"Ya Allah, kurniakanlah ke atasku ketenangan, dan tetapkanlah pendirianku bersama-sama pendukung-pendukung kebenaran, dan tabahkanlah hatiku dengan mengingati Engkau, dan kurniakanlah akan daku keredhaan dengan perkara yang Engkau redhai"

Friday, March 26, 2010

syiling dan batu..

Saya tak pandai bercerita. Tapi saya nak menyamapikan cerita. Macam mana tu? Cerita daripada cerita sahabat, daripada cerita dalam buku yang diceritakan. Saya tukar keadaan. 

Di sebuah kawasan pembinaan bangunan, beberapa orang pekerja sedang buat construction. Ada yang bekerja di atas, dan beberapa orang lagi di bawah, sedang menggaul simen. Bunyi di kawasan tersebut amat lah bingit. Bunyi mesin. Dapatkah kamu bayangkan suasana kebisingan dek mesin bekerja?


Baik. Dalam kesibukan bekerja, yang di atas memanggil kawan di bawah. Jeritan dan panggilannya tidak didengari oleh kawannya, dek leka benar dia beralunkan muzik mesin tu. (pendek katanya, suara kat atas nu x dengar..). Pekerja di atas bangunan tu pun dapat lah idea. Idea untuk menarik perhatian kawannya yang berada di bawah.

Lalu, dia mencampakkan sekeping duit syiling. Dengan harapan, kawannya akan menyedari panggilannya dan memandang ke atas.
campak lah dia akan 50 sen. 

Tingg... 
Sekeping 50 sen jatuh. Kawan yang berada di bawah memandang syiling tu. 
Oh, duit jatuh.
Lalu dia pun mengutip duit syiling tersebut, dan meneruskan kerjanya.

Pekerja di atas bangunan tu mencampakkan sekeping lagi duit syiling. Kali ni mesti dia tengok ke atas. Hehee.. Dia sengih sendiri. (Tambah2 je ni)

Tetapi reaksi kawannya di bawah serupa seperti pertama kali balingan syiling. Di pungut syiling, dan diteruskan kerjanya.


Tadaaaa...
Pekerja di atas mendapat idea yang lebih bernas. Lalu, dia mengambil batu kecil, di campak ke bawah. 

Haa... terus-terus, pekerja di bawah memandang ke atas. 
Sapa la baling batu kat aku ni...?

Pekerja di atas tersengih. Taktikya menjadi.. akhirnya dia memandang ke atas jugak.
Antara syiling dan batu.. Bagi batu baru dia sedaq.
  

Setakat itu saja ceritanya. 




Apa pengajarannya?

Sapa nak come out pengajaran, meh come out kan dia..

saya cakap sikit,

Bila di uji kesenangan (duit syiling -- analogi) kita lupakan pada Yang Memberi. Alpa dengan kesenangan. Kutip, kutip dan terus mengutip, mengaut kesenangan. Lupa kan Ar-Rozzaq. 
Tapi sekali mendapat ujian (batu kecik -- analogi) maka barulah kita mencari-cari DIA. 


Benar, ujian kesenangan itu lebih susah berbanding ujian keperitan. Kerana ujian kesenangan itu lebih membuatkan manusia jauh dari Allah.. Pembuktiannya adalah Fir'aun, Namrud.. yang di uji kesenangan, kesihatan yang baik saja.. Hinggakan akhirnya mengaku diri sebagai Tuhan.. 
Berbalik pada ujian kesusahan, kita akan lebih mengingati Pencipta. Merintih mengadu memohon pertolongan kepada Pencipta. Itulah kita.. 

Alirkan air mata, moga kita nampak lebih jelas apa itu dunia sebenarnya. Clearkan visual.
Alirkan air mata, moga kekerasan hati menjadi lunak setelah air mata roja' dan khauf menitis, menyimbah hati yang gersang dan kontang...


“Sesungguhnya di dalam hati terdapat sebuah keterasingan yang tak mampu diubati kecuali dengan menyendiri bersama ALLAH azza wajalla.

Di dalam hati juga ada sebuah kesedihan yang tak akan mampu diseka kecuali oleh kebahagiaan yang tumbuh kerana mengenal ALLAH berserta ketulusan hubungan denganNya. Pun di dalam hati ada sebuah kegelisahan itu menuju ALLAH…

Di dalam hati juga terdapat suatu tuntutan kuat yang tidak akan terhenti sehinggalah Allah menjadi satu-satunya tujuan tunggal. 
Di dalam hati juga ada suatu keperluan yang tak akan terpenuhi kecuali dengan cintaNya, mengingatiNya, berserta keikhlasan yang tulen terhadapNya. 
Bahkan jika hati ini diberi dunia seluruhnya berserta segala isinya, 
keperluan tersebut tetap tidak akan terpenuhi tanpa mengharap penuh 
ALLAH azza wajalla”
(Ibnul Qayyim al Jauzi r.h.)
 





 

5 komen:

the guardian said...

haa.. sy bru nk bg pndapat mcm tu..

Anonymous said...

Nak bertanya, kalau hati kita sakit dan rosak umpama daun yang di makan ulat, apa yang perlu kita buat agar hati sembuh sihat kembali?

Adakah penawarnya?

PowerPowerPower said...

“Bila hati kamu tidak tenang, maka pergilah ke majlis para ulama. Jika hati tetap tidak tenang, maka bacalah al-Quran. Jika hati tetap tidak tenang, maka bangunlah di waktu malam untuk bermunajat. Namun jika hati tetap tidak tenang, maka berdoalah kepada Allah agar kamu diberikan hati yang lain,”

-Ibn Mas’ud RA


ni sy copy dari side blog ni. =D

monera said...

perkongsian daripada beberapa saudara kita,


>>Ibnu Quddus Ahmad said:

"perumpamaan daun dimakan ulat ni rasanya hanya kepada berkecainya tentera abrahah selepas diserang burung ababil. sedang hati yang sakit rosak selalunya diperumpamakan seperti bara api yang memakan kayu... macam hasad agaknya. kalau penyakit hati itu hasad, ubatnya adalah banyak istighfar, bersangka baik, selalu berdoa hindari sifat2 buruk dan...( tolong tambah....)"



>> Nuraisha Musliha said:

"Yang menciptakan hati itu adalah Allah. Yang memiliki hati itu juga adalah Allah. Dia mengadakan apa yang tiada, dan Dia meniadakan apa yang ada. Dia menghidupkan dan Dia mematikan. Hati yang hidup, Dia bisa mematikan. Hati yang mati, Matinya hati kerana maksiat yang banyak dilakukan. Tetapi, manusia kan tidak pernah lari dari silap? (But don't take it for granted. org mukmin dia tidakkan mengulangi kesilapan yang sama berulang kali.) Jangan lupa, Allah itu juga boleh menghidupkan sesuatu. Dia bisa menghidupkan. Apa lagi hati yang sakit, Dia bisa menyembuhkan. Bagaimana? banyakkan beristighfar. Dengarkan alunan suci ayat-ayat al-Quran.
banyakkan merintih kepada Pencipta. Adulah kepada Allah. Mohonlah agar Allah menyembuhkan hati kita. Penawarnya adalah Allah."

Anonymous said...

Alhamdulillah...Domo arigato gozaiimasu.

Template Design | monera87