"Ya Allah, kurniakanlah ke atasku ketenangan, dan tetapkanlah pendirianku bersama-sama pendukung-pendukung kebenaran, dan tabahkanlah hatiku dengan mengingati Engkau, dan kurniakanlah akan daku keredhaan dengan perkara yang Engkau redhai"

Wednesday, June 3, 2009

mereka paranoid, kita apa aneroid?

 
Firman Allah swt yang bermaksud,
“Sesungguhnya orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasulnya ,kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah,mereka itulah orang yang benar.” 
(Al-hujurat:15)

Ayat di atas telah mengkhabarkan kepada kita, bagaimanakah bentuk pengorbanan dan jihad yang dikehendaki oleh Allah kepada hambanya; iaitu pengorbanan di dalam perjuangan yang memerlukan kepada pengorbanan harta benda dan jiwa-raga demi Islam. Maka apabila disebut berkenaan jihad dan pengorbanan, ini bermaksud kita tidak lari daripada berkorban dan terkorban.

Perjuangan Rasulullah saw dan para sahabat dipenuhi dengan JIHAD dari melawan nafsu, berdakwah dan sebagainya termasuklah qital(berperang). Semua itu telah dilakukan dengan penuh bersemangat dan bersungguh-sungguh. Lantaran itu, sejarah Islam telah memaparkan buat tatapan dan membawa nyalaan obor pejuangan kepada kita pada hari ini, betapa mulia dan gagah serta bersemangatnya mereka memperjuangkan Islam, malahan bukan sekadar Semenanjung Tanah Arab sahaja yang tunduk kepada kekuasaan Islam, bahkan kuasa-kuasa besar seperti Rom dan Parsi turut tersungkur di bawah kekuasaannya. Keberanian dan keunggulan mereka di medan JIHAD menjadi kegerunan dan paranoia buat musuh-musuh Islam tika itu. Kehandalan Saidina Umar Al-Farouq, keberanian Khalid Al-Walid dan ramai lagi telah menggegarkan dunia. Malahan, tidak kurang hebatnya juga semangat JIHAD yang ada dalam diri muslimat ketika itu, umpamanya, Nusaibah dan Khaulah.  

Wahai saudara-saudaraku,  
Jihad dalam Islam merangkumi jiwa yang kuat, serta hidup sangat cintakan kemuliaan Islam dan kegemilangannya. Apabila kita telah mewakafkan diri kepada perjuangan, jangan sesekali berniat untuk mengundurkan diri. Sekali melangkah kehadapan, teruskan langkah tersebut. Usah sesekali berniat untuk melepaskan ‘ikatan’ rabitah perjuangan. Walaupun berbagai tribulasi dan mehnah terpaksa dilalui, jika kita yakin dengan apa yang kita lakukan, nescaya kebenaran dan kemenangan akan terbentang luas. Maka, tingkatkan semangat jihad dalam diri kita. 
Sesungguhnya ada dua jenis cinta yang tak dapat bersatu dan menyatu; Cinta Allah dan cinta kemaksiatan. Cinta JIHAD dan cinta kehidupan. Cinta pengorbanan dan cinta harta kekayaan. 

Maka, wahai saudara-saudaraku yang beriman,
Marilah kita tanamkan dan sematkan dalam hati dan jiwa kita, dengan slogan
JIHAD ADALAH JALAN KAMI !!
Mudah-mudahan dengan semangat jihad yang tertanam dan mengharum dalam diri kita ini dapat sama-sama kita mengembalikan ‘izzah ummah.

~Tiada jihad tanpa pengorbanan, tiada pengorbanan tanpa sumbangan~

Sumber: risalah


"Perjuangan Rasulullah saw dan para sahabat dipenuhi dengan JIHAD dari melawan nafsu, berdakwah dan sebagainya termasuklah qital(berperang). Semua itu telah dilakukan dengan penuh bersemangat dan bersungguh-sungguh. Lantaran itu, sejarah Islam telah memaparkan buat tatapan dan membawa nyalaan obor pejuangan kepada kita pada hari ini, betapa mulia dan gagah serta bersemangatnya mereka memperjuangkan Islam, malahan bukan sekadar Semenanjung Tanah Arab sahaja yang tunduk kepada kekuasaan Islam, bahkan kuasa-kuasa besar seperti Rom dan Parsi turut tersungkur di bawah kekuasaannya. Keberanian dan keunggulan mereka di medan JIHAD menjadi kegerunan dan paranoia buat musuh-musuh Islam tika itu...."

Seorang adik bertanyakan, apakah paranoia yang dimaksudkan dalam ayat tersebut..

Yang dikatakan musuh-musuh Islam mengalami paranoia ini, kita lihat bagaimana mereka gerun dengan para mujahidin Islam, sebagai contoh di Palestin, anak-anak muda Islam yang berjiwa besar itu hanya punyai batu sebagai senjata, tetapi apa yang dibalasi adalah bom, dan segala macam bentuk kecanggihan senjata menujahi orang Islam di bumi Palestin. 

Kita lihat pula, bagaimana As-syahid Syeikh Ahmad Yassin, yang berkerusi roda itu dibunuh; sedangkan beliau tak mampu lagi berjalan kaki. Namun kerana igauan ngeri dan kegerunan mereka terhadap keunggulan tentera Islam yang beriman berpencah di medan jihad, biarpun Muslim itu seorang, mereka tetap berperisaikan bom, peluru berpandu untuk membentengi mereka tatkala berhadapan umat Islam. Ini antara contoh paranoia yang berlaku terhadap musuh-musuh Islam.  

Dan kita kini bukan lagi di zaman itu.. kita kini masih lena, diulit mimpi. Minda kita masih lagi terbelengu dan membeku dalam warisan silam. Ya, kita merasa cukup gembira dan berbangga sebagai orang Islam, punyai pahlawan Islam yang menggegarkan dunia suatu ketika. Pada ketika ini Islam dihina. Biarpun mereka menikus dan seperti dikatakan tadi mereka mengalami paranoia dengan keunggulan tentera Islam, kini 'izzah Islam itu diranapkan sedikit demi sedikit oleh musuh-musuh Islam dalam padamana umat Islam masih merasa selesa dengan pemimpin-pemimpin Islam lalu yang telah gugur syahid. Lalu, berpuas hatikah kita dengan pencapaian yang ada? Qana'ah biar bertempat... 

kesatuan umat Islam pada landasan 'Aqidah yang sejahtera mengembalikan 'izzah agama dan ummatnya....

0 komen:

Template Design | monera87