"Ya Allah, kurniakanlah ke atasku ketenangan, dan tetapkanlah pendirianku bersama-sama pendukung-pendukung kebenaran, dan tabahkanlah hatiku dengan mengingati Engkau, dan kurniakanlah akan daku keredhaan dengan perkara yang Engkau redhai"

Monday, December 29, 2008

MUTIARA HIJRAH

SELAMAT TAHUN BARU 1430H

Mungkin ada yang tidak tahu, hari ini kita dah berada dalam tahun 1430 hijrah. 'Eh, bukan ke 1429?' Ini lah.. rata-ratanya begitu membilang detik-detik akhir tahun Masihi..tapi lupa pada detik tahun hijrah.

Menyambut tahun baru bagi umat Islam bukan sekadar membilang detik masa atau mengadakan pertunjukan hiburan serta bunga api, apatah lagi hinggakan diri mabuk.  

Di akhir tahun, ada doanya. Di awal tahun juga bacalah doanya. Ini kita menyambut kedatangan tahun baru. 

Orang kata tahun baru, azam baru. kalau azam lama tak selesai, jangan buang. Perkemaskan, pertingkatkan, dan lebih berusaha. mada mada dane! (heheh).


(akatsuki..huuh)

HIJRAH

Berkata Saidina Umar r.a ,
"Haasibu anfusakum qabla an tuhaasibu".
(
hisablah/hitunglah dirimu sebelum kamu dihisab/dihitung)

Benar kita manusia, tak terlepas dari kesalahan, sebagaimana perumpamaanArab,
Man laa yukhthi u laa yaf'alu shai aa 
(
Sesiapa yang tidak pernah melakukan kesalahan, maka dia tidak pernah melakukan apa-apa.)

Bukan nak suruh buat salah. heh.
Kalau buat salah memanjang, salah yang sama...maknanya tiada baikpulih. Ni yang orang kata tak buat apa-apa kerana ni lah. Tak mau impruv. 

kata Saidina Ali kwjh, 
"Seandainya hari ini bagimu lebih baik dari semalam, maka BERUNTUNGLAH. Seandainya masih sama seperti semalam, maka SIA-SIALAH. Seandainya lebih teruk dari semalam, maka CELAKALAH ke atasmu."

Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang ALLAH sebut dalam surah Al-Baqarah, 218. 

Firman ALLAH swt, 
"Sesungguhnya orang yang beriman dan berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itulah yang boleh mengharap rahmat dari-Nya." (surah al-Baqarah: 218).

Perkataan hijrah sebagaimana yang dijelaskan Rasulullah dalam hadisnya,

Sabda Rasulullah saw :
"Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).


(BOIKOT...!!) 

Jom contohi Rasulullah dan para sahabat!

Selamat maju jaya!

~Salam Ma'al Hijrah~

1 komen:

Anonymous said...

salam....

siap ade geng akatsuki ni....

nie die, naruto dtg...hahahaha

Template Design | monera87