dan kita masih seperti ini
Di penghujung semester 1 bulan barakah, Ramadhan. Ya Allah, cepatnya masa berlalu. 'Cepat, pantas, dan rajin' sekali masa berlalu. (kenapa 'rajin'? berhati-hati guna perkataan.)
Rupa-rupanya, kita menanti, kita merindui Ramadhan dengan menyambutnya dalam keadaan memberi ucapan 'Salam Ramadhan' sahaja. Tidak pun, dalam mengekalkan ciri kemelayuannya, 'Selamat Berpuasa'.
huh?
Kala Rejab, kita sibuk sangat, sangat sibuk. Macam2 kesibukan. Terkadang, hingga solat pun terlewat mahupun dilewatkan.
Bahkan Sya'aban juga sedemikian rupa. Bacaan al-Qur'an, tidak kita jaga. Pejuang Islam, takkan siakan masa lapang, diisinya dengan suatu perkara yang berfaedah.
Banyak perkara berfaedah, yang salah satu antaranya adalah baca qur'an. Saya berkata, salah satunya baca qur'an. salah satunya. Saya tak kata hanya baca qur'an sahaja perkara berfaedah. Jika kamu study, kamu berniaga, hatta apa saja kebaikan kamu lakukan, maka ia tetap juga perkara berfaedah. Tetapi sekarang saya memberi contoh, salah satu perkara berfaedah adalah membaca Al-Qur'an. Tadabbur. Itupun, dibulan Sya'aban, kita jarang-jarang buat. Kita sibuk lagi. Meeting, Liqa', esaimen2, test, dan pelbagai yang berkepelbagaian.
Letih. Maghrib, isha' berjamaah tinggal. Subuh berjamaah pun tinggal. Lewat subuh.
Kini menjelang Ramadhan, kita masih selesa ditakuk lama. Saya teringat kata-kata pengetua sekolah dulu.
'dok seronok duduk dalam longkang . Tak mau naik-naik dah walaupun tau longkang tu busuk.'
Buatlah anjakan. Kalau dulu solat lewat-lewat, ubahlah.. solat di awal waktu. Kalau sebelum ni payah nak bangun sama-sama tunaikan solat subuh berjamaah, sekarang bulan Ramadhan, bangun sahur, jangan tidoq balik. Pi ambik wudhu', pi solat berjamaah. Tak boleh semua jangan tinggal semua. Tak boleh tidok balik, jangan tak pi masjid. Eh, apa pulak dah ni? ada kaitan ke? haa.. macam tu lah..
Kita golongan yang rugi, lantaran tidak tahu menghargai.
Kita orang yang tersia malamnya, dek asyik dalam buaian mimpi.
Kitalah, kitalah orang yang rugi, kerana tak mengambil peluang.
> set alarm, nak bangun bertahajjud.
> alarm berbunyi,
>kejap lagti, awal lagi. tido dulu jap.
>bunyi lagi.
>ngantuk lagi. best tido. Esok ada lagi. Buat esoklah.
> (keesokannya)
>tadi tido lambat, siapkan esaimen. rehat jap. nanti takde tenaga nak posa esok.
>(maka tidaklah dilakukan olehnya akan solat malam itu)
>hari2 seterusnya berulang perkara yang sama. Penuh alasan dan kedangkalan.
Ramadhan menemui penghujung.
Tahun ke tahun, kunjungan Ramadhan datang dan pergi. Dan kita masih seperti ini.
Mujur, sempat bertemu Ramadhan. Jika tiba-tiba pancit ditengah jalan Ramadhan pun tak sempat, nak cari alasan pun tak dapat.
Suka saya memetik kata-kata Imam Hasan al-Banna, dalam buku Nasihat Ramadhan Daripada Orang-orang Soleh; Pandangan Sisi: TGNA,
kata Hasan al-Banna,
"Pada setiap hari di hadapanmu ada saat-saat istimewa pada pagi hari, juga pada petang hari, serta pada waktu sahur. Pada waktu-waktu itu jiwamu yang bersih dapat meninggi ke langit dan engkau pun boleh mendapatkan kebaikan dunia dan akhirat. Di hadapanmu juga ada musim-musim ketaatan, hari-hari untuk ibadah, malam-malam untuk bertaqarrub yang telah diajarkan oleh kitab sucimu, juga Rasulmu yang mulia. Maka jadilah engkau pada waktu-waktu mulia itu sebagai orang yang banyak berzikir, bukan orang yang lalai. Jadilah orang yang banyak beramal dan bukan pemalas. Manfaatkan lah waktu, sesungguhnya waktu bagaikan pedang, janganlah bertangguh, kerana tidak ada yang lebih berbahaya selain daripada bertangguh."
Lagi, memetik kata-kata Ibn Qayyim,
"Tahun adalah sebatang pohon. Bulan adalah dahannya. Hari adalah rantingnya. Jam adalah daunnya, dan nafas adalah buah-buahannya. Barangsiapa bernafas untuk ketaatan, maka buahnya pasti baik. Dan barangsiapa bernafas untuk kemaksiatan, maka buahnya pasti pahit. Musim menuainya adalah hari pembalasan. Pada saat itu akan jelas buah yang manis dan mana buah yang pahit. Maka bagaimanakah buah dari umur kita?
Sebelum usia kita berakhir, sebelum segalanya menjadi terlambat, agar kita tidak menuai umur dengan buah yang pahit dihari pembalasan, maka tanamlah di ladang-ladang waktu kita dengan pohon-pohon yang baik. Belajarlah cara-cara menggunakan waktu yang telah di praktikkan oleh para salaf, generasi awal Islam. Kerana mereka telah membuktikan, bahawa tiada waktu yang mereka lalui dengan sia-sia. Waktu mereka selalu terisi dengan ketaatan, kebaikan, dan produktiviti."
Masa kita?
Manfaatkan masa yang ada, agar kita tak tergolong dalam golongan rugi.
0 komen:
Post a Comment