"Ya Allah, kurniakanlah ke atasku ketenangan, dan tetapkanlah pendirianku bersama-sama pendukung-pendukung kebenaran, dan tabahkanlah hatiku dengan mengingati Engkau, dan kurniakanlah akan daku keredhaan dengan perkara yang Engkau redhai"

Monday, October 26, 2009

pecut sampai siling


 -mengisi masa rehat dengan bebelan-


Seorang adik berkata,

“seronoknya jadi macam akak.. saya nak jadi macam akaklah..”

Dik, jangan jadi macam akak. Akak serba kekurangan, apatah lagi akak lagi teruk daripada kamu.

Jadilah diri sendiri, hargailah diri sendiri.

Macam mana nak hargai diri?

Awak tahu macam mana nak hargai sebuah hadiah yang orang bagi?

Kak, kalau hadiah tu kristal, saya simpan elok-elok; saya letak kat tempat selamat, supaya tak pecah.  saya selalu gilap supaya tak berdebu. Baru nampak macam baru je sepanjang masa. Macam tu kot, tanda kita menghargai pemberian orang. Bagi saya, kalau tak menghargai, kita akan buat tak kisah je, sama ada barang tu rosak ke atau paling teruk, kita campakkan barang tu dalam tong sampah.

Panjang pulak jawapan kamu. Heeh~

Hmmm.. sama juga dengan diri kita. Pemberian dari ALLAH. Amanah Allah supaya kita jaga. Kalau kita hargai, pasti kita letakkan diri kita pada tempat yang selamat. Kita ikut jalan selamat agar tidak cedera, ataupun luka. Dan jalan yang selamat itu adalah, ISLAM. Pemberian Allah lagi kepada kita, kita sangat-sangat bersyukur, ucapkanlah hamdallah. Kerana ramai orang islam di luar sana, tetapi berapa ramai yang mempunyai kesedaran tentang Islam, dan berapa ramai orang yang sedar, dia perlu bersama-sama golongan yang menggerakkan gerak kerja Islam, menggerakkan penyebaran dakwah di muka bumi Allah. 

Apa kaitan dengan menghargai diri, kak?

Hee~ panjang sangat sampei tak paham ye?

Begini, bila kita diberi kurniaan, tak perlu kita compare dengan orang lain, dik. Kerana kita yakin, ALLAH tahu dan Maha Tahu, terhadap apa yang di aturkannya. Dan pasti diaturkan yang terbaik buat setiap hamba-NYA

Kak, saya tahu, kita kena gerakkan penyebaran Islam di mana-mana pun. Tapi kerana sibuk sangat, banyak kerja nak kena settle kan…

Ummm… betul jugak. Akak pun banyak kerja. Lagi dekat dengan final exam, lagi bertimbun rasanya kerja-kerja kita.
esaimen DCS, thesis, esaimen I.I-ultrasonic flowmeter, 3 Quiz (take hostel) A.I, esaimen A.I, Lab A.I.. hmmm..cube pk, klu semua orang pk banyak keje,agaknye pakat xjalan la gerak kerje Islam di kampus.

 Tp, kita kena sedar, bukan kita yang mengawal masa. Kita mengatur masa mengikut kemampuan akal fikiran kita. Tapi , secara totalnya, ALLAH lah yang atur masa kita. YA ALLAH, tadbirlah masa kami. 

Cube fikir lagi, tidakkah kita sedar, kalau orang ajak kita untuk berprogram sebagai contoh, secara automatic pula kerja-kerja akademik akan menerpa dalam kotak fikiran kita. Tapi masa-masa lain, tak pula difikirkan tentang akademik? Asyik dengan perkara lagha lain..

Akak bukan yang terbaik untuk berkata-kata begini, tapi, nasihat akak, optimumkan masa untuk kedua-duanya. Akademik kita dan gerak kerja Islam.

Ada orang dia percaya sungguh-sungguh dan berpegan kepada ayat ke-7, surah Muhammad.. tapi kalau tak berusaha, dan tak ubah sikap dari malas belajar kepada rajin belajar, maka Allah kata, Allah tak ubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri mengubahnya. Kata ustaz, jangan meng-kuli-kan Allah!

Ada juga orang yang belajar sungguh-sungguh. Pecut sampai tembus siling. Tapi keyakinan bahawa ALLAH akan bantu dia kalau dia tolong agama Allah tu kurang. Jadi, berlaku kes tak turut serta dalam program-program, kerana dibimbangi akan menjejaskan keputusan akademik.

Tetapi, adalah lebih baik sekiranya kita berusaha bersungguh-sungguh dan bertawakkal kepada-NYA setelah berusaha. Pecut sampai siling, mohon pertolongan Allah, dan bertawakkal.

Got it?

Ok, jom study. Masa rehat dah abih.

Thursday, October 22, 2009

Tonight!! Intelectual Discourse

Intelectual Discourse

(Wacana Ilmiah)


CANING FOR CONSUMING ALCOHOL: is it fair?

Sebat Kerana Arak : Adilkah ?


Khamis (22/10/09)
8.30~11.30 p.m
Main Auditorium, KOM
IIUM, Kuantan


Moderator:

Prof Dr Mohammed Fauzi bin Abd Rani
(dean kulliyyah of Medicine)


Panelist:

1- YB Dato' Hj Sahfri bin Abd Aziz
(pengerusi Jwtnkuasa Dakwah Islamiah, Ppaduan & Bdn Bkn Krajaan (NGO) Pahang)

2- Ust Hj Nasarudin bin Hj Hassan At-Tantawi
(Ketua DPPP)

3- Mr. Mohd Najid bin Husin
(Peguam Syar'ie Pahang)

4- Dr. Hamidah Marican
(Executive Director, Sister in Islam, SIS )



Kawan-kawan; semua muslimin muslimat dan juga kawan-kawan bukan Islam, dijemput hadir.. 

Selamat berwacana..



titipan dari BDT

Khali seketika dikala berteleku. 

Ya Alah, di hadapan-MU aku bersimpuh, pada-MU cintaku berlabuh..

Teringat kepada titipan rintihan TGNA dalam buku 'Bidadari Dari Timur'.

"Ya ALLAH, Ya Aziz,

Ya Rahman, Ya Rahim..

Pengetahuanku pada kemurahan-MU

Itulah yang memberhentikan aku di pintu-MU..

Bagaimana aku akan kecewa?

Sedangkan Engkaulah harapanku

Bagaimana aku akan hina?

Sedang Kaulah tempat sandaran

Bagaimana aku akan mulia berbangga?

Sedang Engkau menempatkanku

dalam lemah dan hina

Bagaimana aku akan miskin?

Padahal Engkaulah yang mencukupkan

Hidupkanlah hati-hati ini

Dengan ma'rifat-MU

Puaskanlah keluargaku dengan aturan-MU

Berbanding aturan kami sendiri

Bantulah aku dalam menunaikan

tanggungjawab selaku pemimpin

Ingatkanlah aku,

Bahawa aku hanya seorang hamba

Supaya aku tak lupa

Ya Allah, perkenankan permintaan ini.."

*********************************************


Ya, 

Bagaimana aku akan kecewa?

Sedangkan Engkaulah harapanku..

Bagaimana aku akan hina?

Sedang Kaulah tempat sandaran

Bagaimana aku akan mulia berbangga?

Sedang Engkau menempatkanku dalam lemah dan hina

Bagaimana aku akan miskin?

Padahal Engkaulah yang mencukupkan.

Saturday, October 17, 2009

Munazoroh antara Nabi Ibrahim dan Namrud

Munazoroh antara Nabi Ibrahim dan Raja Namrud berlaku selepas Nabi Ibrahim keluar dari campakan api . 


"Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang berhujjah membantah Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? Ketika Ibrahim berkata, "Tuhanku ialah Yang Menghidupkan dan Mematikan." Ia menjawab, "Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan." Ibrahim berkata lagi, "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah ia dari barat?" Maka tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam membisu). Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang zalim."

(Al-Baqarah,2: 258)


Namrud bin Ka'an, seorang raja yang angkuh dan sombong; memerintah pada zaman Nabi Ibrahim a.s. Namrud ni serupa dengan Fir'aun yang mengaku dirinya sebagai Tuhan, yang mana sebab yang membawa kepada kesombongan, keangkuhan dan kekufuran yang sedahsyat ini adalah kerana mereka ini memerintah dalam masa yang lama. 

Dan apabila memerintah dengan lamanya, maka Namrud merasakan tak ada orang pun boleh menjatuhkan kerajaannya. Datanglah pilihanraya berapa kali banyaknya pun, tak ada siapa-siapa pun boleh menjatuhkannya. Ini pemikiran Namrud. Akhirnya dia menjadi sombong, dan dia rasa diri dia kukuh dan kuat. Mengikut sejarah, Namrud memerintah selama lebih kurang 400 tahun. Lama tu.. Berapa kali mengundi dah? 

Kerana kuasa pemerintahan yang lama padanya, dia menjadi sombong dan akhirnya mengaku dirinya sebagai Tuhan.

"Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan.."  

Allah kurniakan kerajaan kepada Namrud. Tapi kita kena faham, bahawa Allah meredhai kita bilamana kita capai kemenangan dalam sesuatu pilihanraya dan seumpamanya. Dan disini, kita juga perlu faham, bahawa Namrud yang memerintah selama ratusan tahun, maka ia tidaklah bermakna Allah meredhainya.

Maknanya, benda yang Allah bagi kepada seseorang, tak semestinya Dia meredhai. Tapi, ia berlaku dengan kehendak Allah, bukan dengan redha-Nya.

Perlu diingat dan difahami, bahawa ada perkara yang berlaku dengan kehendak Allah, dan dengan redha Allah. Semua kerajaan adalah milik Allah. Allah kurniakan kerajaan kepada siapa yang Dia kehendaki dan Dia mencabutnya daripada siapa yang dikehendaki-Nya, sebagaimana yang telah difirmankan dalam surah Aali-'imran, ayat 26.

Raja Namrud memerintah dan kerajaan yang diperintahnya itu diberi oleh Allah tetapi Namrud tak bersyukur di atas nikmat yang Allah kurniakan kepadanya, di mana dengan nikmat itu dia berjaya memerintah ratusan tahun lamanya. Inilah yang dikatakan istidraj. 

Dan keangkuhannya lebih terserlah dan menyerlah, dalam suatu perhujahan bersama Nabi Ibrahim. Dia meminta Nabi Ibrahim buktikan hujah yang menunjukkan ada Tuhan yang lain darinya. 

Lalu kata Nabi Ibrahim,

"Tuhanku adalah Tuhan yang menghidupkan dan mematikan," (al-baqarah:258)

dan ini adalah tanda-tanda kewujudan Allah. Dia mengadakan apa-apa yang tiada, dan mentiadakan apa-apa yang ada. Dan Dia menghidupkan yang mati, dan mematikan yang hidup.

Setelah mendengar hujah Nabi Ibrahim, maka Namrud berkata, "bukan saja Tuhanmu boleh menghidup dan mematikan. Aku pun boleh menghidup dan mematikan." 

Lalu Namrud meminta di bawa 2 orang lelaki yang akan dijatuhi hukum bunuh. Seorang di hukum bunuh, dan seorang lagi dibebaskan dari hukuman itu. Maka, Namrud menganggap yang dijatuhi hukuman bunuh itu, sebagai dialah yang mematikan; dan yang bebas dari hukuman itu, maka dia lah yang menghidupkan orang itu. Dari sebab itulah, maka Namrud mendakwa dia ni boleh menghidup dan mematikan. Ini hujah mereka yang ingkar, dan pemutar belit. Dan ia bukanlah suatu yang benar. 

Hendaklah kita fahami, bahawa apa yang di maksudkan oleh Nabi Ibrahim a.s adalah, bahawa sebenarnya Tuhan lah yang memberikan nyawa kepada makhluk, dan Dia berkuasa memberi nyawa (menghidupkan) dan Dia berkuasa mencabut nyawa (mematikan) siapa sahaja; bukan mengambil 2 orang yang masih hidup, lalu seorang dihukum bunuh, dan seorang lagi dibebaskan, sepertimana Namrud lakukan.

Lalu Nabi Ibrahim menjawab lagi hujah Namrud, dengan berkata,

"Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah ia dari barat?"   (al-baqarah:258)

Nabi Ibrahim cabar Namrud agar menerbitkan matahari dari barat, untuk membuktikan dakwaan dirinya sebagai tuhan. 

Maka terdiamlah Namrud. Kelu lidahnya, sebagaimana yang Allah khabarkan,

"Maka kelulah lidah orang yang kafir itu"

Namrud terdiam dan mati akal. 

Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang zalim, dan Dia tak akan ilhamkan kepadanya hujah yang kuat, tetapi diilhamkan kepada mereka hujah yang tak berguna dan ampuh; dan musuh-musuh Islam tidak dapat mematikan hujah kebenaran Islam.



Friday, October 16, 2009

mainkan peranan, jangan bermain-main..


Kita sedang bertatih. Kala bertatih, kesilapan demi kesilapan telah terjadi. Dan saya juga tak lari dari melakukan kesilapan. Dan kesilapan itu, ingin saya kongsikan, bukan untuk mengheret kalian turut sama melakukan kesilapan yang sama. Tetapi dengan harapan, agar kalian tidak menjejaki langkah longlai seorang Naqibah yang telah menyia-nyiakan ruang dan peluang.

Pada individu-individu yang terlibat, maafkan saya, dan izinkan saya untuk meneruskan bicara perkongsian ini.

Sedarkah kita kenapa kita menjadi seorang Naqib, atau Naqibah? Mungkin kerana kita telah berjanji setia dan untuk memenuhi tuntutan dalam menggerakkan serta menyempurnakan apa yang telah di gariskan dalam sistem pendidikan, maka kita pun menjadi seorang naqib/ah. Seperti kata orang, paksa-rela. 

Ada orang, menjadi seorang naqib/ah ini sangatlah di inginkannya. Bukan kerana mencari populariti, bukan kerana ingin dirinya dikenali ramai, dan bukan kerana ingin apa-apa dari pandangan manusia. Sekiranya kesibukkannya ataupun ada yang menghalangnya dari menjadi naqib/ah, maka jauh di sudut hatinya, kesedihan itu tidak dapat dilindung lagi. 

Kita di mana ye, sahabat-sahabat?

Paksa-rela? Suka-rela? Tetapi suka saya ingatkan, melaksanakan kerja-kerja Islam tak perlu tunggu masa lapang barulah kita akan melakukannya. Jika tiada masa, kita akan abaikannya, seperti mengumpul stem.

 

Alhamdulilllah. Sementelah diberi amanah, sebagai seorang Naqibah, saya gembira. Kerana saya tidak cukup sifat sebagai seorang naqibah, maka saya menginsafi diri. Moga ini menjadi platform dan titik mula untuk saya memperbaiki diri dan mendidik diri, menjadi hamba yang sebenar hamba 

Saya melihat adik-adik saya sangat berpotensi untuk sama-sama bergerak mendokong dan mengemban risalah dakwah ini. Dan saya juga percaya dan yakin, adik-adik saya sekarang juga punyai potensi yang tidak kurang hebatnya. Kerana segala penapisan dan pemilihan itu adalah rencana Allah.

Pada diri saya, saya sangkakan saya telah cuba menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin. Namun, saya silap.. hinggalah Allah memberi teguran kepada saya, melalui beberapa orang hamba-Nya..

“Salam. Adik enti katne sekarang? Enti tahu apa adik enti buat sekarang?”

Lebih kurang begitulah..

Semacam suatu tamparan hinggap di pipi. Semacam satu batu besar menghempap diri saya.

‘Aku kah seorang naqibah? Yang punyai amanah, tetapi aku mengabaikan? Akukah naqibah yang tidak tahu berperanan?’

Serasa diri ini begitu cuai dan lengah dalam melaksanakan menyempurnakan amanah.

Di mana silapnya?

Sahabat-sahabat, khabarkan kepada saya, apakah peranan seorang naqib/ah sebenarnya? Salahkah berusrah sejam? Tidak. Tak salah. Tapi cukupkah? Berjumpa, berbincang sekejap, kemudian balik. Sunyi sepi. Ada masa, minggu hadapan kemudiannya pula berjumpa. Jika tiada masa, sebulan mungkin baru berjumpa..

Ingin saya bertanya,

Adakah cukup sekadar berhalaqah 1-2jam setiap minggu merupakan naqib/ah yang baik dan beramanah?

Adakah cukup dengan berbelanja dan menghantar mesej, maka kita sudah memainkan peranan dengan baik sebagai seorang Naqib/ah?

Tidaklah saya ketemui jawapan terhadap siapa naqib/ah yang baik, melainkan seorang sahabat pernah berkongsi kepada kita semua…

Naqib/ah yang baik adalah apabila mad’unya buat silap, kita tegur dan kita marahkannya. Dia bukan semakin menjauhi Naqib/ah-nya. Tetapi dia makin dekat dan makin sayangkan naqib/ahnya.

Tetapi bolehkah kita sebegitu, sekarang, sahabat-sahabat? Tika adik-adik kesusahan, tak pernah pun kita bertanya khabar. Tika tamat silibus usrah, bertemu dan bertentang mata dengan adik usrah pun kita tidak cuba adakan malah lebih malang, kita pula elakkan diri..?   

Persoalan ini bukan untuk ditujukan kepada siapa-siapa yang tidak mahu mengambil peringatan, ataupun mengabaikan. Tetapi untuk yang masih hidup jiwa seorang naqib/ah. Siapa? Anda yang sedang baca penulisan yang kurang tersusun ini. Dan saya percaya, anda adalah Naqib/ah yang terbaik dan sedang menuju kearah yang lebih baik.

Justeru, saya memohon pada diri dan sahabat-sahabat, pada sela masa sebelum pergi, temukan dua mata anda bersama adik-adik usrah yang anda sayangi. Tidak perlu setiap hari, tetapi saya minta supaya adakan pertemuan seminggu sekali pun memadai.

Terima kasih kerana meluangkan masa membaca…

Tanamkan dalam diri kita,

SAYA INGIN JADI NAQIB/AH CEMERLANG!!!”

Dan laksanakan amanah dengan sebaiknya. Semoga Allah memberkati usaha kita.

 

p/s: Kawan-kawan yang bakal jawab test I.I pagi nanti, Good Luck ye..

Sunday, October 11, 2009

di mana kamu..?

Sedang buat esaimen, kacau. Blurr nak cari jalan kerja ANN. 

mata meliar mencari buku kecil berwarna hijau. Selalunya kalau serabut, sedap mata sejuk hati, tenteram jiwa bila meneliti ayat-ayat dalamnya. Pemujuk hati.. 

Tapi, sedih benar. Benar sedih.

mereka bertanya, kenapa sedih?

dan jawapanku, kerna kitab terjemahan Al-Qur'an yang cukup disayangi tak nampak dek mataku. 

ke mana ia menghilang?

ataukah siapa yang bertuah membaca Qur'an itu? Tak mengapa..
Bacalah. Bacalah, baikilah bacaan, terokailah dan hayatilah kandungannya.
Semoga empunya kitab suci itu juga mendapat ganjaran baik dari Allah.

sejenak dan berjenak-jenak.. terfikir... ini mujur fizikal kitab suci al-Qur'an itu yang hilang. masih boleh ambil Qur'an di masjid atau pinjam dari kawan-kawan, untuk dibaca dan bertadabbur. Tapi, kalau al-Qur'an tu hilang di dada..? kalau gelap gulita dari menerima cahaya Allah... hilang pedoman... Na'uzubillah..!

Peringatan dari Allah juga ni...


Saturday, October 10, 2009

WAHAI MANUSIA! SIAPAKAHKAMU?

Firman Allah SWT:

"Hai manusia! apakah yang telah memperdayakan kamu (dengan berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang telah menciptakan kamu dan menyempurnakan kejadiaan kamu dan menjadikan(susunan tubuh) kamu seimbang dalam bentuk apa sahaja yang dikehendaki. Dialah yang menyusun tubuhmu.”
- Surah al-Infithar: ayat 6-8.


“Wahai manusia! Siapakah kamu?”


1. Adapun orang-orang yang beriman mengatakan:

Kamu ialah satu penciptaan Allah SWT dan satutiupan suci dari sisi Allah SWT.
Allah SWT menjadikan kamu dengan kekuasaan-Nya. Ditiup-Nya ke dalam diri kamu dengan ruh dari sisi-Nya. Dimuliakan kamudaripada seluruh makhluk-Nya yang lain. Seluruh malaikat telah sujud kepadamu.Allah SWT telah mengajar kepadamu segala sesuatu. Diletakkan di bahu kamuamanah, lantas kamu memikulnya. Dilimpahkan ke atas kamu nikmat-nikmatdari sisi-Nya baik yang zahir mahu pun batin. Dijadikan untuk kamu seluruhisi langit dan bumi. Dimuliakan kamu dengan setinggi-tinggi kemuliaan.Diciptakan kamu dengan sebaik-baik penciptaan. Dipersiapkan kamu dengan sesempurna persiapan. Diberikan kepadamu pendengaran, penglihatan dan hati. Dijelaskan kepadamu dengan dua jalan (yang buruk dan yang baik) dan ditunjukkan kepada kamu dua persimpangan. Dipermudahkan kepada kamu dalam membuat pilihan terhadap jalan-jalan itu. Dengan izin-Nya dan penciptaan-Nya, kamu dapat terapung di air dan terbang di udara bahkan dapat memecahkan atom-atom. Dengan fikiran dan kemampuan kamu, kamu dapat melampaui lapisan-lapisan awan dan langit (serta bumi).


Lantaran itu adakah lagi penciptaan dan kejadian yang lebih mulia, lebih suci dan lebih agung daripada penciptaan Rabbani ini?

Seterusnya hidup kamu yang singkat di dunia tidak akan terhenti setakat ini sahaja. Kamu akan dihidup dan dibangkitkan kembali. Kamu akan dihimpunkan semula. Kamu akan menempuh hidup baru dengan penuh kemuliaan di dalam satu negeri yang penuh dengan kenikmatan dan kebaikan,dengan syarat kamu mengerti rahsia kamu dijadikan dan seterusnya kamu beramal dengan penuh keikhlasan semata-mata kerana Allah SWT, al-Ma’bud, al-Khaliq.


Firman Allah SWT:

“Tidak Aku jadikan jin dan manusia malainkan untuk pengabdian kepada-Ku. Aku tidak mengkehendaki rezki sedikitpun daripada mereka dan Aku tidak mengkehendaki supaya mereka memberi Aku makan.”
- Surah az-Zariyat: ayat 56-57.

Kematian yang kamu bimbang dan takuti itu tidak lain melainkan hanyalah satu perpindahan dari hidup di dunia kepada kehidupan yang satu lagi.


Firman Allah SWT:

“Dan tiadalah kehidupan di dunia ini melainkan senda gurau dan mainan belaka. Dan sesungguhnya akhirat itulah sebenarnya kehidupan, jika mereka mengetahui.”
- Surah al-Ankabut: ayat 64.

Jasad kamu tidak lain adalah seolah-olah satu sangkar dan jiwa kamu terkurung di dalamnya. Seolah-olah ia adalah satu pakaian terhadap jiwa kamu sehingga sampai kepada satu ketika di mana kamu menemui kematian. Semoga Allah S.W.T. merahmati orang-orang ‘Arif yang berkata:

Akulah burung dan inilah sangkarku (jasadku),
Bila ku terbang darinya, tinggallah ia terkatung-katung,
Pakaian adalah masa,
Kini ku merindui pulang,
Dapat ku bertemu Allah dengan sebenarnya,
Jangan kau kira maut itu adalah kesudahan,
Bahkan hanyalah dari sini (dunia) ke sana(akhirat).


2. Sebaliknya, orang-orang Meterialis dan suka membantah akan mengatakan:

Kamu wahai manusia,
hanyalah satu genggaman tanah, berasal daripada setitis mani yang terperangkap di dalam rahim. Dengan masa, lama kelamaan kamu akan luput dan fana. Tiada apa-apa lagi selepas itu. Siapakah yang dapat menghidupkan tulang belulang yang telah hancur luluh. Demikian juga kata-kata orang yang terdahulu daripada mereka.

Firman Allah SWT:

“Dan mereka berkata: Kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan di dunia sahaja, kita mati dan kita hidup dan tiada yang dapat membinasakan kita melainkan masa.”
- Surah al-Jaathiyah: ayat24.

Orang-orang yang terkemudian daripada mereka berkata,
“Diri kamu hanyalah adunan unsur-unsur bumi dan kehidupan kamu adalah peredaran sistem-sistem fisiologi semata-mata. Segala sentimen, perasaan dan kewujudan, fikiran dan kudrat, keazaman dan kemahuan hanyalah kesan daripada adunan unsur-unsur bumi dan natijah daripada percampuran tanah dan air. Kehidupan hanyalah pusingan hari-hari tertentu yang dapat kamu mengambil kesempatan untuk kamu berseronok-seronok dan berfoya-foya. Sesungguhnya dunia ini untuk makan, minum dan tidur. Bila ini semua luput, maka selamat tinggallah dunia.


Wahai saudara, perhatikanlah:

Wahai saudara, itulah permasalahan hidup sebenarnya, jika kamu perhatikan betul-betul, jika kamu renungkan betul-betul,

kamu tidak akan tergolong ke dalam golongan orang-orang yang lalai dan leka dengan kewujudan mereka, yang tidak mengambil berat terhadap kewajipan insaniyyah mereka.

Kamu akan menjadi orang-orang yang sedar terhadap matlamat hidup dan jalan yang harus kamu tempuhi.

Seperkara yang inginku nasihatkan kepadamu:

Ambil peluang untuk bersendirian seketika di waktu malam atau siang. Pergunakanlah ia untuk merenung dengan sedalam-dalamnya terhadap kehidupan individu dan jamaah.

Apabila kamu telah mencapai hakikat pandangan yang pertama tadi, iaitu pandangan orang-orang yang beriman, kamu akan dapat menyedari di manakah kamu yang sebenarnya. Sesungguhnya kamu akan dapat meningkatkan dirimu kepada matlamat sebenar. Seterusnya kamu akan menuju Allah SWT Yang Maha Agung. Kamu akan mensucikan dirimu dengan mengingati-Nya, mentaati-Nya, muraqabah kepada-Nya dan sentiasa takutkan-Nya. Sesiapa yang mengenali dirinya nescaya ia akan mengenali Rabb-nya.

Jangan kamu merasa aneh jika terdapat orang yang memilih pandangankedua, pandangan orang-orang yang sesat. Ada dua jalan, jalan fitnah ataujalan hidayah.

Firman Allah SWT:

“Maka tatkala mereka melupakan apa yang diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang daripada perbuatan jahat dan Kami timpakan kepada orang-orang yang zalim siksaan yang keras disebabkan mereka selalu berbuat fasik. Maka tatkala mereka bersikap sombong terhadap apa yang dilarang mereka daripada mengerjakannya, Kami katakan kepada-Nya, “Jadilah kamu kera yang hina”.”
- Surah al-’Araf: ayat 165-166.




Semoga Allah SWT menunjukkan kepada kita sebaik-baik jalan dan petunjuk yang lurus.


Oleh: Asy-Syahid al-Imam Hasan al-Banna  

Friday, October 2, 2009

"wa Laa Naum..."

Firman Allah Ta'ala,

"yang tidak tidur" 
(al-baqarah: 255)

Bani Israel sememangnya terkenal dengan sikap suka bertanya, bahkan kaum ini suka bertanya dengan soalan-soalan yang tidak sepatutnya dikemukakan.

Suatu ketika, Bani Israel pernah bertemu dengan Nabi Musa a.s. dan bertanya kepada Nabi Musa a.s, “Wahai Musa, adakah tuhan itu tidur?”

Lantas, Nabi Musa a.s berkata, “Takutlah kamu kepada Allah. Janganlah kamu bertanya soalan yang bukan-bukan.”


Maka Allah menyeru kepada Nabi Musa a.s,
“Wahai Musa, mereka itu bertanya kepada kamu, adakah Tuhan kamu tidur. Wahai Musa, (untuk menjawabnya), maka ambillah dua buah botol, kemudian kamu memegang kedua-dua botol itu sambil mengekang mata sepanjang malam.

Lalu, Nabi Musa a.s pun melakukan sepertimana apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t, memegang botol sambil berjaga malam. Setelah sampai ke sepertiga malam, sendi-sendi lutut Nabi Musa mulai kendur, dan matanya mulai mengantuk; sehinggalah sampai akhir malam, kedua-dua biji botol yang dipegangnya itu jatuh lalu pecahlah akan kedua-duanya.

Kemudian, Allah berfirman kepada Nabi Musa ‘alaihi-salam,
“wahai Musa, jika sekiranya Aku tidur, maka berlagalah di antara langit dan bumi; dan semuanya akan menjadi hancur binasa sebagaimana hancurnya botol yang berada di kedua tanganmu itu.”

Ertinya, Allah s.w.t memerintahkan Nabi Musa memberitahu kepada Bani Israel bahawa, sekiranya Allah itu tidur, nescaya hancur binasalah langit dan bumi, kerana berlaku perlanggaran sesama sendiri, atau perjalanan sudah tidak betul lagi.

Allah Ta'ala itu Maha Hidup. Dia berdiri dengan sendiri-Nya. Yang Tidak Mengantuk, dan Tidak Tidur sekali-kali. Begitu Allah menyatakan dalam ayat Kursi yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Dan semua makhluk, segala yang berada di langit, di bumi serta segala seisinya berada di bawah kerajaan Allah s.w.t, bahkan seperti yang dinyatakan ,
"sesungguhnya setiap suatu yang ada pada langit dan bumi, semuanya itu datang mengadap Tuhan Yang Maha Pengasih (Ar-Rahman), sebagai hamba yang mengabdikan diri kepada Allah Ta'ala." 

Kita tak lepas dari pandangan Allah... You are being watched.. Allah sentiasa memerhati kita. Allah Maha Melihat... 

Template Design | monera87