"Ya Allah, kurniakanlah ke atasku ketenangan, dan tetapkanlah pendirianku bersama-sama pendukung-pendukung kebenaran, dan tabahkanlah hatiku dengan mengingati Engkau, dan kurniakanlah akan daku keredhaan dengan perkara yang Engkau redhai"

Friday, March 13, 2009

Makan pun berjamaah

Semalam, seperti biasa majlis berbuka puasa diadakan di masjid. Ifthar jama’ie. Nama aktiviti yang cukup tidak asing lagi sebermula aku melangkah masuk kampus. Kehadiran dan penyertaan yang ada pasang surutnya. Mungkin kerana persaingan dengan pasar malam setiap minggu di kawasan berdekatan. Walau bagaimanapun, kehadiran tidaklah susut sebegitu teruk, malah boleh dikatakan memuaskan juga.

Ketika sibuk (ke menyibuk?) bersama-sama konco-konco pembuat air, ayah telefon.

Teringat lagi. Kata-kata ayah semasa perbualan telefon semalam. Hehe.. kata-kata yang best walaupun simple dan selalu dengar dari ayah.

”Assalamu’alaikum.. dok buat apa la ni..?”
”Wa’alaikummussalam. Chek dok kat masjid. Ada majlis buka posa kat masjid.”
”haa.. baguih laa.. ada bayaran ka..?”
”Ada, RM 3. ”
”makan apa?”
”nasik putih, sayoq2, ayam masak gulai..”
”haaah.. banyak tu. Murah la kena bayaq. ”
”ok dah tera tu..”
”Alhamdulillah, dok dalam jemaah. makan jemaah. Ni la untungnya buat dalam berjemaah. Duduk dalam jemaah buat kerja. Semua boleh merasa. Yang sikit jadi banyak. Yang mahal jadi murah. Berkat..” ada maksud tersirat dari ayah.
”ayah, satgi ada pengisian lepas maghrib. Ayah nak mai ka..?”
”Alhamdulillah, baguih la. Jauh nu.. tak dan nak sampai habih dah ceramah.”

Hehe.. sebahagian dari perbualan antara ayah dan anak.

Betul. Untung benar melakukan perkara dalam keadaan berjamaah. Hatta makan berjemaah sekalipun, rasa cukup-cukup baik. Apatah lagi perkara-perkara lain, kalau dibuat secara berjamaah, bergerak kerja secara berjamaah.. Cukup-cukup beruntung. Ishy.. ni cakap mengenai pandangan kita je. Tak cakap tentang ganjaran ALLAH. Masha’Allah.. cukup hebat.

2 komen:

the guardian said...

yep! betul tu.. alhamdulillah.. diberi peluang untuk kecapi sume ni sejak awal jejak kaki ke sini.. hehe.. permulaannye? perkenalan dgn 'bdk kecik' yg nmpk lain di pandangan mataku... hehe.. alhamdulillah..

ting*ting* => nk buat ape lgi secare berjamaah? (think)

Aneroid said...

Allah akan hisab setiap amalan kita.

"Orang yg makan sorang2, akan dihisab kelak, manakala org yg makan scr berjamaah, perlakuan makannya itu tidak dihisab" - Pak Long Zainul Asri

beruntunglah org yg makan scr berjemaah...

Template Design | monera87