"wa Laa Naum..."
Firman Allah Ta'ala,
"yang tidak tidur"
(al-baqarah: 255)
Bani Israel sememangnya terkenal dengan sikap suka bertanya, bahkan kaum ini suka bertanya dengan soalan-soalan yang tidak sepatutnya dikemukakan.
Suatu ketika, Bani Israel pernah bertemu dengan Nabi Musa a.s. dan bertanya kepada Nabi Musa a.s, “Wahai Musa, adakah tuhan itu tidur?”
Lantas, Nabi Musa a.s berkata, “Takutlah kamu kepada Allah. Janganlah kamu bertanya soalan yang bukan-bukan.”
Maka Allah menyeru kepada Nabi Musa a.s,
“Wahai Musa, mereka itu bertanya kepada kamu, adakah Tuhan kamu tidur. Wahai Musa, (untuk menjawabnya), maka ambillah dua buah botol, kemudian kamu memegang kedua-dua botol itu sambil mengekang mata sepanjang malam.
Lalu, Nabi Musa a.s pun melakukan sepertimana apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t, memegang botol sambil berjaga malam. Setelah sampai ke sepertiga malam, sendi-sendi lutut Nabi Musa mulai kendur, dan matanya mulai mengantuk; sehinggalah sampai akhir malam, kedua-dua biji botol yang dipegangnya itu jatuh lalu pecahlah akan kedua-duanya.
Kemudian, Allah berfirman kepada Nabi Musa ‘alaihi-salam,
“wahai Musa, jika sekiranya Aku tidur, maka berlagalah di antara langit dan bumi; dan semuanya akan menjadi hancur binasa sebagaimana hancurnya botol yang berada di kedua tanganmu itu.”
Ertinya, Allah s.w.t memerintahkan Nabi Musa memberitahu kepada Bani Israel bahawa, sekiranya Allah itu tidur, nescaya hancur binasalah langit dan bumi, kerana berlaku perlanggaran sesama sendiri, atau perjalanan sudah tidak betul lagi.
Allah Ta'ala itu Maha Hidup. Dia berdiri dengan sendiri-Nya. Yang Tidak Mengantuk, dan Tidak Tidur sekali-kali. Begitu Allah menyatakan dalam ayat Kursi yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Dan semua makhluk, segala yang berada di langit, di bumi serta segala seisinya berada di bawah kerajaan Allah s.w.t, bahkan seperti yang dinyatakan ,
"sesungguhnya setiap suatu yang ada pada langit dan bumi, semuanya itu datang mengadap Tuhan Yang Maha Pengasih (Ar-Rahman), sebagai hamba yang mengabdikan diri kepada Allah Ta'ala."
Kita tak lepas dari pandangan Allah... You are being watched.. Allah sentiasa memerhati kita. Allah Maha Melihat...
1 komen:
Nice posting :)
Post a Comment