serba tak kena?
Terkadang...
kita merasakan diri begitu tak tentu arah.
nak membaca, tak masuk kpala..
nak berbual atau berbincang, terasa diri macam di awangan..
mainkan lagu yang digemari, terasa tidak memenuhi citarasa pula kali ini..
bergelen-gelen lagu dimainkan, bermacam-macam cerita dibuka, tetap tak ceria..
nak tidur, tapi tak mengantuk, tak terlena...
segalanya serba tak kena..
Kenapa ni? kenapa semua serba tak kena? kenapa hati rasa tak sedap?
Carilah jalan. Cari. Dan pastikan apa yang kita cari menemui penyelesaian.
Rasa serba tidak kena itu adakah puncanya dari keadaan sekeliling yang tidak memuaskan hati kita? Pada saya, bukan itu punca utamanya, tetapi content dalam hati kita.
Iman dalam diri kian menurun lantaran kuatnya perkara lagha yang diutamakan. Sedangkan kedekatan diri dengan Allah dan pencarian ilmu tidak diutamakan malah hanya sebagai sampingan sahaja. Lalu iman yang hampir lemas meronta. Lalu diri kita menjadi serba tidak kena. Dan penyelesaian harus dicari segera. Cari dan carilah. Buatlah apa sahaja, untuk pulih semula semangat dan rasa hadirnya kecintaan kepada ALLAH dan Rasul sepenuh hati. Maka tiada penyelesaian yang terbaik melainkan ALLAH. Tiada harapan yang lebih besar, melainkan ALLAH jua harapan kita.
“ Hai anak Adam, carilah Aku nescaya engkau akan bertemu denganKu. Jika engkau dapat menemuiKu ertinya engkau telah mendapat segala-galanya. Tapi jikalau Aku luput darimu ertinya engkau telah luput dan kehilangan segala-galanya. Sewajarnyalah engkau mengasihiKu dari segala-gala yang lain.”
(Hadis Qudsi)
Mengapa malu mengalirkan air mata? Sedangkan nilaiannya begitu berharga jika sekiranya ia tangisan takut dan harap kepadaNYA?
“ Ya Allah, kurniakanlah kepada kami kedua biji mata yang mudah mengalirkan air mata, dapat menyembuhkan hati dengan linangan air mata kerana takutkanMu. Perkenankanlah permohonan ini sebelum mengalir dari kedua mata ini air mata darah, Ya Allah, kepadaMu lah kami kembali…”
----
Orang yang lapar, tak perlu disuruh makan, kerana pasti dia akan makan sendiri.
xperlu dipaksa makan, kerana pasti dia akan makan.
apabila makanan tiada, dia akan cari sendiri makanan.tak perlu suruh.
melainkan orang yang punyai penyakit yang yang menghalangnya daripada makan.
Orang yang tiada tempat tinggal, pasti akan mencari tempat tinggal untuk berteduh.
Biarpun merempat, pasti tetap akan dicari tempat rempatan sebagai perteduhan. Malahan boleh terjadi mogok kerana inginkan tempat berteduh. Itik pun pandai cari tempat berteduh dikala hujan, inikan pula manusia. Maknanya, takperlu paksa juga.
Begitu juga orang yang baik hati. Tak perlu disuruh buat kebaikan, kerana pasti dia akan buat kebaikan. Tak perlu dipaksa menerima kebaikan, kerana pasti dia akansukarela menerima kebaikan. kecuali orang yang hatinya berpenyakit yang menghalangnya daripada menerima kebaikan.
Apakah jika sekiranya kamu diseru ke arah kebaikan, kamu akan menolaknya?
Dan apakah sekiranya kebaikan itu hadir padamu, kamu tidak mengendahkannya?
Dan apakah sekiranya kebaikan itu berada pada dirimu, kamu mengabaikannya?
Dan Islam adalah kebaikan yang dikurniakan oleh ALLAH kepada manusia.
0 komen:
Post a Comment