"Ya Allah, kurniakanlah ke atasku ketenangan, dan tetapkanlah pendirianku bersama-sama pendukung-pendukung kebenaran, dan tabahkanlah hatiku dengan mengingati Engkau, dan kurniakanlah akan daku keredhaan dengan perkara yang Engkau redhai"

Wednesday, May 6, 2009

Jagalah hati

Setiap insan yang bergelar manusia ni pastinya tak lepas dari melakukan kesilapan.
Tak kira la kesilapan mahupun dosa sekecil zarah hinggalah ke infiniti.
Setiap yang melakukan kesilapan pasti mahukan penawar dan keampunan yang hakiki.
Persoalannya, camne kita nak bersihkan hati agar selalu je rasa tenang dan tenteram? Apa dia cara-cara yang berkesan yang benar lagi suci tu?

kain baju kotor, nak bersihkan dia boleh guna detergen.
lukisan yang comot, nak elokkan dia boleh padam dengan pemadam, di bahagian kita tak berkenan.
sakit atau luka sebab terjatuh, boleh dirawat dengan sapu ubat..
Tapi hati kita... lain... tak boleh guna clorox, x boleh padam bintik hitam dengan liquid paper....
Hati kotor hanya boleh diubat, dibersih dengan iman. dzikrullah. ingat ALLAH.


Tiap-tiap manusia dikurniakan Allah sekeping hati.
Hati adalah seketul darah yang berperanan mengawal pergerakan jasad manusia. Jika hati seseorang itu bersih (daripada kekotoran dosa) maka jasadnya juga turut melakukan kebaikan, sebaliknya jika hati itu penuh dengan kekotoran dosa, maka ia akan mendorong seseorang itu melakukan perkara yang ditegah agama.

Keadaan hati, sama ada bersih atau kotor mempunyai pertalian rapat dengan keimanan dan ketaqwaan individu.

Diriwayatkan daripada Nu'man bin Basyir bahawa Rasulullah bersabda,
"Ingatlah sesungguhnya di dalam jasad manusia itu ada seketul darah, jika ia baik, maka baiklah jasad. Jika ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Itulah dia hati."

Berdasarkan hadis tersebut, dapatlah kita gambarkan hati manusia yang rosak itu seumpama sebuah komputer yang mempunyai virus, yang mana virus2 ni mengganggu sistem komputer dan mencacatkan penggunaannya. Ada sikit virus, dia ternak, dia biak spisis dia. buat dokumen palsu dan sebagainya. teruk lagi, bila virus tu shut down kan sistem komputer.

Begitulah juga hati, jika ia penuh dengan kekotoran dosa, maka seluruh badan akan rosak.


(hati itu jantung? jantungkah hati? itu hati ke jantung? itu jantung hati? jantung pisang...)



Di dalam al-Quran ada ayat yang menyentuh mengenai hati, tetapi melalui pelbagai istilah. Melalui ayat itu juga diterangkan hati dapat dijaga dan diubati hanya dengan ketaqwaan dan keimanan kita kepada Allah.

Tanda taqwa atau takut kepada Allah itu dapat dilihat dalam beberapa perkara;

1-seseorang itu menjaga lidahnya daripada melakukan fitnah, mencela, mencaci, mengumpat dan sebagainya;

2-seseorang itu menjaga hati agar bersih daripada sifat hasad yang memakan kebaikan sebagaimana api yang memakan kayu;

3-memelihara mata daripada melihat perkara haram yang boleh menggelapkan hati. Sebab itu janganlah melihat perkara terlarang demi untuk mendidik hati;

4-menjaga perut agar tidak diisi dengan makanan yang haram, kerana malaikat akan melaknat selagi makanan yang haram berada di dalam tubuh kita.

5-menjaga kedua-dua tangan supaya tidak digunakan untuk melakukan pekerjaan haram. Begitu juga kedua-dua kaki dipelihara supaya sentiasa melangkah untuk taat kepada Allah;

6-ketaatan dapat dilihat apabila seseorang melakukan sesuatu semata-mata untuk mencari keredaan Allah serta takut kepada sifat riya’ dan munafiq.

Sesungguhnya hati dan hubungan kita dengan ketaatan terhadap Allah amat rapat. Sebab itu kita hendakah sentiasa berdoa meminta-Nya memelihara hati kita agar sentiasa taat kepada-Nya. Hati amat penting, kerana apabila rosak ia menggambarkan pegangan agama kita juga turut rosak. Jika seseorang bersungguh-sungguh melaksanakan saranan memelihara anggota di atas, dia termasuk di dalam golongan orang muttaqin yang dijanjikan Allah dengan syurga.

Hati yang bersih dan luhur membolehkan seseorang menangkis segala godaan syaitan.

Manakala jika penuh titik hitam, mudahlah syaitan mempelopori agendanya. Jika syaitan berjaya menguasai hati, ia akan menguasai seluruh jiwa dan manusia jadi tak takut kepada Allah. Tengok benda-benda tak elok tanpa ada rasa pengawasan ALLAH. Seterusnya lahirlah manusia kejam, tidak berperikemanusiaan, pembohong, perompak, perasuah, pemfitnah dan sebagainya.

Sebaliknya jika jiwa dikuasai dengan unsur ketaqwaan, maka dengan sendirinya syaitan terhindar dan jadilah kita orang yang bertaqwa kepada Allah dan sentiasa mengingati dan bersyukur kepada-Nya.

Allah berfirman yang bermaksud,
"Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah), maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar)."
(Surah al-A'raf ayat 200-201).

Allah mengangkat Nabi sebagai seorang yang ma’sum atau terpelihara daripada dosa selepas hati Baginda dibersihkan. Berbanding manusia biasa, kita hanya mampu berdoa kepada Allah, tetapi keimanan kepada-Nya tidak dapat dijamin kerana hati tidak dapat dibersihkan sepenuhnya dan sentiasa digoda syaitan.

Allah memilih Nabi Muhammad saw untuk membawa urusanNya. Maka semestinya utusan Allah mempunyai sifat istimewa, antaranya hati yang bersih. Dengan hatinya yang bersih itu, orang kafir dan Quraisy tertawan. Kesabaran, keikhlasan dan kemuliaan akhlaknya berpunca daripada hati Baginda yang bersih. Malah orang kafir sendiri mengakui kemuliaan hati Baginda, malahan memberi gelaran al-amin kepada baginda.

Umar Al-Khattab yang dikenali sebagai seorang yang keras hati dapat dilembutkan hatinya bukan dengan kekerasan, tetapi dengan mendengar alunan bacaan ayat suci al-Quran.

Jadi, jangan halang orang bukan Islam baca Qur’an apabila dia nak kaji, nak fahami ayat2 ALLAH.

Kerana Islam itu bukan milik Melayu, tapi milik ALLAH. umpama hujan diturunkan, cahaya matahari dipancarkan.. ia trkena kepada semua... Islam itu rahmatan lil'alamin..

2 komen:

Jilul Quran said...

Ketahuilah, Allah telah berpesan ketika akhirat nanti tidak berguna segala harta dan anak isteri kamu kecuali kamu kembali kepadaKU dengan hati yang sejahtera " Qalbi Salim" dunia adalah tempat memproses hati.

Kita bukan saja inginkan Allah Kurniakan kesihatan kepada tubuh, pendengaran dan penglihatan tetapi kita juga ingin Allah sihatkan Qalbi.

Ketahuilah diantara tanda insan itu dikurniakan kemanisan iman ialah apabila Allah dam Rasul dicintai melebihi dari segalanya, dia mencintai seseorang hanya kerana Allah dan dia takut kembali kepada kemaksiatan sepertimana dia takut di campakan ke api neraka.

Jauhkanlah hati dari sifat nifak,
Jauhkanlah hati dari sifat riyak,

Dekatlah hati kepada pemilikNYA
kerana hati adalah tempat padangaNYa kepada kita.

mujahidah8693 said...

Kalu orghe bkn Islam haram baca quran, doh, orghe Islam yang tolok quran, tolok ajaran Islam x haram ko???? jawab Mufti jawab!

Template Design | monera87