tetap dekat
tidurmu mungkin tak selena tidur-tidur yang lalu.
makanmu, mungkin tak seselera dulu.
Tawamu, mungkin tak seceria tika ku mula kenalimu..
Tapi kasih-NYA, tetaplah tidak berkurangan.
Jangan ada rasa berputus asa dengan rahmat-NYA.
tunas-tunas harapan tetapkan menyala, selagi kita ada keyakinan
pada Yang Esa.
Bukankah ALLAH menjanjikan buat mereka yang bertaqwa,
bahawa pasti akan dibuka jalan keluar baginya dan beroleh rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka?
".....Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. "
(ath-tholaaq:2-3)
yg kau hadiahkan..
1 komen:
"~senyum seindah suria
yang membawa cahya~"
senyum itu sedekah, bila kamu senyum dan menjadi asbab kepada kelapangan dan ketenteraman hati manusia-manusia sekelilingmu, mereka turut mendoakan kelapangan dan ketenteraman hatimu jua.
tapi awaslah dengan senyuman yang menebar fitnah. kamu senyum, dan menjadi asbab pula kepada ketidak tenteraman kepada manusia,terutamanya daripada wanita kepada lelaki ajnabi. ia kan mengundang sesuatu luar duga
Post a Comment