"Ya Allah, kurniakanlah ke atasku ketenangan, dan tetapkanlah pendirianku bersama-sama pendukung-pendukung kebenaran, dan tabahkanlah hatiku dengan mengingati Engkau, dan kurniakanlah akan daku keredhaan dengan perkara yang Engkau redhai"

Friday, October 16, 2009

mainkan peranan, jangan bermain-main..


Kita sedang bertatih. Kala bertatih, kesilapan demi kesilapan telah terjadi. Dan saya juga tak lari dari melakukan kesilapan. Dan kesilapan itu, ingin saya kongsikan, bukan untuk mengheret kalian turut sama melakukan kesilapan yang sama. Tetapi dengan harapan, agar kalian tidak menjejaki langkah longlai seorang Naqibah yang telah menyia-nyiakan ruang dan peluang.

Pada individu-individu yang terlibat, maafkan saya, dan izinkan saya untuk meneruskan bicara perkongsian ini.

Sedarkah kita kenapa kita menjadi seorang Naqib, atau Naqibah? Mungkin kerana kita telah berjanji setia dan untuk memenuhi tuntutan dalam menggerakkan serta menyempurnakan apa yang telah di gariskan dalam sistem pendidikan, maka kita pun menjadi seorang naqib/ah. Seperti kata orang, paksa-rela. 

Ada orang, menjadi seorang naqib/ah ini sangatlah di inginkannya. Bukan kerana mencari populariti, bukan kerana ingin dirinya dikenali ramai, dan bukan kerana ingin apa-apa dari pandangan manusia. Sekiranya kesibukkannya ataupun ada yang menghalangnya dari menjadi naqib/ah, maka jauh di sudut hatinya, kesedihan itu tidak dapat dilindung lagi. 

Kita di mana ye, sahabat-sahabat?

Paksa-rela? Suka-rela? Tetapi suka saya ingatkan, melaksanakan kerja-kerja Islam tak perlu tunggu masa lapang barulah kita akan melakukannya. Jika tiada masa, kita akan abaikannya, seperti mengumpul stem.

 

Alhamdulilllah. Sementelah diberi amanah, sebagai seorang Naqibah, saya gembira. Kerana saya tidak cukup sifat sebagai seorang naqibah, maka saya menginsafi diri. Moga ini menjadi platform dan titik mula untuk saya memperbaiki diri dan mendidik diri, menjadi hamba yang sebenar hamba 

Saya melihat adik-adik saya sangat berpotensi untuk sama-sama bergerak mendokong dan mengemban risalah dakwah ini. Dan saya juga percaya dan yakin, adik-adik saya sekarang juga punyai potensi yang tidak kurang hebatnya. Kerana segala penapisan dan pemilihan itu adalah rencana Allah.

Pada diri saya, saya sangkakan saya telah cuba menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin. Namun, saya silap.. hinggalah Allah memberi teguran kepada saya, melalui beberapa orang hamba-Nya..

“Salam. Adik enti katne sekarang? Enti tahu apa adik enti buat sekarang?”

Lebih kurang begitulah..

Semacam suatu tamparan hinggap di pipi. Semacam satu batu besar menghempap diri saya.

‘Aku kah seorang naqibah? Yang punyai amanah, tetapi aku mengabaikan? Akukah naqibah yang tidak tahu berperanan?’

Serasa diri ini begitu cuai dan lengah dalam melaksanakan menyempurnakan amanah.

Di mana silapnya?

Sahabat-sahabat, khabarkan kepada saya, apakah peranan seorang naqib/ah sebenarnya? Salahkah berusrah sejam? Tidak. Tak salah. Tapi cukupkah? Berjumpa, berbincang sekejap, kemudian balik. Sunyi sepi. Ada masa, minggu hadapan kemudiannya pula berjumpa. Jika tiada masa, sebulan mungkin baru berjumpa..

Ingin saya bertanya,

Adakah cukup sekadar berhalaqah 1-2jam setiap minggu merupakan naqib/ah yang baik dan beramanah?

Adakah cukup dengan berbelanja dan menghantar mesej, maka kita sudah memainkan peranan dengan baik sebagai seorang Naqib/ah?

Tidaklah saya ketemui jawapan terhadap siapa naqib/ah yang baik, melainkan seorang sahabat pernah berkongsi kepada kita semua…

Naqib/ah yang baik adalah apabila mad’unya buat silap, kita tegur dan kita marahkannya. Dia bukan semakin menjauhi Naqib/ah-nya. Tetapi dia makin dekat dan makin sayangkan naqib/ahnya.

Tetapi bolehkah kita sebegitu, sekarang, sahabat-sahabat? Tika adik-adik kesusahan, tak pernah pun kita bertanya khabar. Tika tamat silibus usrah, bertemu dan bertentang mata dengan adik usrah pun kita tidak cuba adakan malah lebih malang, kita pula elakkan diri..?   

Persoalan ini bukan untuk ditujukan kepada siapa-siapa yang tidak mahu mengambil peringatan, ataupun mengabaikan. Tetapi untuk yang masih hidup jiwa seorang naqib/ah. Siapa? Anda yang sedang baca penulisan yang kurang tersusun ini. Dan saya percaya, anda adalah Naqib/ah yang terbaik dan sedang menuju kearah yang lebih baik.

Justeru, saya memohon pada diri dan sahabat-sahabat, pada sela masa sebelum pergi, temukan dua mata anda bersama adik-adik usrah yang anda sayangi. Tidak perlu setiap hari, tetapi saya minta supaya adakan pertemuan seminggu sekali pun memadai.

Terima kasih kerana meluangkan masa membaca…

Tanamkan dalam diri kita,

SAYA INGIN JADI NAQIB/AH CEMERLANG!!!”

Dan laksanakan amanah dengan sebaiknya. Semoga Allah memberkati usaha kita.

 

p/s: Kawan-kawan yang bakal jawab test I.I pagi nanti, Good Luck ye..

0 komen:

Template Design | monera87