"Ya Allah, kurniakanlah ke atasku ketenangan, dan tetapkanlah pendirianku bersama-sama pendukung-pendukung kebenaran, dan tabahkanlah hatiku dengan mengingati Engkau, dan kurniakanlah akan daku keredhaan dengan perkara yang Engkau redhai"

Tuesday, July 7, 2009

Appreciate your experiences

“Appreciate your experience…”

Saya meminjam kata-kata seorang pensyarah. Bukan kerana dia comel, tapi kerana kata-kata itu membuatkan saya rasa tertarik dan mendalam maksudnya.

Kita punyai pelbagai pengalaman, bukan? Tipu lah kalau ada yang mengatakan, ”saya tak ada apa-apa pengalaman.”
Sama ada pengalaman itu berasa manis, pahit, masin, kelat, tawar dan sebagainya, ia tetaplah pengalaman.

Kebiasaannya, manusia sukakan pengalaman manis. Seronok dan bahagia untuk di kenang-kenangkan. Tetapi berlaku sebaliknya kepada si pahit dan kelat, yang rasa-rasanya jika dikenang-kenangkan akan buatkan manusia merasa sedih,stress, dan seumpamanya.

Apapun, pengalaman adalah sesuatu yang telahpun berlaku dan berlalu. 

Yang baik jadikan motivasi untuk terus menjadi lebih baik, dan istiqamahlah dalam meningkatkan prestasi diri sebagai hamba-NYA dan sebagai khalifah di muka bumi. 

Yang perit dan pahit, ambil ia sebagai iktibar dan koreksi diri.

Yang penting, sentiasalah bersyukur. Janganlah berputus asa. Kerana rahmat Allah begitu luas. Nikmat yang DIA kurniakan lebih besar dari ujian yang diberi kepada hamba-NYA.

Orang mukmin itu, sekiranya dia medapat kurnia dia akan bersyukur, dan apabila ditimpa musibah, dia bersyukur dan bersabar. 

Sabda baginda Rasulullah saw;

”Sungguh ajaib perihal orang mukmin, sesungguhnya semua urusan mereka adalah kebaikan. Dan keadaan ini tidak ada melainkan kepada orang yang beriman saja. Sekiranya dia medapat karunia dia akan bersyukur, maka jadilah karunia itu baik untuknya. Manakala apabila ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu kebaikan untuknya.”(HR Muslim)


Jadi, 

Appreciate your experiences!!

 

0 komen:

Template Design | monera87