’Allah... Apa lagi yang kita nak?


Ketiga, erti hidup pada memberi...

Masha’Allah...sedangkan Sultan Muhammad Al-Fateh menawan Constatinopole pada usia 21 tahun. Al-Fateh, beliaulah rijal yang ditunggu-tunggu oleh semua muttaqin, bagi merealisasikan sabda Rasulullah saw 800 tahun sebelum penawanan Kota Konstatinopel. Apa sabda Rasul?
“..Konstatinopel akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(HR Imam Ahmad)

Sedangkan Al-Fateh berusia 21 tahun tika itu menyumbangkan sesuatu yang cukup besar untuk Islam, merealisasikan sabda Nabi, memenuhi harapan ummah... saya  kini, menjengah 23 tahun. dua tahun bezanya dan lebih berumur dari Al-Fateh ketika itu. Begitu pun, betapa jauh dan matang pemikiran dan kepimpinan beliau..
Bukan beliau saja, ramai lagi golongan muda yang menginfaqkan diri dalam perjuangan ISLAM..
Tapi, entah apa sumbangan saya untuk ISLAM. Untuk jalan da’wah ini. Astaghfirullah...Jangankan memberi sumbangan yang besar, nak jaga pinjaman ALLAH pun cuai!!
Betapa tidak matangnya diri dalam mematangkan diri untuk menyerahkan diri kepada perjuangan ISLAM.



Alwajibat aktharu minal auqaat!
Tanggungjawab lebih banyak dari masa yang ada..!
Makin meningkat umur, makin bertambah tanggungjawab. Setuju?

Kepada semua, terima kasih sekali lagi.
Semoga selamat dunia akhirat. Ameen.

Ya ALLAH himpunkan kami dalam majlis yg baik di dunia.. temukan pula kami dalam himpunan yang baik di mahsyar kelak 
.......

p/s>> Jom2.. temujanji...

Durratul.Imtinan
3.22 

Friday, March 26, 2010

syiling dan batu..

Saya tak pandai bercerita. Tapi saya nak menyamapikan cerita. Macam mana tu? Cerita daripada cerita sahabat, daripada cerita dalam buku yang diceritakan. Saya tukar keadaan. 

Di sebuah kawasan pembinaan bangunan, beberapa orang pekerja sedang buat construction. Ada yang bekerja di atas, dan beberapa orang lagi di bawah, sedang menggaul simen. Bunyi di kawasan tersebut amat lah bingit. Bunyi mesin. Dapatkah kamu bayangkan suasana kebisingan dek mesin bekerja?


Baik. Dalam kesibukan bekerja, yang di atas memanggil kawan di bawah. Jeritan dan panggilannya tidak didengari oleh kawannya, dek leka benar dia beralunkan muzik mesin tu. (pendek katanya, suara kat atas nu x dengar..). Pekerja di atas bangunan tu pun dapat lah idea. Idea untuk menarik perhatian kawannya yang berada di bawah.

Lalu, dia mencampakkan sekeping duit syiling. Dengan harapan, kawannya akan menyedari panggilannya dan memandang ke atas.
campak lah dia akan 50 sen. 

Tingg... 
Sekeping 50 sen jatuh. Kawan yang berada di bawah memandang syiling tu. 
Oh, duit jatuh.
Lalu dia pun mengutip duit syiling tersebut, dan meneruskan kerjanya.

Pekerja di atas bangunan tu mencampakkan sekeping lagi duit syiling. Kali ni mesti dia tengok ke atas. Hehee.. Dia sengih sendiri. (Tambah2 je ni)

Tetapi reaksi kawannya di bawah serupa seperti pertama kali balingan syiling. Di pungut syiling, dan diteruskan kerjanya.


Tadaaaa...
Pekerja di atas mendapat idea yang lebih bernas. Lalu, dia mengambil batu kecil, di campak ke bawah. 

Haa... terus-terus, pekerja di bawah memandang ke atas. 
Sapa la baling batu kat aku ni...?

Pekerja di atas tersengih. Taktikya menjadi.. akhirnya dia memandang ke atas jugak.
Antara syiling dan batu.. Bagi batu baru dia sedaq.
  

Setakat itu saja ceritanya. 




Apa pengajarannya?

Sapa nak come out pengajaran, meh come out kan dia..

saya cakap sikit,

Bila di uji kesenangan (duit syiling -- analogi) kita lupakan pada Yang Memberi. Alpa dengan kesenangan. Kutip, kutip dan terus mengutip, mengaut kesenangan. Lupa kan Ar-Rozzaq. 
Tapi sekali mendapat ujian (batu kecik -- analogi) maka barulah kita mencari-cari DIA. 


Benar, ujian kesenangan itu lebih susah berbanding ujian keperitan. Kerana ujian kesenangan itu lebih membuatkan manusia jauh dari Allah.. Pembuktiannya adalah Fir'aun, Namrud.. yang di uji kesenangan, kesihatan yang baik saja.. Hinggakan akhirnya mengaku diri sebagai Tuhan.. 
Berbalik pada ujian kesusahan, kita akan lebih mengingati Pencipta. Merintih mengadu memohon pertolongan kepada Pencipta. Itulah kita.. 

Alirkan air mata, moga kita nampak lebih jelas apa itu dunia sebenarnya. Clearkan visual.
Alirkan air mata, moga kekerasan hati menjadi lunak setelah air mata roja' dan khauf menitis, menyimbah hati yang gersang dan kontang...


“Sesungguhnya di dalam hati terdapat sebuah keterasingan yang tak mampu diubati kecuali dengan menyendiri bersama ALLAH azza wajalla.

Di dalam hati juga ada sebuah kesedihan yang tak akan mampu diseka kecuali oleh kebahagiaan yang tumbuh kerana mengenal ALLAH berserta ketulusan hubungan denganNya. Pun di dalam hati ada sebuah kegelisahan itu menuju ALLAH…

Di dalam hati juga terdapat suatu tuntutan kuat yang tidak akan terhenti sehinggalah Allah menjadi satu-satunya tujuan tunggal. 
Di dalam hati juga ada suatu keperluan yang tak akan terpenuhi kecuali dengan cintaNya, mengingatiNya, berserta keikhlasan yang tulen terhadapNya. 
Bahkan jika hati ini diberi dunia seluruhnya berserta segala isinya, 
keperluan tersebut tetap tidak akan terpenuhi tanpa mengharap penuh 
ALLAH azza wajalla”
(Ibnul Qayyim al Jauzi r.h.)
 





 

Sunday, March 21, 2010

Ya Rasulullah, apakah perintahmu...

Dari Khuzaifah Bin Yaman r.a, katanya:

Orang ramai bertanyakan Rasulullah s.a.w, berkenaan dengan kebaikan. 
Aku bertanyakannya berkenaan dengan kejahatan kerana bimbang terjatuh ke dalam kejahatan itu. 

Lalu aku berkata,
"Wahai Rasulullah, kami dahulunya berada dalam jahiliyyah dan kemudian, Allah datangkan kepada kami kebaikan (Islam), adakah selepas kebaikan Islam ini ada keburukan?"

Maka  sabda Rasulullah, "Ya."

Lalu aku bertanya lagi,
"Adakah selepas kejahatan itu ada pula kebaikan?"

Sabda Rasulullah s.a.w,
"Ya."


 Lalu aku bertanya lagi,
"Adakah selepas kejahatan itu ada pula kebaikan?"


Sabda Rasulullah s.a.w,
"Ya, di dalamnya ada kekeruhan."

Lalu aku bertanya,
"Apakah dia kekeruhan itu, wahai Rasulullah?"

Sabda Rasulullah s.a.w,
"Adanya golongan-golongan yang berpegang dengan yang lain daripada ajaranku dan memberi petunjuk dengan lain daripada petunjukku. Kamu mengenali mereka dan kamu mengingkari mereka."


Aku bertanya lagi,
"Adakah selepas kebaikan itu ada pula keburukan?"

Sabda Rasulullah, 
"Ya, di dalamnya ada penyeru-penyeru ke arah neraka Jahanam. Siapa yang menyahut seruan mereka, nescaya akan dicampak bersama mereka di dalam neraka Jahanam."


Lalu aku berkata,
"Sifatkanlah (Gambarkan) kepada kami bagaimana mereka itu."

 Sabda Rasulullah s.a.w, 
"Mereka itu daripada kulit yang sama dengan kita, dan bercakap dengan bahasa yang sama dengan bahasa kita."


Lalu aku bertanya lagi,
"Apakah perintah engkau jika sekiranya aku sempat dengan keadaan itu?"

Maka sabda Rasulullah s.a.w, 
"Engkau hendaklah bersama dengan jama'ah Islam dan pimpinan mereka."


Aku bertanya lagi,
"sekiranya tidak ada jama'ah dan tidak ada pemimpin?"

Sabda Rasulullah,
"Engkau hendaklah memisahkan diri kamu dari jemaah (kumpulan-kumpulan) yang lain, walaupun engkau terpaksa memakan umbi-umbi kayu ataupun engkau mati dalam keadaan begitu."


(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

Tuesday, March 16, 2010

GERHANA SEORANG DA'IE


Ini cherita, pernah dikongsi oleh k.ujah n k.chik.. special thanx to kedua-dua kakak yg kecik comel ni... Sengaja nak berkongsi semula.. 


Wafa’ memandang sepi pemandangan musim luruh dari beranda rumah sewanya.
Dedaunan kering menari ditiup angin petang.
Pagi tadi hujan sedikit lebat.
Suhu petang itu kira-kira 13 darjah Celcius. Sejuk mencengkam tulang belulang gadis Melayu itu. 
Sesekali dia benar-benar teringatkan keluarga yang ditinggalkan di tanah air.
Rindu bukan kepalang lagi. 
Dia juga teringatkan duit belanja biasiswanya yang disekat tanpa sebarang alasan.
Ahh….politik betul pihak atasan!

Namun, bukan semua itu yang membuat dia resah dan gelisah. 



Khaulah….

sahibah yang amat disayangi dan dihargainya. Setahun ketika mereka bersama-sama belajar di Program Asasi Sains Universiti Malaya dulu cukup besar ertinya dalam lipatan kenangan Wafa’. Masa berlalu begitu cepat. Serangan jahiliyyah begitu licik. Setahun setengah di bumi Queen Elizabeth ini sudah banyak mengubah diri mereka. Gumpalan perasaan kesal mula menyerang kalbu kecilnya. Bekalan iman yang dibajai di UM dulu sudah mula kehabisan tenaga. 

Sebelum melangkah ke sini dahulu…..

Terasa diri sudah pun bersiap sedia dengan senjata dan kelengkapan perang fikrah. Namun hakikatnya…persiapan tersebut belum pun cukup matang untuk menumpaskan musuh iman. Mereka sudah mula berlari di track yang sama dengan manusia lain yang hidup tanpa sentuhan tarbiyyah Islamiyyah Harakiyyah. Arus jahiliiyyah direnangi dengan hati yang senang dan tenang.

“ Ya Allah…aku rindu aku yang dahulu,”
begitulah munajat hati kerdil Wafa’.

Saat dia terkenangkan posisinya di sisi Allah dan Islam, hati bertambah lesu. Hidup tanpa murabbi di sini amat mendukacitakan. Setiap kesilapan dan kelalaian berlalu tanpa teguran.  Simpulan ikatan hati semakin longgar. Kalau dahulu kerana Allah, kini kerana first class honor. Hati terasa beku dan kaku. 

Berkali-kali dibacanya Surah Al-Waqi`ah, namun setitik air mata khauf pun tidak menitik. Dipegangnya buku Men Around The Messenger dengan harapan terdidik dengan perjuangan jihad awwaluun, namun semua itu gagal membuahkan hasil. Duit belanja makan hariannya di infaq, dalam hati berdoa agar Allah mencurahkan cahaya kasihNya kembali. Malang ….Wafa’ gagal lagi.

Dikerah nafsunya berpuasa Isnin Khamis, sayang sekali.. natijahnya umpama mendapat penat dan lelah tanpa merasai kenikmatan berubudiyyah kepada Allah. 

Berkali-kali dia termenung di atas katil empuknya untuk bermuhasabah, namun segalanya berakhir dengan dengkuran panjang.

Ya Rabbi….apakah ada dosa yang tidak sudi Kau ampunkan? Menjelang malam sepi dia bangun untuk mencuri perhatian pemilik ruhaninya, tetapi baru dua rakaat solahnya dia sudah rebah tidak bermaya. 

Ya Ilaahi….mengapa ni?

“ Jalan ini memerlukan bekalan dan persiapan yang besar dan banyak.
Tanpa bekalan dan persiapan yang rapi, para da’i bakal tersungkur menyembah bumi.
Kerana itu, para da’ie perlulah hidup dalam dunianya sendiri tanpa terpengaruh dengan perubahan palsu yang menari disekelilingnya.”


Mata Wafa’ terpaku seketika pada catatan yang pernah dicatat di dalam buku halaqahnya. 

Dia terigaukan halaqah yang dihadirinya setiap minggu di tanah air dulu. Benarlah huraian mas’ulahnya, kira-kira 3 tahun yang lalu.

Dia kekurangan bekalan dan persiapan. Muayyid-muayyid yang di cekupnya dulu dibiarkan tanpa dihubungi.

Dia benar-benar kelesuan!! Dia meneruskan pembacaannya. Tulisan-tulisan itu walaupun hodoh kerana bersambung-sambung tanpa khat yang betul, tetapi ia begitu berharga.


Namun…..yang menyentuh hati sang manusia ialah Allah. Bukan fikrah yang tercatit di lembaran buku catatan, ataupun amal-amal soleh yang diperjuangkan. Walau solah 20 rakaat sekalipun, seandainya Allah tidak mengangkat hijab di hati, semuanya tidak berhasil. Sesungguhnya kalbu manusia di celah jari-jemari Allah. Allah berkuasa memalingkannya ke arah yang dikehendakiNya.

Ruhnya longlai mengenangkan semua itu. Oh Allah...datanglah padaku…air matanya tumpah mengenangi kelesuan yang melanda diri. Wafa’ menyambung telekunya di beranda itu. Tangan ditadah ke langit biru. Matanya merenung jauh merentasi pameran alam Ilahi seindah saujana mata memandang.



  “ Ya Allah, kurniakanlah kepadaku kedua biji mata yang mudah mengalirkan air mata, dapat menyembuhkan hati dengan linangan air mataku itu kerana takutkanMu. Perkenankanlah permohonankusebelum mengalir dari kedua mata ini air mata darah, Ya Allah, kepadaMu lah aku kembali…”

Dia melepaskan nafas panjang. Alangkah indahnya sekiranya derita itu terhembus keluar bersama deruan nafasnya.

Argh…beriman tidak semudah itu!! Dia mendesak diri untuk keluar dari lubuk kelesuan ini, namun bagaimana? Segala amalnya seperti ditolak Allah. Alangkah tidak berharganya sebuah kehidupan begini…

Buat Ukhti Wafa’ da’iyah pemegang masa depan ummah,


“ Hai anak Adam, carilah Aku nescaya engkau akan bertemu denganKu.

Jika engkau dapat menemuiKu ertinya engkau telah mendapat segala-galanya.

Tapi jikalau Aku luput darimu ertinya engkau telah luput dan kehilangan segala-galanya. Sewajarnyalah engkau mengasihiKu dari segala-gala yang lain.”

(Hadis Qudsi)




Anak mata Wafa’ berlari-lari membaca bait-bait hadis itu. Dia memejam matanya erat.

Kad berwarna biru itu dihadiahi oleh akh Abdullah Mas`ud pada hari dia berlepas ke London International Airport .

Wahai Abdullah Mas`ud, seandainya anta tahu ana di marhalah ini, pasti anta tidak sudi lagi untuk memperisterikan diriku.

Pasti akhi sedang bersilat dengan dunia akhi selaku da’ie dan murabbi di tanah air sana . Sedang ana di sini berperang dengan nafsu pun sudah tertewas. Tunangku, tidaklah semudah yang disangka untuk mencorak diri selari dengan fikrah Islam yang semestinya kita fahami.

Di sini ana hidup tanpa murabbi mithali, tanpa biah solehah juga manhaj Rabbani yang ana sendiri masih jahil tentangnya.


* * * * *

“ Khaulah, malam ni kita buat halaqah boleh? Hati ana dah tak tahan dah ni, iman ana dah nyawa-nyawa ikan. Dah berapa bulan kita tak bersama,” Kata Wafa’ pada Khaulah ketika mereka sedang dalam perjalanan ke Manchester University of Science And Technology.

“ Malam ni actually ana ada perjumpaan Exco PPIMUK.”

“ Kalau minta uzur syar’ie tak boleh ke?”

“ Mana boleh, ana Exco Tertinggi. Kalau tak datang, jatuh reputasi. Lagipun kami ada projek besar nanti menjelang Aidil Fitri hujung tahun ni. Sorilah Wafa’, kita tangguh boleh?”

“ Ukhti…ana cakap sikit boleh?”

“ Cakap apa? Ana kalut ni,” Jawab Khaulah diiringi senyuman kering.

“ Takpelah kalau macam tu. Kita cakap kemudian. Cuma….Cuma ana nak sampaikan pada anti yang actually ana nampak anti dah jauh dari track kita. Errr…that’s all. We meet tonight, InsyaAllah.”

Wafa’ menyudahi bicaranya di situ. Gadis Kuala Kedah itu dapat merasakan yang dia sudah tidak ikhlas lagi terhadap Khaulah, yang semakin hari semakin berbeza. Dia tidak sanggup memandang anak mata Khaulah yang cantik itu di saat dia melepaskan kalimat itu tadi. Entah apa rasa hati Khaulah agaknya….marah? geram? Tersedar? Wallahua’lam.

Wafa’ dan Khaulah berpisah di situ. Khaulah melepasi pagar universiti manakala Wafa’perlu menaiki bas untuk ke fakultinya. Hati Wafa’ kembali pudar . Terkesima juga dia dengan jawapan Khaulah yang sudah dijangkanya. 

Wafa’ beristighfar… ..lupa pula…..da’ie perlu berbesar hati dan berlapang dada berhadapan dengan seribu satu situasi yang menyukarkan proses berlaku. Dia sahibahku….bukan orang lain!!

. “ Kesibukan yang tidak ke mana-mana…” Wafa’ mendengus sendirian. 

Beginilah masa-masa Mukmin dihabiskan. Mukmin terlalu sibuk dengan agenda kehidupan yang belum pasti.

Mesyuarat siang malam, namun maksiat terus berleluasa, malah semakin dahsyat.

Mukmin telah terlupa beramal tanpa noktah bidayah yang betul akhirnya membuahkan bibit-bibit kefuturan yang busuk. Semangat semata-mata akhirnya tidak ke mana-mana.

“ Nak survive macam mana kalau tak ada halaqah? Along cakap senang la. Along kat sana ramai sahabat-sahabat yang soleh. Tersilap ada yang menegur. Tengok kereta sahabat pun dah cukup untuk membina kesungguhan. Wafa’ kat sini dah lah hidup disekeliling manusia laknatullah. Mana mungkin seorang manusia yang tidak terdidik dapat mendidik manusia lain?”

“ Habis tu, Wafa’ nak cakap Wafa’ sanggup tunduk pada jahiliyyah dan kekufuran?!” Mus’ab membidas butir bicara adiknya.

Tajam. Mus`ab tersentak mendengar idea-idea Wafa’ yang tidak matang. Tak bersedia, tak mampu, tak layak, hati kotor lah, jauh dari Allah lah…tidak ada kekuatanlah…dan seribu lagi alasan yang bermacam wajah dan rupa.

Baginya, manusia yang hidup diselaputi udara jahiliyyah punya peluang yang begitu besar untuk lebih mendekati Allah. Dan yang paling penting, melaungkan seruan dakwah ilallah adalah perkara asas yang wajib dimulai..!!

“ Bukanlah macam tu Along.”

“ Selagi mana kita tidak bertindak untuk meruntuhkan jahiliyyah, selagi itulah kita dikatakan redha kepada system yang menghina Islam.

Wafa’ ingat dakwah tu pergi bagi ceramah macam pendakwah bebas tu ke? Sekadar bagi ceramah tidaklah namanya mendukung Risalah, tetapi kerja kita sekarang ialah membentuk peribadi yang selari dengan kehendak Allah. Wafa’ tak perlukan modal, you do not need transport, or money, or anything else. Cukuplah kalau mereka punya hati dan hidup mencari sesuatu yang lebih bermakna.”

“ Hati Wafa’ pun lesu, nak sentuh hati orang macam mana…”

“ Inilah masalahnya. Dah tau hati tu tak ada tenaga, do something Kak Long.”

“ Wafa’ dah buat macam-macam! ! Along tak faham ke? Wafa’ sampai tahap tension sebab tak tau bagaimana nak rawat hati ini lagi.

Argh…..kadang- kadang Wafa’ lebih gembira mati dan tidak pernah ada di dunia ini. Tak perlulah Wafa’ berhadapan dengan Hari Pembalasan Allah yang sangat menakutkan.”


Mus`ab diam seketika. Dia cuba menyelami hati adiknya.
Rasa lemah? Rasa tak berdaya? Donno to do anything? Aku juga pernah melalui stage itu. 
Stage yang dahsyat! Dia tidak ingin kembali ke marhalah itu. 

Ya….para du`at juga punya keletihan masing-masing.
Kesilapan demi kesilapan yang diulang tanpa perubahan lah yang mencampakkan para da’ie ke lembah duka dan gelisah. 

Adakalanya da’ie terfikir aku tidak selayaknya lagi bersama dengan kafilah ini. No!! Never and forever to think such the way!! 

Mana mungkin manusia yang normal terfikir untuk melepaskan segenggam emas dan permata ditangannya kerena kecewa dan duka.

Bodoh…mungkin itulah panggilan yang paling sesuai buat mereka yang terfikir sedemikian rupa. Walau bagaiman jelek pun pakaian, walau bagaimana rasa tak layak pun untuk untuk memakai permata di tubuh, tak mungkin permata itu dibuang. Kan ? 


“ Keluarlah dari kepompong, lihat dunia disekeliling Wafa’ dengan hati. 
Dunia menderita kerana mereka kehilangan hati mereka sendiri. Sedang kita tertipu untuk melengkapkan diri semata-mata tanpa menyeru orang lain kepada Islam. Kita bukan nak jadi ahli sufi semata-mata,tapi kita perlu menjadi da’I dan murabbi. Sesungguhnya dakwah lah yang mendekatkan diri kita dengan Allah, dakwah lah yang memberi kita ruang untuk sentiasa memperbaiki diri, Manusia yang hanya tahu untuk memperbaiki diri tanpa memulakan dakwah adalah manusia yang hidup untuk dirinya sendiri. Lihatlah masyarakat yang menderita di sekeliling Wafa’, normal kah Wafa’ kalau tidak rasa kasihan dan mahu membantu mereka? 
Bukankah Islam itu kekuatan dan kemenangan?”

Wafa’ diam membisu. Ada benarnya tamparan kata-kata Alongnya. Dia sudah melupakan penderitaan ummah. Hatinya tidak terdengar tangisan sang ibu kehilangan anaknya...dirogol, dibunuh, dilarikan, ditipu, dan diperkosa iman mereka. Dia lupa pada jerih payah sang ayah mencari nafkah siang dan malam sehingga melupakan anak-anak.

Anak-anak dibiar subur bersama jahiliyyah. Lalu anak-anak menjadi manusia yang lupa diri, gelap cita-cita, dan paling menyayat hati; anak-anak muda kehilangan kekuatan untuk menempuh perjalanan kehidupan. Dia lupa pada derita masyarakat dihimpit ideologi-ideologi manusia. 

Jiwa insan ditikam ketidakselesaan, keresahan, kehasadan dan kefasikan. Manusia menjadi hamba manusia.

Siang malam ditempuhi dengan penuh kesengsaraan jiwa. Lupakah dia pada derita yang tidak pernah terbayang begitu dahsyatnya? Kemiskinan bukanlah sengsara yang hakiki, tetapi kemiskinan jiwa merupakan segala-galanya. 

Oh Allah, bala apakah yang menimpa umat ini?

“ Baiklah Wafa, Wafa’ fikirlah dengan iman. Kita sudah tidak ada masa untuk duduk lagi.

Ingatlah wahai da’I ilallah, jauhkanlah diri Wafa’ dari segala yang bernama al-hawa’.” 
Perbualan tarbawi mereka terhenti di situ diakhiri dengan ucapan salam. Wafa mendapat sedikit kekuatan untuk segera bangkit kembali. Kita dah tak ada masa….detik hatinya.

* * *

“ Mungkin pada pandangan manusia Mus’ab bin Umair dikira menderita. Dia kehilangan kegemilangan, kekayaan, dan kasih-sayang seorang manusia yang very special in his life, tapi mari kita selami hati mereka. 

Mereka tenang kerana keimanan yang mendiami jiwa mereka. Mereka merasakan tidak ada apa-apa yang lebih bermakna melainkan iman kepada Allah. Iman begini yang kita nak capai, kerana iman beginilah yang berkuasa menggerunkan musuh-musuh Islam yang sentiasa menyerang kita dari segenap penjuru. ” 

Wafa’ teringatkan perbualannya dengan Kak Hasna ketika di tanah air dulu. Sembang-sembang mendidik jiwa.

Saat mereka mendaki Gunung Jerai….

  “ Susahnya nak daki gunung ni, letih la…”
“ Kita nak mendaki perjalanan menuju Allah jauh lebih sukar,” Kak Balqis menyahut keluhan Wafa’ selamba. Dia tersentak seketika. Ya tak ya juga….



“ Barangsiapa yang mencari Allah bukan melalui jalan berharap(roja' ) dan takut(khauf), bukan dengan rindu dan cinta (kepada Nya), niscaya dia akan kebingungan dalam mencari Nya, kacau dalam amalnya, tidak akan menemukan nikmat-nikmatnya ibadah, dan tidak dapat menempuh jalan kezuhudan. Oleh kerana itu, bertaqwalah kepada Allah yang hanya kepada Nya kita kembali.”

Amirah yang dari tadi berada di belakang mereka tiba-tiba bersuara. Wafa menoleh ke belakang.

Dia membalas pandangan mata Amirah yang redup penuh mahabbah.

“ Jazakillahkhairan ukhti...patutlah selama ini mudah sangat ana berundur,” Wafa’ berbicara tenang walaupun tubuhnya keletihan.

Sesungguhnya pendakian tarbawi yang panjang tetapi singkat ini benar-banar mendidik jiwa mereka. Ukhuwwah terasa kehangatannya.

Inilah masa untuk berta’aruf dengan lebih mendalam, berkongsi pendapat dan pengalaman, meminta nasihat dan idea, juga saling memperingati akan tugas sebenar seorang Muslim Mukmin, yakni mendukung Risalah Dakwah Rasulullah.



Wafa’ tersenyum sendiri mengenangkan semua itu. Dia berasa sedikit segar setelah nostalgia di jalan dakwah dan tarbiyyah bersama sahabat-sahabatnya di tanah air singgah sebentar di kalbunya. Dia umpama baru disergah...


“ Hei Wafa’, kita mendukung Risalah!! Bangun!!” .

Wafa bingkas bangun. Tangannya ligat menyelongkar kitab-kitab fikrahnya yang tersimpan di balik pintu biliknya.

Dia sedang mencari bekalan....bekalan sirah yang telah pun pudar di dalam dadanya.

Ya Allah, didiklah aku menerusi sirah yang akan ku baca ini....ya Allah, Engkaulah sebaik-baik pendidik.”

Tangan Wafa’ menggeletar saat dia memegang buku Perjalanan Kehidupan Rasulullah s.a.w karangan Abul Hassan Ali an-Nadwi.

Dia sedar kini....mengapa dia mudah longlai....kerana sejarah kebanggaan umat Islam telah malap dalam kehidupannya. Ya...aku perlu hidup bersama sirah. Mereka telah membenarkan iman mereka dengan amal dan pengorbanan. 


Setiap kali Wafa’ bersendirian, air mata lah menemaninya menahan rasa lesu yang menyerang jiwanya. Dia terus berdoa dan berdoa...penuh pengharapan agar Allah mengembalikan iman ke dalam hidupnya. Dia yakin, Allah tidak menyia-nyiakan keikhlasan hambaNya untk mendekatiNya.

Semoga Allah memberinya sekeping hati yang baru....


* * * * *

“ Umi risau Kak Long sorang-sorang di sana . Pihak lelaki minta diawalkan,”

Umi memujuk Wafa’ dengan penuh rasa kasih selaku seorang ibu. Wafa’ diam seribu bahasa.

Dia memandang langit biru yang kelam. Malam itu bintang tidak kelihatan. Nak hujan kot, bisik Wafa’ membuat tekaan sendiri.

Umi bangun dari katil, mendekati Wafa’ yang berdiri di sisi tingkap.


“ Boleh Kak Long? Kak Long cuti ada lagi 2 bulan lebih , sempat kalau Kak Long nak menyediakan diri,” Umi memujuk lagi.

Hati ibu mana tidak resah melepaskan puteri sulongnya merantau ke negara kuffar sendirian tanpa mahram di sisi.

“ Abah tak kata apa-apa?”

“ Abah pesan jangan paksa Kak Long,”

  “ Dah tu?” Wafa’ merespon sedikit kasar. Hatinya bengang. Janji waktu bertunang dulu pihak lelaki sanggup tunggu hingga dia menyelesaikan degree nya. Tapi sekarang lain pula bunyinya...

“ Bukan soal janji Kak Long. Tapi soal Kak Long di ganggu di sana ,”

  Wafa’ memejam matanya erat, sedih bercampur kesal. Dia mula menyalahkan dirinya kerana menceritakan peristiwa dia di ganggu oleh pemuda berkulit hitam setiap hari. Kalau tak cerita, tak akan jadii macam ni....!!

Wafa’ beristighfar, terasa syaitan mula merangsang amarahnya sekali gus menghangatkan emosinya.

Dia seperti mahu mengungkit kisah silam. Wafa’ bertunang pun atas gesaan keluarganya.

Yang paling menyentuh hati, pertunangan di adakan dalam suasana yang sangat tergesa-gesa, beberapa hari sebelum dia berangkat ke United Kingdom 2 tahun lalu.

Dia beristighfar lagi....dia terlupa hidup ini diatur Allah dengan sebaik-baik pengaturan.

Tiada silap tiada cela. Belajarlah menerima rentetan perjalanan yang adakalanya sangat memeritkan. Inilah kehidupan... .

“ Lagi setahun setengah aja,bukannya lama mak,” Wafa’ bersuara lagi setelah menyepi agak lama.

Umi mengurut bahu Wafa’ dengan tangan kanannya. Hati umi sentiasa berdoa semoga dibukakan hati puteri kesayangannya.

“ Dia tak apelah, dah ada Master, Kak Long ni harapkan sijil matrikulasi tu aja.”

  “ Kan tak elok kalau dah berumur nanti baru nak kenduri. Dia pun dah nak masuk 25, nak tunggu lama-lama tak sopan. Tak elok bertunang lama-lama,”

“ Dulu, kenapa tak cakap pun yang bertunang lama-lama tu tak elok? Kenapa sekarang baru nak ungkit? Dah tak tahan?!”

Wafa’ melepas geram. Hatinya mula membara.

“ Kak Long, solehnya mulut tu,” Umi menegur keceluparan mulut puterinya.

  “ Umi dah jemu jaga Wafa’ ke? Kanapa begitu cepat umi nak bagi orang lain yang didik Wafa? Wafa’ tau Wafa’ banyak menyusahkan hati mak.”

  “ Bukan macam tu Kak Long. Umi risau sangat Kak Long di sana. Setiap malam umi doa untuk Wafa’ melebihi doa umi untuk adik-adik lain,”

  “ Umi dan Mas’ud tu sama aja....kan Allah ada untuk jaga Wafa’? Umi tak paham ke perasaan Wafa’? Wafa’ tak pernah terfikir untuk melalui semua ni seawal ini,”

  “ Memang Umi dan Mas’ud sama. Kami sayangkan Wafa’,” bersahaja jawapan Umi membedil kembali telahan puterinya. Umi memaafkan kekasaran puterinya yang sedang beremosi.

  “ Yelah...nanti Kak Long solah istikharah, bagi tahu pihak lelaki anak umi ni muda lagi, baru 21.awal-awal sangat pun tak elok. Kak Long bukan reti apa-apa,” Wafa’ menyudahkan bicaranya di situ.

Penuh perasaan dia memberi lafaz putus untuk perbualan malam itu Dia mengorak langkah keluar dari bilik bundanya. 

Air mata mula menitik...entah mengapa sensitif benar dia belakangan ini. Mudah sekali dia menangis. Umi hanya memandang sepi.

Hatinya berperang antara dua keputusan... antara pernikahan puterinya atau meredhai dia diganggu saban hari di sana kelak? Hati sang Umi amat memahami naluri puterinya. Wafa’ sedikit ego, tetapi hatinya lembut. Kalau diberi alasan logika dan rasional,anaknya akan bangkit dan menentang keputusan orang lain demi menegakkan ideanya. 

Tetapi saat ditujah dengan alasan syara’, dia pasti akan tunduk patuh walaupun semua itu sangat menekan jiwanya.   
“ Macam mana?” tanya Abah pada Umi. Abah masuk ke bilik apabila menyedari Wafa’ keluar tadi. Abah begitu segan untuk menyertai suasana tadi. Abah lebih selesa menyerahkan semuanya kepada Umi.

  “ Abang pun faham anak kita, kalau tak ada alasan yang syar’ie dia akan pertahankan apa yang dia faham,”  “ Habis tu, apa katanya tu?”
“ Tak bagi kata putus lagi. Nak solat dulu katanya. Sebak juga Shimah mendengar alasan dia,”

Umi tunduk memandang lantai bilik yang berwarna hijau muda. Saat ini dia amat memahami betapa tersepitnya atma Wafa’. Mengakhiri zaman gadis tanpa persiapan jiwa adalah suatu yang agak menyukarkan.

“ Perkara yang paling Wafa’ tak suka ialah melakukan sesuatu yang dipaksa,walaupun perkara tu syara’.” Umi teringatkan kata-kata Wafa’ tidak lama dahulu.

“ Kita solah hajat bang,” Umi akhirnya bersuara penuh sebak.


* * *

Wafa’ menangis teresak-esak di birai katilnya. Memasuki gerbang perkahwinan bukanlah suatu yang mudah baginya. Kalau sekadar berakad nikah dah settle tak apa. Ini tidak....seribu satu tanggungjawab menanti di hadapan.

Digagahi kakinya mendekati almari soleknya. Mushaf Al-Quran berwarna biru di capai dengan hati yang masih hambar. Dia duduk di kaki katil. Saat dia membuka mushaf itu air matanya bertambah lebat.Barulah dia teringat mushaf itu merupakan hadiah hantaran pihak lelaki pada hari pertunangannya.

Tangannya sepantas kilat melepaskan Quran itu. Mushaf itu terdampar di hujung kakinya.Astaghfirullah. ...apa aku dah buat ni? Dia mengutip kembali mushaf itu. Saat itu dia terpandangkan jam tangan di tangannya, jam itu pun merupakan hadiah dari Akh Abdullah Mas’ud sebagai menghargai kesudian Wafa’ menerima lamarannya.

Wafa’ meletakkan kepalanya di atas bantal. Ujian ini terlalu kecil, bisiknya perlahan.

Pasrahlah kepada Allah, Allah lah yang mencampakkan dirimu ke dalam kemelut ini. Dia terkenangkan pengajiannya di Manchester . Mampukah aku?

Baitul Muslim menjadi medan baru untuk mengaplikasikan bekalan yang telah dikutip pada zaman solonya.

Dia melihat kelemahan diri yang terlalu banyak....bersediakah Akh Abdullah Mas’ud menerima kecacatan diri ini? Wafa’ juga manusia biasa....Walaupun semua orang yang bersama dengannya seringkali memuji peribadinya yang unggul.

Namun, insan tetap insan!! Manusia memandangku hebat kerana tidak memandang diriku dari dalam, getus Wafa’ sayu. Dia juga punya nafsu, pendirian dan ideanya sendiri yang adakalanya pantang dicabar.Wafa’ akui dia agak ego, keras kepala, mudah tersentuh, manja dan mudah jemu. 

“ Pandanglah semua ni dengan keimanan dan kethiqahan kepada Allah sebagai Rabb dan Ilah Wafa’,”

Wafa’ tetap mendiamkan diri. Dia membelakangi pemuda yang sedang menasihatinya.

Kali ini, Mus’ab pula mengambil giliran memujuk sang adik yang semakin hari semakin menyepi tanpa sebarang jawapan.

Dia juga khuatir adik perempuannya bersendirian mengharungi kancah perjuangan di Manchester . Saban hari semakin mengganas sikap musuh-musuh Islam. Mus’ab tahu masih terlalu banyak perkara yang Wafa’ sembunyikan dari pengetahuan mereka sekeluarga;tentang dia diugut, dicerca, dipermainkan, dianiaya, hatta digoda sekalipun, Wafa’ seorang yang perahsia. Adakalanya amat sukar mentafsirkan gelombang apakah yang melanda sanubari adiknya itu.


“ Apa yang ada dengan segulung ijazah first class yang Wafa’ hajat sangat tu?Dulu...Wafa’ selalu beri nasihat pada Zulfah yang kita memburu redha dan rahmat Allah setiap masa. Apakah dengan meletakkan diri dalam fitnah membantu Wafa’ mendapatkan semua itu? Wanita itu fitnah, wajiblah bagi setiap Muslimah memelihara maruahnya, harga diriya, dan imannya dari anasir-anasir yang akan mendekatkan dirinya kepada neraka Allah.”

Wafa’ diam seribu bahasa. Dia tunduk kelesuan. Lidahnya beristighfar dan menyeru nama Allah berkali-kali.

Ya Ilahi.....aku lemah tanpaMu....

“ Wafa’ belum mencintai Allah. Wafa’ belum lagi memahami rukun bai’ah. Wafa belum mempunyai hati yang cergas dalam zikrullah. Wafa’ tak menjiwai dakwah lagi, hanya berada di pinggiran dakwah kerana Wafa’ terlalu lemah. Tunggulah hingga Wafa’ dah ada semua ni. InsyaAllah, Wafa’ hanya akan walimah setelah Allah Wafa’ cintai. Wafa’ tiada kekuatan untuk menerima sahabat ni benar-benar kerana Allah. Wafa’ takut Wafa’ banyak merungut apabila berdepan dengan kelemahan dan kecacatan dia. Hilanglah pahala Wafa’ sebagai zaujah yang meredhai zaujnya,”

Wafa’ memberi kata putus akhirnya. Umi memegang erat tangan Wafa’. 

Cincin tunang yang disarungkan oleh bakal ibu mertuanya telah lama dia tanggalkan dari jari hantunya. Dia berangkat ke United Kingdom tanpa cincin itu. Kalaulah akh Abdullah Mas’ud tahu, pasti tersinggung si Mas’ud dengan tindakan puterinya. Namun sang Umi faham....berkali- kali dipujuk hatiya supaya tidak menganggu Wafa’ dengan urusan sebegini.

Wafa’ sememangnya benar-benar tidak bersedia. Sedang puterinya enak mengharungi usia gadisnya, tiga empat orang sahabat abangnya masuk melamar. Wafa’ tekad, dia tidak akan mengizinkan mana-mana manusia di dunia ini singgah di hatinya sebelum dia belum benar-benar bulat terhadap Allah.  

Hanya itu alasan dia menolak mereka. Pada Wafa’, kalaupun dia dianugerahi zauj yang soleh, namun itu bukan dari bahagian sahamnya di akhirat. Masing-masing akan membawa amal mereka sendiri.

Wafa’ mengharapkan syurga, Wafa’lah yang perlu mengharungi perit badai untuk menjadi hamba Allah yang Rabbani. 

“ Sendiri nak masuk syurga, sendirilah punya perjuangan. Kenapa nak libatkan orang lain untuk memilih jalan ini? Sekiranya Uthman memilih untuk bersama dengan kemuliaan Islam, sesungguhnya Allah ada manhaj yang jelas untuk lelaki menjauhkan diri dari fitnah wanita. Takkan wanita-wanita selemah itu menggoyah hati pemuda yang mengejar syurga Allah?”

Zapp.....!! Itu jawapan dari mulut Wafa’ apabila Uthman sahabat abangnya masuk melamar beberapa tahun lalu.

Wafa’ tidak menerima alasan Uthman; untuk memelihara diri dari tarikan wanita tholehah di luar sana ,dia ingin memiliki Wafa’ sebagai penguat dan pendorongnya untuk menolak mereka. 

Mus’ab hanya mampu meneguk air liur mendengar jawapan adiknya. 
Keras kepala, jual mahal, tidak memahami orang lain...
itulah label yang sesuai buat adiknya, Mus’ab menggetus sendiri.

 * * * *


“ Ya Ilaahi, Ya Zal Jalaaliwalikraam. ....Engkaulah yang memiliki kehidupanku, Engkaulah yang mengisi hidupku dengan apa yang Engkau sukai. Aku milikMu, jiwaku dalam genggamanMu, hembus nafasku dalam perkenan kehendakMu. Engkaulah Rabb dan Ilahku....
Ya Ilaahi....janganlah pemuda yang hadir dalam hidupku ini melarikan kerinduanku, kecintaan serta pergantunganku pada Mu. Engkau tetap tujuan dan maltamat hidupku. Ya Hayyu ya Qayyum, Peliharalah hatiku dari mengisi ruang cinta di hatiku selain ianya untukMu, untuk DeenMu dan demi redhaMu. Ya Ilaahi.....ampunilah Abdullah Mas’ud, sibukkanlah dia dengan urusan dakwah dan jihad di jalanMu. Ya Ialahi..terimalah zaujku....aku memberinya untuk kebangkitan DeenMu yang dihina oleh saudara-saudaraku, maka ampunilah mereka yang jahil ya Allah...aku redha dia tidak menemani masa lapangku, kerja-kerja harianku, tidurku juga kerehatanku. Aku redha dia menjadi rijaal DeenMu sehingga dia umpama bukan milikku, tetapi milik dakwahMu. Ambillah dia ya Allah, gunakanlah dia di jalanMu, didiklah dia, tunjukilah dia jalan menuju syurgaMu, buanglah kecintaannya terhadapku seandainya itu yang menghalang dakwah kepadaMu. Ya Rahman, Ya Rahiim....kuatkanla h kami di saat kami diuji dan ditekan Ya Allah. Kami lemah tanpa kekuatanMu,Engkaulah sumber kemenangan dan keteguhan hati kami...” 


Basah telekung putih Wafa’ dihujani air mata munajatnya. Dia menerima segalanya dengan hati yang terbuka.

Ya Ilaahi...sekiranya ini yang Engkau mahu, inilah yang aku terima sepenuhnya dariMu, Wafa’ berbisik sendiri.

Majlis akad nikah telah selesai malam tadi. Saudara-maranya sibuk membuat persiapan kenduri kesyukuran unuk esok hari.

Malam ini adalah malam dia bersama Allah lagi, seperti malam-malam sebelumnya. Dia memberitahu Rabbnya apa yang terjadi.

Bukan dia tidak menyedari Allah menyakiskan segala yang berlaku, namun ruh ubudiyyah yang menyelubungi atmanya membuatkan dia tidak tenang tanpa menceritakan semuanya kepada Allah. Dia amat tenang setiap kali selepas lidahnya melafazkan.. .

Ya Allah,aku redha Engkau penyusun hidupku. Susunlah ia sesuka hatimu kerana aku hambaMu.


Abdullah Mas’ud memandang isterinya dari jauh.

Wafa’ sedang mesra berbual-bual dengan tetamu uminya. PadaMu kami memuji dan memuja ya Allah, bisik Abdullah Mas’ud. Semoga dia menguatkan hatiku yang lemah, merangsang jiwaku yang banyak berehat, dan menghampirkan aku dengan redha Mu ya Allah. Pemuda itu berdo’a lagi. 


“ Akhi, ana ingin menyampaikan keresahan di hati ana, sudikah anta mendengarnya?” Wafa’ berbicara lembut selepas mereka selesai solah tahajjud berjamaah pada malam itu.

“ Apakah lagi yang merisaukan dirimu ya zaujati? Kita telah melaksanakan sunnah Rasulullah yang disukainya,”

“ Ya, anta benar, kita telah pun menjadi suami isteri yang sah di sisi Allah. Namun, apakah iman dan takut kita kepada Allah akan sah di sisiNya bermula saat ini hinggalah kita mati dan berjumpa denganNya nanti?” Abdullah Mas’ud terdiam. 

Tiba-tiba air matanya tumpah.

Ya Allah...benarkah iman kami?



Wallahua’lam.



- Ya Allah...jangan biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri..walau dalam kadar sekelip mata atau dalam kadar yang lebih pendek dari itu..


Amin Ya Rabbal Alamin....-

Template Design | monera87