tak ada salahnya, berhibur..
bukan kah ibu bapa penghiburnya adalah anak2? dan selaku anak, hiburkan ibu bapa dgn khabar yg gembira kpd mereka.
Allah juga mhiburkn hmba-Nya.
Saat Rasulullah kehilangan 2 orang yang disayangi pada tahun yang sama (tahun itu digelar tahun kesedihan), kesedihan itu memang ada..dan Allah menghiburkan Nabi dengan bawak bjalan-jalan (isra' mi'raj).. bagi hadiah, Solat...hinggakan Nabi balik dari kembara dengan penuh keterujaan menceritakan peristiwa tersebut.
Allah menghiburkan kita semua... menghiburkan kita.. bagaimana?
tatkala kita bersedih, buka lah al-Qur'an, tak faham jugak, baca terjemahannya..
Allah tenteramkan hati2 kita dengan kalam-Nya. Masha'Allah.. bukankah itu hiburan yang berkesan tatkala jiwa bergelodak, emosi menjadi sesak..?
Untuk mukmin, untuk mereka yang berjuang dijalan Allah juga, Allah menghiburkan mereka..
Banyak kerja yang perlu dibuat selaku mukmin..kerana tanggungjawab melebihi masa yang ada..
Mustahillah mereka ini tidak merasai penat..lelah fizikal, emosi terganggu.. tapi sebab Allah selalu menghiburkan orang2 begini, dan mereka pula menghiburkan diri mereka..dengan yang diajarkan, mereka dapat mengatasi kelelahan dan gangguan.. dari kelelahan dan kepenatan, bertukar menjadi lebih bersemangat dan berbahagia. Hebatnya hiburan dari Allah.. Hebatnya mukmin yang menghiburkan diri dengan ayat-ayat Allah..
Jadi, salah kah kita berhibur kalau nak menggembirakan hati kita... nak mehilang sikit tension...
“ penat kowt bce buku memnjang.. penat kowt buat esaimen berjela-jela datang...penat kowt bla..bla..bla...”
Tak salah, nak berhibur. xsalah. Memang fitrah manusia. Memerlukan sesuatu untuk menenteramkan dan mengembalikan ‘mood’ kepada ‘mood’ yang lebih baik, lebih ceria.
Apa salahnya berhibur.. apa salahnya dengar lagu.
Kata orang, lain jiwa, lainlah jenis hiburannya..
Jiwa si A, tenteram dengan alunan ayat Al-Qur’an dari syeikh mishary..
Jiwa si B, tenang dengan nasyid-nasyid dari kumpulan Raihan, Rabbani..
Jiwa si C pulak, lebih selesa dengar lagu rap..
Jiwa si D, lebih berkenankan band, jamming, dan sebagainya.
Si L suka konsert nasyid..
Si N suka konsert bukan nasyid..
Si Q suka suka saja…
Nasihat saya, nak berhibur, silakan. Tiada salahnya, cuma macam mana kita nak berhibur…salah pilih, maka jadilah salahnya.
Berkonsert, sudah namanya konsert, memanglah bunyi kuat..Tapi kalau kekuatan bunyi itu meretakkan dinding iman kita, sebagaimana frekuensi bunyi yang tinggi boleh meretakkan gelas berkaca; retak dengan lirik yang melemahkan benteng iman..
Coba amati liriknya, apakah ia membangkitkan serakah nafsu atau apakah ia membawa kita lebih dekat dengan Tuhan. Maaf, jangan salah anggap berlaku bias dalam berkata. Bukan hanya kumpulan-kumpulan nasyid saja yang bawa mesej ketuhanan sekarang.. Tapi telah ramai dan banyak kumpulan yang “bukan nasyid” juga membawa mesej ketuhanan. (bukti kepada jiwa manusia sentiasa memerlukan Tuhan).
Perhalusilah kehendak jiwa (jiwa menginginkan ketenteraman dan kebenaran, sebenarnya), sejauh mana hiburan-hiburan yang kita pilih, membawa ketenteraman dan ketenangan kepada kita?
Bila Tepuk dada, Tanya selera, maka selera yang pelbagai ditambah perencahnya oleh nafsu kita… natijahnya, menjadilah ia seperti ubat pelali, ketegangan dan keserabutan reda seketika, hilang kepelaliannya, tegang dan serabut menerjah semula.
Tepuk lah dada, Tanya lah iman kita.. kerana iman, sensor yang terbaik. Sensor yang dapat kenal pasti, tenteramkah jiwa kita..
Menulis untuk perkongsian kearah membina taqwa.. Sekiranya tersalah ungkap bicara, mohon perbetulkan.
“Sesungguhnya di dalam hati terdapat sebuah keterasingan yang tak mampu diubati kecuali dengan menyendiri bersama ALLAH azza wajalla.
Di dalam hati juga ada sebuah kesedihan yang tak akan mampu diseka kecuali oleh kebahagiaan yang tumbuh kerana mengenal ALLAH berserta ketulusan hubungan denganNya. Pun di dalam hati ada sebuah kegelisahan itu menuju ALLAH…
Di dalam hati juga terdapat suatu tuntutan kuat yang tidak akan terhenti sehinggalah Allah menjadi satu-satunya tujuan tunggal.
Di dalam hati juga ada suatu keperluan yang tak akan terpenuhi kecuali dengan cintaNya, mengingatiNya, berserta keikhlasan yang tulen terhadapNya.
Bahkan jika hati ini diberi dunia seluruhnya berserta segala isinya,
keperluan tersebut tetap tidak akan terpenuhi tanpa mengharap penuh
ALLAH azza wajalla”
(Ibnul Qayyim al Jauzi r.h.)