"Ya Allah, kurniakanlah ke atasku ketenangan, dan tetapkanlah pendirianku bersama-sama pendukung-pendukung kebenaran, dan tabahkanlah hatiku dengan mengingati Engkau, dan kurniakanlah akan daku keredhaan dengan perkara yang Engkau redhai"

Thursday, July 30, 2009

HIDUPKU DI BAWAH BAYANGAN AL-QUR’AN…

Hidup di bawah bayangan al-Quran,
suatu keni’matan
yang tidak dapat diketahui 
melainkan hanya oleh mereka yang mengecapinya sahaja..
suatu keni’matan yang meluhur,
memberkati dan membersihkan usia seseorang.

Alhamdulillah..
Dia mengurniakan kepadaku keni’matan hidup
di bawah bayangan al-Qur’an selama beberapa waktu,
aku telah mengecapi ni'mat yang tidak pemah aku kecapi sepanjang hidupku,
ni’mat yang meluhur, memberkati dan membersihkan usiaku.

Aku hidup seolah-olah mendengar Allah bercakap kepadaku
dengan al-Quran ini…

Ya. 
Dia bercakap kepadaku,
seorang hamba yang amat kerdil dan amat kecil.

Manakah penghormatan
yang dapat dicapai oleh seseorang lebih tinggi
dari penghormatan Ilahi yang amat besar ini?
Manakah keluhuran usia
yang lebih tinggi dari keluhuran usia yang diangkatkan oleh
kitab suci ini?
Manakah darjah kemuliaan
bagi seseorang yang lebih tinggi dari darjah kemuliaan
yang dikurniakan oleh Allah Pencipta Yang Maha Mulia?
Masha'Allah, beruntungnya aku bertuhankan Allah sebagai tuhanku.


Aku hidup di bawah bayangan al-Qur’an
di sana, 
aku melihat 
jahiliyah berkecamuk di muka bumi ini,
aku melihat 
minat dan cita-cita penduduk-penduduk dunia ini amat kecil dan kerdil,
aku melihat
pemuja-pemuja jahiliyah itu berbangga-bangga dengan ilmu pengetahuan
yang ada pada mereka,
Aku merasa kaget dan hairan.

Mengapa manusia jadi begini, 
mengapa mereka jatuh ke dalam lumpur yang kotor dan penuh penyakit ini?
Mengapa mereka tidak mendengar seruan
Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Besar, 
iaitu seruan yang dapat meluhur, memberkati dan membersihkan usia seorang?

Aku hidup di bawah bayangan al-Quran,
di sana 
aku dapat meni’mati kefahaman yang sempurna dan meliputi, 
tanggapan yang tinggi dan bersih terhadap alam al-wujud, 
terhadap matlamat seluruh alam al-wujud
dan terhadap matlamat kewujudan manusia itu sendiri.
aku bandingkan dengan kefahaman-kefahaman dan tanggapan jahiiyah yang
dihayati oleh umat manusia di Timur dan di Barat, di Utara dan di Selatan.

aku bertanya:
Mengapa manusia sanggup hidup dalam paya yang busuk, 
di tahap yang amat rendah dan di dalam gelap gelita kesesatan yang menghitam itu, sedangkan mereka mempunyai padang-padang yang bersih,
tempat-tempat yang tinggi dan cahaya yang terang-benderang?

Aku telah hidup di bawah bayangan al-Qur’an, 
dan di sana 
aku dapat merasa adanya keseimbangan yang indah 
di antara harakat manusia
seperti yang dikehendaki Allah
dengan harakat alam buana yang diciptakan Allah.

aku melihat keadaan simpang-siur
yang dialami oleh umat manusia 
yang telah menyimpang dan undang-undang alam buana, 
juga aku melihat
percanggahan di antara pengajaran-pengajaran
yang merosak dan jahat
yang diajarkan kepada mereka dengan fitrah semulajadi mereka,

aku berkata di dalam hatiku: 
Manakah syaitan yang jahat yang telah memimpin umat manusia ke Neraka ini?

Alangkah ruginya manusia!

-Sayyid Qutb-

Monday, July 20, 2009

serba tak kena?

Terkadang...
kita merasakan diri begitu tak tentu arah. 
nak membaca, tak masuk kpala..
nak berbual atau berbincang, terasa diri macam di awangan..
mainkan lagu yang digemari,  terasa tidak memenuhi citarasa pula kali ini..
bergelen-gelen lagu dimainkan, bermacam-macam cerita dibuka, tetap tak ceria..
nak tidur, tapi tak mengantuk, tak terlena...
segalanya serba tak kena..

Kenapa ni? kenapa semua serba tak kena? kenapa hati rasa tak sedap?

Carilah jalan. Cari. Dan pastikan apa yang kita cari menemui penyelesaian.

Rasa serba tidak kena itu adakah puncanya dari keadaan sekeliling yang tidak memuaskan hati kita? Pada saya, bukan itu punca utamanya, tetapi content dalam hati kita.

Iman dalam diri kian menurun lantaran kuatnya perkara lagha yang diutamakan. Sedangkan kedekatan diri dengan Allah dan pencarian ilmu tidak diutamakan malah hanya sebagai sampingan sahaja. Lalu iman yang hampir lemas meronta. Lalu diri kita menjadi serba tidak kena. Dan penyelesaian harus dicari segera. Cari dan carilah. Buatlah apa sahaja, untuk pulih semula semangat dan rasa hadirnya kecintaan kepada ALLAH dan Rasul sepenuh hati. Maka tiada penyelesaian yang terbaik melainkan ALLAH. Tiada harapan yang lebih besar, melainkan ALLAH jua harapan kita.

“ Hai anak Adam, carilah Aku nescaya engkau akan bertemu denganKu. Jika engkau dapat menemuiKu ertinya engkau telah mendapat segala-galanya. Tapi jikalau Aku luput darimu ertinya engkau telah luput dan kehilangan segala-galanya. Sewajarnyalah engkau mengasihiKu dari segala-gala yang lain.”  
(Hadis Qudsi)

 

Mengapa malu mengalirkan air mata? Sedangkan nilaiannya begitu berharga jika sekiranya ia tangisan takut dan harap kepadaNYA?

  “ Ya Allah, kurniakanlah kepada kami kedua biji mata yang mudah mengalirkan air mata, dapat menyembuhkan hati dengan linangan air mata kerana takutkanMu. Perkenankanlah permohonan ini sebelum mengalir dari kedua mata ini air mata darah, Ya Allah, kepadaMu lah kami kembali…”

----

Orang yang lapar, tak perlu disuruh makan, kerana pasti dia akan makan sendiri. 
xperlu dipaksa makan, kerana pasti dia akan makan.
apabila makanan tiada, dia akan cari sendiri makanan.tak perlu suruh.
melainkan orang yang punyai penyakit yang yang menghalangnya daripada makan.

Orang yang tiada tempat tinggal, pasti akan mencari tempat tinggal untuk berteduh.
Biarpun merempat, pasti tetap akan dicari tempat rempatan sebagai perteduhan. Malahan boleh terjadi mogok kerana inginkan tempat berteduh. Itik pun pandai cari tempat berteduh dikala hujan, inikan pula manusia. Maknanya, takperlu paksa juga.

Begitu juga orang yang baik hati. Tak perlu disuruh buat kebaikan, kerana pasti dia akan buat kebaikan. Tak perlu dipaksa menerima kebaikan, kerana pasti dia akansukarela  menerima kebaikan. kecuali orang yang hatinya berpenyakit yang menghalangnya daripada menerima kebaikan.

Apakah jika sekiranya kamu diseru ke arah kebaikan, kamu akan menolaknya?
Dan apakah sekiranya kebaikan itu hadir padamu, kamu tidak mengendahkannya?
Dan apakah sekiranya kebaikan itu berada pada dirimu, kamu mengabaikannya?

Dan Islam adalah kebaikan yang dikurniakan oleh ALLAH kepada manusia.

Thursday, July 16, 2009

hasil kopi paste...

Buat sahabat yang pernah berkongsi dengan saya penulisan di bawah, izinkan saya kongsikan penulisan ini kepada para pembaca yang belum terbaca mahupun yang telah baca, buat tatapan mata hati..... trimakaseh

orang yang berjihad kerana ALLAH..

jiwanya takkan layu..

jiwanya takkan lesu...jiwanya tak mudah patah lalu goyah...

kerana jalan tarbiyyah yang dia lalui adalah ketaatan kepada ALLAH swt...


seorang pendamba mardhatillah...

dibelakangnya tertegak syariat cinta kepada ALLAH...

takkan senang baginya untuk cair kerana dunia...

sedangkan buruannya adalah hari akhirat..


biarpun dia seolah2 rasa keseorangan..

biarpun dia terasa seolah2 terlalu penat...

biarpun dia terasa seolah2 hilang penyusunan jadual kehidupan..

biarpun dia merasakan seolah2 hilang daya kekuatan..

NAMUN...

ALLAH SWT kuatkan dia dihadapan manusia..

walaupun dia selalu melutut lemah disisi ALLAH..

sujudnya dengan penuh air mata..


Dia seorang perwira...

pemburu cinta sang Pencipta...

dalam sarang hatinya hanya dipenuhi cinta ILLAHI...

kerana rasa CINTA ILLAHI itulah...

kerana ketaatan kepada NABI SAW itulah...

kerana keyakinan kepada AL-QURAN itulah...

dia memilih jalan perjuangan...

ingin sekali merasa akrab bersama NABI SAW ....

dengan cara mencontohi suka duka perjuangan NABI SAW...


biarpun dirinya seolah2 tiada riangnya..

tiada normalnya...

tiada rehatnya...

namun apabila bekerja untuk ISLAM...

seolah2 dia cuti sepanjang masa...

seolah2 dia rehat setiap ketika...

kerana apa yang dia lakukan adalah untuk berehatkan di akhirat sana...


ku kagum pada dirinya...

menginfaqkan diri untuk perjuangan ISLAM...

tetap tinggi keyakinan pada ALLAH...

tetap positif membina kekuatan..

walaupun getir hidup hanya dikongsi dengan TUHAN...


YA ALLAH...

KUATKAN SAHABATKU...

ILHAMKANLAH PETUNJUKMU KEPADANYA...

AMPUNILAH JUA DOSA2NYA...

’DIA’ TERLALU BERLAPANG DADA DENGAN SAHABAT..

’DIA’ TERLALU MELEBIHKAN MASYARAKAT DAN ISLAM BERBANDING KEPERLUAN DIRINYA...



’DIA’ ADALAH SEMUA PEJUANG ISLAM DI MANA SAHAJA...

Tuesday, July 7, 2009

Appreciate your experiences

“Appreciate your experience…”

Saya meminjam kata-kata seorang pensyarah. Bukan kerana dia comel, tapi kerana kata-kata itu membuatkan saya rasa tertarik dan mendalam maksudnya.

Kita punyai pelbagai pengalaman, bukan? Tipu lah kalau ada yang mengatakan, ”saya tak ada apa-apa pengalaman.”
Sama ada pengalaman itu berasa manis, pahit, masin, kelat, tawar dan sebagainya, ia tetaplah pengalaman.

Kebiasaannya, manusia sukakan pengalaman manis. Seronok dan bahagia untuk di kenang-kenangkan. Tetapi berlaku sebaliknya kepada si pahit dan kelat, yang rasa-rasanya jika dikenang-kenangkan akan buatkan manusia merasa sedih,stress, dan seumpamanya.

Apapun, pengalaman adalah sesuatu yang telahpun berlaku dan berlalu. 

Yang baik jadikan motivasi untuk terus menjadi lebih baik, dan istiqamahlah dalam meningkatkan prestasi diri sebagai hamba-NYA dan sebagai khalifah di muka bumi. 

Yang perit dan pahit, ambil ia sebagai iktibar dan koreksi diri.

Yang penting, sentiasalah bersyukur. Janganlah berputus asa. Kerana rahmat Allah begitu luas. Nikmat yang DIA kurniakan lebih besar dari ujian yang diberi kepada hamba-NYA.

Orang mukmin itu, sekiranya dia medapat kurnia dia akan bersyukur, dan apabila ditimpa musibah, dia bersyukur dan bersabar. 

Sabda baginda Rasulullah saw;

”Sungguh ajaib perihal orang mukmin, sesungguhnya semua urusan mereka adalah kebaikan. Dan keadaan ini tidak ada melainkan kepada orang yang beriman saja. Sekiranya dia medapat karunia dia akan bersyukur, maka jadilah karunia itu baik untuknya. Manakala apabila ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu kebaikan untuknya.”(HR Muslim)


Jadi, 

Appreciate your experiences!!

 

Template Design | monera87