"Ya Allah, kurniakanlah ke atasku ketenangan, dan tetapkanlah pendirianku bersama-sama pendukung-pendukung kebenaran, dan tabahkanlah hatiku dengan mengingati Engkau, dan kurniakanlah akan daku keredhaan dengan perkara yang Engkau redhai"
Saturday, October 17, 2009
Munazoroh antara Nabi Ibrahim dan Raja Namrud berlaku selepas Nabi Ibrahim keluar dari campakan api .
"Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang berhujjah membantah Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? Ketika Ibrahim berkata, "Tuhanku ialah Yang Menghidupkan dan Mematikan." Ia menjawab, "Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan." Ibrahim berkata lagi, "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah ia dari barat?" Maka tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam membisu). Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang zalim."
(Al-Baqarah,2: 258)
Namrud bin Ka'an, seorang raja yang angkuh dan sombong; memerintah pada zaman Nabi Ibrahim a.s. Namrud ni serupa dengan Fir'aun yang mengaku dirinya sebagai Tuhan, yang mana sebab yang membawa kepada kesombongan, keangkuhan dan kekufuran yang sedahsyat ini adalah kerana mereka ini memerintah dalam masa yang lama.
Dan apabila memerintah dengan lamanya, maka Namrud merasakan tak ada orang pun boleh menjatuhkan kerajaannya. Datanglah pilihanraya berapa kali banyaknya pun, tak ada siapa-siapa pun boleh menjatuhkannya. Ini pemikiran Namrud. Akhirnya dia menjadi sombong, dan dia rasa diri dia kukuh dan kuat. Mengikut sejarah, Namrud memerintah selama lebih kurang 400 tahun. Lama tu.. Berapa kali mengundi dah?
Kerana kuasa pemerintahan yang lama padanya, dia menjadi sombong dan akhirnya mengaku dirinya sebagai Tuhan.
"Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan.."
Allah kurniakan kerajaan kepada Namrud. Tapi kita kena faham, bahawa Allah meredhai kita bilamana kita capai kemenangan dalam sesuatu pilihanraya dan seumpamanya. Dan disini, kita juga perlu faham, bahawa Namrud yang memerintah selama ratusan tahun, maka ia tidaklah bermakna Allah meredhainya.
Maknanya, benda yang Allah bagi kepada seseorang, tak semestinya Dia meredhai. Tapi, ia berlaku dengan kehendak Allah, bukan dengan redha-Nya.
Perlu diingat dan difahami, bahawa ada perkara yang berlaku dengan kehendak Allah, dan dengan redha Allah. Semua kerajaan adalah milik Allah. Allah kurniakan kerajaan kepada siapa yang Dia kehendaki dan Dia mencabutnya daripada siapa yang dikehendaki-Nya, sebagaimana yang telah difirmankan dalam surah Aali-'imran, ayat 26.
Raja Namrud memerintah dan kerajaan yang diperintahnya itu diberi oleh Allah tetapi Namrud tak bersyukur di atas nikmat yang Allah kurniakan kepadanya, di mana dengan nikmat itu dia berjaya memerintah ratusan tahun lamanya. Inilah yang dikatakan istidraj.
Dan keangkuhannya lebih terserlah dan menyerlah, dalam suatu perhujahan bersama Nabi Ibrahim. Dia meminta Nabi Ibrahim buktikan hujah yang menunjukkan ada Tuhan yang lain darinya.
Lalu kata Nabi Ibrahim,
"Tuhanku adalah Tuhan yang menghidupkan dan mematikan," (al-baqarah:258)
dan ini adalah tanda-tanda kewujudan Allah. Dia mengadakan apa-apa yang tiada, dan mentiadakan apa-apa yang ada. Dan Dia menghidupkan yang mati, dan mematikan yang hidup.
Setelah mendengar hujah Nabi Ibrahim, maka Namrud berkata, "bukan saja Tuhanmu boleh menghidup dan mematikan. Aku pun boleh menghidup dan mematikan."
Lalu Namrud meminta di bawa 2 orang lelaki yang akan dijatuhi hukum bunuh. Seorang di hukum bunuh, dan seorang lagi dibebaskan dari hukuman itu. Maka, Namrud menganggap yang dijatuhi hukuman bunuh itu, sebagai dialah yang mematikan; dan yang bebas dari hukuman itu, maka dia lah yang menghidupkan orang itu. Dari sebab itulah, maka Namrud mendakwa dia ni boleh menghidup dan mematikan. Ini hujah mereka yang ingkar, dan pemutar belit. Dan ia bukanlah suatu yang benar.
Hendaklah kita fahami, bahawa apa yang di maksudkan oleh Nabi Ibrahim a.s adalah, bahawa sebenarnya Tuhan lah yang memberikan nyawa kepada makhluk, dan Dia berkuasa memberi nyawa (menghidupkan) dan Dia berkuasa mencabut nyawa (mematikan) siapa sahaja; bukan mengambil 2 orang yang masih hidup, lalu seorang dihukum bunuh, dan seorang lagi dibebaskan, sepertimana Namrud lakukan.
Lalu Nabi Ibrahim menjawab lagi hujah Namrud, dengan berkata,
"Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah ia dari barat?" (al-baqarah:258)
Nabi Ibrahim cabar Namrud agar menerbitkan matahari dari barat, untuk membuktikan dakwaan dirinya sebagai tuhan.
Maka terdiamlah Namrud. Kelu lidahnya, sebagaimana yang Allah khabarkan,
"Maka kelulah lidah orang yang kafir itu"
Namrud terdiam dan mati akal.
Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang zalim, dan Dia tak akan ilhamkan kepadanya hujah yang kuat, tetapi diilhamkan kepada mereka hujah yang tak berguna dan ampuh; dan musuh-musuh Islam tidak dapat mematikan hujah kebenaran Islam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 komen:
setuju. xsume kemenangan tu Allah redha. kkadang blei jd tu adalh istidraj. Dia wi nikmat dlm kemurkaan-Nya. cth, di bagan pinang. menang biarpun penuh lambakan prgrm maksiat tajaan mereka. n x smsti kalah tu Allah xreda perjaungn. cuma sebelah pihak tu plak kne la bnyk2 muhasabah. asyik menang di prk lain, smpaikn ada sft angkuh dlm sstgh ahli, ni bleh jd kes namrud jgk kalu x hati2. b4 mnde2 tu jadik, Allah ingtkn kte sume. Lg1, asyik menang, pgtntungn pd Allah kurang, asyik bngga dgn jentera pr je. munajat pd Allah makin kurang. Allah tgur lg. TQ Allah, krn ingtkn pejuang2 Islam yg leka agr km sedar & tjaga dr angan & lena.
maknanya, isa samad menang, x semestinya ALLAH redha dia menang... kan begitu The 3rd?
haa...
The 1st bulih jwb sndiri kot?
ke cmna? heh
Post a Comment