"Ya Allah, kurniakanlah ke atasku ketenangan, dan tetapkanlah pendirianku bersama-sama pendukung-pendukung kebenaran, dan tabahkanlah hatiku dengan mengingati Engkau, dan kurniakanlah akan daku keredhaan dengan perkara yang Engkau redhai"

Sunday, March 21, 2010

Ya Rasulullah, apakah perintahmu...

Dari Khuzaifah Bin Yaman r.a, katanya:

Orang ramai bertanyakan Rasulullah s.a.w, berkenaan dengan kebaikan. 
Aku bertanyakannya berkenaan dengan kejahatan kerana bimbang terjatuh ke dalam kejahatan itu. 

Lalu aku berkata,
"Wahai Rasulullah, kami dahulunya berada dalam jahiliyyah dan kemudian, Allah datangkan kepada kami kebaikan (Islam), adakah selepas kebaikan Islam ini ada keburukan?"

Maka  sabda Rasulullah, "Ya."

Lalu aku bertanya lagi,
"Adakah selepas kejahatan itu ada pula kebaikan?"

Sabda Rasulullah s.a.w,
"Ya."


 Lalu aku bertanya lagi,
"Adakah selepas kejahatan itu ada pula kebaikan?"


Sabda Rasulullah s.a.w,
"Ya, di dalamnya ada kekeruhan."

Lalu aku bertanya,
"Apakah dia kekeruhan itu, wahai Rasulullah?"

Sabda Rasulullah s.a.w,
"Adanya golongan-golongan yang berpegang dengan yang lain daripada ajaranku dan memberi petunjuk dengan lain daripada petunjukku. Kamu mengenali mereka dan kamu mengingkari mereka."


Aku bertanya lagi,
"Adakah selepas kebaikan itu ada pula keburukan?"

Sabda Rasulullah, 
"Ya, di dalamnya ada penyeru-penyeru ke arah neraka Jahanam. Siapa yang menyahut seruan mereka, nescaya akan dicampak bersama mereka di dalam neraka Jahanam."


Lalu aku berkata,
"Sifatkanlah (Gambarkan) kepada kami bagaimana mereka itu."

 Sabda Rasulullah s.a.w, 
"Mereka itu daripada kulit yang sama dengan kita, dan bercakap dengan bahasa yang sama dengan bahasa kita."


Lalu aku bertanya lagi,
"Apakah perintah engkau jika sekiranya aku sempat dengan keadaan itu?"

Maka sabda Rasulullah s.a.w, 
"Engkau hendaklah bersama dengan jama'ah Islam dan pimpinan mereka."


Aku bertanya lagi,
"sekiranya tidak ada jama'ah dan tidak ada pemimpin?"

Sabda Rasulullah,
"Engkau hendaklah memisahkan diri kamu dari jemaah (kumpulan-kumpulan) yang lain, walaupun engkau terpaksa memakan umbi-umbi kayu ataupun engkau mati dalam keadaan begitu."


(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

0 komen:

Template Design | monera87