"Ya Allah, kurniakanlah ke atasku ketenangan, dan tetapkanlah pendirianku bersama-sama pendukung-pendukung kebenaran, dan tabahkanlah hatiku dengan mengingati Engkau, dan kurniakanlah akan daku keredhaan dengan perkara yang Engkau redhai"

Saturday, March 21, 2009

Nakkan sesuatu yang berharga...

'Untuk dapatkan sesuatu yang sangat berharga, maka kita kena korbankan sesuatu.'
Teringat lagi kata-kata seorang sahabat semasa berbual-bual..

Untuk dapatkan sebutir mutiara yang bersinar dan berharga, kita kena selam laut yang begitu dalam. Ada yang semput, tak cukup nafas, tenggelam timbul. Itu menguji sejauh mana tekad kita untuk memilikinya. Jika keinginan kita hanyalah senipis limau nipis, maka apa jua cabaran datang, kita akan mudah goyah, lemah semangat, dan tersadai di persisian pantai. Tapi, jika keinginan kita kuat, kita bulatkan tekad, kita akan bersedia hadapi apa jua cabaran. Insha’Allah.

Untuk menerima sesuatu yang cukup-cukup bermakna dalam diri, kita akan lalui saat-saat getir yang meruntun hati. Namun, jangan berputus asa dengan rahmatNYA. Kerana aturan dan ketetapanNYA pada hamba bukan bersifat menzalimi hamba.

Maka, pantaslah sedar dari lamunan,
Tepis lah paranoia yang mengasak.
Semua itu membuatkan kita lemah, lambat, dan berkemungkinan beku.

Pilihan di tangan kita.
Nak berubah, atau tetaplah kekal sebegitu.
Menjadi terkedepan, atau terkebelakang.

Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan daripada usaha yang besar.

Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.
~ Flower A. Newhouse

Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya ~ Saidina Ali

0 komen:

Template Design | monera87