syiling dan batu..
Saya tak pandai bercerita. Tapi saya nak menyamapikan cerita. Macam mana tu? Cerita daripada cerita sahabat, daripada cerita dalam buku yang diceritakan. Saya tukar keadaan.
Di sebuah kawasan pembinaan bangunan, beberapa orang pekerja sedang buat construction. Ada yang bekerja di atas, dan beberapa orang lagi di bawah, sedang menggaul simen. Bunyi di kawasan tersebut amat lah bingit. Bunyi mesin. Dapatkah kamu bayangkan suasana kebisingan dek mesin bekerja?
Baik. Dalam kesibukan bekerja, yang di atas memanggil kawan di bawah. Jeritan dan panggilannya tidak didengari oleh kawannya, dek leka benar dia beralunkan muzik mesin tu. (pendek katanya, suara kat atas nu x dengar..). Pekerja di atas bangunan tu pun dapat lah idea. Idea untuk menarik perhatian kawannya yang berada di bawah.
Lalu, dia mencampakkan sekeping duit syiling. Dengan harapan, kawannya akan menyedari panggilannya dan memandang ke atas.
campak lah dia akan 50 sen.
Tingg...
Sekeping 50 sen jatuh. Kawan yang berada di bawah memandang syiling tu.
Oh, duit jatuh.
Lalu dia pun mengutip duit syiling tersebut, dan meneruskan kerjanya.
Pekerja di atas bangunan tu mencampakkan sekeping lagi duit syiling. Kali ni mesti dia tengok ke atas. Hehee.. Dia sengih sendiri. (Tambah2 je ni)
Tetapi reaksi kawannya di bawah serupa seperti pertama kali balingan syiling. Di pungut syiling, dan diteruskan kerjanya.
Tadaaaa...
Pekerja di atas mendapat idea yang lebih bernas. Lalu, dia mengambil batu kecil, di campak ke bawah.
Haa... terus-terus, pekerja di bawah memandang ke atas.
Sapa la baling batu kat aku ni...?
Pekerja di atas tersengih. Taktikya menjadi.. akhirnya dia memandang ke atas jugak.
Antara syiling dan batu.. Bagi batu baru dia sedaq.
Setakat itu saja ceritanya.
Apa pengajarannya?
Sapa nak come out pengajaran, meh come out kan dia..
saya cakap sikit,
Bila di uji kesenangan (duit syiling -- analogi) kita lupakan pada Yang Memberi. Alpa dengan kesenangan. Kutip, kutip dan terus mengutip, mengaut kesenangan. Lupa kan Ar-Rozzaq.
Tapi sekali mendapat ujian (batu kecik -- analogi) maka barulah kita mencari-cari DIA.
Benar, ujian kesenangan itu lebih susah berbanding ujian keperitan. Kerana ujian kesenangan itu lebih membuatkan manusia jauh dari Allah.. Pembuktiannya adalah Fir'aun, Namrud.. yang di uji kesenangan, kesihatan yang baik saja.. Hinggakan akhirnya mengaku diri sebagai Tuhan..
Berbalik pada ujian kesusahan, kita akan lebih mengingati Pencipta. Merintih mengadu memohon pertolongan kepada Pencipta. Itulah kita..
Alirkan air mata, moga kita nampak lebih jelas apa itu dunia sebenarnya. Clearkan visual.
Alirkan air mata, moga kekerasan hati menjadi lunak setelah air mata roja' dan khauf menitis, menyimbah hati yang gersang dan kontang...
Di dalam hati juga ada sebuah kesedihan yang tak akan mampu diseka kecuali oleh kebahagiaan yang tumbuh kerana mengenal ALLAH berserta ketulusan hubungan denganNya. Pun di dalam hati ada sebuah kegelisahan itu menuju ALLAH…
Di dalam hati juga terdapat suatu tuntutan kuat yang tidak akan terhenti sehinggalah Allah menjadi satu-satunya tujuan tunggal.